Gambar Sekitar Bajir Kilat di UIA Gombok
Posted on Wednesday, June 04 @ 21:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
UIA
sedang banjir. Harap pelajar serta penuntutnya sabar dan tenang
menghadapi dugaan. Moga semuanya selamat sahaja di sana. Banyak juga
kerugian dalam kejadian ini.
Di bawah gambar-gambar sekitar banjir di UIA.
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Hampir 800 Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Tangkis Najis
Posted on Wednesday, June 04 @ 20:44:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
796 mayat bayi dan kanak-kanak ditemui di dalam sebuah tangki najis
yang telah ditinggalkan di sebuah bandar kecil dikenali sebagai Tuam di
County Galway, Ireland. Mayat-mayat tersebut dipercayai dibuang antara
tahun 1925 hingga 1961.
Berita tragik ini seperti dilaporkan
oleh IrishCentral.com telah membongkar rahsia Gereja Katolik Ireland
dimana tapak itu sebenarnya merupakan tempat tinggal bagi ibu yang
melahirkan anak tanpa nikah yang dikenali sebagai ‘The Home’. Ia
dikendalikan oleh Sisters of Bon Secours Congregation.
Catherine
Corless, seorang ahli sejarah di Tuam memberitahu IrishCentral.com
beliau masih mengingati tempat tinggal ‘Home Babies’ itu semasa
membesar dan pergi ke sekolah.
“Mereka selalu diasingkan
daripada kelas biasa. Paderi perempuan akan menyampaikan mesej bahawa
mereka adalah golongan yang berbeza dan perlu diasingkan daripada orang
ramai,” beliau dipetik sebagai berkata.
Corless menambah, jika
pelajar di sekolah itu membuat kesalahan disiplin, mereka akan dipaksa
duduk bersebelahan dengan penghuni Home Babies. Beliau turut
menceritakan bagaimana rakannya membalut batu dalam balutan gula-gula
dan memberinya kepada penghuni Home Babies.
“Apabila mereka
membuka balutan itu, mereka sedar sebenarnya mereka telah ditipu. Saya
mengaku saya turut mengikut jejak langkah rakan saya dan mempermainkan
mereka. Pada masa itu saya rasa ia sesuatu yang kelakar,”
IrishCentral.com memetik Corless sebagai berkata.
Perasaan
bersalah itu terus menghantui Corless dan disebabkan itu, beliau kini
mengetengahkan isu tragik penghuni Home Babies ini. Beliau telah
menjalankan kajian intensif tentang apa yang berlaku dalam The Home
selain mencari rekod-rekod lama.
Menurut IrishCentral.com,
laporan pemeriksaan lembaga kesihatan tempatan daripada April 1944
mendapati seramai 271 kanak-kanak dan 61 orang ibu tunggal tinggal di
The Home. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penghuni rumah itu seramai
333 orang sedangkan bangunan tersebut hanya mempunyai kapasiti untuk
243 penghuni sahaja.
Laporan tersebut turut menunjukkan
bagaimana kanak-kanak yang tinggal di situ diabaikan dan kekurangan
zat. Laporan juga mendapati kanak-kanak dalam keadaan ‘miskin, kurus
dan tidak membesar’.
The Home beroperasi selama 36 tahun dari
1926 hingga 1961 dan penduduk Tuam memberitahu pemberita bahawa
kanak-kanak tersebut dianggap golongan terbuang hanya kerana status
mereka sebagai ‘anak luar nikah’ dan ‘berdosa’.
Corless turut
cuba menghubungi sebahagian biarawati Bon Secours namun mereka telah
berpindah dari Tuam pada 1961 dan menyerahkan segala rekod berkaitan
The Home kepada Lembaga Kesihatan Barat. Lembaga tersebut seterusnya
memberitahunya bahawa tiada maklumat umum mengenai perjalanan harian
tempat itu.
Akhirnya, Corless berjaya mendapatkan rekod
kematian kesemua 796 kanak-kanak yang ditemui mati di dalam sebuah
tangki najis daripada pejabat pendaftaran di County Galway. Beliau
bersama-sama sebuah jawatankuasa kini bekerjasama untuk membina sebuah
memorial bagi memperingati kubur itu.
..x0x..
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 4 Jun 2014
MAIN LAGI ISU AIR....SEKAT LAGI AIR....POLITIKKAN AIR....AMBIKKAU....SUKUSAKAT MUNGKIN ADA YANG KENA....KITA INGAT KITA PALING BERKUASA...ABIS KUASA ALLAH NAK LETAK MANA...MUNGKIN MATI BESOK...AIR PENUH DALAM KUBUR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan