Jumaat, 27 Jun 2014

TAK KAN JIHAD BERSEMPADAN....JIKA ADA RASULLULLAH SAW MASA KINI....BAGINDA SAW PERLU BANTUAN MAKA KITA TAK PERLU BANTU...SEBAB JAUH DAN SEBAGAINYA...TINDAKAN KITA BIAR JELAS

KK

Gigih kayuh beca di usia 95 tahun untuk tunai haji

ROSMAWATI ZAWAWI | .
KOTA BAHARU: Meskipun mencecah usia 95 tahun, Omar Osman tetap meneruskan rutin harian mengayuh beca yang menjadi punca rezekinya membesarkan sembilan anak sejak 40 tahun lepas.
  
Warga emas ini tetap bersemangat meneruskan pekerjaan bermandikan keringat itu demi impian untuk mengerjakan haji dengan hasil mengayuh beca.
  
Pengayuh beca tertua di Kelantan ini bersyukur dengan kesihatan baik hasil daripada pekerjaannya itu yang menurutnya merupakan senaman semulajadi.
  
"Sepatutnya pada usia emas ini pakcik dah boleh berhenti memandangkan duit bulanan anak-anak dah sediakan, tetapi disebabkan hasrat pakcik untuk ke tanah suci dengan hasil duit mengayuh, jadi pakcik lebih bersemangat.
  
"Anak-anak turut membantu menyediakan duit untuk tujuan tersebut dan pakcik harap ada pihak dapat membantu mempercepatkan hasrat pakcik ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini.

Masih menggunakan beca usang dan berkarat yang dibelinya pada harga RM1,200 pada 40 tahun lalu itu, Omar berkata beca itu banyak berjasa kepadanya dalam menyara keluarga dan memberi pelajaran kepada anak-anaknya.
  
"Kayuh beca ini adalah senaman semulajadi, menyihatkan dan memberi pendapatan.
  
"Rugi anak-anak muda yang mengganggur dan masih banyak tenaga tidak menjadikan pekerjaan kayuh beca sebagai kerjaya...jadi pengayuh beca bergantung kepada rezeki," katanya yang kini tinggal di Kampung Sungai Keladi di sini.
  
Menurutnya, tiga daripada anaknya telah meninggal dunia manakala isterinya telah kembali ke rahmahtullah beberapa tahun lepas.
  
Katanya keadaan sekarang adalah amat jauh berbeza berbanding ketika mula menjadi pengayuh pada tahun 1970-an.

"Kalau dahulu pakcik mengayuh dengan jarak jauh tetapi belum tentu untuk dapat RM3, tetapi kini dengan jarak yang dekat pakcik dah dibayar sebanyak RM3.
  
"Ada juga pelanggan memberikan upah antara RM3 hingga RM10 sekali perjalanan di bandar Kota Baharu, selain RM50 sebagai tanda penghargaan dalam jarak yang dekat," katanya.
  
Omar berharap hasratnya untuk mengerjakan haji akan tercapai dan berdoa agar diberikan kesihatan baik untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. - Bernama

Ibu remaja OKU terabai didakwa

BERNAMA | .
SEREMBAN: Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.
  
Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
  
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
  
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin  RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
  
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
    
Muhammad Firdaus dijumpai dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah
bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, Sabtu lepas.
    
Remaja malang itu ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman ketika operasi bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
    
Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan. - Bernama

Jangan sebar berita palsu budak perempuan diculik

BERNAMA | .
BALIK PULAU: Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu daripada laman sosial facebook dan aplikasi WhatsApp serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa seorang budak perempuan diculik untuk diambil organ dalamannya di daerah Barat Daya, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu telah menggempar dan menakutkan penduduk di daerah berkenaan.

"Saya sebagai Ketua Polis Daerah menafikan sekeras-kerasnya mengenai kejadian culik budak perempuan untuk diambil organ dalamannya seperti yang tersebar di facebook, WhatsApp dan SMS sekarang ini.

"Malah saya juga ingin mengesahkan sehingga hari ini tiada kejadian atau insiden seperti didakwa itu di Barat Daya. Berita itu adalah palsu dan rekaan pihak tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga menyeru kepada semua orang dan pemilik akaun facebook dan WhatsApp supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin serta berita palsu seperti itu. - Bernama
 Makan nasi kandar boleh positif dadah
Posted on Friday, June 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Kuala Lumpur: Peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah.



“Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula.

........
Berita Harian



Abang kandung jual adik perempuan 16 tahun

Written By canang on Jumaat, 27 Jun 2014 | 6/27/2014 11:58:00 PG

Seorang remaja 16 tahun terpaksa menempuh detik hitam apabila dijual kepada seorang lelaki di China oleh abang kandungnya sendiri.

Lebih malang, gadis itu dipaksa untuk mengahwini lelaki tersebut dan tinggal di China selama sebulan sebelum dia berjaya melepaskan diri dan pulang ke pangkuan keluarga di Vietnam.

Kiab, (bukan nama sebenar) ketika menceritakan semula detik pahit yang dialami, menggambarkan perasaan kecewa terhadap abang kandungnya yang sanggup menjual adiknya sendiri kepada sebuah keluarga di China.

“Dia telah menjual adiknya sendiri ke China, dia bukan lagi seorang manusia di mata saya,” katanya kepada pemberita.

Sebaik sahaja Kiab menginjak ke 16 tahun, abangnya berjanji untuk membawanya ke sebuah majlis keraian di sebuah pusat pelancongan di utara Vietnam.

Namun abangnya tidak membawanya ke tempat yang dijanjikan sebaliknya, dia diserahkan sebagai seorang pengantin kepada keluarga lelaki tersebut.

Selepas melarikan diri, suaminya dan meminta bantuan polis tempatan untuk kembali ke negara asal.

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria?

Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad bersama kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil).

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria

Kementerian Luar mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.

Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

“Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu,” menurut kenyataan itu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”

Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Kami sebenarnya sangat tidak bersetuju dengan dakwaan kerajaan Malaysia yang menuduh pejuang-pejuang ini sebagai ekstremis. Umat Islam sedang ditindas di Iraq-Syria dan menjadi tanggungjawab umat Islam yang lain untuk membantu saudara seagamanya. -sentiasapanas

Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti perjuangan di kedua-dua negara tersebut.

Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.

Kita sedia maklum, umat Islam yang bangkit menentang penceroboh luar dan pengganas besar dunia seperti Amerika dan Israel akan dituduh sebagai pengganas. -sentiasapanas

Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.

Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.

Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang mengorbankan 25 polis Iraq.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu.

Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube

Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube

Sementara itu, video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk “Siria – Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas – 7″ telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.

Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.

“Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid,” kata jurukamera video itu.

Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: “Mujahid-mujahid hensem”.

Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti perjuangan di negara Timur Tengah itu. –BERNAMA





Rakyat Malaysia berjuang di Syria akan ditangkap, kata Zahid Hamidi


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media di Damansara, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Jun, 2014.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik saja mereka pulang ke tanah air.
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di sana.
"Kami peroleh maklumat dan jika menjejak kaki di Malaysia, tangkapan dan pendakwaan akan dilakukan," katanya pada sidang media selepas menghadiri pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Hotel Royale Chulan, Damansara, hari ini.
Beliau berkata, terdapat usaha merekrut rakyat Malaysia sebagai pengganas untuk berjuang di luar negara.
"Itu satu maklumat yang harus diperincikan, iaitu usaha pembendungan perlu dijalankan bagi memastikan tidak ramai rakyat Malaysia melakukan perkara demikian.
"Terutama dengan cara merekrut di laman sosial media dan kita tidak mahu usaha ini mendapat dokongan daripada pihak militan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, usaha pembendungan akan terus dilakukan.
"Usaha berterusan pembanterasan dan pencegahan akan dilakukan," katanya.
Mei lalu, The Malaysian Insider mendedahkan 10 militan ditahan polis awal minggu lalu kerana mahu membantu perang saudara yang berlarutan di Syria.
Selain itu, Utusan Malaysia juga melaporkan puluhan rakyat Malaysia dipercayai terbabit dengan kumpulan militan di Syria, termasuk seorang bekas pemuzik daripada kumpulan rock terkenal tahun 1990-an.
Akhbar itu yang memetik daripada sumber keselamatan berkata, rakyat Malaysia itu dikatakan terpengaruh dengan perjuangan 'jihad' yang membolehkan mereka mati syahid dalam perang saudara di negara Islam tersebut, walaupun kumpulan pemberontak Syria yang menentang kerajaan pimpinan Bashar Al Assad itu ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel melalui sekutu mereka di Timur Tengah.
Berjuang atas nama 'jihad', mereka dipercayai dilatih ala tentera menggunakan senjata api terlebih dahulu, sebelum berlepas ke Syria menaiki penerbangan sama ada melalui Turki, Jordan dan Lebanon.
Utusan Malaysia turut melaporkan dipercayai terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan Syria itu terbunuh ketika berperang.
Zahid sebelum ini juga mendedahkan kumpulan militan menyebarkan aktiviti mereka menerusi misi kemanusiaan ke luar negara dan polis kini memantau rapat kegiatan itu. – 16 Jun, 2014.

Petinju wanita Jepun Chika Nakamura memeluk Islam

http://www.tranungkite.net | .

Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang petinju wanita asal negeri sakura. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun, dengan masa kecil yang bahagia, diasuh oleh orang tuanya yang sangat disiplin.

Ia belajar di sekolah yang bagus, mengikuti kegiatan ekskul, bermain dengan teman-teman; bermain bola dan plastisin (playdough) setiap akhir pekan. Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. “Namun ada yang hilang saat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga,” ungkapnya. Padahal, ia telah melewati masa kecil yang gembira karena terpenuhi segala kebutuhannya.

Pun saat menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah favorit. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, yaitu passion-nya. “Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu,” hatinya bertanya-tanya. Saat usia 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke Inggris. Ia mencoba hidup mandiri, mencari nafkah; untuk makan, membayar tagihan-tagihan dan biaya sekolah bahasa Inggris. Perasaannya begitu tertantang. Semuanya baru; orang baru, lingkungan baru, bahasa baru. Ia merasa bersemangat. Namun demikian, ia mengakui “hidup di Inggris terlalu berat dan mahal, maka saya putuskan untuk kembali ke Jepun 2 tahun kemudian.” Saat berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut.



Caranya berpakaian telah berubah. Ia sangat kebarat-baratan. Pakaiannya ketat dan memakai rok mini. Karena merasa tidak cocok tinggal di pinggiran kota, ia lalu pindah lagi ke Tokyo selama 2 tahun. Tokyo adalah kota besar yang sangat materialistis. Segalanya serba canggih. Di sana, Chika berjumpa dengan seorang teman wanita yang mengajarinya mengendarai motor.

Saat itulah, ia merasa menjadi wanita bebas. Di atas motor, ia melihat sebuah billboard. Di bawah lampu merah itu ada gambar wanita petinju. Sejak saat itu ia berpikir, “Aha, inilah passion-ku!” Chika bertekad menjadi petinju. Saat itu tahun 1999. Ia berangkat ke Amerika, mengejar mimpi sebagai seorang petinju profesional. Di tahun 2001 dan 2002 ia menjadi satu-satunya wanita petinju asal Jepun yang memenangkan beragam kejuaraan tinju tingkat dunia. Sayangnya, ternyata Chika tetap mengeluh, “Saya telah berkorban banyak; meninggalkan orang tua, keluarga, kampung halaman, teman, dan banyak lagi. Sementara, hidup di Amerika juga berat karena saya serba kekurangan.

Saya merasakan penderitaan fisik dan mental.” Hidayah di balik musibah Suatu hari Chika menderita cedera. Menurut dokter, itu adalah cedera yang serius. Katanya ia harus beralih profesi. Sebagai atlit, cedera adalah hal yang menakutkan. Ia terancam kehilangan mimpinya sebagai petinju wanita profesional. Chika merasakan ketakutan dan tersadar bahwa usianya semakin pendek. Tapi ia bersikeras harus bertahan dan harus kembali. Maka ia ikuti proses pemulihan dan kembali ke ring. Secara emosional Chika merasa gelisah. “Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup ini. Saat itu kali pertama hidup saya merasa terhenti sejenak.

Saya tidak bisa berlari, tidak bisa berjalan, tidak punya keluarga, dan tak punya tujuan hidup.” Dia mempertanyakan kembali apa yang telah dialami. Mengapa harus meninggalkan Jepun? Mengapa mau menjadi petinju wanita profesional? Chika bangkit kembali dan mengaku dibisiki hawa nafsu bahwa, “Inilah tujuan hidupku. Passion-ku adalah tinju.

Segalanya telah ku korbankan demi bertinju. Aku bisa bertahan demi karier sebagai wanita petinju. Aku bisa membantu orang lain dengan berbagi pengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesi sebagai petinju.” Seolah benar, Chika menemukan sebuah pola hidup manusia, bahwa hidup ini pasti mendapati masalah, lalu berhasil melewatinya, lalu timbul lagi masalah, dan kita lewati lagi, demikian seterusnya. Maka ia pikir pasti bisa selamat melewatinya. Ia pun tak menuruti saran dokter. Mulanya Chika mendapatkan “keajaiban” bertubi-tubi. Ia mendapatkan sponsor dan pindah ke Kalifornia untuk berlatih demi kejuaraan. Di sana ia mendapatkan pelatih yang hebat. Saat itu ia merasa begitu kuat, sehat dan dimudahkan. Sayangnya, lagi-lagi ia masih belum mendapatkan jawaban atas kekosongan jiwa itu. “Ini pasti bukan jalan yang benar,” ujarnya.

Lalu Chika mencari jawabannya dengan membaca buku biografi orang-orang yang sukses dalam berbagai bidang; ekonomi, politik, bisnis dan agama. Ia tetap tidak mendapatkan jawaban. Sampai suatu ketika, Chika berjumpa dengan seorang mantan petinju kelas dunia. Ia seorang muslim. Ia berdiskusi dengannya. Ia sangat sederhana, rendah hati, ramah, dan baik sekali. Inilah yang telah Chika tinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun. “Tidak perlu ilmu akademik yang banyak dan keterampilan yang tinggi untuk memperoleh ketenangan. Saya juga bisa mendapatkannya sambil fokus pada tinju,” pikirnya. Lantas, tiba-tiba takdirnya berubah. Karirnya terhenti tanpa sponsor, setelah mencoba peruntungan di New York selama 4 bulan. Kekasihnya pergi dan ia tak punya siapa-siapa lagi. Ia putus asa dan menghentikan semuanya.

Qodarullah, Allah pertemukan Chika dengan seorang teman wanita asal Perancis, dia seorang kristen. Dia bilang ada satu potong puzzle yang hilang pada dirinya. Itulah sang pencipta. Dia bertanya apakah Chika tahu tentang pencipta. “Tentu aku tak tahu apa-apa tentang pencipta,” jawabnya. Maka Chika ikuti saran temannya untuk mempelajari agama-agama. Ia mendatangi tempat ibadah hindu, gereja, budha, dan masjid. Di masjid, Chika mengenang detik-detik saat menjemput hidayah-Nya, “Saya bersujud, menangis. Hati dan jiwa ini berbisik; butuh banyak waktu untuk saya menempuh perjalan hidayah ini. Saya kembali kepada Allah. Segera saya ingin menjadi muslim.

Pada hari Jum’at, beberapa tahun yang lalu, saya tinggalkan tinju, cinta dan rencana ingin menikah cepat. Saya mengucap syahadat.” “Tentu saya sedih. Memang sulit meninggalkan passion-mu. Tetapi, kini saya punya misi baru, yakni membela Islam, berdakwah di negara saya dan dunia. Inilah jalan yang benar,” pengakuan Chika. Alhamdulillah, kini Chika merasakan kedamaian jiwa setelah berislam dan mengaku telah bahagia menjadi seorang muslimah.

Ia menyadari bahwa akan ada tantangan lebih dalam berdakwah, lebih letih daripada bertinju. Namun hal itu tak menyurutkan tekad Chika guna mendedikasikan seluruh hidupnya untuk Islam. Saat ini ia serahkan seluruh potensinya untuk Islam, dengan misi hidup yang baru, yakni jihad fiisabilillah. (adibahasan/arrahmah.com) 

http://helmdahl.blogspot.com/


Gambar isteri lebam dibelasah Awie mula tersebar?


Isteri_AwieIsteri_Awie_BelasahPenyanyi rock Awie, nama yang disebut-sebut sebelum ini kerana memukul isterinya di sebuah bank berikutan perselisishan faham antara mereka.
Awie enggan memberi komen mengenai gosip tersebut dan menganggap masalah rumahtangganya tidak perlu didedahkan.
Kini tersebar beberapa keping gambar seorang wanita dalam keadaan lebam di muka akibat dipukul mula tersebar di laman sosial.
Laporan tersebut mendakwa wanita itu ialah Rozana Misbun, isteri kepada Awie. Kecederaan dan lebam pada wajah wanita terbabit agak teruk juga. Untuk kepastian biarlah dia sendiri yang tampil membuat penjelasan.
Ketika ini Rozana sendiri juga belum memberi sebarang penjelasan kepada media.

Punca penyanyi rock terkenal pukul isteri

isteri-awie
Punca sebenar Rozana Misbun isteri Awie dipukul suami sendiri tersebar. Sebelum ini, Awie dilaporkan pernah pukul isteri sendiri menerusi beberapa laman blog hiburan dan akhbar tempatan. Kini, beberapa keping foto yang membuktikan bahawa Awie pukul isteri telah tersebar secara meluas.
Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/


Terdahulu, akhbar tempatan pada awal bulan jun 2014 pernah melaporkan bahawa seorang penyanyi rock terkenal Malaysia memukul isteri ditempat awam. Namun, identiti penyanyi rock itu tidak diumumkan sehinggalah foto isteri Awie dipukul tersebar pada 27 Jun 2014.
Punca Isu Penyanyi Rock Terkenal Pukul Isteri
Menerusi Akhbar Berita Harian pada awal bulan jun 2014,seorang penyanyi rock terkenal tanah air telah bertindak memukul isterinya di khalayak ramai baru baru ini selepas mereka berdua dikatakan menghadapi satu salah faham. Kejadian yang berlaku itu mengejutkan para kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang.
Menurut sumber sebuah blog hiburan, semua ini berpunca apabila si isteri bertindak mencuri wang tunai suaminya dan rockers yang memang terkenal dengan sikap panas baran itu tidak dapat menahan sabar, lapor Melvister.

PAS pecat Lotfi Ariffin 11 Mei lalu

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah memecat Lotfi Ariffin sebagai ahli PAS serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.

"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.

Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Hukum Pergi Ke SYRIA Untuk Berperang - Ustaz Azhar Idrus.

Written By canang on Jumaat, 27 Jun 2014 | 6/27/2014 02:39:00 PTG




Tiada ulasan: