Khamis, 5 Jun 2014

SAMA JUGA ORANG KUAT PEGANGAN TAK KAN MENOLAK HUDUD...DAN PERLEKEH NABI MUHAMAD SAW DAN ISLAM

 

 

Tun M: Seseorang tidak akan jadi gay kalau pegangan agamanya kuat

SELANGOR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  hari ini berkata seseorang itu tidak akan menjadi gay sekiranya mempunyai pegangan agama yang kuat.
Beliau berkata budaya komuniti gay dan lesbian berkembang dengan luas keranagolongan itu terlalu mengikut emosi dan nafsu mereka.
"Jika iman anda kukuh, anda tidak akan menjadi gay," katanya semasa program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan salah seorang peserta Syarahan Perdana itu, yang ingin tahu cara membendung gejala yang semakin menular ini.
Sambil berseloroh beliau berkata ada kalanya beliau merasakan ada baiknya juga masyarakat di barat ramai yang mengamalkan budaya homoseksual.
“Kadang-kadang saya rasa baguslah ada perkahwinan gay di negara barat. Mereka tidak boleh ada anak, lama-lama hilanglah kaum mereka,” katanya.
Dr Mahathir menambah tujuan tuhan mencipta wanita dan lelaki adalah untuk mengembangkan zuriat.
“Nikmat yang dianugerahkan itu adalah untuk umat manusia mengembangkan zuriat,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Salam Maghrib..renungkan...
ORANG TUA CILAKA.....MULUT MACAM LONGKANG...
Tun Mahathir berucap di uia pagi tadi. Dia kata hukum hudud x adil sebab hanya oghe Islam yg kena potong tangan, org kafir kena penjara jah. . Ambo x pehe uia tempat menuntut ilmu islam boleh jemput oghe x dok ilmu islam berucap gitu skali.. Yang rangka undang2 hudud allahyarham Prof Ahmad Ibrahim pakar undang2 pensyarah uia..Petang ni tenggelam habis uia..
8 hrs ·
Rasulullah bersabda: "Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanah disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (BUKHARI – 6015)

Wednesday, 4 June 2014


EDISI APA KATA PIHAK JAKIM .... NAJIB DIBERI PENGHORMATAN MEMULAKAN ADAT MIRING ... ADAT YANG DIFATWAKAN SEJAK 1995 SEBAGAI HARAM BAGI UMAT ISLAM MENGAMBIL BAHAGIAN!!!



Najib di beri penghormatan memulakan adat miring ketika melawat rumah panjang Sg Ukong, Lambir sempena perayaan Hari Gawai baru- baru ini...

KEPUTUSAN MAJLIS FATWA SARAWAK...

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat seperti berikut :-

Keputusan:

Bahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah HARAM kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.

Orang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring.


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/miring-0


Miring




Tarikh Keputusan: 

9 Dec, 1995



Huraian Tajuk/Isu: 

Kertas ini membincang tentang amalan upacara Miring yang dijalankan oleh masyarakat Iban.

Hukum tentang Miring ini diperlukan kerana ianya telah menjadi acara sambutan oleh masyarakat tersebut bila tetamu melawat ke tempat mereka.

Ini kadang-kadang melibat tetamu Islam sama ada mereka dijemput melakukan Miring atau berada dalam majlis tersebut.

Setelah mengkaji secara mendalam dan membincangkan secara terperinci kertas tersebut, maka ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat seperti berikut :-





Keputusan: 







Bahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.

Orang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring.
diamanahkan menjadi seorang yang berlaku adil kepada seluruh rakyat tetapi apabila kelebihan telah diberikan hanya bermodalkan pemakaian sepasang uniform berkalimah Allah dan Muhammad juga sepucuk pistol supaya rakyat menghormati mereka malangnya dikhianati pula rakyat.apakah negara ini sudah cukup aman sedangkan di dalam Balai Polis sendiri boleh berlaku kes rogol.sangap?ghairah?stim?jangan jadikan alasan untuk merosakkan masa depan orang lain.cuba bayangkan jika orang awam yang lakukan perkara kotor begini,sudah pasti mati dilanyak keluarga mangsa.adilkah dengan hanya dipenjarakan boleh mengembalikan masa depan mangsa?jijik!

 
 Gambar Sekitar Bajir Kilat di UIA Gombak
Posted on Wednesday, June 04 @ 21:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





UIA sedang banjir. Harap pelajar serta penuntutnya sabar dan tenang menghadapi dugaan. Moga semuanya selamat sahaja di sana. Banyak juga kerugian dalam kejadian ini.

Di bawah gambar-gambar sekitar banjir di UIA.














http://tokeikangkung.blogspot.com/
 

Papa Gomo tangguh bayar RM850,000 kepada Anwar

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama

Dr Ika, Lelaki Yang Menyamar Sebagai Doktor Perempuan Kantoi Lepas Ganggu Suami Orang





Seorang lelaki menyamar sebagai doktor wanita dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam kerana memperdaya pemilik sebuah klinik sehingga menyerahkan wang hampir RM10,000 daam kejadian tahun lalu.

Hasdi Jamal Aripin, 27, dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan dari mengaku tidak bersalah ke mengaku bersalah di hadapan Majistret Nurul Ezwaney Husin pada prosiding kes itu, semalam.



Dr Ika, Lelaki Yang Menyamar Sebagai Doktor Perempuan Kantoi Lepas Ganggu Suami Orang
Dr Ika, Lelaki Yang Menyamar Sebagai Doktor Perempuan Kantoi Lepas Ganggu Suami Orang


Hasdi yang didapati menyerahkan Sijil Perakuan Amalan Tahunan palsu menggunakan nama samaran ‘Doktor Nurzulaikha Jamaluddin’ didakwa memperdaya Norman Mohd Norawai, 42, untuk menyerahkan wang gaji berjumlah RM8,280.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Klinik Doktor Norman Sdn Bhd di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, antara 15 Januari dan 11 April tahun lalu.

Ketika rayuan, tertuduh memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan kerana dia yang bekerja sebagai guru tuisyen perlu menanggung ibunya yang baru sahaja keluar wad akibat darah tinggi.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashaf Abd Hamid meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang memalsukan dokumen hingga memperdaya seorang doktor, selain mencemarkan kerjaya doktor sebagai pekerjaan profesional.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua pihak, Nurul Ezwaney menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Hasdi dan memerintahkan ia  bermula semalam.

Pada 14 April 2013, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki berwajah ayu dan bertubuh kecil menyamar sebagai doktor perubatan serta memperdaya lima klinik di daerah ini bagi membolehkan dia diterima bekerja secara sambilan.

Lelaki itu dikenali sebagai ‘Doktor Ika’ yang sering berbaju kurung dan bertudung itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi meyakinkan majikan untuk mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.

Dia yang tidak pernah menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan dan kejururawatan di institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor dan Selangor itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, penyamarannya terbongkar apabila sebuah klinik di Batu Berendam menerima aduan seorang isteri pesakit memberitahu suspek sering menghubungi suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Soh Hock Seng berkata, aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan penipuan suspek selepas pihak klinik membuat pemeriksaan terhadap latar belakang peribadinya, lalu membuat laporan polis pada 8 April 2013.
Sumber : Sinar

Jamu tetamu kenduri dengan air paya berperisa sirap


on Wednesday, June 4, 2014
Sebuah keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan anak mereka baru-baru ini terpaksa menghidangkan minuman berperisa sirap dengan menggunakan sumber daripada paya air berdekatan kediaman mereka.

Hal ini disebabkan kegagalan pembekal air majlis tersebut iaitu Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghantar air pada hari tersebut.

Nik Hassan Nik Lah, 49, dan isterinya, Hashimah Ismail, 47, berkata mereka terpaksa menggunakan air paya berdekatan rumah selepas menunggu bekalan air dari Sada tidak sampai hingga menimbulkan kekecohan semasa majlis itu.

Menurut Nik Hassan, keluarganya terpaksa menggunakan air paya kerana sudah tiada sumber bekalan air lain yang boleh didapati di kawasan itu.

“Kami sungguh sedih kerana terpaksa mengunakan air itu untuk dijadikan minuman kepada tetamu. Pada hari itu, aktiviti gotong royong menjadi kecoh kerana tiada bekalan air.

“Saya terpaksa mengunakan air paya itu kerana tanpa bekalan air sudah pasti majlis akan terjejas dan terpaksa menggunakan generator bagi mengepam air hingga sampai ke rumah. Bagaimanapun, saya bersyukur, tiada keracunan makanan berlaku,” katanya.



Sumber

Thursday, 5 June 2014


EDISI CAKAP BESAR TIDAK SEDAR DIRI .... TEMPAT SENDIRI KRITIKAL ADA HATI NAK JUAL AIR KEPADA SELANGOR!!!!!


Sebelum ini Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dengan nada sombong cakap besar berdegar-degar berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu.

Hakikatnya ... negeri sendiri dalam keadaan tenat dan kritikal ... realitinya saja nak ambil kesempatan tunjuk jaguh dan perihatin konon untuk political milage ( politik batuan ) atas kesusahan sementara negeri lain lebih-lebih lagi negeri yang ditadbir urus oleh Pakatan Rakyat.
Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-mb-negeri-sembilan-sedia-jual-air-ke-selangor-perbodohkan-rakyat#sthash.kzUtBTaq.dpuf
Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-mb-negeri-sembilan-sedia-jual-air-ke-selangor-perbodohkan-rakyat#sthash.kzUtBTaq.dpuf
Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-mb-negeri-sembilan-sedia-jual-air-ke-selangor-perbodohkan-rakyat#sthash.kzUtBTaq.dpuf
Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-mb-negeri-sembilan-sedia-jual-air-ke-selangor-perbodohkan-rakyat#sthash.kzUtBTaq.dpuf


TAMPIN – Empangan Gemencheh di sini mencatat penurunan paras air dengan bacaan 99.82 semalam, sekali gus menghampiri tahap kritikal iaitu 98 meter.

Paras empangan itu semalam mencatat bacaan terkini 99.82 meter berbanding paras kritikal 98.00 meter dan paras minimum 86.00 meter.

Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Zulkifli Ibrahim berkata, pihaknya mendapati empangan Gemencheh agak menurun parasnya dan perlu diberi perhatian.

"Empangan Gemencheh membekalkan air kepada 15,000 pengguna di kawasan Tampin dan Rembau. Buat masa ini, kita sudah mengambil langkah alternatif bagi mengurangkan pergantungan sumber air Empangan Gemencheh kepada kira-kira 15,000 pengguna air di Tampin dan Rembau di mana sebahagian pengguna di daerah Rembau kini dibekalkan sumber air dari Loji Air Sawah Raja.

“Jika sebelum ini, hanya 8.5 juta gelen air yang disalurkan dalam sehari oleh Loji Air Sawah Raja, kini kita sudah maksimumkan penggunaannya kepada 10 juta gelen air sehari bagi mengurangkan pergantungan sumber air Empangan Gemencheh, yang dianggarkan cuma mampu bertahan kira-kira 25 hari sahaja,” katanya ketika ditemui ketika melawat Empangan Gemencheh, di sini, semalam.

Turut serta dalam lawatan itu, Adun Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa dan Pengarah Unit Badan Kawal Selia Air Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Nor Halim Aludin.

Zulkifli berkata, berdasarkan rekod, Empangan Gemencheh menyalurkan kira-kira 7.5 juta gelen air sehari kepada pengguna, manakala, sebahagian lagi pengguna di daerah Tampin menggunakan sumber air dari tiga buah loji air iaitu di Gemas, Pasir Besar dan Dangi yang menggunakan sumber air sungai.

Zulkifli berkata bekalan air empangan Gemencheh kini hanya mampu bertahan dalam tempoh 25 hari sahaja lagi, sekiranya tiada hujan dalam masa terdekat.

Sementara itu katanya, bekalan air di tujuh empangan di Negeri Sembilan setakat ini masih dalam keadaan terkawal namun Sains sentiasa memantau keadaan.

Katanya, bekalan air di empat empangan iaitu Sungai Terip, Kelinchi, Talang dan Gemencheh berada di paras berjaga-jaga manakala di tiga lagi empangan iaitu Sungai Beringin, Ulu Sepri dan Triang berada di paras melimpah.

Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau paras air empangan serta sungai di negeri ini dan akan mengetengahkan cadangan kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara (Span) untuk melaksanakan kaedah catuan air sekiranya perlu.
Sementara itu, Mohd Isam berkata, berikutan cuaca panas berterusan, kebanyakan masjid dan surau sudah mula melaksanakan solat hajat bagi memohon hujan.
Mana TV3 & Utusex..?? Tak nak buat liputan ke..?? SIBUK MAKAN COKLAT CADBURY KE..??
LikeLike · ·

Kejutan! Top 10 Burung Paling Cantik Di Dunia! Saksikan...

Kejutan! Top 10 Burung Paling Cantik Di Dunia! Saksikan...  - Subhanallah, cantiknya ciptaan Tuhan! Inilah dia top 10 burung yang paling cantik didunia, mungkin ramai yang belum tengok lagi video ni. Memang cantik. Tapi Sebelum itu, cantikje nak berpantun dulu ye, dengar baik-baik ye..
"Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan. Maksudnya Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan"

Renung-renungkanlah... selamat beramal.. :P

Ok, sekarang inilah dia 10 burung yang paling cantik di dunia:

10. The African Crowned Crane
9. Lori Parrot
8. The Bali Bird of Paradise
7. Golden Pheasant
6. The Atlantic Puffin
5. Red Cardinal
4. Red macaw
3. The Quetzal
2. Mandarin duck
1. Peacock

Lihat video dibawah. hh




Cantikje: Burung mana yang korang rasa paling cantik sekali diantara 10 tu ye? jawab jangan tak jawab... :p
Yang baik ...cemerlang gemilang temberang
TEMBERANG LAGI oleh 'pengampu' UMNO/BN page Friends of BN - Barisan Nasional nak KELENTONG rakyat..
Buatlah perbandingan yg munasabah. Ini tak sibuk nak bandingkan dgn negara yg tidak sepadan dgn negara kita atau negara2 besar dunia.. Yang peliknya HANYA dibandingkan dgn Indonesia & Filipina shj yg mana rangkingnya teruk... KENAPA tak bandingkan keseluruhan negara di Asia Tenggara???
Stay tuned n ‪#‎ragut‬ rumput !!!
Sedarlah !!! nak jd tukang ampu ada batas2nya..
LikeLike · ·
We will touch the Untouchable Tycoon..
Bila TSF YTL sudah dapat gading istana..tanduk politik sudah tidak berguna lagi?
Baguslah Tan Sri Francis..dia pun memang pandai berniaga & sebab itu dia kaya..Malaysiapun manalah ada peluang perniagaan..Suka sangat jika Tan Sri Francis berniaga & simpan duit diluar negara. Malaysia ni pun bukannya ada apa-apa lagi yg tinggal....
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140605/dn_02/YTL-jangan-bersikap-angkuh

YTL jangan bersikap angkuh

KUALA LUMPUR 4 Jun - YTL Corp. Bhd. (YTL) diingatkan supaya tidak bersikap angkuh, dan tamak sehingga melupakan budi kerajaan yang memberikan syarikat itu perniagaan dan kemewahan terutama menerusi projek-projek di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah Tenaga Nasional Berhad (KPPRTNB), Mohd. Roszeli Majid berkata, YTL sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bongkak seolah-olah tiada langsung peranan kerajaan dalam membantu mereka memperoleh projek-projek berskala besar.
Beliau berkata, tindakan Pengarah Urusan Kumpulan YTL, Tan Sri Dr. Francis Yeoh yang memberitahu bahawa projek-projek mereka banyak di luar negara kerana negara terbabit tegas terhadap rasuah serta tidak mengamalkan meritokrasi, seolah-olah Malaysia bukanlah lokasi yang baik untuk menjalankan perniagaan.
Selain itu, katanya, penafian Francis terhadap kebanyakan projek tenaga yang diperoleh adalah melalui kroni orang atasan juga perlu diselidik.
“YTL tidak harus mengeluarkan kenyataan seperti itu, seolah-olah mereka sangat angkuh dengan apa yang mereka ada hari ini hingga lupa pada jasa kerajaan selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Francis dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ketujuh semalam yang dilaporkan berkata, tidak wujud sebarang isu kroni dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri) sehingga membolehkannya hidup mewah dengan memperoleh projek-projek TNB sedangkan hakikatnya peranan itu dimainkan syarikatnya yang ternyata lebih inovatif dalam melaksanakan sebarang projek yang diberi oleh kerajaan.
Francis juga dalam majlis tersebut menyuarakan supaya Malaysia perlu bebas daripada halangan-halangan seperti kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan masyhur di peringkat global.
Dalam perkembangan sama, Mohd. Roszeli yang juga Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) meminta kerajaan mengkaji semula tawaran kerjasama perniagaan untuk projek pembinaan loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan 1,000 sehingga 1,400 MegaWatt (MW) atau Projek 4A antara TNB, SIPP Energy Sdn. Bhd. dan YTL.
Beliau berkata, adalah lebih baik kontrak tersebut diberi kepada usahasama TNB dan kerajaan-kerajaan negeri kerana ini akan mengembalikan kawalan rakyat dan kerajaan terhadap industri bekalan elektrik negara.
“TNB menjadi ‘mangsa buli’ sejak 1993 iaitu selepas kontrak pertama penjana tenaga bebas (IPP). Kini 'mangsa buli' itu sudah berusia 21 tahun dan tidak akan terus membiarkan dirinya terus dibelasah. Kami akan bangkit mempertahan TNB dengan apa cara sekali pun," katanya.

Aduhh!!! Tenggelam: 170 Penduduk di Kampar Dipindahkan Akibat Banjir Melanda.. Jom Terjah!!!


Beberapa kereta didapati tenggelam ekoran banjir di Kampar
Beberapa kereta didapati tenggelam ekoran banjir di Kampar
IPOH — Sebanyak 170 orang penduduk dari enam buah kampung di Kampar dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar awal pagi tadi ekoran rumah mereka dilanda banjir.
Kampung berkenaan ialah Kampung Sahom, Kampung Sungai Salu, Kampung Malaya, Kampung Nyior, Kampung Pisang dan Kampung Baru Kuala Dipang.
Paras Air Sungai Kampar meningkat pada paras bahaya
Paras Air Sungai Kampar meningkat pada paras bahaya
Ketua Balai Polis Kampar, Mohd Yamin Naib berkata banjir berlaku ekoran hujan lebat yang berterusan sejak pukul 2 petang semalam sehingga malam tadi.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata mangsa terdiri daripada 90 orang dewasa, 30 kanak-kanak dan 50 warga emas.
Tinjauan Bernama malam tadi mendapati paras air di kawasan terbabit adalah setinggi satu meter.
Keadaan banjir di Kg Malaya, Kampar Perak mlm tadi. Mangsa dipindahkan ke SMK Kampar berikutan air naik
Keadaan banjir di Kg Malaya, Kampar Perak malam tadi. Mangsa dipindahkan ke SMK Kampar berikutan air naik

Tiada ulasan: