Jumaat, 6 Jun 2014

JANGAN BODOH KEMUDIAN DIPERBODOHKAN LAGI

Sindiran Tajam Nasruddin Kepada DAP pasal Hudud
Posted on Thursday, June 05 @ 22:54:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





DAP secara sembrono meletakkan punca kekalahan di Teluk Intan kepada PAS kerana cadangan untuk melaksanakan HUDUD. Ustaz Nasruddin telah memberi komen pada fb beliau.

Apabila HUDUD di jadikan alasan punca kekalahan DAP maka seluruh rakyat Malaysia kini harus melihatnya dalam konteks yang lebih matang dan menyeluruh.


BONGKAR !!! 10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan
Posted on Thursday, June 05 @ 20:18:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"
10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit. - Media RFM"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Thursday, June 05 @ 20:18:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Renungan...
Isteri yang baik...
- yang sentiasa menghiburkan hati suaminya disaat suaminya dalam kesedihan atau kemarahan dan sentiasa menenangkan suaminya apabila buntu mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah.
Isteri yang baik...
yang sentiasa senyum pada suami tak kira masa...dan bertutur dengan baik serta kemanjaannya...
Isteri yang baik...
tidak pernah berkira dengan suaminya...tidak pula meminta apa-apa selain dari kasih sayang suaminya...
RENUNGAN @ Rahsia Perkahwinan
LikeLike · ·

Friday, 6 June 2014

EDISI BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH .... RAKYAT TERENGGANU KINI KENA BAYAR SEWA METER AIR.




Di Selangor rakyatnya diberikan air percuma .. di Terengganu rakyat pula dipaksa kena bayar sewa meter air.

Jabatan Bekalan Air Terengganu yang dijadikan sebagai Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) kini dibawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN telah mengenakan sewa meter kepada setiap pengguna air di negeri itu.

Walaupun tidak banyak namun kalau setiap rumah dikenakan caj sewa meter RM1, bayangkan berapa rumah ada di negeri Terengganu .. kalau meter hilangmasih tuan rumah kena bertanggung jawab dan dikenakan denda.

Kalau ditegur dan dikritik nanti dilabel sebagai warga yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih.
Isu Cadbury: Siapa sabotaj, siapa khianat, siapa berlaga?
Posted on Thursday, June 05 @ 20:17:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Mungkinkah ada pihak-pihak tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

by Dr. Zafarina Zainuddin 


Ujian pengesanan DNA porcine adalah berdasarkan kaedah polymerase chain reaction (PCR). Kaedah ini sangat sensitive dan mampu mengesan DNA pada kuantiti yg sangat rendah. Walau bagaimanapun, kaedah ini juga sangat terdedah kepada kontaminasi jika dilakukan dalam persekitaran yang tidak dikawal. Working area untuk pre-PCR mesti dipisahkan secara fizikal dari post-PCR. Sedikit sahaja pencemaran dari post-PCR product yang mengandungi berbillion 'copy' of the amplified DNA fragments boleh menghasilkan keputusan false-positive. Makmal yang berakreditasi untuk ujian-ujian seperti ini sangat mengambil berat akan isu cross-contamination kerana kesan seperti yang disebut di atas. 

Melihat kepada ujian yang dilakukan di makmal KKM untuk pengesahan DNA porcine bagi 2 jenis coklat Cadbury (ejaan pun boleh salah dalam report??), jelas tertera di nota kaki keputusan makmal tersebut bahawa ianya dilakukan di makmal yang tidak mempunyai akreditasi bagi tujuan ini. Saya rasa ini merupakan isu utama kenapa keputusan awal tersebut tidak didedahkan kepada umum. Pengesahan perlu dibuat terlebih dahulu di makmal yg diiktiraf. Di samping itu, pengesahan tentang 'origin' of sample juga perlu dilakukan terlebih dahulu. Siapa-siapa sahaja boleh mengatakan ini adalah sample 'A' sedangkan ia bukan sample 'A'. Siapa yang dapat memastikan 'chain of origin' bagi sample A tidak dikhianati? Hanya makmal berakreditasi sahaja mempunyai sistem teratur yang boleh dipercayai untuk pengesahan sampel.
Sekiranya pihak yang membuat ujian pertama tersebut sangat yakin dengan keputusan yang diperolehi, kenapa tidak melaporkan terus kepada JAKIM yang merupakan badan bertanggung jawab memberi pengesahan status halal kepada Cadbury? Saya yakin keputusan yang diperolehi oleh Jab Kimia Malaysia adalah tepat dan mengikut SOP yang sepatutnya. Mungkin tiada unsur khianat atau sabotaj dalam kes ini, mungkin kes ini melibatkan keputusan false-positive yang boleh berlaku bila melibatkan ujian makmal yang sensitive seperti ini. Wallahua'lam. Apa yang pasti, kita telah 'dikhianati' oleh tangan-tangan yang tidak bertanggung jawab.CADBURY - MELAYU ISLAM MASUK PERANGKAP
Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.

Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.  

Persoalan yang timbul ialah :

Kalau betul cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada mengandungi porcine? Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat. 

Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.

Mungkinkah ada pihak-pihak tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang-pemegang saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja-pekerja Melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.

Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga-lagakan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya ialah melaga-lagakan kita di pentas ekonomi pula.

Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.

Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :

"Menang sorak kampung tergadai"

------------

Ulasan:

"Apa yang pasti, isu Porcine di dalam coklat Cadbury ini banyak menimbulkan persoalan dan meragukan. Dan seperti yang Dr. Zafarina katakan, jika ianya benar, maka memang orang Melayu mudah diadu-domba"
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
irama
Posted on Thursday, June 05 @ 20:17:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 Kisah israk dan mikraj itu mengarut...?
Posted on Thursday, June 05 @ 19:21:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Analisa Ringkas Keputusan PRK Teluk Intan
Posted on Thursday, June 05 @ 17:52:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Pilihan Raya Kecil (PRK) sememangnya lebih sukar untuk PR berbanding Pilihan Raya Umum. Seluruh kekuatan BN/kerajaaan akan ditumpukan kepada usaha memenangkan calon mereka di tempat yang kecil itu berbanding dengan PRU di mana kekuatan BN/kerajaan akan terpaksa diagihkan di seluruh Negara.

Itulah sebabnya mengapa secara umum, keputusan dan majoriti melalui PRK akan berkurangan bagi calon PR sekiranya dibandingkan dengan majoriti yang pernah diperolehi semasa PRU. Ini berlaku walaupun untuk DUN Kajang di Selangor sekalipun. Politik wang, janji projek, kerahan terhadap pengundi yang biasanya tidak keluar dan sebagainya boleh dilakukan oleh pihak BN/kerajaan dengan lebih berkesan lagi.

Kedua, PRK ini secara dasarnya tidak akan mempunyai impak terhadap kerajaan yang memerintah. Walaupun sekiranya calon PR menang, pengundi faham bahawa BN tetap merupakan kerajaan yang memerintah. Oleh itu pengundi akan memikirkan apakah yang terbaik yang mereka boleh capai melalui pilihan raya kecil ini dan sebahagian dari mereka menganggap bahawa memenangkan calon BN (mungkin) akan mampu mendatangkan pembangunan dan projek kerana BN adalah kerajaan. Oleh itu, janji untuk menjadikan Mah seorang Menteri amat bermakna bagi pengundi ini. Cogan-kata ‘ubah’ tidak membawa erti yang sama seperti semasa PRU dan tidak mampu mendorong pengundi untuk mengundi Dyana. Ini di antara sebab mengapa jumlah keluar mengundi menurun berbanding PRU13. Mereka, khususnya yang dari luar kawasan, tidak datang mengundi kerana tidak merasakan ianya sepenting PRU di mana soal menukar kerajaan merupakan matlamatnya.

Ketiga, dalam kes Teluk Intan, DAP telah meletakkan seorang calon ‘novice’ iaitu orang baru, untuk bertanding lawan seorang veteran yang merupakan Presiden Gerakan. Ada yang menganggap sekiranya Presiden Gerakan kalah dengan Dyana, seorang novice, setelah kalah dua kali sebelum ini, ianya akan merupakan sesuatu yang amat memalukan. Maka atas perasaan ingin menjaga air muka Presiden Gerakan, mereka mengundi beliau.

Keempat, calon BN adalah orang tempatan. Dia sudah lama bergiat di Teluk Intan, pernah menjadi ADUN dan juga MP sedangkan calon DAP adalah orang luar, baru sahaja ingin bertanding dalam pilihan raya, tidak dikenali dan dilihat sebagai orang ‘luar’. Pengundi tidak mampu mengenali beliau dalam tempoh yang sebegitu singkat dan media pula menonjolkan aspek sampingan berhubung calon tersebut. Propaganda negatif, seperti berbikini, minum arak dan memeluk anjing, juga mampu menimbulkan keraguan terhadap calon kerana beliau tidak dikenali oleh orang tempatan.

Kelima, calon BN telah mendapat sokongan padu dari jentera UMNO/kerajaan yang tidak hiraukan isu agama (hudud) mahupun bangsa (bukan Melayu). Walaupun Mah dari Gerakan, parti yang mengugut untuk mendakwa PAS sekiranya membawa usul hudud ke Parlimen, namun ia tidak menjadi isu kepada petugas UMNO. Namun, ianya menjadi penghalang kepada petugas PAS apabila Dyana menyebut walaupun tidak menentang hudud tetapi tidak akan menyokong usul hudud yang akan dibawa Ahli Parlimen PAS. Maka psy-war UMNO lebih berkesan di kalangan sebahagian petugas PAS berbanding arahan Presiden sendiri. Begitu juga, DAP menghadapi sedikit masalah dalaman apabila Dyana dicalonkan kerana DAP Teluk Intan pada asalnya mempunyai calon lain. Walaupun ianya dapat diatasi kemudiannya tetapi masa terbuang pada peringkat awal tempoh berkempen.

Dengan segala halangan seperti di atas, pencapaian Dyana tetap boleh dibanggakan. Jumlah 238 bukan sesuatu yang boleh dibanggakan BN lebih-lebih lagi bagi seorang Presiden parti yang bertanding lawan seorang novice. Dyana telah memperlihatkan keberanian, kematangan dalam menangani segala cabaran sebagai calon DAP dan saya yakin beliau mempunyai masa depan cerah dalam politik Malaysia.

DAP pula telah membuktikan, sekali lagi, ianya sebuah parti yang tidak mementingkan bangsa calonnya tetapi prinsip dan dasar perjuangan. DAP memperlihatkan kesungguhan kepada usaha memecahkan dakyah BN bahawa mereka parti chauvanis Cina dengan membangunkan kepimpinan Melayu muda di kalangan ahli mereka. Usaha seperti ini harus dipuji.

Dakwaan bahawa pengundi Cina sudah kembali kepada BN pada saya juga tidak mempunyai asas yang kukuh. Sebenarnya kesimpulan tidak boleh dibuat berhubung ‘peralihan sokongan pengundi’ berdasarkan PRkecil ini kerana keputusan PRk ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan PRU 13 kerana terlalu banyak perbezaan. Perbezaan dari segi jumlah keluar mengundi yang menurun dari 80% ke 67% dan faktor calon serta suasana yang berbeza dengan suasana PRU adalah perkara yang perlu diambil kira. Oleh itu bagi mereka yang ingin mendakwa, “pilihan raya kecil Teluk Intan membuktikan orang Cina telah kembali menyokong BN”, sila imbas kembali seminggu sebelum itu yang menyaksikan BN langsung tidak berani walaupun untuk meletakkan calon di Bukit Gelugor!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

....
http://www.khalidsamad.com
dikumpulkan hadis-hadis berkenaan mendidik jiwa untuk dijadikan panduan kita dalam menguruskan kehidupan kita dengan lebih teratur dan lebih berkah.Pemahaman terhadap hadis-hadis yang disiarkan adalah memerlukan pembelajaran daripada pihak yang lebih pakar.

Oleh modayu73"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
modayu
Posted on Thursday, June 05 @ 19:21:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SEHARI selepas Tun Mahathir kutuk Nik Aziz dan HUDUD di UIA, banjir kilat landa UIA
Posted on Thursday, June 05 @ 15:39:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri. Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menganggap bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai saudara, namun tetap akan menegur beliau sekiranya beliau bersalah.

“Nik Aziz adalah saudara saya tetapi sekiranya beliau membuat sesuatu yang salah, saya tidak boleh menerima. Ini adalah sebab mengapa saya berbeza (pendapat) daripada beliau,” katanya semasa program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),  semalam.

“Hukuman boleh dijatuhkan tetapi ia mestilah adil. Kalau anda berkata hudud adalah hanya untuk orang Islam, itu tidak adil.

“Kalau dua orang yang mencuri tertangkap dan kamu memotong tangan salah seorang daripada mereka kerana dia Islam dan seorang lagi dipenjarakan dua bulan, adakah itu adil?

“Itu tidak adil,” katanya.

Beliau berkata di negara ini adalah sukar untuk mencapai keadilan.

Ini contoh ISLAM TUN MAHATHIR!!

Tak hairan selepas sahaja Tun Mahathir bercakap menghina Islam agama dia sendiri, Allah balakan dengan banjir KILAT!!


....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/

 

Tiada ulasan: