Posted on Saturday, June 28 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”
Demikianlah
pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam
memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka.
Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan
MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak
hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki
sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’
setia di dapur.
Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang
dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak
negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG
pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara
kelahirannya sendiri?
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi
tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua
jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus
berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru,
usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil
kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun
1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama,
muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese
Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat
yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang
mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan
belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap
15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan
cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian
ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North
Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12
jam sesudah menikmati masakan cina.
Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan
secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan
anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi,
proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal
mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk
apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan
ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.
Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan
penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli.
Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan,
kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan
‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan
rempah-ratus.
.........http://kisahgempak.blogspot.com
Penculikan kanak-kanak semakin berleluasa
Posted on Saturday, June 28 @ 19:12:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"28 Jun 2013 - Penduduk di kawasan perumahan dan warga sekolah diminta segera melaporkan kepada polis jika ternampak individu mencurigakan di kawasan mereka bagi mengekang kejadian penculikan kanak-kanak yang semakin berleluasa.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata polis sentiasa dalam keadaan bersiap sedia, namun memerlukan keprihatinan dan kerjasama orang awam supaya tindakan awal dapat diambil.
“Kita tidak mahu apabila maklumat lambat sampai dan tindakan tidak dapat dilakukan segera oleh polis, mereka (polis) yang akan dipersalahkan.
Justeru, kerjasama orang ramai dalam hal ini amat diharapkan.
Ibu, bapa usah leka “Selain itu, ibu bapa juga usah leka dan terlepas pandang terhadap anak mereka sama ada di sekolah atau apabila melakukan kegiatan luar rumah yang lain.
“Jangan ambil mudah keselamatan anak dengan tidak mematikan enjin dan meninggalkan anak dalam kereta” "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Saturday, June 28 @ 19:12:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Panda Lebih Bertuah: Anak minum susu pekat manis
Posted on Saturday, June 28 @ 17:52:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Asmawati memangku anak bongsunya yang hanya diberikan susu pekat manis dan anak keduanya di rumah mereka di Kampung Tengah.
KUALA KRAI - Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan Ramadan, sebuah keluarga di Kampung Tengah dekat sini, hanya menunggu hari yang dinanti-nantikan ini tanpa sebarang persediaan.
Kesempitan hidup, ditambah pula dengan masalah kesihatan ditanggung Asmawati Samsudin, 29, menyebabkan hari-hari dilaluinya sepanjang Ramadan sama sahaja seperti hari biasa.
Baginya tiada istilah makanan istimewa sebagai juadah berbuka puasa, kerana apa yang ada untuk mengisi perut mereka anak-beranak, itu sudah cukup membuatkannya bersyukur.
“Puasa, raya atau hari biasa tetap sama bagi kami, cuma jika berkemampuan dapatlah belikan pakaian untuk anak-anak," kata wanita tabah ini yang menghidap sakit saraf sejak lebih 15 tahun lalu.
Asmawati dan suami, Zalani Mohamad, 36, lebih mengutamakan keperluan harian mereka enam beranak, berbanding keperluan menyambut Ramadan dan Syawal.
Menurutnya, perbelanjaan keperluan harian mereka bergantung sepenuhnya daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan.
"Pendapatan suami yang bekerja di kilang kayu tidak menentu, bergantung kepada keadaan, namun kami bersyukur kerana walaupun hidup susah, anak-anak tidak banyak karenah.
"Empat anak kami, Mohammad Ameer Aiman, 9; Nurul Kyra Azureen, 6; Nurul Ameera Damia, 3; dan Nurul Syazleen Humairah, 2, seolah-olah memahami kesusahan kami. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih matang daripada usia apabila anak kedua rajin membantu saya melakukan kerja rumah," katanya yang terpaksa melakukan kerja rumah dalam keadaan mengengsot.
Lebih menyedihkan katanya, apabila anak bongsunya hanya diberikan susu pekat manis kerana tidak mampu membeli susu tepung.
"Itu sahaja yang dapat saya berikan jika dia menangis mahu susu. Walaupun hati hiba tapi apakan daya saya tidak mampu.
"Namun, kami masih ada tempat berteduh tetapi setiap kali hujan lebat, air akan masuk dalam rumah.
"Ini menyebabkan luka di lutut akan merebak dan berlaku jangkitan kuman kerana air kotor terkena bahagian ini," katanya yang sayu mengenangkan masa depan anak-anaknya.
Sehubungan itu, Asmawati merayu bantuan membaik pulih rumahnya.
“Saya risau bila hujan lebat atau musim banjir. Saya kerap bergerak menggunakan lutut yang luka (berlubang), bila basah luka makin teruk dan bimbang berlaku jangkitan kuman,” katanya yang sudah hilang deria rasa sehinggakan tidak merasai sakit walaupun terkena air panas.
Bantuan boleh dihulurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (0300541000088062 - Asmawati) atau menghubungi ditalian 011-25765257.-sh
Posted & copy by Rakyat Marhaen
Ramadan, Salahlaku yg perlu diawasi!
Posted on Saturday, June 28 @ 16:36:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Ingat, matlamat utama Ramadan ialah dua (2):- mendapat taqwa dan keampunan. Dalil tentang matlamat taqwa ayat 183 dari surah al-Baqarah. Matlamat ‘mendapatkan keampunan' dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang diajar oleh Nabi SAW agar berdoa meminta keampunan Allah SWT.
Salah laku atau ketidakwajaran antaranya :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda. Dalil hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. - terhalang dari mendapat keberkatan dan bercanggah dengan sunnah baginda. Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) Hadith Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Semestinya ia dibuat atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah.
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
Nabi Muhammad menceritakan Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. (Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi: Sanadnya sohih)
Diringkaskan n di pinda dari sumber www.zaharuddin.net/
hisham-ahmad.blogspot.com"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: HishamAhmad
Posted on Saturday, June 28 @ 16:36:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Promosi Beri Makan Buka Puasa Pelajar Sekolah Pondok/Tahfiz
Posted on Saturday, June 28 @ 16:23:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Sejuk mata, hati apabila solat jemaah di Madrasah Tuan Haji Ibrahim, Bongek, Rembau. Apa ke tidaknya, para pelajarnya berubah putih dan berserban. Rasa begitu tenang sekali. Tanpa disuruh dan diminta para pelajar ini apabila jumpa salam, cium tangan, bukan kita minta, tetapi mereka dibudayakan begitu hanya mengharapkan redha ALLAH.
Setiap Ramadhan, yang menjadi perhatian ialah Rumah Anak Yatim, mereka ini akan penuh jadual mereka untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Tetapi jarang kita dengar promosi berbuka puasa di Sekolah Pondok/Tahfiz.
Dan di Negeri Sembilan ini terlalu sedikit bilangan Sekolah Pondok/Tahfiz, lebih-lebih lagi yang mempunyai program secara tradisional dan konvensional. Di Rembau hanya ada 2 Sekolah Pondok/Tahfiz yang diusahakan oleh 2 orang guru serta sahabat yang saya kasihi dan hormati.
Yang pertama ialah Madrasah Tuan Haji Ibrahim di Bongek, mempunyai sekitar 30 orang pelajar. Pengetuanya ialah Ustaz Khairuddin Yusof, cucu kepada ulama terkenal di Malaysia iaitu Almarhum Tn Hj Ibrahim. Yuran yang dikenakan kepada pelajar yang belajar di sini saya rasa antara yang termurah di Malaysia. Untuk menampung kekurangan kos pengurusan ialah dengan sumbangan dan derma orang ramai.
Yang keduanya ialah Madrasah Az Zakirin yang diusahakan oleh Ustaz Zakaria Talib, juga terletak di Bongek, berhampiran kaki Gunung Datuk. Madrasah ini dalam keadaan sekitar yang begitu aman, nyaman, hijau, dihiburkan dengan kicauan burung. Jumlah pelajarnya sekitar 12 orang. Yuran adalah mengikut kemampuan ibu bapa pelajar dan ditampung dengan sumbangan orang ramai.
Kedua-dua madrasah ini pada perkiraan saya amat sesuai kepada mereka yang ingin mendapat pahala memberi orang berbuka puasa selain penghuni rumah anak yatim.
Mereka yang ingin memberi makan berbuka puasa untuk pelajar Sekolah Pondok/Tahfiz di Rembau ini bolehlah berjumpa terus dengan Ustaz Khairuddin atau Ustaz Zakaria. Jika hendak no telefon mereka sila hubungi saya 012-2267406 , rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Semoga Ibadah Kita Pada Bulan Ini Diterima ALLAH dan Diampunkan Semua Dosa Kita"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Saturday, June 28 @ 16:23:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Memalukan, pelanggan Bank Islam tidak beradab dengan adab Islam
Posted on Saturday, June 28 @ 16:51:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Tadi Sabtu 28 Jun 2014 sekitar jam 11.30 pagi saya ke cawangan Bank Islam di Senawang yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu. Amat memalukan apabila sekitar mesin ATM dan CDM dipenuhi dengan sampah resit ATM, di atas mesin ATM, di atas lantai, padahal terdapat 2 tong sampah di situ.
Satu tong sampah sudah penuh, tapi apabila ditekan dengan tangan ianya tinggal separuh, satu lagi tong sampah masih kosong.
Isu ini nampak mudah, tapi memalukan. Malu kita sebagai pelanggan Bank Islam, malu kita sebagai umat Islam di sebuah negara majoriti umat Islam, sebuah negara majoriti orang Melayu. Macamana nak cakap mengenai hukum hudud, jihad, prihatin terhadap remaja OKU di Nilai, tetapi satu-satunya institusi kewangan Islam yang tersohor, bab sampah resit ATM pun kita pandang ringan.
Marilah kita mulakan dengan diri kita sendiri, nampak paku di jalanan, kutip, takut ada kereta lalu lalang terkena paku. Nampak sampah di masjid , surau, kutip, semata-mata harap redha ALLAH.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Saturday, June 28 @ 16:51:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
Posted on Saturday, June 28 @ 10:57:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa
kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi
mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing
mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing |
Selain
itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia
25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor
haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing
mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….
Sumber : hasnulhadiahmad.com
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….
Sumber : hasnulhadiahmad.com
Ustaz-Ustaz Dan Pakar Motivasi Islam Tak Stim Terhadap Isu OKU (bersama video)
Posted on Saturday, June 28 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Isu OKU adalah isu yang TAK STIM untuk diperbincangkan oleh sesiapa sahaja dan yang lebih malang oleh para ugamawan negara juga. Malahan ada Ustaz yang mengatakan bahawa TAHFIZ dan ANAK YATIM ada disebut didalam AL-QUR'AN sedangkan OKU tak ada...! BENARKAH BEGITU ???
Sedangkan sebaliknya pada agama lain.... apakah ISLAM itu tidak lengkap dengan mengabaikan isu OKU sehingga tidak disentuh didalam Al-Qur'an ?
Inilah tanda-tanda akhir zaman agaknya ?
Jadi bagaimanakah agaknya cara untuk menaikkan STIM PARA AGAMAWAN dan USTAZ-USTAZ terhadap ISU OKU....
TAK PERCAYA? TONTON VIDEO YANG DIPIMPIN OLEH DR. MASZLEE MALIK INI
...........
http://omarbinabdulaziz.blogspot.com
Posted on Saturday, June 28 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Isu OKU adalah isu yang TAK STIM untuk diperbincangkan oleh sesiapa sahaja dan yang lebih malang oleh para ugamawan negara juga. Malahan ada Ustaz yang mengatakan bahawa TAHFIZ dan ANAK YATIM ada disebut didalam AL-QUR'AN sedangkan OKU tak ada...! BENARKAH BEGITU ???
Sedangkan sebaliknya pada agama lain.... apakah ISLAM itu tidak lengkap dengan mengabaikan isu OKU sehingga tidak disentuh didalam Al-Qur'an ?
Inilah tanda-tanda akhir zaman agaknya ?
Jadi bagaimanakah agaknya cara untuk menaikkan STIM PARA AGAMAWAN dan USTAZ-USTAZ terhadap ISU OKU....
TAK PERCAYA? TONTON VIDEO YANG DIPIMPIN OLEH DR. MASZLEE MALIK INI
...........
http://omarbinabdulaziz.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan