Saturday, 21 June 2014
BUDAYA MURNI RAKYAT JEPUN SEMPENA PIALA FIFA 2014 SUDAH MENULAR KE NEGERI JOHOR!!!
Sebelum ini satu dunia diheboh dan dipaparkan dengan beberapa kepin gambar betapa murni dan mulkianya serta pembersihnya masyarakat Jepun ketika menonton Pertandingan pasukannya di Piala FIFA 2014 di Brazil.
Para penyokong tegarnya dipaparkan sedang mengutip sampah sarap di stadium berkenaan .. tindakan dan gelagat mereka mendapat liputan meluas seluruh duni dengan kata-kata pujian mnelimpah ruah.
Dilaman sosial dan blog menjadi viral.
Akhirnya gelagat dan perangai penyokong setia Jepun itu menjadi ikutan pula oleh masyarakat kita di Johor Bahru apabila dilihat penyokong JDT beramai-ramai membuat kerja amal mengutip sampah dan membersihkan stadium selepas menonton perlawan bolasepak di Stadium Larkin JB.
Sikap penyokong yang membantu pihak pengurusan stadium wajar dipuji apabila sebaik selesai perlawanan, mereka dilihat mengutip serta membersihkan kawasan tempat duduk mereka.
Amalan sedemikian sekiranya dijadikan satu budaya pastinya mampu menjadikan kita sebagai contoh yang baik kepada generasi akan datang serta menjadikan budaya kebersihan sebagai salah satu ciri-ciri penyokong kita yang merupakan satu sikap positif yang telah pun diamalkan oleh penyokong luar negara terutamanya Jepun dan Korea Selatan.
Tidak mustahil sekiranya jika kita mahukan pasukan bertaraf dunia, kita juga mampu menjadi penyokong bertaraf dunia.
Sekali lagi jutaan terima kasih serta salam hormat diucapkan kepada semua para penyokong yang terlibat. Perubahan yang positif bakal membawa kita ke suatu tanda aras baru sebagai penyokong dan yang nyata, anda adalah yang terbaik. Tahniah Omak Kau ucapkan.
Saturday, 21 June 2014
BETUL KAH PEGAWAI KANAN POLIS YANG MATI LEMAS BARU-BARU INI PERNAH BUAT AKUAN BERSUMPAH MENGENAI KEGIATAN HARAM YANG DIBERI PERLINDUNGAN YANG MENJADI KECOH GEMPAR BEBERAPA TAHUN DAHULU?????
AKUAN BERKANUN
Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.
3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.
4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.
5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.
6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.
7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.
8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.
9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.
10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.
11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.
12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.
13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.
14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.
15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.
16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.
17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.
18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.
19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-
(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.
20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.
21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.
22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.
23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-
(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY
24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.
25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.
26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
GERIK - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, Gerik petang semalam, ditemui lemas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, mayat Mior Fahim Ahmad, 39, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ditemui dalam keadaan meniarap di dalam perairan kawasan itu pada 7.25 pagi.
"Mangsa mandi bersama-sama beberapa peserta lain di kawasan itu sebelum didapati hilang dalam keadaan air deras. Kawasan kejadian adalah lokasi penamat latihan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, kawasan itu juga menjadi lokasi bermalam kesemua peserta Latihan Dalam Perkhidmatan Kemahiran Memandu Off Road yang disertai 50 peserta Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk 16 pegawai.
Kesemua peserta yang menaiki kenderaan pacuan empat roda sepatutnya pulang hari ini, katanya.
Latihan itu dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik yang turut disertai Ketua Polis Perak Datuk Acyrl Sani Abdullah Sani.
Abdul Manab berkata, mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Gerik pada 12.30 tengah hari untuk bedah siasat.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dibantu antaranya oleh Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertahanan Awam.
Jenazah mangsa akan dibawa ke kediaman ibunya di Kampung Tersusun Batu Lima, Tambun di sini untuk dikebumikan.
Mior Fahim mula berkhidmat dengan PDRM pada 1995 dan berpengalaman bertugas di Sabah, Johor dan Pahang selain pernah terlibat dalam operasi selama 21 hari menentang penceroboh di Lahad Datu, Sabah tahun lepas. - Bernama
AL-FATIHAH .. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG BERIMAN DAN SOLEH. .. AMINNNN.
Saturday, 21 June 2014
BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA .... EDISI KANTOI NAJIB DIMALUKAN ... BERITA HARIAN KATA 10,000 WARGA KERJA SAMBUT NAJIB DIPERHIMPUNAN HARI PEKERJA DI MELAKA SEDANGKAN HAKIKATNYA TIDAK SAMPAI "1,000" ORANG?????
Taubat lahom gerenti gambar-gambar ini tidak akan diterbitkan oleh semua media arus perdana .. apakah warga pekerja sudah mulai menolak kepimpinan Najib Razak sampai begini punya teruk sambutan diberikan.
Itu pun dikhabarkan ada desakan dan paksaan untuk kakitangan kerajaan supaya hadir jika tidak angka yang turun lagi jauh merudum.
Peliknya akhbar Berita Harian dengan muka tembok tidak tahu malu boleh katakan 10,000 yang sambut ketibaan Najib Razak di Perhimpunan Hari Pekerja di Ayer Keroh Melaka pagi tadi.
AYER KEROH: Datuk Seri Najib Razak tiba di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, sebentar tadi bagi menyampaikan amanat sempena program Perhimpunan Hari Pekerja 2014.
Ketibaan Perdana Menteri jam 10.35 pagi disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem serta barisan EXCO kerajaan negeri.
Pada majlis bertemakan Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi itu, Perdana Menteri akan menyampaikan amanat Hari Pekerja 2014 kepada kira-kira 10,000 warga kerja membabitkan 200 jabatan kerajaan dan sektor swasta.
Perhimpunan yang diadakan itu bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara, selain mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan antara tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja dalam usaha pembangunan negara.
Benarkah Pemilik Akaun FB di SANTAU akibat Sebar Cerita MH370 ?
Bagi sesetengah orang
yang gemar mengikuti perkembangan dan kisah-kisah tentang pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di media
sosial, akaun Facebook Sharifah Sofia Syed Rashid tidak perlu
diperkenalkan lagi.
Pemilik akaun Facebook
ini sering memuat naik status yang agak kontroversi berkaitan misteri di
sebalik kehilangan MH370 termasuk pendedahan tentang penglibatan negara
asing dan wayang-wayang yang direka untuk menyembunyikan kisah sebenar.
Sejauh mana kebenaran di
sebalik pendedahan dibuat tidak dapat dipastikan namun pemilik akaun
Facebook ini telah memberi bayangan bahawa apa yang dilakukannya
menyebabkan dia menerima banyak ugutan termasuk akan disantau manakala
akaun Facebook miliknya juga didakwa telah digodam.
Kebimbangannya menjadi
kenyataan apabila Sharifah Sofia Syed Rashid dikatakan sudah dua hari
tidak sedarkan diri gara-gara disantau sebagaimana dibimbanginya sebelum
ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh saudara terdekatnya menerusi status Facebook di bawah:
Tidak dapat dipastikan
sejauh mana kebenaran cerita-cerita kontroversi MH370 yang
dikongsikan dan apakah identiti sebenar Sharifah Sofea namun sekiranya
betul dia sedang menderita akibat dianiaya, sama-samalah kita doakan
kesembuhan untuknya. Wallahu a'lam
Bagi sesiapa yg menyebarkan mesej ini, harap hentikan, kerana ia suatu fitnah terhadap saya...
Byebye Starbucks .. STARBUCKS TELAH DISAHKAN HARAM! Oleh JAKIM . Semua Chocolate , Vanilla Dan Coffee Drinks Kat Coffee Bean Dan Starbuck Contains E471 (Emulsifie r 471) , Mono Diglycefi Deswhich Dr Animal Origin (Port) . Respberry Frap Guna Cherries Yang Dicelop Dalam Arak Amp ; The Tiramisu Ada RUM . Tolong Sebarkan Kat Umat Islam . Hubungi JAKIM 03-8886 4000 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut . TOLONG SEBARKAN . Assalamualaikum. Daripada Dr. Zahazan Mohammad (TBSB):

Ini bukannya kenyataan saya..
baarakalLahu fiekum
( moga Allah swt mmberkati kalian )
Foto adalah kulia yg saya sampaikan di menara Takaful Ikhlas, Bangsar semalam, Jumaat 20/6/14 .
baarakalLahu fiekum
( moga Allah swt mmberkati kalian )
Foto adalah kulia yg saya sampaikan di menara Takaful Ikhlas, Bangsar semalam, Jumaat 20/6/14 .
LikeLike · · Share · 99569486
Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak akan layan sebarang provokasi baik daripada rakan PR mahupun BN selagi belum tamat tempoh penggal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) pada 2018 nanti.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak risau dengan desas-desus penolakan PAS Selangor terhadap kepimpinannya.
Menurutnya, beliau maklum tugas sebagai menteri besar Selangor adalah "mencabar dan penuh tanggungjawab" dan ia tidak seselamat seperti tugasnya sewaktu berada dalam sektor korporat.
"Jaminan kerjaya saya ini - setahu saya dalam arena politik ini tidak dapat dipastikan seperti sewaktu saya berada dalam sektor korporat.
"Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan satu tanggungjawab.
"Saya tidak risau tentangnya," kata Khalid dalam satu sidang media di Shah Alam, tengah hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan yang mendakwa PAS Selangor menolak kepimpinannya apabila mengambil kira cara beliau menangani beberapa isu mutakhir ini.
Alwi Bakri Luddin and 3 other friends shared Rahsia Hawa's photo.
Rahsia Hawa with محمد داوس and 30 others
Nauzubillah
Adun Bukit Assek di Sarawak, Wong Ho Leng, meninggal dunia pada jam 10.50 malam tadi.
Kematian itu disahkan melalui twitter Roketkini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang di twitternya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di atas pemergian itu.
Pada 1995, 2004, dan 2008, beliau bertanding untuk menentang Robert Lau Hoi Chew dalam pilihan raya parlimen Sibu tetapi tewas kesemuanya.
Pada 1996, beliau memenangi kerusi DUN dengan majoriti tipis 226 undi bagi kawasan Bukit Assek dengan menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, iaitu Dr Wong Soon Kai.
Beliau tewas kepada Tiong Thai King dalam pilihan raya parlimen pada 1999. Pada 2001, beliau tewas sekali lagi dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek.
Beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut daripada Daniel Ngieng Kiong Ann dengan majoriti besar sebanyak 4,751 undi dalam Pilihanraya DUN Sarawak 2006.
Dalam pilihan raya kecil Sibu 2010, beliau telah memenangi kerusi parlimen DUN Sibu dengan majoriti yang tipis. Kemenangan tersebut menunjukkan DAP telah merampas semula kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN) selepas 24 tahun dimenangi oleh BN.
Pilihan Raya Sarawak 2011 telah menyaksikan kejayaan beliau mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek, dengan jumlah undi sebanyak 13,527 undi, manakala lawan beliau, Chieng Buong Toon dari SUPP memperolehi 4,700 undi dan calon bebas Hii Tiong Huat, hanya 180 undi.
Netbook untuk guru, bukan menolak tapi...
Posted on Saturday, June 21 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SHAH ALAM - Tidak mahu pisang berbuah dua kali, demikian reaksi Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari terhadap peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru di negara ini.
Menurutnya, sebelum ini pelajar sekolah menerima Netbook 1Malaysia yang hanya mampu bertahan beberapa bulan saja.
"Saya mewakili guru-guru, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia kerana memperuntukkan RM400 juta untuk pemberian netbook kepada semua guru.
"Tapi kami guru-guru tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana (berlaku terhadap) pemberian netbook kepada murid sekolah yang kualitinya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Kebanyakkannya rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Bukan berhasrat untuk menolak pemberian kerajaan itu, namun menurutnya, majoriti guru di negara ini sudah memilik komputer riba sendiri.
Sehubungan itu, beliau menyarankan peruntukan itu digunakan untuk prasarana lain yang lebih berguna.
"Sekali lagi saya menyatakan pendirian bahawa bukan kita menolak pemberian ini tetapi majoriti guru sudahpun memiliki notebook masing-masing disebabkan keperluan semasa.
"Mungkin kementerian boleh menyediakan prasarana yang baik dengan menggunakan bajet RM400 juta ini," katanya.
Mengulas lanjut, beliau mendakwa, hanya guru dari Gred DG29 hingga Gred DG44 sahaja akan menerima netbook tersebut.
"Dengan baget RM400 juta membolehkan 420 ribu guru dapat menerima hadiah hari guru ini. Akan tetapi, jika diikutkan pengumuman Menteri, hanya guru tertentu sahaja menerima hadiah ini," katanya.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.
Bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.-sh
Bekas pegawai kementerian hadapi 6 tuduhan terima suapan
Posted on Saturday, June 21 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kuala Lumpur: Bekas pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam tuduhan memperoleh suapan membabitkan enam projek kerajaan dengan nilai keseluruhan RM600,000, tiga tahun lalu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh, Hazmi Samsudin yang kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Hazmi39, yang berkhidmat sebagai penolong pegawai Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian itu, didakwa menerima sogokan antara RM98,455 hingga RM99,640.
Mengikut pertuduhan, bagi pertuduhan pertama dan keenam, Hazmi didakwa memperoleh rasuah 10 peratus daripada setiap enam projek kerajaan melalui enam syarikat berlainan dengan perantaraan seorang individu bernama Zainal Arifin Lahuri.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Datuk Onn, di sini, antara Jun 2011 dan Oktober 2011.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim Ahmad Zamzani kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 22 Julai ini. Beliau juga mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.
Tertuduh diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim dan Rusnan Hassan.-bh
KDN Cadang Guna Anjing Jaga Festival Muzik Maksiat
Posted on Saturday, June 21 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Penganjur Festival Muzik Sambut Baik Cadangan Guna Anjing Pengesan Di Konsert
KUALA LUMPUR: Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) mengalu-alukan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan anjing bagi mengesan dadah di acara-acara muzik.
Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group, Iqbal Ameer mengalu-alukan dan memuji kesediaan kementerian untuk bekerja dan bekerjasama erat dengan penganjur festival muzik.
"Keutamaan kami apabila menganjurkan acara berskala besar adalah aspek keselamatan dan keselamatan pengunjung.
"Walau bagaimanapun, tidak banyak yang penganjur boleh lakukan, dan kita sentiasa berkata bahawa perlu ada kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkuasa untuk menghasilkan persekitaran yang lebih selamat dan menyeronokkan untuk pengnjung acara," katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada The Star, Khamis.
Iqbal berkata demikian sebagai tindak balas terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata di Parlimen bahawa anjing pengesan mungkin digunakan untuk mengesan dadah di festival muzik, jika perlu, pada masa akan datang.
Dr Wan Junaidi berkata aspek keselamatan di acara-acara seperti itu akan menjadi lebih ketat berikutan kes di mana enam orang, yang berusia antara 21 dan 28 tahun meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan di FMFA, Mac lalu.
Selepas kejadian itu, penganjur FMFA memutuskan untuk membatalkan hari terakhir acara tersebut.
Iqbal berkata, industri bagi acara yang diadakan secara langsung adalah penting terhadap negara kerana ia terbukti berkesan dalam menarik jumlah besar kedatangan pelancong.
"FMFA sahaja, dalam tempoh tiga tahun, telah menarik lebih 40,000 pelancong yang telah datang ke negara ini khusus untuk festival yang diadakan, menyumbang lebih RM150 juta dalam pendapatan pelancongan," katanya.
Beliau berkata FMFA juga dikenali sebagai festival muzik terbesar di Asia Tenggara dan telah berjaya meletakkan Malaysia pada peta dunia sebagai destinasi muzik secara langsung yang berdaya maju.-mstar
Pesalah trafik diburu, penjenayah bagaimana?
Posted on Saturday, June 21 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Dr Riduan Mohd Nor
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Terengganu dikatakan sedang memburu 5,916 pesalah trafik yang gagal menyelesaikan saman mereka di negeri itu.
Sebanyak 4,619 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap pesalah trafik terbabit.
Sejak operasi itu (Ops Warta) dilaksanakan, seramai 60 individu dengan waran tangkap telah ditahan di 16 lokasi di negeri Terengganu.
Nampaknya PDRM Terengganu secara serius berusaha memburu pesalah trafik di negeri itu dan memastikan jejak mereka dikesan serta diambil tindakan sewajarnya.
Jika masalah pelanggaran trafik di Terengganu menjadi suatu isu yang serius, ditambah dengan kadar kemalangan yang begitu mendadak di negeri itu, maka tindakan keras wajar diambil bagi mencegah kesalahan trafik yang menjadi sebab berlakunya kemalangan.
Pesalah trafik yang sengaja melanggar trafik dan tidak mengendahkan saman yang dikemukakan terhadap mereka perlu diambil tindakan.
Mereka perlu mendapat pengajaran yang berharga agar tidak mengulangi kesalahan mereka, dan ia sekaligus menjadi pengajaran buat individu lainnya.
Namun demikian, memburu pesalah trafik melalui pelbagai operasi termasuk mengadakan sekatan jalan raya, menyediakan pasukan trafik di kebanyakan lokasi untuk mengesan pesalah, serta menahan kenderaan yang disyaki di mana-mana merupakan suatu perkara yang sukar untuk diterima.
Ia menimbulkan lebih banyak kekalutan, kegelisahan serta tidak tenteram dalam masyarakat.
Sekadar tidak membayar saman yang dikemukakan, tidak perlu memburu pesalah sehingga ‘ke lubang cacing’.
Sepatutnya ada sikap toleransi dengan melihat permasalahan mereka. Faktor kemampuan juga menjadi sebab saman tidak dibayar, bahkan ada pesalah trafik rela dipenjara kerana tidak mampu membayar saman mereka.
Rundingan dan perbincangan boleh dibuat, kerana matlamat utama bukanlah saman itu, sebaliknya pendidikan dan pengajaran terhadap kesalahan trafik yang dilakukan. Saman adalah sebahagian cara mendidik, menggerunkan juga membebankan.
Lebih dari itu, pesalah trafik bukanlah penjenayah yang berbahaya. Mereka adalah pesalah kategori biasa, dan saman adalah hukuman mereka. Penjara adalah maksimum jika gagal menjelaskan saman.
Sepatutnya PDRM mengambil langkah tegas memburu pesalah yang lebih serius dan membahayakan ketenteraman awam. Mereka terdiri daripada penjenayah, penyeleweng dan perasuah.
Dengan statistik jenayah yang begitu membimbangkan negara ini, Terengganu boleh menjadi contoh memburu penjenayah sehingga ‘ke lubang cacing’.
Kerana kesalahan merekalah, rakyat menjadi gusar, keselamatan awam terutama kanak-kanak dan wanita terancam, kes rogol dan bunuh meningkat, amalan rasuah meningkat, bangunan menjadi ‘runtuh’, sikap berpilih kasih, penyelewengan demi penyelewengan yang memusnahkan institusi negeri dan negara.
Jika demikian, berbaloi tugas PDRM dengan memburu penjenayah berbahaya seperti ini melalui pelbagai tindakan keras dan tegas dalam pelbagai operasi yang dijalankan.-hd
*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Sunday, 22 June 2014
ADUN DAP/PR BUKIT ASEK SARAWAK MENINGGAL DUNIA.

TAN SRI KHALID IBRAHIM LAGI SEKALI MENEGASKAN AKAN TERUS MENJADI MB SELANGOR SAMPAI TAMAT TEMPUH UMUR PRU 13.
Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak akan layan sebarang provokasi baik daripada rakan PR mahupun BN selagi belum tamat tempoh penggal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) pada 2018 nanti.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak risau dengan desas-desus penolakan PAS Selangor terhadap kepimpinannya.
Menurutnya, beliau maklum tugas sebagai menteri besar Selangor adalah "mencabar dan penuh tanggungjawab" dan ia tidak seselamat seperti tugasnya sewaktu berada dalam sektor korporat.
"Jaminan kerjaya saya ini - setahu saya dalam arena politik ini tidak dapat dipastikan seperti sewaktu saya berada dalam sektor korporat.
"Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan satu tanggungjawab.
"Saya tidak risau tentangnya," kata Khalid dalam satu sidang media di Shah Alam, tengah hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan yang mendakwa PAS Selangor menolak kepimpinannya apabila mengambil kira cara beliau menangani beberapa isu mutakhir ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan