Laporan audit tebal tapi perasuah tidak dibawa ke muka pengadilan, kata DAP
Posted on Wednesday, June 18 @ 23:36:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
DAP
membidas Putrajaya kerana walaupun Laporan Ketua Audit Negara yang
tebal setiap tahun dikeluarkan tetapi masih tiada pesalah rasuah diheret
ke muka pengadilan.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua
menyifatkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low
membandingkan laporan audit Malaysia dan Singapura sebagai tidak wajar.
"Laporan
Audit Negara Malaysia lebih tebal 70 muka surat daripada laporan audit
Singapura, tapi masih gagal membawa pesalah ke muka pengadilan yang
menjadi punca kerugian berjuta ringgit," kata Pua dalam satu kenyataan
hari ini.
Pua menyelar kenyataan Low yang disifatkannya tidak bertanggungjawab dan memperbodohkan tahap pemikiran rakyat.
"Low
jangan menghina tahap pemikiran rakyat Malaysia dengan mengatakan
kerajaan lebih telus dan bertanggungjawab kerana laporan audit Malaysia
lebih tebal berbanding Singapura," kata Pua.
Menurut Pua, jika
dibandingkan dengan Singapura, kedudukan rasuah Putrajaya lebih parah
malahan Indeks Persespi Rasuah (CPI) negara juga tidak memuaskan.
"Singapura
berada pada tangga ke-5 dalam CPI yang dikeluarkan Transparency
International, berbanding Malaysia yang berada pada kedudukan ke-53,"
kata Pua.
Pua juga berkata, tidak ada gunanya jika menjadi terbuka dan telus jika pembaziran masih lagi berulang hampir setiap tahun.
"Menteri
tersebut patut malu kerana kerajaan gagal mengambil langkah berkesan
untuk memperbaiki ketirisan yang berlaku dalam laporan audit setiap
tahun," kata Pua.
Semalam, Putrajaya mengadakan majlis taklimat
untuk media mengenai Siri Pertama dan Kedua Laporan Ketua Audit Negara
2012 dan 2013 di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur.
Turut
hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Audit Negara
Tan Sri Ambrin Buang dan ketua setiausaha beberapa kementerian.
Dalam ucapannya, Low memuji Laporan Audit Negara kerana lebih tebal berbanding Singapura.
Sebelum
itu, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) juga dihalang daripada sesi
taklimat tersebut atas alasan ia merupakan tertutup untuk media sahaja. –
18 Jun, 2014.-tmi
Bersama UMNO pakat gadai harta Melayu
Posted on Wednesday, June 18 @ 23:25:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
UMNO
menggunakan sentimen perkauman apabila terdesak. Dijajanya seluruh
kampung Melayu dan ceruk FELDA bahawa Cina sebagai penceroboh, pendatang
dan bercita-cita mahu hapuskan Melayu.
Hasutan ini disambut oleh PERKASA, JATI dan terkini ISMA.
Tetapi ramai umat Melayu buta, jahil dan terlena tentang wajah sebenar UMNO.
Sebenarnya
UMNO adalah satu organisasi berfahaman kapitalis dan pragmatik.
Maknanya UMNO gunakan rasis untuk melindungi wajahnya sebagai kapitalis.
Kapitalis
adalah mengayakan kroni dan sekutunya.Kroni itu tidak kira Melayu atau
Cina atau India.Yang penting keuntungan dibahagi sesama mereka dan
persetankan golongan marhein.
Bapa Kapitalis UMNO adalah Dr
Mahathir.Lihat siapa disebalik taukeh-taukeh yang menjadi kaya raya di
zaman Mahathir.Ada yang bernama Vincent Tan(Cina), Ananda
Krishnan(India) dan anak beranak Mahathir.
Modus operandis UMNO
sama sahaja dahulu, kini dan selamanya.Dulu bersekongkol dengan penjajah
British kini bersekongkol dengan kapitalis Melayu, Cina dan India.
Kapitalis Cina lah paling ramai disukai UMNO.
Caranya
UMNO selaku kerajaan jualkan tanah (terutama tanah rezab Melayu) kepada
kapitalis Cina yang kaya raya. Kemudian Cina selaku pemaju akan membuat
projek di tanah tersebut dengan menghalau orang Melayu yang menghuni di
situ puluhan tahun.
UMNO jual harta tanah Melayu kepada Kapitalis Cina.
Kapitalis Cina selaku pemaju menghalau umat Melayu yang tinggal di tanah tersebut.
UMNO arahkan badan kerajaan seperti DBKL, PDRM, RELA yang majoritinya orang Melayu untuk halau umat Melayu yang marhein.
Inilah yang berlaku di seluruh negara bermula Perlis hinggalah Johor. Dan yang terkini di Kampung Chubadak, Kuala lumpur.
Begitu cantik wajah UMNO yang membuatkan ISMA teruja dan terpesona hingga cuba "mengurat" UMNO!
Wajah sebenar UMNO"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Wednesday, June 18 @ 23:25:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
HOT! Petrol Malaysia Tiada Kualiti, Tak Sesuai Untuk Mercedes-Benz!
Posted on Wednesday, June 18 @ 19:34:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Mercedes-Benz
(M) Sdn Bhd mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat
servisnya berkaitan perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat
daripada kualiti bahan api bagi kenderaan yang dibeli menerusi saluran
tidak rasmi.
Mercedes-Benz dalam satu kenyataan berkata
pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang
Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan
diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.
(Baca: 10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!)
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain.
"Justeru itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan.
"Hanya
kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup
bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk
memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli
Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah," katanya.
Mercedes-Benz
berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang
pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan
untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang.-bernama
sentiasapanas.com
Ramadhan: Perancis Izinkan Pemain Muslim Berpuasa
Posted on Wednesday, June 18 @ 18:23:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
MENURUT bola.net,
jurulatih kecergasan Perancis, Eric Bedouet membenarkan pemainnya yang
beragama Islam berpuasa walaupun Piala Dunia Brazil masih berlangsung.
Ketika
ini beberapa tonggak utama Perancis beragama Islam seperti Karim
Benzema, Moussa Sissoko, Mamadou Sakho dan Bacary Sagna.
Umat
Islam dijangka akan mula berpuasa pada 28 Jun nanti. Pada ketika itu
pusingan kedua akan bermula dan Perancis antara pasukan dijangka akan
layak.
Dalam satu tulisan lain di dailymail.co.uk
turut menyatakan bahawa sebahagian pemain terpaksa membuat pilihan
antara tuntutan agama dan komitmen di padang. Selain Perancis, pasukan
bukan dari Negara Islam yang dibarisi pemain Bergama Islam termasuklah
Belgium iaitu Marouane Fellaini, Moussa Dembele dan Adnan Januzaj.
Pasukan
Jerman pula dibarisi oleh Mesut Ozil, Shkodran Mustafi dan Sami Khedira
sementara pasukan Bosnia yang separuhnya muslim termasuklah pemain
penyerangnya Edin Dzeko.
Ivory Coast pula dibarisi oleh Yaya
Toure, Kalo Toure, Gervinho dan Cheick Tiote. Dalam pasukan Switzerland
turut dibarisi beberapa pemain muslim termasuklah Xherdan Shaqiri, Haris
Seferovic, Philippe Senderos, Gokhan Inler dan Admir Mehmedi.
Jumlah
ini tidak termasuk pemain dari Iran, Algeria dan Negara Afrika yang
lain. Walau bagaimanapun hanya pasukan yang layak ke pusingan kedua
sahaja yang bakal bertembung dengan bulan Ramadan.
Sumber: bola.net, dailymail.co.uk dan topislamic.com
ibnuhasyim.com
Pertembungan Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil: Ke Manakah Penghujungnya
Posted on Wednesday, June 18 @ 17:16:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Isu
perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang
berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa
dengan Mahkamah Sivil. Dalam kes Izwan Abdullah yang melibatkan
perebutan hak penjagaan anak di Seremban telah membuka satu lagi siri
pertembungan antara kedua-dua institusi Mahkamah dalam negara.
Prinsip
Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa
penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan
hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik
sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam
negara.
Namun konflik di sebalik peruntukan ini timbul bila mana
isu pembubaran perkahwinan sepasang suami isteri disebabkan salah
seorang dari mereka bertindak menukar agama. Bermula dari pembubaran
perkahwinan, konflik terus merebak hingga kepada hak penjagaan anak
termasuk status agama anak-anak mereka di bawah umur 18 tahun.
Beberapa
siri kes yang berlaku sebelum ini seperti Mohd. Ridzuan Abdullah (K.
Pathmanaban v Indira Ghandhi), Muhammad Abdullah @ Moorthy, Mohd Shafie
(Saravanan) yang melibatkan isu yang sama gagal untuk memuaskan hati
kedua-dua pihak dan sudah tentu tamparan lebih hebat diberikan kepada
status bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.
‘Shariah courts don’t compete with civil courts’
Penulis
melihat perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkmah Sivil dan
Mahkamah Syariah sepatutnya tidak ditajamkan. Sebaliknya satu lembaran
baru untuk memastikan agar benar-benar kedua-dua sistem ini dapat
diharmonikan dapat direalisasikan.
Mahkamah Syariah di India
Penulis
pernah menghadiri jemputan dari Islamic Council of Victoria (ICV) dalam
beberapa pertemuan ke arah merangka satu sistem Mahkamah Syariah khusus
untuk mengendali kes yang melibatkan isu kekeluargaan warga Muslim di
Australia.
Dalam pertemuan tersebut, penulis telah melontarkan
konflik bidang kuasa yang akan berlaku sekiranya salah seorang dari
pasangan bertindak menukar agama. Maka, dalam konteks di Australia,
penulis mencadangkan satu sistem bidang kuasa yang jelas iaitu kedua-dua
pasangan harus bersetuju untuk membawa kes yang dipertikaikan di
Mahkamah Syariah. Dalam kes di mana jika hanya salah seorang pasangan
yang ingin merujuk kes tersebut di Mahkamah Syariah, maka kes pertikaian
tersebut wajib diadili oleh Mahkamah Sivil. Sistem sebegini juga telah
dipraktikkan di beberapa negara Minoriti Muslim lain seperti di Mumbai,
India.
Walau bagaimanapun, dalam konteks Malaysia sistem bidang
kuasa tersebut tidak dapat direalisasikan memandangkan peruntukan
undang-undang termasuk undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan
Persekutuan meletakkan keistimewaan tertentu pada kedudukan Mahkamah
Syariah yang tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.
Namun,
beberapa peruntukan undang-undang yang wujud telah meletakkan status
Mahkamah Syariah berada pada kedudukan yang janggal. Sebagai contoh,
dalam hal pembubaran perkahwinan Mahkamah Syariah pula yang menutup
pintu mereka kepada orang bukan Islam kerana enakmen negeri membabitkan
undang-undang Islam telah meletakkan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah
berkuasa mendengar dan memutuskan perkara di mana kedua-dua pihak
mestilah beragama Islam.
Justeru, bagi mendapatkan keadilan,
pasangan bukan Islam sudah tentu akan membawa kes mereka ke Mahkamah
Sivil kerana ia satu-satunya medium yang membolehkan mereka untuk
memperoleh keadilan dan hak. Maka, sudah tentu persoalan keistimewaan
bidang kuasa Mahkamah Syariah akan timbul apabila perintah yang keluar
dari Mahkamah Sivil bercanggah dengan ketetapan Mahkamah Syariah.
Seksyen 51 Law Reform Act (LRA) 1976 menyatakan bahawa
(1)
“Where one party to a marriage has converted to Islam, the other party
who has not so converted may petition for divorce: Provided that no
petition under this section shall be presented before the expiration of
the period of three months from the date of the conversion.”
(2)
“The Court upon dissolving the marriage may make provision for the wife
or husband, and for the support, care and custody of the children of the
marriage, if any, and may attach any conditions to the decree of the
dissolution as it thinks fit”
Manakala Seksyen 2 Law Reform Act
(LRA) 1976 menyatakan bahawa “Court” bermaksud the High Court or a Judge
thereof or, where a Sessions Court Judge has jurisdiction by virtue of
subsection (2), the Sessions Court or a Sessions Court Judge of that
Court
Mahkamah Syariah sebagai medium keadilan
Penulis
percaya bahawa konflik akan dapat diselesaikan sekiranya Mahkamah
Syariah membenarkan salah seorang pasangan bukan Islam untuk membawa kes
mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan.
Kebenaran
ini perlu kerana ia melibatkan hak seseorang yang merasakan diri mereka
terinaya. Dari sudut itu, penulis melihat betapa peranan Mahkamah
Syariah dapat dikembangkan hingga menjadi sandaran kepada bukan Islam
untuk mendapatkan hak dan keadilan.
Di Brunei contohnya,
peruntukan undang-undang Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam)
1999 tidak menghalang Mahkamah Syariah untuk mendengar dan mengadili
kes yang melibatkan bukan Islam di mana peruntukan Undang-Undang
Keluarga Islam tersebut terpakai dalam sebarang hal di mana
sekurang-kurangnya satu pihak menganut agama Islam.
Malah, pihak
bukan Islam sendiri menyedari bahawa undang-undang Islam melalui
Mahkamah Syariah berperanan menawarkan keadilan yang lebih baik kepada
pihak yang bertikai berbanding undang-undang sivil.
Sementara
itu, penulis juga melihat keperluan untuk hakim Mahkamah Syariah yang
mengadili kes seumpama ini untuk dilatih dan didedahkan dengan sistem
undang-undang sivil, yang meliputi prosedur dan “substantive” termasuk
kes-kes yang menjadi “precedent” serta peruntukan undang-undang sedia
ada seperti Law Reform Act (LRA) 1976.
Pihak bukan Islam juga
terhad dalam kes sebegini yang bersangkutan dengan hak mereka mungkin
harus diberikan kebenaran untuk mengambil peguam dari kalangan bukan
Islam untuk mewakili mereka sekiranya perlu sebagai langkah bagi
memastikan Mahkamah Syariah tidak dilihat sebagai badan yang menafikan
hak orang bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.
Penulis
berpendapat, sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, ia merupakan
bibit-bibit kepada keharmonian dan percantuman kedua-dua bidang kuasa
Mahkamah. Bapa Perundangan Negara, Allahyarham Tan Sri Professor Ahmad
Ibrahim, Tun Abdul Hamid Mohammad (bekas Ketua Hakim Negara) dan Tan Sri
Harun Hashim (bekas Hakim Mahkmah Agung) adalah tokoh penting yang dulu
pernah mencadangkan percantuman beberapa bahagian khusus antara
Mahkamah Syariah dan Sivil.
Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia
April 08, 2014
abim.org.my
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 19 Jun 2014
AGAMA ISLAM DIGUNA PAKAI DIDUNIA DAN DIAKHIRAT....JANGAN KITA KETEPIKAN AGAMA ISLAM DIDUNIA....DIAKHIRAT KITA JUGA DIKETEPIKAN OLEH ALLAH SWT....DIAKHIRAT KELAK SAPE YANG BOLEH MENOLONG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan