Posted on Tuesday, June 10 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Antara Kebaikan Mandi sebelum subuh ialah :
1) Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan.
Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2) Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3) Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4) Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5) Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6) Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan..
Sumber
..x0x..
..x0x.
Polemik isu istihalah dan babi – Dr Zaharuddin Abd Rahman
Pertama: Keputusan hukum yang dipilih untuk rakyat Malaysia dalam hal sama ada Istihalah item najis 'aini seperti babi adalah suci atau tidak. Ini kerana ulama Fiqh mazhab berbeza ijtihad dalam hal tersebut.
Kedua: Sama ada proses istihalah (tranformasi) unsur babi boleh berlaku sebelum menjadi gelatin di negara ini.
Ketiga: Istihalah elemen najis kepada suci dalam produk selain perubatan boleh diterima atau tidak.
Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan fatwa dalam hal ini pada 1999 mengenai barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi, yang diputuskan haram dan bercanggah dengan hukum syarak.
Apa pun, badan berwajib ini perlu mengutarakannya kembali dan memberi hujah ringkas. Selain itu, ada baiknya juga keputusan makmal halal berkenaan boleh mengesahkan sama ada boleh berlaku istihalah atau tidak kepada bahan berunsur babi khususnya dalam pembuatan makanan seperti coklat. Ini kerana ada sebahagian menafikannya.
Pada asasnya, prinsip istihalah boleh berlaku dalam pelbagai jenis najis dan bangkai binatang iaitu dengan berlakunya perubahan kimia sehingga seluruh molekul item najis berubah kepada suatu bentuk baru. Ketika itu, sebahagian ulama anggap ia suci dan halal sama ada untuk ubatan dan makanan.
Perkara tersebut dibuktikan boleh berlaku oleh sebahagian besar pengkaji dan ulama serta menjadi ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia OIC dalam sidang mereka pada 18 -22 November 2013.
Menurut keputusan mereka, najis ‘ain’ termasuk babi dan arak boleh menjadi harus apabila disahkan berlakunya istihalah yang sempurna.
Pandangan silam
Manakala mazhab-mazhab Fiqh silam pula terbahagi kepada dua kumpulan besar dalam menanggapi istihalah ini.
1. Mazhab Hanafi, sebahagian besar ulama Maliki, Ibnu Taimiyah dan Zohiri berpandangan jika berubah zatnya kepada benda baru maka ia tidak lagi najis.
2. Mazhab Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh berlaku kepada najis ain termasuk babi.
Kenyataan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi
Kenyataan ulama terkenal, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan DNA babi halal disalahertikan tajuknya.
Beliau sebenarnya mahu menjelaskan berlaku istihalah dalam zat babi sehingga tiada lagi kesan babi dan yang tidak boleh lagi dikatakan wujudnya babi yang najis. Itu bukan pendapat beliau seorang tetapi sekumpulan ulama berautorti dari seluruh dunia melalui persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa OIC.
Perlu difahami, pandangan mazhab Fiqh dalam hal melibatkan muamalat seperti ini bukan semestinya kekal pendapat terkuat kerana fatwa terkuat masih boleh berubah mengikut peredaran zaman khususnya apabila adanya peralatan teknologi yang boleh mengesan sebarang kandungan dalam sesuatu produk.
Isu ini adalah isu perbezaan ijtihad fiqh dan tidak perlu mana-mana kumpulan terlalu menghentam pendapat yang lain. Kerana masing-masing disokong oleh hujah yang benar. Dapatan kajian makmal pula mungkin berbeza dari satu makmal dengan yang lain menyebabkan nasihat kepada ulama menghasilkan pendapat yang berbeza.
Nasihat ringkas saya kepada masyarakat:
a. Jangan mudah menghentam para ulama dan pihak berbeza pendapat kerana masing-masing ada hujah sendiri.
b. Perbezaan pendapat jangan dicerca namun ambillah ia secara positif sebagai keterbukaan dalam Fiqh Islam. Ini penting bagi mewujudkan masyarakat yang berfikir, membaca dan peka.
c. Apa pun saya bersetuju jika sesiapa ingin lebih selamat dan tiada faktor keterdesakan, sebaiknya menjauhi semua produk yang terlibat dengan elemen babi walaupun sudah berlaku istihalah khususnya yang bukan dalam bab makanan yang bukan pula makanan asasi. Selain terdapat banyak alternatif yang lebih tidak diragui.
d. Selain umat Islam bimbang perihal babi, sehingga DNA. Lebih perlu juga umat Islam ambil berat sumber harta yang haram seperti rasuah, tiris wang kerajaan, penipuan dan sepertinya. Itu semua haram digunakan walau dibeli makanan yang mempunyai 100 logo halal sekalipun, makanan itu juga haram akibat wang yang diperolehi cara haram. – 10 Jun, 2014.
* Penulis ialah Presiden Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid).
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Ritual Bersih Kubur (Mayat Berjalan) masyarakat Toraja (bersama video)
Posted on Tuesday, June 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ritual bersih kubur atau dalam bahasa setempat disebut ma’nenek memang masih dijalankan oleh sebagian kecil masyarakat Toraja di daerah tertentu.
Mayat berjalan, dahulu kala memang pernah ada dan dilakukan oleh mereka yang menganut kepercayaan aluk todolo di daerah Mamasa, sebuah wilayah yang berbatasan dengan Toraja.
Bagaimana ritual Ma`nene dijalankan ialah mereka membuka kubur lama (mati setahun lalu misalnya dalam konsep bersih kubur). Mereka berpengangan tangan sambil Ma`badong iaitu sebuah gerak dan lagu yang melambangkan ratapan kesedihan mengenang jasa mendiang yang telah mati sekaligus memberi semangat pada keluarga simati.
Masyarakat Toraja percaya ada kehidupan selepas mati ini bermati mati bukannya berahir sebuah kehidupan.
Karena itu, menyadi kewajiban ini, bagi setiap keluarga untuk mengenang dan merawat jasad miski sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Dalam ritual ini, jasad orang mati dikeluarkan kembali dari tempatnya. Kemudian, mayat tersebut dibungkus dengan pakaian baru oleh keluarga masing-masing.
Perlakuan itu diyakini atas rasa hormat mereka kepada simati semasa hidup. Mereka yakin arwah simati masih ada untuk memberi kebaikan.
Bukan sahaja pakaian diganti baru, malah sehingga rambut juga disikat.
Selepas acara ritual ini, mayat akan disimpan semula ke dalam peti.
Satu persoalan timbul bagaimana mayat tidak mudah rosak? Ada kemungkinan mereka menggunakan semacam "zat digua" itu yang kasiatnya untuk mengawetkan mayat manusia. Ada cadangan untuk ahli geologi atau kimia membuat penyelidikan gua tempat mayat ini disimpan untuk mengetahui rashia jasad tidak mudah reput.
Mengenai cerita bagaimana mayat berjalan dan pulang ke rumah pula mengikut cerita, zaman dulu masyarakat Teroja suka berjalan jauh untuk mencari pendapatan menggunakan kenderaan kaldai dan sebagainya dalam rombongan. Manakala ada yang meninggal di perjalanan.
Oleh kerana mayat ini mengkin mengganggu orang lain dari segi baunya maka ada yang menggunakan ilmu ghaib (hipnotisme) untuk menghantar mayat ini pulang ke rumah. Ini timbul mayat berjalan.
..x0x..
DNA Babi: Dr Maza Canggah Ustaz Kazim Elias
Posted on Tuesday, June 10 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Berikut status yang dimuatnaik oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin sekitar jam 1 tengahari tadi yang dijangkakan berhubungkait dengan pandangan Ustaz Kazim Elias mengenai isu gelatin dan DNA Babi.
Saya
terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu
kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir
dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini.
Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf
al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan
antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan
lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.
Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.
Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.
Saya ingin katakan,
pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu
pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan
kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.
Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.
Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.
Adapun kenyataan beliau
bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau
hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab
termasuk al-Auza’i, al-Thauri, Laith bin Sa’d, Zahiri, Zaidi dan
lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu
isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.
Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat. Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.
Sebenarnya, masalah
istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti
Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di
Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma
al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.
Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi. Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.
Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.
Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya.
Fatwa
ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena
kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara
minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang
dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita
tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.
Sumber FB Rasmi Dr Asri
Gelatin babi hanya untuk negara bukan Islam
SEREMBAN - Kenyataan kontroversi dikeluarkan Syeikh Dr Yusuf
Al-Qaradawi menerusi sebuah portal, baru-baru ini sebenarnya bertujuan
menjawab kemusykilan umat Islam yang mendiami darul harbi atau negara
bukan Islam dan sukar mendapat produk halal.
Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, perkara tersebut hanya disedari beliau selepas membuat penelitian terperinci terhadap laman web ulama tersohor berkenaan, semalam.
“Jelas sekali, jawapan diberikan beliau membabitkan penggunaan gelatin babi adalah berasaskan kepada persoalan dihadapi umat Islam yang tinggal dalam darul harbi sahaja dan bukannya untuk negara Islam.
“Beliau mengambil kira kesukaran mereka untuk mendapatkan produk halal di negara terbabit, di mana kebanyakan produknya mengandungi gelatin babi atau haiwan yang tidak disembelih,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, atas sebab berkenaan, maka kaedah qadhiyyatul istihalah atau transformasi bahan iaitu bahan yang tidak halal apabila sebati menjadi makanan halal, maka hukumnya juga bertukar kepada halal, telah disarankan oleh Dr Yusuf untuk diguna pakai penduduk Muslim negara itu.
“Ini mungkin berasaskan kepada kaedah fiqh iaitu addharuratu tubihuk mahzuurah iaitu kerana darurat, sesuatu yang haram diharuskan dan addharuratu tuqaddaru bi qadariha iaitu kadar keharusan itu pula mengikut keadaan daruratnya, sekali gus menunjukkan ia bukanlah terbuka dengan seluas-luasnya.
“Kesimpulannya, kaedah qadhiyyatul istihalah tidak boleh dipraktikkan di negara Islam atau negara bukan Islam yang senang mendapatkan produk dan bahan-bahan halal,” katanya.
Beliau berkata, ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud, “(bahan) yang halal itu jelas (dinyatakan)” dan “setiap bahan yang haram banyaknya, maka sedikit pun menjadi haram juga”.
“Kaedah fiqh juga menyatakan yang maksudnya, “apabila bercampur di antara bahan yang halal dengan haram (dalam satu transformasi), maka bahan itu dikira haram”.
“Perlu diketahui, babi merupakan tergolong dalam najis ‘ainiyyah iaitu zatnya dapat dilihat, dicium dan dirasa berdasarkan nas al-Quran, dalil dan al thubut yang qat’ie. Maka tahwil yang diusahakan untuk menukar babi kepada benda lain sama sekali tidak merubah kenajisannya,” katanya.
Justeru, beliau berharap penjelasan diberikan dapat merungkai kekeliruan sesetengah pihak yang mungkin beranggapan bahawa daging atau gelatin babi apabila ditransformasikan dan menjadi sebati sebagai makanan, maka statusnya menjadi halal dan harus dimakan.
“Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Dr Yusuf atau merujuk kepada Fiqh Al-Jaaliyat Al-Islamiyyah Fil Gharb (Fiqh Untuk Penduduk Islam di Negara Barat),” katanya.

Jaipp ambil mayat di upacara pengkebumian Cina timbulkan kekecohan
Posted on Tuesday, June 10 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ahli keluarga Teoh Cheng Cheng atau nama Islam beliau, Nora Teoh Abdullah menunjukkan kad pengenalan miliknya semasa upacara pengebumian di Jalan Macallum, George Town, Pulau Pinang, hari ini – Gambar The Malaysian Insider, 9 Jun, 2014.
Ahli keluarga Teoh Cheng Cheng atau nama Islam beliau, Nora Teoh Abdullah menunjukkan kad pengenalan miliknya semasa upacara pengebumian di Jalan Macallum, George Town, Pulau Pinang, hari ini – Gambar The Malaysian Insider, 9 Jun, 2014.Tindakan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengambil jenazah seorang wanita yang dikatakan sudah memeluk Islam daripada upacara pengkebumian Cina menyebabkan kekecohan.
Selepas beberapa jam berbincang, pegawai Jaipp membawa jenazah itu pada kira-kira jam 3.50 petang dengan sebuah van dan dihantar ke rumah mayat untuk penyiasatan lanjut.
Kejadian ini mengejutkan keluarga si mati yang tidak mengetahui pelayan Teoh Cheng Cheng, 38, sudah memeluk Islam.
The Star online melaporkan, Teoh memeluk Islam 17 tahun lalu dan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah.
Ibunya Tan Ma Suan, 64, mempersoalkan mengapa Jaipp mengambil masa begitu lama untuk bertindak jika benar anaknya sudah memeluk Islam.
Dia bertanya, kenapa jabatan itu datang pada hari perkebumian dan berkata, mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jabatan itu.
Teoh meninggal dunia Sabtu lepas selepas jatuh di pangsapurinya.
Exco Agama Negeri Datuk Abdul Malik Abdul Kassim berkata perkara itu diselesaikan secara baik.
"Bukti menunjukkan si mati adalah seorang Islam disampaikan kepada keluarga dan mereka menerimanya.
"Mereka membenarkan jabatan mengambil jenazah untuk dikebumikan mengikut upacara Islam. Semuanya diselesaikan secara baik," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ini merupakan insiden kedua bulan ini pihak berkuasa Islam mengganggu upacara yang diamalkan oleh agama lain.
Minggu lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menganggu majlis perkahwinan Hindu di sebuah kuil di Petaling Jaya selepas menerima laporan pengantin perempuannya adalah seorang Islam.
Pada MyKad beliau didapati menunjukkan dia seorang Islam dan pegawai Jais membawanya untuk disoal siasat.
Serbuan Jais ke atas kuil Hindu berkenaan dikutuk oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Majlis Peguam dan Badan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – 9 Jun, 2014.
LOOI SUE-CHERN
THE MALAYSIAN INSIDER
Sepupu si mati berkata, mayat Teoh Cheng Cheng, 38, sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang tadi namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa mangsa beragama Islam.
“Polis memaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan meneruskan upacara itu kerana sepupu saya sudah memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.
“Kami ada meminta pegawai polis itu menunjukkan dokumen pengesahan bahawa Cheng Cheng memeluk Islam namun gagal.
Bagaimanapun, kemudian datang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyatakan perkara sama,” katanya ketika ditemui di Flat Pelangi, Lebuh Macallum, hari ini.
Buntu dengan keadaan yang mengejutkan itu, keluarga berkenaan kemudiannya meminta bantuan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee bagi menyemak perkara itu dengan JHEAIPP.
“Hasil semakan, JHEAIPP mengesahkan sepupu saya memeluk Islam ketika berusia 20 tahun iaitu 18 tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga.
“Dia dipercayai bercinta dengan seorang lelaki Melayu ketika berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun kemudian dan memeluk Islam dengan nama Nora Teoh Abdullah,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein berkata, mengikut rekod JHEAIPP, wanita itu memeluk agama Islam pada 1997.
“Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu.
“JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada bukti dan rekodnya seorang Islam,” katanya.

Wanita Cina Mualaf Hampir Dikebumikan Cara Bukan Islam
Sebuah keluarga Cina terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia sebenarnya sudah memeluk agama Islam.
Hal itu terbongkar apabila wanita mualaf itu, meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran Taoist.
Hal itu terbongkar apabila wanita mualaf itu, meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran Taoist.
Sepupu si mati berkata, mayat Teoh Cheng Cheng, 38, sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang tadi namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa mangsa beragama Islam.
“Polis memaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan meneruskan upacara itu kerana sepupu saya sudah memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.
“Kami ada meminta pegawai polis itu menunjukkan dokumen pengesahan bahawa Cheng Cheng memeluk Islam namun gagal.
Bagaimanapun, kemudian datang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyatakan perkara sama,” katanya ketika ditemui di Flat Pelangi, Lebuh Macallum, hari ini.
Buntu dengan keadaan yang mengejutkan itu, keluarga berkenaan kemudiannya meminta bantuan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee bagi menyemak perkara itu dengan JHEAIPP.
“Hasil semakan, JHEAIPP mengesahkan sepupu saya memeluk Islam ketika berusia 20 tahun iaitu 18 tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga.
“Dia dipercayai bercinta dengan seorang lelaki Melayu ketika berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun kemudian dan memeluk Islam dengan nama Nora Teoh Abdullah,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein berkata, mengikut rekod JHEAIPP, wanita itu memeluk agama Islam pada 1997.
“Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu.
“JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada bukti dan rekodnya seorang Islam,” katanya.
Sumber : Sinar
Sultan dengar nasihat MB? Mimpilah, kata Zaid
Posted on Tuesday, June 10 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Hari ini, jika menteri besar atau exco berkata raja-raja Melayu bertindak atas nasihat mereka, “kamu boleh beritahu mereka, mimpilah”, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
Katanya, walaupun perkataan “bertindak atas nasihat menteri besar (atau perdana menteri)” digunakan dalam perlembagaan persekutuan atau negeri, amalan sebenar yang berlaku sebaliknya.
“Raja sekarang memutuskan sesuatu perkara dan angan-angan untuk menteri besar percaya sebaliknya.
"Lihat saja apa yang berlaku di Terengganu, Perak, Perlis, dan Kelantan,” katanya.
“Selepas kes Perak, jelas bahawa kedudukan menteir besar sangat bergantung kepada kehendak yang mulia baik dalam terma lantikan dan pengguguran,” katanya.
Pada awal kemerdekaan, Zaid berkata, lebih mudah jika Malaysia menerima dan mematuhi model Westminster secara keseluruhannya.
MALAYSIAKINI

RUU Johor lulus tanpa sokongan Pakatan
Posted on Tuesday, June 10 @ 04:24:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Rang undang-undang untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor akhirnya diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
Tiada anggota DUN daripada Pakatan Rakyat mengundi menyokongnya.
Rang undang-undang itu dibentangkan oleh exco Datuk Abd Latiff Bandi pada 2.30 petang ini.
Setelah pelbagai kritikan, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam berkata, rang undang-undang itu akan dipinda dengan memasukkan peranan sultan atas nasihat menteri besar. [Baca berita penuh]
Sementara itu Bernama melaporkan DUN Johor hari ini meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 yang bertujuan menyediakan satu bentuk perundangan berkaitan pembangunan sektor perumahan dan hartanah di negeri ini.
Terdahulu, rang undang-undang itu yang merangkumi enam Bahagian, 51 Fasal dan tiga Jadual dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Latiff Bandi.
Lima wakil rakyat kerajaan dan tiga wakil pembangkang membahaskan rang undang-undang itu selama tiga jam sebelum diluluskan.
Rang undang-undang itu, yang sebelum ini menimbulkan reaksi pelbagai pihak kerana apabila diluluskan dikatakan akan menyaksikan pembabitan Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri, menyaksikan 10 pindaan terhadap lapan fasal.
Antara pindaan itu membabitkan Fasal 4 (3) Keanggotaan Lembaga iaitu ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Raja, dipinda kepada ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Gulung perbahasan
Bagi Fasal 12 (2) Pelantikan Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat iaitu pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja, dipinda kepada segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.
Fasal 43 (1) Penggulungan dan Pembubaran iaitu Raja boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan, dipinda kepada Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan.
Abdul Latiff ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata penyediaan enakmen berkenaan bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada membantu memperkukuh sektor perumahan dan hartanah di Johor.
Beliau berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang ditubuhkan mempunyai beberapa fungsi merangkumi penyediaan dasar, pelaksanaan, penyelarasan serta perancangan pembangunan sektor perumahan dan hartanah negeri ini.
"Ini seterusnya akan memberi kemudahan kepada rakyat, pihak-pihak berkepentingan seperti pemaju dan perunding dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah di negeri Johor," katanya.
Terdahulu, Maulizan Bujang (BN-Tiram) ketika membahaskan rang undang-undang itu berkata jika dilihat dari sudut tujuan, matlamat dan fungsi, enakmen tersebut amat baik dalam usaha kerajaan memantapkan urusan pembangunan hartanah terutama melibatkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Beliau berkata akan wujud sebuah entiti yang bakal menguruskan hal-hal berkaitan perumahan atau kediaman rakyat negeri Johor secara lebih berkesan dan fokus menerusi penubuhan lembaga terbabit.
"Saya mengharapkan lembaga ini juga dapat mengenal pasti tanah di bandar yang munasabah dari segi lokasi dan nilainya untuk dibangunkan sebagai (projek) rumah mampu milik. Ini penting untuk kita tentukan bahawa semua golongan dapat berada di kawasan di mana berlaku pembangunan," katanya.
Wong Shu Qi (DAP-Senai) pula berkata enakmen berkenaan tepat pada masanya, namun terdapat beberapa isu yang perlu dijelaskan.
Beliau berkata sebagai wakil rakyat Johor, semua anggota perlu memahami keperluan rakyat ketika ini khasnya keluarga pasangan muda sebelum menggubal dasar dan undang-undang yang dapat memenuhi keperluan rakyat.

Zakat KWSP sepatutnya ditunaikan setiap tahun
Posted on Tuesday, June 10 @ 04:17:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Tadi saya menerima SMS dari seorang pelajar UKM yang saya bantu sebelum ini. Katanya juniornya kesempitan wang, dia telah memberi sebahagian wang derma orang ramai kepadanya untuk membantu junior tersebut, tapi masih kurang RM500 untuk keperluan penginapan.
Saya membalas SMS kepadanya, minta maaf, sementara ini saya belum dapat membantu.

Sekarang saya sedang menonton Cinta Ilmu di TV Hijrah, membahaskan isu Zakat, termasuk Zakat KWSP.
Zakat
KWSP hanya boleh ditunaikan selepas kita mengeluarkan wang simpanan
KWSP kita pada usia 55 tahun dan ianya untuk haul tahun tersebut saja.
Kenapa
tidak dikaji semula zakat KWSP ini demi untuk membantu ramai yang
memerlukan pertolongan seperti ramai pelajar IPT yang kesempitan wang?
Kenapa
tidak ditolak sahaja zakat KWSP ini setiap tahun dari tabung simpanan
KWSP tersebut? Walaupun sebelum umur 55 tahun kita tidak boleh
mengeluarkan semua simpanan KWSP, akan tetapi setiap tahun , setiap
bulan tabungan KWSP tersebut adalah hasil titik peluh kita sendiri.
Bayangkan
berapa ramai anak yatim, pelajar IPT, sekolah tahfiz dapat dibangunkan
kalau setiap tahun umat Islam yang ada simpanan KWSP melebihi RM11,000
akan ditolak secara otomatik untuk zakat sepertimana simpanan kita dalam
Tabung Haji?
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Tuesday, June 10 @ 04:17:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Apa Seterusnya Yang Akan Haram?
Posted on Monday, June 09 @ 16:27:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"TERBAHARU Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan bahawa produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi sebagai bebas daripada unsur haram itu susulan analisis terhadap kandungannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataannya berkata, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

Semestinya laporan
yang dikeluarkan Jakim sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada
penggemar produk tenusu tersebut, khususnya umat Islam.
Namun masih ramai pengguna ragu atau was-was.
Justeru, kita mendengar banyak unsur sinis dan kecaman yang diterima oleh pengeluar produk terkenal itu.
Antaranya,
persoalan pelik tentang bagaimana ibadat akan diterima sekiranya
seseorang sudah terpalit dengan DNA babi bila termakan coklat tersebut.
Ringkasnya, ia perlu dilihat kepada asal kejadian!
Asal Kejadian Halal Sehingga Ia Terbukti Haram
Mengulas
mengenai perkara tersebut, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam khususnya perlu kembali kepada
asal kejadian setiap sumber di muka bumi ini.
“Asal
sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa
makanan yang dikatakan kononnya haram, tapi tidak terbukti, maka kekal
atas hukum asalnya iaitu halal.
“Jakim
pihak yang ada keupayaan kajian dalam hal ini, maka apabila pihak Jakim
menyatakan halal sesuatu produk, maka rakyat tidak bersalah sama sekali
untuk memakannya. Ini kerana kaedah asal yang halal telah dikuatkan
dengan dakwaan kajian oleh pihak yang berkemampuan,” katanya dalam satu
kenyataan ketika dihubungi oleh Malaysian Digest.
Bercakap kepada Malaysian Digest,
Mohd Asri menambah, sekiranya wujud kenyataan ‘haram’ terhadap sesuatu
sumber, individu yang membuat dakwaan tersebut perlu membuktikan
kesahihan bahawa ia adalah haram.
“Sama
dalam konteks makanan lain, selagi ia tidak dinyatakan haram, maka ia
tidak perlu diragui. Jika ia didakwa haram, maka individu terbabit yang
mengeluarkan kenyataan perlu menjelaskannya,” tegasnya.
Memetik kenyataan beliau dalam entri terbaharunya di Facebook,
DrMaza.com sebagai berkata, “saya katakan apa yang dikatakan halal oleh
Jakim, maka kita yakini halal dan apa yang tidak berikan cap halal oleh
Jakim belum tentu haram.”
“Sementara
DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang
mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang
oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain,”
katanya.
Bagaimana Pengeluaran Makanan Lain?
Penceramah
bebas, Ustaz Md. Daud Che Ngah ketika ditanya mengenai status
pengeluaran makanan dan pemprosesan di Malaysia berkata, sebagai rakyat
biasa yang tidak mempunyai kepakaran dalam selok-belok pengeluaran
makanan, mereka akan menerima apa sahaja kenyataan dikeluarkan oleh
pihak berkuasa – Jakim.
“Sebagai
rakyat, kita menerima apa sahaja yang dimaklumkan. Tetapi, dalam proses
membuat keputusan sekiranya ia menjurus kepada hukum haram, maka kita
harus menolaknya.
“Kurang mahir dalam penghasilan makanan bukan punca untuk setiap individu tertipu kerana kita boleh memilih,” katanya.
Jakim Perlu Beri Panduan Lebih Jelas
Mesra
dengan panggilan Ustaz Daud, beliau berkata, kaedah terbaik dalam
penentuan status pengeluaran dan pemasaran makanan di Malaysia perlu
dijelaskan dengan lebih berkesan dan mudah oleh Jakim.
Katanya,
Jakim sebagai badan yang dipertanggungjawab perlu memastikan segala
maklumat yang melibatkan status halal diperincikan agar tidak mudah
dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Segala kenyataan yang ingin dikeluarkan perlu diselidik terlebih dahulu agar tidak memberi impak kepada kepercayaan masyarakat.
“Ini
termasuk dengan peralatan, kandungan dan acuan yang digunakan oleh
sesebuah kilang dalam mengeluarkan makanan. Jika diragui, Jakim
mempunyai hak untuk menyiasat,” jelasnya.
Beliau
menambah, jika sifat ragu masih timbul meskipun status makanan tersebut
sudah dijelaskan, masyarakat ada hak untuk menolaknya.
Terdahulu,
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dalam kenyataannya kepada
sebuah portal berita berkata, produk tempatan dengan sijil pengesahan
Halal Malaysia yang mempunyai 'kod E' boleh digunakan tanpa was-was.
Katanya, tidak semua produk makanan yang mempunyai kod atau nombor 'E' mengandungi bahan daripada sumber yang haram.
Beliau
menjelaskan bahawa kod E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan
selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah yang
merujuk kepada bahan aditif yang dibenarkan.
Fahami Konsep Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak.
Manakala
takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan 1975 adalah - tidaklah
mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum
Syarak; bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau
benda dari binatang yang dilarang untuk orang islam.
Berbalik
kepada konsep penentuan halal dan haram dalam produk, menurut sumber ia
mengambil masa lama iaitu tujuh hari bekerja dan terpaksa melalui
sembilan proses atau ujian yang teliti. Kecuaian boleh sahaja berlaku
atau kesilapan juga mungkin berlaku sebelum sesuatu produk itu disahkan
halal atau haram.
Kembalikan Kepercayaan
Di manakah silapnya?
Sebagai
pengguna kita semua rasa tertipu dan terpaksa berhati-hati dengan
produk yang disahkan halal kemudian dikatakan haram dan kini disahkan
kembali halal.
Namun titik tolaknya
bermula kepada pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengesahkannya
dalam memulihkan kembali keyakinan masyarakat. Tetapi sebagai pengguna,
kita mempunyai hak untuk membuat pilihan.
Iklan Cadbury muncul kembali meraih kepercayaan masyarakat dengan slogan “Segalanya baik. Kembali Ceria bersama kami” dan "Seperti anda, halal adalah keutamaan kami".
Iklan Cadbury muncul kembali meraih kepercayaan masyarakat dengan slogan “Segalanya baik. Kembali Ceria bersama kami” dan "Seperti anda, halal adalah keutamaan kami".
- http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/504073-halal-di-manakah-silapnya.html
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: adikmanis
Posted on Monday, June 09 @ 16:27:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
HARAP UST KAZIM JUGA DAPAT KOMEN TENTANG INI...
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oct 1983 telah membincangkan Penyuntikan Highly Purified Insulin Daripada Babi. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menyuntikkan Insulin daripada najis mughalazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga hukum bagi mereka yang menjalankan penyuntikannya...
sUMBER DI AMBIL DARI PORTAL E-FATWA....
The Edge Media Group Ambil Alih The Malaysian Insider
Posted on Monday, June 09 @ 14:09:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
The Edge Media Group mengumumkan syarikat tersebut mengambil alih portal berita The Malaysian Insider bagi meningkatkan penampilannya dalam bidang media digital di Malaysia.
Penerbit dan kuga ketua pegawai eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat berkata, langkah itu akan memberi peluang untuk mempelbagaikan platform mediannya.
“Sebagai sebuah kumpulan media serantau yang bersepadu, kami sentiasa mencari peluang untuk mempelbagaikan platform media dan kami gembira kerana memiliki The Malaysian Insider sebagai sebahagian daripada portfolio kami," katanya.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada sidang redaksi The Malaysian Insider akan digabungkan dengan redaksi FZ.com, yang turut menumpukan bidang laporan sama.
The Edge mengeluarkan kenyataan tersebut susulan pengumuman ketua pengarang portal tersebut, Jahabar Sadiq melalui Twitter pagi ini.
MALAYSIAKINI
Betullah kata-kata macai UMNO .. macam mana mereka tidak menyalak, maki hamun, herdik, caci cerca dan mencarut kat para pemimpin Pakatan Rakyat.
Lihatlah dengan mata kepala sendiri ... sebuah kereta buatan United Kingdom negara yang pernah menjajah negara kita ... jenama Range Rover nombor pendaftaran WXM 6 yang dijadikan kenderaan rasmi oleh seorang menteri kabinet Pakatan Rakyat .. Ooppss... Menteri Kabinet itu bukankah dari kelompok UMNO/BN?
Rupa-rupanya kereta ini kepunyaan pemimpin UMNO yang berjiwa Melayu tulin patriotik habis 110% yang jaga portfolio Pelancungan dan Kebudayaan. ... Siapa ek?
Menteri yang mempunyai adab pekerti yang cukup sopan santun dan mulia serta kebanggaan UMNO kini.
Nak sebut nama pun dah muntah.

Sunday, 29 December 2013
EDISI BONGKAR!!!! .. MENTERI PAKATAN RAKYAT LANGSUNG TIDAK BERJIWA PATRIOTIK ... MENGGUNAKAN BUKAN KERETA NASIONAL SEBAGAI KERETA RASMI????
Betullah kata-kata macai UMNO .. macam mana mereka tidak menyalak, maki hamun, herdik, caci cerca dan mencarut kat para pemimpin Pakatan Rakyat.
Lihatlah dengan mata kepala sendiri ... sebuah kereta buatan United Kingdom negara yang pernah menjajah negara kita ... jenama Range Rover nombor pendaftaran WXM 6 yang dijadikan kenderaan rasmi oleh seorang menteri kabinet Pakatan Rakyat .. Ooppss... Menteri Kabinet itu bukankah dari kelompok UMNO/BN?
Rupa-rupanya kereta ini kepunyaan pemimpin UMNO yang berjiwa Melayu tulin patriotik habis 110% yang jaga portfolio Pelancungan dan Kebudayaan. ... Siapa ek?
Menteri yang mempunyai adab pekerti yang cukup sopan santun dan mulia serta kebanggaan UMNO kini.
Nak sebut nama pun dah muntah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan