Selasa, 10 Jun 2014

USTAZ AHMAD MUSTAFA MOHD SIDIN ....IMAM BESAR MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM.....MENINGGAL














Selasa, 10 Jun 2014


Al Fatihah: Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam meninggal dunia

imam-besar-shah-alamSHAH ALAM 10 JUN: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN.
Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini.
al-FatihahMenurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.
Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
Allahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)
Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).
Warga kerja Rakyat Marhaen mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah….



innalillahhiwainnailaihirojiun!





Assalam Bkt Sentosa added 12 new photos — with Muhamad Syahmi and Noreha Jaafar.
Terkini jam 11.40pg 10/6/2014: Jenazah Allahyarham kini berada di Masjid As Sajidin Batang Kali Hulu Selangor.akan dikebumikan dalam masa 1/2 jam dari sekarang...insyaAllah
Innalillahhiwainnailaihirojiun
SALAM TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham
Assalammualaikum,
Mewakili Tuan Nazir Masjid AsSalam Bukit Sentosa dan ajk serta ahli kariah di sini kami mengucap Salam Takziah kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai kepada Imam Besar Masjid Negeri Selangor Allahyarham Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri , yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam semalam. Semoga rohnya di tempatkan dengan golongan soleh, Aminnn.
Al-Fatihah.







 Tuesday, 10 June 2014


( 5 FOTO ) UPACARA PENGKEBUMIAN IMAM BESAR MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM.


Imam Besar Masjid Sultan Salahuuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin telah meninggal dunia di IJN, malam tadi 9hb Jun jam lebih kurang 9 malam.

Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim antara orang ramai yang hadir di upacara pengkebumiannya.

Semoga keluarganya banyak bersabar dan rohnya dicucuri rahmat, diberi pengampunan Allah SWT dan dikelaskan dlm kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AL FATIHAH.








Takziah kepada keluarga al-Marhum Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam atas pemergiannya semalam walau dalam usia yang agak masih muda.
Ajal tidak mengenal umur..semoga kita semua mengambil peringatan dan sama-sama bersedia menanti giliran kita.
اللهم ابدله دارا خيرا من داره واهلا خيرا من اهله وادخله الجنة واعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار .
اللـهـم عاملة بما انت اهله ولا تعامله بما هو اهله .
اللـهـم اجزه عن الاحسان إحسانا وعن الأساءة عفواً وغفراناً.
اللـهـم إن كان محسناً فزد من حسناته , وإن كان مسيئاً فتجاوز عن سيئاته .
اللـهـم ادخله الجنة من غير مناقشة حساب ولا سابقة عذاب .
اللـهـم اّنسه في وحدته وفي وحشته وفي غربته.
اللـهـم انزله منزلاً مباركا وانت خير المنزلين .
اللـهـم انزله منازل الصديقين والشهداء والصالحين وحسن اولئك رفيقا .
اللـهـم اجعل قبره روضة من رياض الجنة ,ولا تجعله حفرة من حفر النار .
اللـهـم افسح له في قبره مد بصره وافرش قبره من فراش الجنة .

Tiada ulasan: