Sabtu, 14 Jun 2014

HUDUD DAN BN DIDALAM ADA UMNO....MIC....MCA.....GERAKAN DLL....KENALI LAH MEREKA

Kes Mejar Zaidi: Saksi mengaku tak baca laporan polis

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad hari ini meyaksikan saksi pendakwaan, Laskar Udara Kanan (LUK) Mohd Zunaidy Muchtar diasak peguam pasukan pembelaan, Hanipa Maidin.

Ia bermula dengan keterangan Zunaidy semalam berhubung seorang wanita yang hadir bersama Mejar Zaidi sewaktu membuat laporan polis, yang bercanggah dengan keterangan semasa siasatan.

Hanipa berkata, Zunaidy dalam keterangannya ketika sisasatan mengenal pasti wanita tersebut sebagai isteri kepada Zaidi.

Namun dalam keterangan semalam, Zaidy hanya menyebut sebagai "wanita tidak dikenali", lapor Malaysiakini.

Ekoran bercanggahan itu, Hanipa bertanyakan Zaidi adakah beliau bercakap benar.

Menjawab soalan itu Zunaidy berkata beliau tidak kenal isteri kepada Mejar Zaidi.

Hanipa berkata, sudah tentu pada keterangan itu ada satu yang betul dan satu lagi adalah salah.

Zunaidy bagaimanapun berkata, beliau tetap dengan kenyataan "seorang perempuan tidak dikenali", dan berkata semua kenyataannya adalah betul.

Mengulas laporan polis yang dibuat Mejar Zaidi, Zunaidy mengaku bahawa dia tidak membaca laporan polis tersebut.

Beliau juga mengakui tidak nampak apa-apa keterangan yang menampakkan Mejar Zaidi bercakap pada media "Saya akan buat sidang media".

Ketika ditanya Hanipa, adakah "sidang media" hanyalah anggapan beliau semata-mata, Zunaidy menjawab ia analisis yang dibuatnya sebagai pengintip.

Dalam pada itu, seorang lagi saksi pendakwaan Kapten Norashikin Mohd Azmi memberitahu Mejar Zaidi ditukarkan ke satu jawatan yang tiada dalam rekod pengkalan.

Beliau yang bertugas sebagai pegawai perkhidmatan anggota di Pengkalan Udara Butterworth berkata, pertukaran jawatan dari Pegawai Memerintah No 12 Skuadron kepada penolong pegawai eksekutif pengkalan itu dibuat selepas Mejar Zaidi membuat laporan polis berkenaan dakwat kekal pada 1 Mei 2013. - HARAKAHDAILY 12/6/2014
12:54PM - 13 Jun 20144:21PM - 13 Jun 2014

 

Yeoh: BN S'gor bolak-balik isu hudud


Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata tindakan ketua pembangkang Datuk Shamsudin Lias menarik balik usul berhubung isu hudud menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik.

Yeoh berkata, tindakan Shamsudin yang menarik balik usul berkenaan tanpa sebarang alasan hari ini menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik semata-mata.

"Setiap wakil rakyat mempunyai tangungjawab resam untuk menegakkan integriti dan mengekalkan kesucian sidang DUN dengan tidak memperlakukannya dengan sewenang-wenang dan sembarangan.

"Saya melihat langkah wakil rakyat Umno ini sebagai helah politik yang terang-terangan sekali," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Shamsudin tidak seharusnya membazirkan masa Dewan sekiranya tidak bersedia membahas usul tersebut.

Yeoh seterusnya mengingatkan ADUN agar tidak menyalahgunakan perintah tetap Dewan bagi menimbulkan isu politik.

"Dewan undangan negeri adalah tempat yang betul untuk wakil rakyat bersuara bagi pihak yang diwakili mereka dan mengambil bahagian secara produktif dalam proses perundangan.

"Saya mengingatkan ADUN Sungai Air Tawar dan semua wakil rakyat, dari kerajaan atau pembangkang, agar tidak menyalahguna Perintah Tetap untuk membentang usul bagi dibahaskan," katanya.

Usul untuk bertanya sekiranya hudud akan dilaksanakan di Selangor itu pada asalnya dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik.

Usul itu bagaimanapun ditarik balik oleh BN selepas ia diluluskan oleh speaker dewan untuk dibahaskan.

Shamsudin ketika ditanya menjelaskan ia bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul daripada usul berkenaan.

BN tarik balik usul soal pelaksanaan hudud


Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan mengenai kebarangkalian melaksana hudud di Selangor hari ini kerana timbul banyak kekeliruan.

Jelasnya, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pembangkang itu berkata perkara itu diputuskan dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak).

"Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan," katanya kepada Malaysiakini.

Speaker DUN Hannah Yeoh dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan tersebut hari ini.

Salahkan akhbar bahasa Cina

Jelas Shamsudin lagi, kekeliruan timbul sebelum ini apabila ramai pihak menyangka BN Selangor memajukan usul untuk melaksanakan hudud di Selangor.

Beliau seterusnya menyalahkan akhbar berbahasa Cina yang menumpukan perkara itu.

"Saya fikir silap faham ini berlaku kerana terlalu banyak akhbar Cina menghubungi saya untuk bertanya tentangnya," katanya tanpa menyebut nama akbar tertentu.

Menurutnya juga, tindakan menarik balik usul selepas ia diluluskan speaker untuk dibahaskan juga adalah satu perkara biasa.

"Itu perkara biasa. Usul ini, kalau kita tengok dalam sidang DUN dan Parlimen boleh ditarik sebelum atau pada tarikh ia akan dibacakan," katanya.

Sebelum ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Usul itu yang diterima Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh mencetuskan pelbagai perbincangan termasuklah daripada MCA dan GERAKAN yang merupakan sekutu Umno di dalam BN.

MCA dan GERAKAN juga menggesa agar Yeoh tidak meluluskan usul tersebut.

Muhamad Saad Shaari and Kaklong Nagano shared DrAzman Ibrahim's status update.

12 kaum yang dibinasakan Allah SWT

http://detikislam.blogspot.com | .
 
1. Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh. (Surah Al-Ankabut: 14)


2. Kaum Nabi Hud

Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa. (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13)


3. Kaum Nabi Salleh

Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka. (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12)


4. Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri. (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12)


5. Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44)


Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14)


6. Firaun

Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir. (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92)


7. Ashab Al-Sabt

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina. (Surah Al-A’raaf: 163)


8. Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.


Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah. (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12)


9. Ashab Al-Ukhdudd

Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT. (Surah Alburuuj: 4-9)


10. Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras. (Surah Yaasiin: 13)


11. Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air. (Surah Addukhan: 37)


12. Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Surah Saba: 15-19)


* Sumber dari selasihhijau.blogspot.com








DrAzman Ibrahim added 2 new photos.
Ada orang tanya, sebab apa pokok kurma dekat bulatan jam Kota Bharu dan di PUTIK berbuah lebat.
Jawabnya... sebab dia selalu dengar orang duk baca Quran dan Hadis Nabi s.a.w kat situ. Kurma ni dia nak dengar kalimah Arab diulang-ulang, baru berbuah. Sebab dia rasa macam duk negara Arab.
Acu tunjuk, kat mana lagi di Malaysia ni pokok kurma berbuah. Kalau tak berbuah, selalulah buat kuliah agama kat situ. InsyaAllah berbuah!
Fakta pagi Jumaat ini dibawakan oleh Azmanpedia.

Tiada ulasan: