Posted on Thursday, June 05 @ 13:17:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Selepas kematian mendiang YB Seah Leong Peng akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya, negara sekali lagi berdepan dengan satu lagi Pilihanraya Kecil di Parlimen Teluk Intan. Sebelum itu mendiang menewaskan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti 7,313. Namun dalam PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Sejurus itu, seorang demi seorang pimpinan DAP mula menyalahkan PAS dengan mengatakan isu hudud adalah punca kekalahan mereka. Antaranya adalah Sdr. Kim Quek dan YB Gobind Singh Deo.
Dalam artikel YB. Gobind Singh Deo hari ini beliau menulis "I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan." bermaksud "Saya berpandangan bahawa kontroversi yang meliputi perlaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan kami di Teluk Intan". Beliau juga menyatakan bahawa “This could have resulted in a silent protest vote against Pakatan Rakyat” bermaksud "Ini mungkin telah menyumbang kepada undi protes senyap terhadap Pakatan Rakyat"
Setelah saya analisa keputusan PRK Teluk Intan yang lepas saya bersetuju bahawa undi non-Muslim kepada DAP berkurangan 25% dan ianya adalah penurunan yang besar memandangkan prestasi cemerlang DAP di dalam PRU 13. Namun adakah YB Gobind sedar bahawa kenyataan menuduh Hudud sebagai punca utama tanpa satu kajian terperinci adalah sangat tidak cerdik dan dangkal.
Untuk pengetahuan YB Gobind, kajian oleh Dr.Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Center mendapati bahawa hanya 12% responden dari kumpulan pengundi Cina yang mengambil berat akan isu perlaksanaan hudud yang dicadangkan ole Kerajaan Negeri PAS Kelantan. Ini bermakna sebelum PRK lagi terdapat dapatan bahawa DAP tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan isu hudud. Ia juga dapat dilihat apabila keputusan PRK Bukit Gelugor, calon DAP Ram Karpal berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 meskipun peratusan keluar mengundi hanya 56.27%. Sedangkan mendiang Karpal Singh menang dengan majoriti 41,778 walaupun peratusan keluar mengundi adalah 86.30%. Ini menunjukkan bahawa tiada kesan hudud ke atas PRK Bukit Gelugor. Bagaimana pula PRK Teluk Intan boleh terkesan dengan isu hudud walaupun calon mereka awal-awal lagi telah mengisytiharkan tidak akan menyokong hudud sekiranya menang?
YB Gobind juga perlu membaca pengakuan oleh YB Tony Pua dalam artikel "Teluk Intan : A Battle Lost, but A War to be Won" di mana beliau telah menyatakan bahawa Teluk Intan tidak semudah seperti Bukit Gelugor. Mereka juga telah di maklumkan oleh akar umbi DAP bahawa ramai pengundi Cina yang akan mengundi BN pada kali ini. Mereka mengundi DAP untuk "UBAH" namun selepas PRU 13 tidak banyak perubahan yang berlaku. DAP perlu mengkaji pendapat ini dengan lebih mendalam. Apa yang dimaksudkan oleh sebilangan pengundi Teluk Intan dengan tiada perubahan?
Untuk makluman YB Gobind, pertembungan fraksi juga dikata punca berlaku boikot oleh sebilangan pengundi. Jika dilihat keputusan PRK Teluk Intan, undi yang diperolehi Datuk Mah ketika PRU 13 dan PRK adalah hampir sama. Namun undi yang diperolehi oleh DAP turun 7,480 undi. Jadi 'swing' dari DAP ke BN tidaklah begitu ketara. Adakah terdapat boikot secara senyap oleh fraksi-fraksi yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dyana Sofya? Atau adakah terdapat pengundi yang tidak bersetuju dengan calon selepas mengetahui ibunya adalah ahli pertubuhan Perkasa yang mendapat kecaman kuat oleh masyarakat Tiong Hua?
Sudah tentu keputusan PRK Teluk Intan sangat membimbangkan DAP kerana menuju ke PRU 14 mereka perlu mengekalkan prestasi yang tinggi. Namun isyarat kejatuhan sudah mula kelihatan dan ia perlu ditangani segera. Segala persoalan di atas memerlukan kajian yang mendalam dan punca sebenar kekalahan perlu dikenal pasti agar prestasi hambar ini dapat di atasi dalam mana-mana PRK dan PRU 14 yang akan datang. Nasihat saya kepada pimpinan DAP terutamanya YB Gobind Singh Deo; berhentilah menembak PAS agar kelemahan DAP dapat ditutup. Kalaulah DAP merasakan dengan menyalahkan PAS akan menutup kelemahan dalaman DAP, maka mereka silap kerana ia sebenarnya membuka lebih luas pintu kejatuhan DAP.
Yang Benar,
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
......
http://tkobloglist.blogspot.com
Umpama mengharapkan pagar
Posted on Thursday, June 05 @ 13:16:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Nampak dengan jelas keputusan ujikaji makmal jabatan kimia Malaysia dan makmal kementerian kesihatan bercanggah satu sama lain.
Bagi penulis, sesungguhnya keputusan kedua dua makmal tersebut tidak bercanggah, kerana sampel ujikaji makmal jabatan kimia dibekal oleh kilang, manakala sampel ujikaji makmal kementerian kesihatan di beli di kedai.
Sampel di bekal oleh kilang belum dibungkus, tetapi sampel yang dibeli di kedai telah dibungkus dengan sempurna sebagai produk berjenama dan berlabel.
Cuba kita bayangkan sampel yang dibekal oleh kilang dan sampel yang di beli dikedai.Sudah tentu berbeza kandungannya.Hal ini suatu reality telah yang tidak dapat dinafikan.
CAP yang sangat prihatian mengenai halalharam dalam Islam amat perpengalaman akan hal produk yang ada sijil tanda halal yang dikeluarkan JAKIM
Sampel yang datang dari kilang tiada DNA babi sepertimana keputusan dibuat makmal jabatan kimia Malaysia dan sampel yang dibeli kedai ada DNA babi sepertimana keputusan dibuat makmal kementerian kesihatan.
Sudah barang tentu sampel yang dibekal oleh kilang pasti tiada DNA babi. Kerana bertujuan untuk layak mendapatkan sijil halal. Kalau ada atau dimasukkan GNA babi macam mana JAKIM nak lulus produk itu sebagai halal.
Sudah tentu tidak lojik sampel untuk tujuan mendapat sijil halal ada mengandungi DNA babi.Akan tetapi coklat yang dijual dikedai ada mengandung DNA babi sepertimana ujikaji makmal kementerian kesihatan itu.
Sebab itu keputusan makmal kesihatan dan makmal jabatan kimia Malaysia tidak sama, sedangkan makmal kementerian kesihatan punya kelihatan menemui DNA babi yang terkandung dalam coklat tersebut.
Mustahil makmal menipu atau mengeluarkan keputusan yang salah dan bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh makmal jabatan kimia Malaysia.
Jika benar sampel yang dijuikaji itu berlainan, maka keputusan kedua kedua makmal itu betul dan boleh diterima pakai.persoalan sekarang produk tersebut sudah jadi produk subhat dan dilarang memakannya menurut persepktif Islam.
Bagaimana pun keputusan kedua kedua makmal itu menjadikan coklat itu sebagai produk subhat yang dinyatakan oleh islam wajib tidak di makan oleh orang benar beriman, kerana yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas.
Yang peliknya, JAKIM kelihatan tidak mahu menerima ujikaji makmal kementerian kesihatan dengan alasan hanya makmal jabatan kimia malaysia sahaja yang layak dan boleh diterima pakai. Ini seolah olah makmal kementerian kesihatan tidak layak dan boleh pakai dalam kes ini.
Kesimpulanya seolah olah ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada JAKIM atau dengan kata lain macam ada apa apa je dengan usaha mengharapkan orang kafir membuat makanan halal kepada orang Islam.
Pada penulis, harapan JAKIM itu umpama harapkan pagar yang jelas tidak boleh diharapkan langsung. Bayangkan pagar, disuruh menjaga padi yang dikenalpasti bahawa pagar memang tidak boleh diharapkan, kerana pagar yang diharapkan itu memakan padi yang dijaganya..
Bagaimana boleh kita orang Islam
mengharapkan orang kafir menyediakan makanan halal kepada orang Islam,
sedangkan mereka tidak ada kena dengan syariat Islam.
Bolehkah kita memberi harapan orang kafir melaksanakan syariat halal haram dalam Islam?
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Posted on Thursday, June 05 @ 13:16:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sembah Tahniah Pas Kedah Kepada Ytm Tunku Salehuddin Atas Pelantikan Sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah
Posted on Thursday, June 05 @ 13:14:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah mengutus sembah tahniah di atas pelantikan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuatkuasa 21 Mei lalu.
Pelantikan baginda untuk menduduki jawatan tersebut sangat tepat berasaskan pengalaman, ketajaman pemikiran dan pandangan jauh ke hadapan yang dimiliki baginda. Tentunya baginda akan menjadi simbol perpaduan rakyat negeri Kedah.
PAS Kedah berharap pelantikan baginda bersama Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan yang lain, Kedah akan terus mendapat nikmat keamanan dan kesejahteraan.
Semoga baginda dapat memimpin Jemaah Pemangku Sultan dengan sebaiknya sehingga berakhir tempoh Kebawah DYMM Tunku Abdul Halim Muadzam Shah menduduki takhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.
Dato' Hj Mahfuz Omar
Pesuruhjaya PAS Kedah
......
http://tkobloglist.blogspot.com
Ini cerita babi... tapi bukan pasal coklat
Posted on Thursday, June 05 @ 07:14:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan memperdayakan seorang pembekal daging babi.
Lee Weng Fatt, 44 dan isterinya, Yeo Mai Fang, 44, dituduh memperdayakan Alan Tan, 37, sehingga mempercayai bahawa cek atas nama Yeo boleh dilunaskan bagi pembayaran pembekalan daging terbabit.
Ekoran perbuatan itu mereka didakwa mendorong Alan untuk membekalkan daging bernilai RM556,605.60.
Pasangan tersebut dituduh melakukan kesalahan itu di Alan Meat Supplier, No. 2, Jalan 14/2, Taman Orkid Desa, Taman Connaught, Cheras pada 22 Jan 2013 hingga 26 Feb 2013.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun yang sama yang boleh dihukum penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Ketika rayuan mereka memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana berpendapatan rendah iaitu RM1,800 sebulan, selain perlu menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin kemudiannya membenarkan ikat jamin RM15,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.
-mStar
Edaran akhbar utama turun selepas PRU13
Posted on Thursday, June 05 @ 07:08:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Jumlah pengedaran akhbar milik NSTP dan Umno menyusut selepas pilihan raya umum tahun lalu. – Gambar fail.Media New Straits Times Press (NSTP) yang dikawal Umno menyaksikan penyusutan jumlah pengedaran bagi pertengahan 2013 dengan kedudukan akhbar lain kekal, kata laporan Audit Bureau of Circulation Malaysia (ABC).
Angka berkenaan menyusut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 5 Mei yang turut menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehillangan tujuh kerusi Parlimen meskipun mengawal media utama yang memerlukan lesen dan dikawal parti politik kerajaan.
"Kebanyakan akhbar harian tidak mampu menahan angka mereka selepas tempoh pertama 2013 (Januari hingga Jun 2013)," kata ABC dalam kenyataan di Hanoi, Vietnam.
“Sin Chew Jit Poh (harian) akhbar dengan angka tertinggi dengan 366,390 salinan diikuti Harian Metro (342,689) dan The Star (289,611) salinan.
"Di bawah kategori bebas dan terkawal, The Sun merekodkan sebanyak 305,000 salinan Red Tomato 209,599 salinan dan Malaysia SME 50,000 salinan," kata ABC.
Angka yang dikeluarkan ABC hari ini menunjukkan sejumlah akhbar dijual di Malaysia Barat jatuh lebih 260,000 salinan antara Jun hingga Disember 2013.
Akhbar harian berbahasa Inggeris NSTP, New Straits Times mengalami kejatuhan terbesar dalam kumpulan pengedaran apabila turun 32.78% atau 37,885 salinan daripada June hingga Disember 2013.
Pengedaran edisi Ahad, New Sunday Times turut jatuh sehingga 25% atau 98,776 salinan pada Disember 2013.
Akhbar harian berbahasa Melayu NSTP, Berita Harian dan Harian Metro juga mengalami penyusutan edaran masing-masing 25% dan 11% walaupun Harian Metro pernah menjadi tabloid terlaris di Malaysia.
ABC berkata, pada Disember 2013, Harian Metro mencatatkan pengedaran sebanyak 342,689 salinan, dengan edisi Ahad menunjukkan penurunan 10%.
Berita Harian edisi Ahad turut menunjukkan penurunan salinan lebih 26,000 salinan atau 14%.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bagaimanapun bernasib baik untuk bertahan berbanding akhbar NSTP meskipun mengalami penurunan 6.3% atau 12,204 salinan pada tempoh separuh 2013.
Edisi Ahad Utusan, Mingguan Malaysia adalah akhbar berbahasa Melayu dengan salinan tertinggi pada Disember 2013, turun 1.74% berbanding Jun.
Laporan ABC berkata, tablois kumpulan Utusan, Kosmo dan Kosmo Ahad turut menyaksikan peningkatan pengedaran antara Julai hingga Disember.
Akhbar berbahasa Inggeris paling popular di Malaysia, The Star dan The Sunday Star mengekalkan pengedaran salinannya sebanyak 300,000 salinan, meningkat kurang 1,000 salinan berbanding Jun hingga Disember 2013.
Namun The Star berkata, pendaftaran untuk edisi E-akhbar mereka meningkat.
Akhbar perniagaan The Edge menunjukkan peningkatan pengedaran daripada 20,720 pada Jun kepada 24,284 pada penghujung tahun, peningkatan hampir 17%.
Akhbar berbahasa Cina turut menunjukkan penurunan kecuali China Press yang kekal dalam pengedarannya pada 176,000 salinan antara Jun hingga Disember 2013.
ABC berkata, penurunan pengedaran salinan sebanyak 5.4% bagi akhbar Guan Ming Daily, 3.6% bagi Guan Ming edisi petang, China Press edisi petang (5.9%), Sin Chew Daily (4.9%), dan Sun Chew edisi petang (11%).
TMI
– 4 Jun, 2014.
Suara Hatiku Berkata: Majoriti Pemimpin UMNO Jahat
Posted on Thursday, June 05 @ 06:53:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru para guru agar kembali ke pangkuan BN. Jahat atau bodoh kenyataan macam ini? “Menyeru” nampak sopan. Tetapi dalam menyeru itu tersirat “memaksa” yang terkandung dalam nada-nada ugutan yang dimulakan oleh menteri lalu diwajidpanjangkan oleh ketua-ketua jabatan.
Benarlah
UMNO pilih orang bodoh jadi menteri. Mengapa dikatakan bodoh, pembaca
boleh fikir sendirilah kerana budak lepasan SPM pun tahu kenyataan itu
bodoh. Kalau tak bodoh, jahat dan busuk hati namanya. Kalau ikut kata
Mahathir, orang bodoh masuk UMNO, orang cerdik masuk pembangkang. Kalau
benar begitu, bolehlah dikatakan orang bodoh mengangkat orang bodoh jadi
pemimpin.
Tapi bagi aku, ranking bodoh
majoriti pemimpin UMNO letak pada nombor dua. Yang pertama, perangai
pemimpin UMNO adalah jahat. Tukar pegawai kerana politik, jahat. Tak
beri bantuan kerajaan kepada orang miskin yang tak sokong UMNO, jahat.
Rampas tanah rakyat, jahat. Menafikan dana pembangunan melalui wakil
rakyat pembangkang yang menang, jahat.
Rampas
royalti petroleum, jahat. Tidak menerima borang yang ditandatangan oleh
wakil rakyat pembangkang, jahat. Ugut ahli RELA agar undi BN, jahat.
Tukarkan guru kerana bersalam dengan calon pembangkang, jahat. Mengugut
guru yang ‘like’ gambar pemimpin pembangkang, jahat. Nak paksa guru
menyokong UMNO/BN, lagi-lagi jahat.
Orang
jahat pegang kuasa, bukan peduli dosa, pahala, syurga, neraka. Mereka
tahu itu semua. Tapi iblis telah menguasai diri mereka. Mereka tafsir
mengikut apa yang mereka suka. Mereka bertindak kerana kuasa ada pada
mereka. Mereka sebenarnya menunggu neraka. Neraka untuk orang jahat.
Kalau bodoh, boleh belajar dan diajar. Kalau jahat; atas dunia orang
hantar ke penjara, di Padang Mahsyar malaikat giring ke neraka.
Allah telah berpesan agar janganlah ada sesiapa di antara kita CENDERUNG kepada orang jahat/zalim. Kelak nanti neraka juga tempatnya.
(Segelintir
pemimpin yang baik dalam UMNO, aku doakan semoga Allah tunjukkan kepada
mereka kebenaran dan memilih mereka untuk bersama-sama berjuang untuk
Islam bersama PAS.)
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Posted on Thursday, June 05 @ 06:53:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tulisan di FB hak individu, kata NUTP
Posted on Thursday, June 05 @ 07:02:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berpendirian bahawa anggotanya tidak harus menjadi sasaran apa-apa tindakan hanya kerana tulisan di Facebook.
Presiden kesatuan itu, Hashim Adnan berkata, mana-mana pihak tidak boleh menetapkan apa yang patut dan tidak patut ditulis kerana tulisan di laman berkenaan adalah "hak peribadi" guru terbabit.
"(Tulisan) Facebook ini hak individu... Siapa-siapapun jangan sentuh. (Kalau) dia sentuh dia tak faham apa maksud kebebasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau mengulas teguran oleh Kementerian Pendidikan ke atas seorang guru yang memuatkan poster pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud di laman Facebook.
Biar Facebook itu jadi ruang kepada semua, jadikan Facebook sebagai ruang untuk bersosial, bukan nak dipilih gambar ini tak boleh, kemudian nak ambil tindakan, itu (pemikiran yang) sangat cetek.
"Jika orang baca tak semestinya mereka ikut. Biar dia baca, apa salahnya?," kata Hashim lagi.
Bagaimanapun, guru berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika mereka memuatkan perkara yang bersifat menghasut.
Ditanya mengenai seruan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam agar para guru kembali ke pangkuan BN, Hashim berkata perkara itu juga tertakluk kepada kebebasan individu.
Katanya, mana-mana guru yang berminat untuk menyertai politik boleh memilih parti yang disukai, sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.
Namun, guru berkenaan perlu memastikan bahawa mereka kekal profesional pada setiap masa.
"Harap mereka profesional dalam perkara ini, jangan (biar) fahaman politik disalahgunakan masuk bilik darjah disebarkan masa mengajar, katanya.
Sekatan ke atas golongan guru dari menyertai politik secara aktif digugurkan pada tahun 2010.
MALAYSIAKINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan