Ahad, 29 Jun 2014

ISLAM JANGAN DISEKAT....ISLAM AGAMA ALLAH....KITA SEKAT BERMAKNA KITA CARI NAHAS....ORANG MACAM NI TAK INGAT MATI DAN AKIDAH LEMAH...AUTOMETIK JADI TENTERA SYAITAN

Kontraktor Mewah Tinggal Dalam Kereta Selama 3 Bulan Lepas Jadi Papa Kedana 


Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila perniagaannya mengalami kerugian.


Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu.
Kontraktor Mewah Tinggal Dalam Kereta Selama 3 Tahun Lepas Jadi Papa Kedana
Kontraktor Mewah Tinggal Dalam Kereta Selama 3 Tahun Lepas Jadi Papa Kedana
Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.
Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.
Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu.-HM

ISTERI DIPUKUL BAHANA PAKAI JUBBAH KETAT, SENDAT, DAN MELEKAT !


Pertelingkahan Sepasang suami isteri sama ada jubbah dipakai wanita itu menepati syariat Islam atau tidak akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka juga di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera.

Kejadian beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini kira-kira jam 8.30 malam kelmarin,ketika kedua-duanya bersiap untuk makan malam.


Menurut sumber sebelum kejadia si suami mengajak isterinya makan diluar ,namun apabila si wanita itu mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.

‘Lelaki itu berpendapat jubbah yang dipakai isterinya ketat dengan kain melekat pada tubuh.Jadi ia tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam
.
‘’Bagaimanapun si isteri enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya basa sahaja dan sudah menutup aurat,katanya ketika dhubungi semalam.

Sumber itu berkata bermula hanya dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya beberapa kali.

Tidak cukup dengan itu dia turut memukul badan mangsa dengan penyangkut baju hingga wanita itu cedera di mulut dan lebam dibadan .

Mangsa yang cedera mendapat rawatan diklinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Setapak.
 

Kuliah Ustaz Azhar Idrus buat kejutan di Pulau Pinang

http://kachipemas.blogspot.com | .

 Berita Sempoiii !!! Kuliah Azhar Idrus Buat Kejutan Di Penang.


KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG YANG DITUDUH MACAI-MACAI UMNO SEBAGAI ANTI ISLAM PEKAT, MENYEDIAKAN BAS PERCUMA KE KULIAH MAGHRIB USTAZ AZHAR IDRUS.


Dituduh dan ditohmah negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP/PR anti Islam, benci Islam dan tindas Islam tetapi masjid-masjid dibenarkan malahan digalakkan diguna untuk membuat kuliah maghrib perdana  termasuk masjid negeri ... tiada larangan dan pengharaman pun ... tidak disuruh buat di gelanggang futsal maupun di kawasan padang .
Yang lebih menarik lagi kuliah UAI disediakan bas oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang... UAI  menyebut dalam kuliahnya sebagai sesuatu yang baru dan Kejutan.. Apa pun admin telah berada di sana pada malam tersebut..
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. 



Friday, June 27, 2014

Status Hadis: Ramadhan; Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka.


Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, penuh berkat. Perkara ini sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang sahih. Perbincangan di sini ialah mengenai kedudukan hadis di bawah ini;
[ أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار ]
Ertinya: "Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka".
Menurut ulama’ hadis, dalil pembahagian Ramadhan menjadi tiga ini dhaif (lemah). Padahal hadis itu popular sekali di tengah bulan Ramadhan, disebut oleh penceramah dan pentazkirah.
Menurut Al-Ustaz Prof. Ali Mustafa Ya'qub, MA :
Hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadis ini diriwayatkan tidak hanya melalui satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.
Jalur Pertama:
Salah satu jalur periwayatan hadisi ini versinya demikian:
أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-'Uqaili dalam kitab khusus tentang hadis dha'if yang berjudul ‘Adh-Dhu'afa'. Juga diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad. Serta diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu ‘Asakir. Mereka Yang Mendhaifkan.
Adapun para muhaddis yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:
1. Imam As-Suyuthi.
Beliau mengatakan bahwa hadis ini dhaif (lemah periwayatannya). [Al-Jami’ Al-Saghir]
2. Syeikh Al-Albani.
Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadis munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadis dhaif juga. Sebagai hadis munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadis matruk (semi palsu) dan maudhu' (palsu). [Lihat: Dhaif Al-Jami’ Al-Saghir, No. 2135 “Dhaif Jiddan’]
Sementara sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar.
2. dari Maslamah bin Shalt.
3. dari Az-Zuhri.
4. dari Abu Salamah.
5. dari Abu Hurairah.
6. dari Nabi SAW.
Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.
Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadis, sebagai munkarul hadis. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan hadisnya. Perkataan Ibnu Hibban ini disebut dalam kitab Al-Majruhin.
Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadis, hadis matruk adalah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadis matruk adalah 'adik' dari hadis maudhu' (palsu).
Bezanya, kalau hadis maudhu' itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadis matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadis matruk itu boleh dikira semi maudhu'.
Kesimpulan:
Kesimpulannnya, hadisi ini punya dua gelaran.
Pertama, gelarannya adalah hadis munkar kerana adanya Sallam bin Sawwar.
Gelaran kedua adalah hadis matruk kerana adanya Maslamah bin Shalt.
Wallahu a'lam bishssowab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan Dr. Uzar:
Jawapan yang diberi adalah benar, Hadith tersebut adalah tidak kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau jika ingin pun, diletakkan dihujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis yang diragui.
Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguinya apabila menyebut di awal bab itu,  إن صح الخبر
Ertinya : "Jika sohih khabar ini" ( Rujuk ibn Khuzaymah)
Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata:-
وفي سنده من صحّح وحسن له الترمذي، لكن ضعفه غيره، ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله: إن صح.
Ertinya: "Tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya: Sekiranya Sohih" (Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384)
Tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab arab silam samada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya, antaranya seperti berikut:-
1) I'anah at-Tolibin, 2/255;
2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;
3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469;
4) Targhib wa at-tarhib, 2/58.
Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.
Sebagai akhirnya ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakan jika sohih olehnya sendiri:
صحيح ابن خزيمة - باب فضائل شهر رمضان إن صح الخبر.
حدثنا علي بن حجر السعدي، ثنا يوسف بن زياد، ثنا همام بن يحيى، عن علي بن زيد بن جدعان، عن سعيد بن المسيب، عن سلمان قال: خطبنا رسول الله r في آخر يوم من شعبان فقال: « أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم، شهر مبارك، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، جعل الله صيامه فريضة، وقيام ليله تطوعا، من تقرب فيه بخصلة من الخير، كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه، وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يزداد فيه رزق المؤمن، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء»، قالوا: ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم، فقال: «يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة، أو شربة ماء، أو مذقة لبن، وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، من خفف عن مملوكه غفر الله له، وأعتقه من النار، واستكثروا فيه من أربع خصال(1): خصلتين(2) ترضون بهما ربكم، وخصلتين لا غنى بكم عنهما، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم: فشهادة أن لا إله إلا الله، وتستغفرونه، وأما اللتان لا غنى بكم عنهما: فتسألون الله الجنة، وتعوذون به من النار، ومن أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة ». [(1) الخصال: جمع خصلة وهي خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة. (2) الخصلة: خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة] [صحيح ابن خزيمة، 3/161و رقم: 1887. قال محقق الكتاب، الدكتور محمد مصطفى الأعظمي،: "إسناده ضعيف].
 Tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-‘Ayni dalam kitab 'Umdah Al-Qari' sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-
ولا يصح إسناده، وفي سنده إياس. قال شيخنا: الظاهر أنه ابن أبي إياس، قال صاحب (الميزان) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف، والخبر منكر.
Sekian, terima kasih. [http://www.zaharuddin.net/ 12 Ramadhan 1427H].
Komentar Pentahqiq Kitab Sahih Ibn Khuzaymah, Dr. Mohd Mustafha Al-A’Zami “Sanadnya Dhaif”.
21 Sya’ban 1430H.
Penjelasan tambahan:
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (1887), oleh Al Mahamili dalam Amaliyyah (293), Ibnu ‘Adi dalam Al Kamil Fid Dhu’afa (6/512), Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115)
Hadis ini didhaifkan oleh para pakar Hadis seperti Al Mundziri dalam At Targhib Wat Tarhib (2/115), juga didhaifkan oleh Syaikh Ali Hasan Al Halabi di Sifatu Shaumin Nabiy (110), bahkan dikatakan oleh Abu Hatim Ar Razi dalam Al ‘Ilal (2/50) juga Al Albani dalam Silsilah Adh Dhaifah (871) bahwa hadis ini Munkar.
Yang benar, di seluruh waktu di bulan Ramadhan terdapat rahmah, seluruhnya terdapat keampunan Allah dan seluruhnya terdapat kesempatan bagi seorang mukmin untuk terbebas dari api neraka, tidak hanya sepertiganya. Salah satu dalil yang menunjukkan hal ini adalah:
من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه
“Orang yang puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari no.38, Muslim, no.760)
Dalam hadis ini, disebutkan bahwa keampunan Allah tidak dibatasi hanya pada pertengahan Ramadhan saja. Lebih jelas lagi pada hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmizi, Rasulullah bersabda:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
“Pada awal malam bulan Ramadhan, syaitan-syaitan dan jin-jin jahat dibelenggu, pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Pintu syurga dibuka, tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Kemudian ada penyeru yang menyeru: ‘wahai penggemar kebaikan, ambillah sebanyak mungkin, wahai penggemar keburukan, tahanlah dirimu’.
Allah SWT memberikan pembebasan dari neraka bagi hamba-Nya. Dan itu terjadi setiap malam” (HR. At Tirmizi 682, disahihkan oleh Al Albani dalam Sahih At Tirmizi)

Adapun mengenai apa yang diyakini oleh sebagian orang, bahwa setiap amalan sunnah kebaikan di bulan Ramadhan diganjari pahala sebagaimana amalan wajib, dan amalan wajib diganjar dengan 70 kali lipat pahala ibadah wajib diluar bulan Ramadhan, keyakinan ini tidaklah benar  berdasarkan hadis yang lemah ini.
Walaupun keyakinan ini tidak benar, sesungguhnya Allah ta’ala melipatgandakan pahala amalan kebaikan berlipat ganda banyaknya, terutama ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Wallahu a’lam.
[Lihat: 12 Hadits Lemah dan Palsu Seputar Ramadhan

Disusun oleh:
29 Sya’ban 1435H.



Dr Maza memberi komen positif pada gambar ini
Posted on Saturday, June 28 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





KUALA LUMPUR: “Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan,” tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya, kelmarin.

Bagi beliau, secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

“Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat,” tulisnya lagi.



Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob akan berbasikal ke masjid berhampiran kediamannya setiap kali masuk waktu solat.

“Beginilah rutin YAB Menteri Besar Kelantan apabila berada di kediamannya,” tulis admin facebook Ustaz Ahmad yang turut memuatkan gambar berkenaan. – HARAKAHDAILY 27/6/2014
 


Seorang lagi pak menteri menyerlahkan kejahilannya
Posted on Sunday, June 29 @ 00:17:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perbuatan baling kepala lembu di rumah Adun DAP hari ini menunjukkan beliau tidak layak menjadi pengadil jujur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2014.

Sekiranya anda menganggap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang tidak ada 'class', suka menghina dan jahil, salahkanlah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Karier politik beliau pernah terkubur selepas meletak jawatan Ketua Pemuda Umno, malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Kepada mereka yang lupa sejarah Zahid, beliaulah yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan kronisme dan nepotisme.

Rancangan itu tidak jadi, dan Dr Mahathir menelanjangkan sifat talam dua muka Zahid dengan membongkar bagaimana Zahid telah memperkayakan diri menerusi kronisme. Dari segi politik, Zahid terkubur, sehinggalah Abdullah, selepas mengambil alih dari Dr Mahathir, memberikan beliau nafas baru dalam Umno dan kerajaan.

Yang selainnya tinggal sejarah. Menyedihkan. Zahid kemudiannya bangkit semula dan kini merupakan Menteri Dalam Negeri. Sesuatu yang ironis, kerana orang yang dituduh memukul kekasih anak perempuannya kini ditugaskan menjaga keamanan. Pertuturannya umpama samseng; tidak berupaya membezakan dirinya sebagai orang Umno dan Menteri Dalam Negeri, dan ia menjadi peringatan betapa ramai pak menteri dalam kabinet XXL Najib sekarang terdiri daripada individu yang tidak cekap.

Hari ini, jauh dari merasa kesal dan terganggu dengan perbuatan meninggalkan kepala lembu di rumah R.S.N. Rayer di Pulau Pinang, Zahid memarahi Adun DAP itu atas keceluparannya, sambil berkata beliau sendiri mengundang perbuatan tersebut kerana kenyataan "Umno celaka" yang diucapkan di sidang Dewan Undangan Negeri.

Ingat, ini kata-kata seorang Menteri Dalam Negeri. Seolah-olah beliau bersetuju dengan mereka di belakang perbuatan melemparkan kepala lembu itu. Beliau tidak berbeza dengan seorang lagi menteri dalam negeri dari Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang satu ketika dulu turut bersimpati dengan orang partinya yang mengheret kepala lembu di Shah Alam pada 2009.

Apakah seseorang akan berfikir dua kali sebelum mengulang perbuatan yang dianggap penghinaan ke atas penganut Hindu itu? Tidak peliklah apabila sejak kebelakangan ini, golongan minoriti terpaksa berdepan dengan bangkai binatang dilemparkan di rumah ibadat dan tempat lain?

Tindakan provokatif mereka jauh sekali mengundang hukuman. Bilakah kali terakhir polis menangkap sesiapa yang perlu ditangkap?

Mudah, malah terlalu mudah, untuk mengatakan bahawa ini mengenai Rayer semata-mata dan rakyat Malaysia tidak perlu terlalu teruja dengan kenyataan Zahid.

Keceluparan Zahid menunjukkan ramai di dalam kerajaan tidak mampu membezakan yang hak dan batil, dan tidak faham akan asas kepimpinan, iaitu mereka di tampuk kuasa perlu buta warna dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas.

Zahid menunjukkan beliau tidak layak menjadi seorang pengadil jujur. Dia cumalah orang Umno, tidak lebih dari itu. Cuma seorang yang mengeluarkan penghinaan, seorang yang tiada 'class'.-themalaysianinsider


SERAM!!.. Siapa Yang Dok Perhati Kemalangan Dari Jauh Tu?


Semalam, telah berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan lori tangki hingga meragut nyawa seorang peronda lebuhraya.
Kemalangan berlaku ketika kenderaan peronda yang menghala ke Kuala Terengganu diberhentikan di lorong kecemasan.
Pemandu lori tangki minyak sawit yang hilang kawalan kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh kereta ini hingga mengakibatkan Razali Ishak, 44, yang berada di dalamnya maut tersepit.
Rakan sekerja Razali bagaimanapun terselamat selepas dikeluarkan oleh orang ramai.
Gambar kemalangan ini kemudiannya dikongsikan di Facebook Friends of BN – Barisan Nasional.
komen1
komen2
komen3
Memandangkan kawasan kemalangan adalah semak samun, ramai berasa ganjil mengapa ‘pemerhati’ terbabit boleh berada di situ.
Bagaimana pula pendapat anda?
Apa pun, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Razali Ishak dan mendoakan semoga rohnya diterima dalam kalangan orang beriman. #mynewshub

Tiada ulasan: