Isnin, 30 Jun 2014

CUBA DULU 5 TAHUN...APA GUNA KITA SOLAT PUASA...HAJI DLL TAPI TAK NAK HUDUD ATAU TOLAK HUDUD....AKIDAH MEMANG TAK 100 PERATUS....KERANA ISLAM BERMULA PERCAYA AKAN ALLAH 100 PERATUS....TAK BOLEH KURANG WALAUPUN SATU ZARAH

Ngeri! Kereta Hancur Selepas Memotong Van Jenazah


Ngeri! Kereta Hancur Selepas Memotong Van Jenazah | Jika kita mahu memotong kenderaan yang lain, kita hendaklah memastikan bahawa kereta kita mampu berada dalam keadaan stabil apabila mencapai kelajuan tinggi. Ini sangat penting kerana jika kereta tidak dapat stabil dengan baik, ia terdedah kepada bahaya kemalangan seperti kereta hilang kawalan, terbabas dan sebagainya. Samalah juga seperti nasib yang menimpa empat orang pemuda ini apabila kereta yang dinaikinya di Pekan hilang kawalan selepasmemotong sebuah van jenazah.

Keadaan kereta yang dinaiki remuk teruk selepas berpusing dan terbalik
Kegembiraan empat sahabat karib yang berhajat meluangkan waktu malam minggu mereka bersiar-siar di bandar Kuantan berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh besi pengadang jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai, tengah malam kelmarin.

Mohd Hasri yang terselamat duduk bersandar di sisi mayat Mohd Faqih
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam di Jalan Pekan-Kuantan itu, tiga mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18, penumpang, Hasroy Haniff Hamsah, 17, dan Mohd Faqih Mohd Nor, 18, manakala seorang rakan mereka Mohd Hasri Razali, 19, terselamat dan mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Peramu Jaya 3, Pekan.
Seorang saksi yang juga pemandu van jenazah dari Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, Abdul Jabar Kasim, 56, berkata, ketika kejadian dia sedang memandu pulang ke Kuantan bersama seorang rakan setugas selepas menghantar jenazah ke Mersing.

Tiga sahabat karib meninggal dunia, seorang cedera
Menurutnya, ketika tiba di simpang masuk Kampung Ubai, sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang dinaiki empat sahabat itu memotong laju van jenazah dipandunya.
“Saya hanya menggelengkan kepala melihat dua kereta termasuk sebuah Myvi yang turut dipandu laju dari arah Pekan sebelum ternampak kereta Wira Aeroback yang baru memotong van saya terbalik serta berpusing beberapa kali selepas merempuh besi penghadang jalan di sebelah kiri, kira-kira satu kilometer dari simpang Kampung Ubai.
Tiga si bongsu maut serentak
“Dalam keadaan cemas itu, saya ternampak asap keluar dari bahagian depan kereta yang terbalik dan melintang di tengah jalan, selain enjinnya tercabut dan tercampak keluar akibat rempuhan kuat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Abdul Jabar berkata, dia dan rakannya memberhentikan kenderaan di bahagian kiri jalan sebelum terkejut melihat tiga remaja lelaki berlumuran darah bergelimpangan di atas jalan dalam keadaan tidak bernyawa.
“Tiba-tiba saya terdengar suara minta tolong daripada seorang remaja lelaki yang merangkak keluar dari arah parit di sebelah kiri jalan selepas turut tercampak dari kereta dinaikinya.
“Saya dan orang ramai cuba beri bantuan kepada mangsa yang masih hidup dan menutup semua mayat sebelum membantu mengawal lalu lintas sementara menanti polis dan ambulans tiba,” katanya.
Ketiga-tiga mangsa yang maut dalam kemalangan tengah malam kelmarin merupakan anak bongsu, malah mempunyai hubungan rapat sejak kecil berikutan tinggal berhampiran.
Kakak kepada Hasroy Haniff Hamzah, Hazalimah, 31, berkata, adiknya yang juga anak bongsu daripada enam beradik memang rapat dengannya selain sering berkongsi cerita dan masalah bersama.
“Petang tadi saya sempat berbual dengan adik yang menyatakan rasa tidak sabar untuk menghabiskan empat lagi kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ingin bekerja.
“Dia kemudiannya keluar bertemu rakannya seperti biasa sebelum pulang sebentar ke rumah malam semalam (kelmarin) untuk menghantar motosikal dibawa.
“Ketika dia bergegas keluar, saya sempat bertanya ke mana dia ingin pergi, namun dia hanya jawab ingin bersiar-siar menaiki kereta bersama rakannya,” katanya.
Menurutnya, adiknya yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat itu turut sempat berpesan agar tidak menunggunya kerana dia akan pulang lambat.
Abang kepada arwah Shahrul Azwan, Syahkhairil, 31, yang ditemui berkata, dia sempat bertemu adik bongsunya itu pada tengah hari kelmarin ketika datang ke rumah ibu bapanya dan  tiada sebarang perlakuan pelik yang dilihat pada arwah.
Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan yang memaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa adik yang memandu kereta milik ayah untuk ke Kuantan bersama tiga lagi rakan baiknya,” katanya.
Gurauan mesra petanda ajal
“Kejadian ini benar-benar memberi kejutan kepada kami sekeluarga apatah lagi turut melibatkan kematian dua lagi rakan baiknya yang sering bersama pada setiap ketika,” katanya.
Gurauan mesra pertanda ajal
Rakan kepada tiga mangsa yang maut tidak menyangka gurauan serta kemesraan dipamerkan ketiga-tiga rakannya pada petang sebelum kejadian, petanda ajal.
Menurutnya yang enggan dikenali, pa-da petang kejadian mereka berkumpul dan berbual bersama rakan lain seperti biasa di kawasan perumahan (Peramu Jaya 3).
“Mereka kelihatan begitu ceria selain bersikap pelik apabila mudah memberi rokok yang diminta walaupun sebelum ini sukar untuk ‘mengecek’ rokok daripada mereka setiap kali kami melepak.
“Mereka juga tidak memberitahu saya dan rakan-rakan lain mengenai perancangan untuk ke bandar Kuantan pada malam ini (semalam) walaupun kami sering ke Kuantan pada malam minggu,” katanya yang sebak dan tidak percaya dengan kejadian yang menimpa tiga rakan baiknya.
Pemandu gagal kawal kenderaan
Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Tadbir/ Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata,  kemalangan yang meragut nyawa tiga rakan karib itu dipercayai berpunca akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terbalik.
Katanya, mayat semua mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan di Hospital Pekan.
Sumber : Sinar Harian

 Bapa tak restu perkahwinan kelar pasangan pengantin
Posted on Sunday, June 29 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Lahore: Sepasang suami isteri muda ditemui dalam keadaan diikat dan terdapat kesan kelar di leher akibat daripada perkahwinan atas dasar cinta, lapor polis tempatan, semalam.

Gadis berusia, 17 dan suaminya 31 tahun dikatakan melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun lalu tanpa persetujuan keluarga mereka di kampung Satrah, Punjabi, timur Pakistan.

Jurucakap polis tempatan, Rana Zashid berkata, ibu dan bapa gadis itu memujuk rumah pasangan terbabit supaya balik dan memperdaya mereka dengan janji bahawa perkahwinan mereka akan mendapat restu.

"Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit. Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” Rana Zashid, Jurucakap polis tempatan

“Malangnya sebaik pasangan itu tiba di rumah, mereka mengikat pasangan itu dengan tali. Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit.

“Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” katanya.

Tradisi budaya di kebanyakan daerah di Pakistan rata-ratanya tidak menghalang tindakan membunuh wanita yang dianggap tidak pandai menjaga maruah dan tingkah laku.

Antara tingkah laku yang menjadi larangan dan punca kebanyakan pembunuhan antaranya menyanyi, menjenguk keluar tingkap dan bercakap dengan lelaki yang tiada pertalian saudara.
Malah tindakan mana-mana wanita yang berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri dianggap sebagai satu penghinaan yang tidak boleh diterima kebanyakan keluarga.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan mendedahkan sebanyak 869 pembunuhan yang dikenali ‘pembunuhan maruah’ telah dilaporkan dalam media sepanjang tahun lepas tetapi angka sebenar dipercayai lebih tinggi kerana banyak kes yang tidak dilaporkan. - Reuters 
 Photo: Jom reminder diri ....... jgn mare.... semua rakan FB yg baek hati....
Selamat berposa hari pertama ramadhan kareeem.... tak lama dah nak buka posa...............KL hari ni  : jam 07: 28 malam.
 Home Nasional P.Pinang Kedah/Perlis Hiburan Pelbagai Editor Pemuda beli daging babi untuk ibu berbuka di azab setiap maghrib
Posted on Monday, June 30 @ 10:20:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan , dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.


Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.

Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini

Sumber link
Mayat lelaki dan janin di tali air
Posted on Monday, June 30 @ 10:15:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Bukit Mertajam: Dua mayat masing-masing seorang lelaki dewasa dan satu janin cukup sifat ditemui di kawasan pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sungai Kulim, Bukit Mertajam di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, polis pada mulanya menerima maklumat berhubung penemuan janin cukup sifat berhampiran sebuah masjid di kawasan itu.

Ketika sedang menjalankan siasatan, beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian terlihat mayat seorang lelaki yang tersangkut dalam timbunan sampah dalam tali air, kira-kira 50 meter daripada penemuan mayat janin terbabit.

Hasil siasatan mendapati mayat yang hanya berkain pelekat itu dipercayai lelaki warga asing yang mungkin dibunuh sebelum dicampakkan dalam tali air berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Nor mengesahkan penemuan kedua-dua mayat itu dan bedah siasat akan dilakukan pagi esok.

........Hadzlihady Hassan
HMETRO
 
 Peragut Yang Merayu Semalam Menikam Muka Mangsa (bersama video)
Posted on Monday, June 30 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Patutlah orang ramai marah dan memukul peragut semalam kerana peragut berkenaan telah menikam mangsa ragutnya seorang perempuan di muka. Video sambungan daripada kes semalam telah membuktikan kemarahan orang ramai terhadap peragut berkenaan.



Walau bagaimanapun dalam memukul peragut emosi kena kawal kerana apa pun ia tetap salah. 

Kenapa biarkan org yg tak faham Islam @ yg kuffaar bercakap tentang Islam ?
Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan penger...
youtube.com
 

Tiada ulasan: