Sunday, 29 June 2014
PERBUATAN SETIAUSAHA PEMUDA DAP INI PASTI AKAN BUAT MACAI-MACAI UMNO TERMASUK PERKASA DAN ISMA MEROYAN PIANG????
Apa nak jadi dengan Setiausaha Pemuda DAP ni .. sempena bulan Ramadhan sanggup bersama isterinya berpuasa selama 1 minggu untuk menghayati dan merasai umat Islam berpuasa.
Ini sudah lebih .. pemuda-pemuda MCA, Gerakan, PPP, MIC, SUPP, SPDP, PRS, PBRS, UPKO, LDP dan PBS pun yang dianggap juak-juak UMNO sebagai rakan-rakan mempertahankan Islam dalam UMNO pun tidak berani nak berpuasa sedangkan DAP siang malam pagi petang 1 hari 24 jam 1 minggu 7 hari tidak kira masa dan tempat sentiasa labelkan DAP sebagai anti, benci dan tindas Islam Setiausaha Pemudanya pula suami isteri melakukan puasa tahan lapar dan dahaga.
"1 Ramadhan, jam 5 pagi: SU Pemuda DAP YB Tan Hong Pin (Adun Mengkibul) dan isteri bersahur di rumah Sdr Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Malaysia. YB Tan Hong Pin akan cuba menghayati puasa selama satu minggu dalam bulan ramadhan kali ini."
- Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan
- Mahkamah
Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam
dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.Sunday, 29 June 2014
SETELAH SEMALAM DSAI DAN KAK WAN MENZIARAH TGHA DI IJN ... HARI INI NAJIB LAKUKAN PERKARA YANG SERUPA DAN MACAI-MACAI UMNO JAJA SATU DUNIA!!!!.
Susulan tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terjejas ketika berada di Istanbul bulan lalu, beliau kini sedang menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi ahli Parlimen Marang itu petang semalam.
"Seluruh keluarga PKR mendoakan agar Tuan Guru Abdul Hadi akan bertambah sihat, dan semoga dipermudah dalam menjalankan amal ibadat bulan Ramadan al-Mubarak ini," katanya Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan medianya semalam.
Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.
Abdul Hadi pulang ke Malaysia pada 18 Jun lalu selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.
Hari ini Najib Razak pula pergi menziarah TGHA setelah DSAI dan Kak Wan menziarah ... Nampaknya macai-macai UMNO mau jadikan lawatan tersebut untuk politik batuan (political milage) untuk Najib Razak
Sebab sebelum ini Najib menziarah TGHD di IJN juga maka para progandis UMNO jadikan isu itu sebagai propaganda murahan kononnya Najib ini berjiwa murni bersih lagi suci.Felixia Dapat Ilham Nama Islam dalam mimpi
Selayang: “Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.
Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.
“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.
FELIXIA bersama pengunjung di majlis Santai Ramadan Petamaku, semalam.
Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.
“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.
Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.
“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.
“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.
Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.
“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.
“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.
Piala Dunia 2014: Pemain Beragama Islam Tetap Berpuasa
Para pemain bola sepak yang beragama Islam akan tetap menjalani ibadah puasa seperti biasa walaupun sedang berjuang dalam kempen Piala Dunia kali ini.
Terdapat sebanyak enam pasukan yang mempunyai pemain muslim seperti Belgium, Perancis, Jerman, Switzerland, Algeria dan Nigeria.Kapten Algeria, Majid Bougherra mengesahkan bahawa dia dan para pemain dalam skuad berkenaan akan tetap berpuasa ketika menentang Jerman pada awal pagi Selasa dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Beira-Rio di Porto Alegre.“Fizikal kami semua berada dalam keadaan baik dan kami tidak mempunyai masalah untuk berpuasa,” katanya.Bagi memastikan pemain mereka kekal cergas ketika Ramadan, Algeria telah mendapatkan khidmat seorang pakar perubatan sukan dari Qatar, Hakim Chalabi yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai pakar menguruskan ahli sukan yang berpuasa.“Ini adalah satu tempoh risiko untuk pemain cedera meningkat terutama bahagian bawah belakang, sendi dan otot,” kata Chalabi.Jelasnya, kecederaan tersebut kebanyakannya berpunca daripada kekurangan air dan bukannya akibat kurang mengambil makanan.“Setiap pemain kehilangan sehingga enam liter air dalam satu perlawanan,” ujarnya.Dalam pada itu, pasukan Iran dan Bosnia di mana majoriti pemain mereka beragama Islam sudah tersingkir awal.Ketika bulan Ramadan penganut beragama Islam tidak dibenarkan makan dan minum pada siang hari tetapi pihak berkuasa agama di beberapa negara Islam memberi kelonggaran terhadap sukan bola sepak.Pada tahun 2008, sebuah organisasi Islam utama di Mesir, Dar al-Ifta mengecualikan pemain bola sepak profesional daripada berpuasa sekiranya mereka terikat dengan kontrak untuk bermain di bulan Ramadan dan bimbang berpuasa akan menjejaskan prestasi mereka.Mereka yang terlibat dalam kerja-kerja yang dianggap berat juga diberi pengecualian daripada berpuasa.Bagaimanapun, bagi pemain tengah Jerman, Mesut Ozil memberitahu bahawa, dia tidak akan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan yang bermula hari ini bagi memberi perhatian kepada kempen pasukannya untuk menghadapi baki saingan Piala Dunia.Ozil berkata, dia tidak berpuasa kerana dia termasuk dalam kategori tersebut.“Saya tidak dapat berpuasa kerana saya kini bekerja dan sukar untuk saya berpuasa pada tahun ini,” katanya. – AFP
Sumber : Kosmo
Hangat! Seorang lagi Selebriti Cantik Memeluk Islam Selepas Felicia Yeap
"Saya tidak menjadi muslim sebab cinta atau duit, saya bukan seorang sebegini. Saya suka pada priciple Islam", kata pelakon jelita India itu kepada akhbar harian di India (Times of India) baru-baru ini.
Monica telah menukar namanya kepada MG Rahima.
Pelakon wanita yang muda ini berasal dari Azhagi dan telah mengbintangi kira-kira 50 filem.
Beliau merupakan muka yang amat popular buat pengemar filem India untuk Telugu, Malayalam dan Kannada.
Selamat berpuasa, 10 Pemain Piala Dunia yang berpuasa
DENGAN bermulanya sambutan Ramadhan hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa selama sebulan.
Tempoh tersebut bakal menguji kesabaran masyarakat Islam dengan tidak makan atau minum bermula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari serta tidak melakukan perkara yang dilarang sehingga boleh membatalkan puasa.
Menariknya, dalam bulan ini juga, berlangsung perlawanan bola sepak Piala Dunia yang turut melibatkan para pemain yang beragama Islam.
Biarpun perlu beraksi di padang, ia bukanlah alasan untuk mereka meninggalkan kewajiban berpuasa jika ia dilaksanakan dengan cara yang betul sekaligus tidak akan memudaratkan kesihatan mereka.
Berikut merupakan antara 10 pemain yang akan berpuasa sepanjang kempen tersebut:
1. Karim Benzema (Perancis)
2. Mesut Ozil (Jerman)
3. Xherdan Shaqiri (Switzerland)
4. Moussa Sissoko (Perancis)
5. Marouane Fellaini (Belgium)
6. Bacary Sagna (Perancis)
7. Sami Khedira (Jerman)
8. Vincent Aboubakar (Cameroon)
9. Mamadou Sakho (Perancis)
10. Eden Hazard (Belgium)
Sumber - mStar Online
“Hati Bapa Mana Yang Tak Sebak Bila Lihat Mayat Anak Begitu”
June 29, 2014 by
“Hati bapa mana tak sebak apabila melihat tubuh anak tersangkut dan melekat pada besi penghadang pembahagi lebuh raya,” kata Shafie Bilal Ismail, 43, bapa kepada Muhammad Shafiq, 15, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, di sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal Honda EX-5 ditunggangi seorang buruh ladang warga Indonesia, Muhsan, 47, yang turut meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada lima beradik menunggang secara berkumpulan dengan beberapa rakannya.Akibat kejadian itu, Muhammad Shafiq tercampak dari motosikalnya sejauh lima meter lalu tersangkut pada besi penghadang pembahagi lebuh raya.
Shafie berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah jam 1 tengah hari ketika anaknya memaklumkan mahu solat Jumaat sambil menyatakanmaklumkan tidak tahu bila akan pulang.Sumber : Metro
Kisah Disebalik Penemuan Muhammad Firdaus Dullah
Menerusi blog ini sebentar tadi, Gossipanas terbaca satu kisah yang cukup menyayat hati iaitu kisah disebalik penemuan lelaki kelainan upaya [OKU] iaitu Muhammad Firdaus Dullah disebuah bilik di Flat Semarak, Nilai beberapa minggu lepas.Kisahnya dikongsikan isteri kepada lelaki yang pergi buat operasi PATI ketika itu bernama Fatanah Shahreezad melalui akaun Facebook miliknya.Katanya: "sewaktu adik Firdaus ditemui, die mmg sgt2 lapar smpi mkn kertas n taik die je... keadaannya sungguh menyayat hati...baca lagi dibawah...Apapun, semoga kes ini dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia...
Senarai Nama Yang Sering Diganggu Jin
Syarhan sebagai moderator dimana beliau memberi satu senarai nama-nama yang
kerapkali diganggu jin atau makhluk halus mengikut statistik perubatan beliau.
Antara nama-nama yang kerapkali diganggu jin:
1. Qistina atau Kistina
2. Balqis
3. Najwa
4. Erisha
5. Zakuan
6. Batrisha
Jadi kak harap lepas ini kalau ada sapa-sapa yang pernah atau sering diganggu,
boleh la berjumpa ustaz ini. Kak bukan nak promote ye tapi sekadar untuk tolong
rakan-rakan yang dalam situasi macam ini.
Spotted! Resort Popular Di Melaka Pasang Hidden Camera
Seorang wanita yang dikenali sebagai Valarie Lam menerusi laman Facebooknya mendakwa sebuah resort percutian popular di Melaka mempunyai kamera tersembunyi yang dipasang dalam bilik air.
Kamera tersebut dikatakan disembunyikan dalam tempat penyangkut baju.
Walau bagaimanapun, wanita ini tidak mendedahkan nama resort tersebut namun sempat menasihati pengguna lain agar lebih berhati-hati sekiranya ingin bercuti di sana.Tidak pula diketahui sama ada wanita tersebut sudah membuat laporan polis berhubung isu ini ataupun tidak.Siapalah yang ‘busuk hati’ sangat nak letak hidden camera kat situ, tak pasal-pasal resort itu dapat malu nanti.
Sumber: Mynewshub.myVia : Sentiasa Panas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan