Jumaat, 27 Jun 2014

KRONI2 AKHIRNYA MATI GAK....MASUK KUBUR GAK....DIHIMPUN DIPADANG MAHSYAR DAN DIHISAB

Kabinet XXL Najib: Harapan kita besar juga - Kadir

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota.

“Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurutnya, kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Berikut tulisan penuh beliau.

BANYAK orang kita suka catat rekod. Tapi kebanyakan rekod yang orang kita cacat adalah dalam kategori lawak atau standard Malaysia saja.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang tidak gemar kepada rekod lawak, saya bersyukur kerana kita (mungkin) belum berjaya mencatatkan rekod kabinet terbesar di dunia. Itu pun belum tentu. Minta pencerahan para pembaca.

Dan oleh sebab pasukan bola kita masih dalam kategori jaguh kampung maka tidak adalah rekod pemain kita melakukan perbuatan yang mencatat rekod seperti yang dilakukan oleh penjaring gol Uruguay, Luis “the biter” Suarez.

Sebagai penyokong Uruguay, saya menyokong penuh keputusan Fédération Internationale de Futbol Association (FIFA) menggantung beliau sebanyak sembilan perlawanan Piala Dunia dan mengharamkannya selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Suarez ni dia ada rekod suka tokak!

Sumbangan biar besar juga

Berbalik kepada penambahan bilangan anggota kabinet Mohd Najib Abdul Razak kepada 35 orang pada 25 Jun, ia mungkin berupa rekod nasional. Minta sesiapa sahkan!

Saya tidak ingat kalau ada Perdana Menteri sebelum beliau yang mempunyai kabinet sebesar itu. Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung.

Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia - 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30. Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Mohd Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Mengikut laporan 2011 itu lagi, purata bilangan ahli kabinet negara di dunia adalah 30. Jadi dengan 35 orang, kita telah “berjaya” mengatasi purata dunia.

Oleh sebab Perdana Menteri suka besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita ialah kabinet XXL Mohd Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja.

Wallahuaklam. Selamat berpuasa Ramadan.

Gadis cun tawarkan diri untuk dipipit kerana RM300


on Friday, June 27, 2014
Tidak dinafikan keadaan sekarang begitu mendesak khususnya dalam kewangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan harian terutamanya kepada mereka yang hidup di bandar-bandar besar.

Kadangkala ada perancangan atau yang memerlukan komitmen kewangan yang segera dan mendesak. Mungkin itulah yang terjadi kepada pemilik akaun Facebook yang dirahsiakan identitinya ini.

Dia bertindak mengiklankan dirinya di laman sosial itu bertujuan melacurkan dirinya untuk mendapat wang hanya RM300 sahaja yang terlalu diperlukannya.

“Aku nak melacur diri aku, untuk dapatkan RM300 keadaan yang sangat mendesak, siapa yang nak tu mesej lah saya, kawasan Penang. Kawan pun tak nak tolong, jadi terpaksa aku melacurkan diri aku,” katanya.

Tidak diketahui apa keperluan yang sangat mendesak oleh wanita berkenaan sehingga terpaksa melakukan kerja-kerja terlarang sebegitu.

Namun, pemikiran haruslah lebih matang dan tidak mengambil keputusan terburu-buru sehingga tersilap membuat pilihan dan melakukan kerja yang salah.



Sumber

Kabinet meningkat kepada 35 Menteri, Najib tiada pilihan?

SHUHAIMI AL-MANIRI | .
KETIKA Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009 yang lalu, kabinet pertama beliau dianggotai 30 orang Menteri sahaja.
Sebaik sahaja selepas PRU ke-13, kabinet beliau mempunyai 32 menteri, dengan satu kekosongan Menteri Pengangkutan. Kerusi tradisi MCA, Menteri Pengangkutan tidak diisi melainkan hanya dipangku oleh Datuk Hishamuddin Tun Husein yang juga Menteri Pertahanan.
Seperti yang dijangkakan, Liow Tiong Lai selaku Presiden MCA diberikan portfolio Menteri Penangkutan yang sengaja dikosongkan sejak pembentukan kabinet kerana MCA tertakluk kepada resolusi tidak menerima jawatan kabinet jika mengalami prestasi yang buruk dalam PRU ke-13 lalu.
Najib juga mesti mengotakan janji untuk memberikan kembali satu kerusi Menteri kepada Gerakan yang menang dalam pilihan raya kecil Teluk Intan tempohari. Disebabkan tidak berlaku rombakan kabinet dalam erti kata yang sebenarnya, Mah Siew Keong (Gambar) dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
MCA yang sebelum ini dipertuntukkan dengan empat kerusi Menteri penuh tidak mendapat kembali kouta tersebut, sebaliknya hanya diberikan satu lagi kerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya tidak kelihatan lebih kecil daripada MIC pula apabila parti tersebut diberikan dua kerusi Menteri.
Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala ketiga-tiga Naib Presiden MCA dilantik menjadi timbalan Menteri dengan Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Tiada Kementerian dan Menteri baru dari Sarawak!
Desas desus rombakan kabinet yang melibatkan ada Menteri yang digugurkan dan/atau bertukar portfolio tidak menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri cuma mengisytiharkan tambahan tiga Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru daripada MCA dan Gerakan pada Rabu 25hb Jun, 2014 menjadikan kabinet Malaysia ditambah daripada 32 kepada 35 Menteri.
Kemungkinan berlaku satu kekosongan kerusi Menteri pada tahun depan apabila Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri tamat tempoh senator. Begitu juga kerusi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dikosongkan oleh P. Waytha Moothy, Pengerusi Hindraf pada Februari lepas juga seolah-olah tidak digantikan kepada kaum India.
Malah harapan untuk melihat Najib membentuk semula Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) yang telah dimansuhkannya secara tergesa-gesa apabila mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009 dulu untuk membela usahawan kecil dan sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran masih tidak kesampaian.
Sebelum PRU ke-13, SPDP diberikan dua kerusi Timbalan Menteri tetapi sekarang SPDP begitu kecewa kerana tidak diberikan sebarang kerusi kabinet walaupun menang empat kerusi parlimen. Nampaknya SPDP kena tunggu rombakan sekali lagi untuk mendapat kerusi apabila ada kekosongan dan keperluan baru.
Semua pihak perlu tahu, hak melantik anggota kabinet adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri. Tidak pasti masih ada lagi kekosongan kerusi kabinet ataupun tidak. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Peralat Melayu & Bumiputera untuk kayakan kroni

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Siasatan yang dilakukan terhadap projek konsesi pembinaan kampus UiTM mendapati, wujud syarikat Bumiputera yang bukan sahaja mempunyai 'kepakaran' dalam rundingan konsesi dengan kerajaan malah menyerahkan pula projek yang diperolehi kepada syarikat bukan Bumiputera.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kaedah rundingan terus yang digunakan pentadbiran Najib dengan berselindung di sebalik “private finance initiatives” (PFI) begitu mudah disalahgunakan dan terdedah kepada amalan rasuah.
"Melalui kaedah rundingan terus ini, ahli perniagaan yang mempunyai akses dengan pimpinan Umno dan pegawai tinggi kerajaan berpeluang mendapat konsesi-konsesi yang diikat dalam tempoh yang lama dan boleh merugikan rakyat," ujarnya.
Beliau memberi contoh syarikat yang diberi konsesi membina kampus UiTM Kota Samarahan iaitu Rekajaya Projek Sdn Bhd yang turut dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) melalui satu konsortium.
Syarikat-syarikat yang dikuasai ahli perniagaan ini, tambahnya boleh diibaratkan sebagai "pakar perunding konsesi" yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun ujar beliau, sebaik berjaya mendapatkan konsesi-konsesi pembinaan, projek pembinaan diberikan pula kepada syarikat bukan Bumiputera sama ada melalui perkongsian (joint venture) atau sub-kontrak.

"Di dalam kes pembinaan Lebuhraya LATAR dan UiTM cawangan Kota Samarahan, pembinaannya dikendalikan oleh Binapuri Holdings Berhad, sebuah syarikat pembinaan bukan Bumiputera yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur," dedah beliau.
Rafizi menambah, semakan mendapati kos pembinaan dua projek konsesi itu dibiayai melalui pinjaman dengan Bank Pembangunan Berhad, sebuah bank milik penuh kerajaan.

"Saya mengambil contoh konsesi penswastaan UiTM cawangan Kota Samarahan ini untuk menunjukkan bagaimana kaedah PFI yang dijadikan alasan untuk memberi anugerah konsesi kepada ahli-ahli politik Umno dan rakan perniagaan mereka sebenarnya samalah dengan Kerajaan Persekutuan menanggung sendiri kos pembiayaan tanpa perlu diikat dengan perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan rakyat," ujarnya.
Beliau berkata, alasan kononnya kontraktor Bumiputera berpeluang dianugerahkan projek melalui program konsesi juga diragui kerana jelas projek yang diperolehi diserahkan pula kepada syarikat bukan Bumiputera.
Rafizi turut mempertikaikan pembiayaan projek melalui Bank Pembangunan, sebuah bank milik penuh Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, jika kampus-kampus tersebut dibina sendiri kerajaan dengan meminjam dari Bank Pembangunan, pasti kos yang ditanggung adalah jauh lebih murah.

"Siri penswastaan UiTM menjadi bukti bagaimana nama Melayu dan Bumiputera disalahgunakan untuk mengkayakan kroni Umno.
"Saya akan terus bersuara mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan di dalam kaedah PFI supaya Umno tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan konsesi yang akan membebankan rakyat kelak," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 26/6/2014
Zul IsLam's photo.

Tender terbuka: Selangor jimat RM100 juta setahun

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Polisi Kerajaan Selangor melaksanakan tender terbuka bagi projek dikendalikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memberi penjimatan sehingga lebih RM100 juta setahun, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata penjimatan itu membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan lebihan itu kepada projek pembangunan lain untuk dinikmati rakyat Selangor.

“Kita bukan hendak harga rendah sampai merugikan kontraktor tetapi hendaklah keuntungan yang tidak melampau.

“Polisi tender terbuka ini menjimatkan wang rakyat seperti mana direkodkan pada 2012 menunjukkan lebih RM100 juta dijimatkan dan lebihan itu dapat disalurkan kepada projek lain,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dalam usaha menambah kecekapan dan ketelusan pengurusan kewangan negeri, sejak 2008 Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menghapuskan amalan penganugerahan projek atau rundingan terus kepada mana-mana syarikat.

Langkah yang diambil itu ternyata memberi kesan positif terhadap kewangan negeri.

Penduduk Baling paling bahagia - kajian

KUALA LUMPUR 26 Jun - Penduduk di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi mencapai tahap sederhana pada tahun lalu.
Penilaian yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pelaksanaan indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Muslimat PAS bantah Mrs Universe di Malaysia

SITI UMI KALSOM ISHAK | .
KUALA LUMPUR: Muslimat PAS Pusat menggesa kerajaan membatalkan pertandingan ratu cantik, Mrs Universe yang akan diadakan di negara ini pada penghujung Ogos nanti.

Pengarah Pilihan raya Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pertandingan itu tidak wajar diadakan selari dengan penegasan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di dalam sidang parlimen yang berakhir baru-baru ini pun rata-rata ahli parlimen Umno menegaskan negara ini adalah negara Islam," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi membuktikan negara ini sebagai negara Islam, Athirah menegaskan sepatutnya kerajaan Umno memperuntukkan beberapa perlaksanaan dasar Islam seperti hudud dan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran termasuklah soal pertandingan ratu cantik.

"Kita perlu sedar konflik dalam negara kita, apabila berlakunya pentafsiran yang berbeza, Umno BN mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam.

"Akan tetapi rakan-rakan sekutunya seperti MCA, MIC dan Gerakan pula tidak mengiktiraf negara ini sebagai negara islam," tambahnya.

Tegasnya, masyarakat sentiasa berhadapan dengan persoalan agama seperti penganjuran Mrs Universe Malaysia, siri konsert liar, artis barat tidak bermoral sedangkan ia jauh daripada konsep negara Islam sebenar.

"Isu pertandingan ratu cantik bukanlah isu baru, seperti yang kita ketahui bahawa bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Datuk Ishak Baharum dipecat dan ditamatkan kontraknya kerana membantah penganjuran program tersebut.

"Beliau meminta kerajaan membetulkan dasar-dasarnya, kerana strategi politik mereka tidak membantu Islam dan umat Islam, bukan hanya sekadar bercakap inginkan Islam, tetapi tidak menjalankan Islam yang sebenar," tegasnya.

Malah beliau turut mengingati kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang masih ragu-ragu untuk mengesahkan negara ini sebagai negara Islam, dan hanya agama rasmi setakat di persekutuan sahaja.

"Oleh sebab itu kita perlu betulkan dan bezakan negara Malaysia bukan negara islam,tetapi negara majoriti umat Islam.

Justeru, beliau meminta kerajaan BN perlu jujur untuk bertanggungjawab membuktikan bahawa negara ini adalah negara Islam.

Untuk makluman, pertandingan yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini dianjurkan oleh SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa.

Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan hari ini. Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim menegaskan bahawa pertandingan ini bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Penulis ialah pelajar KUIZM yang menjalani latihan amali di Harakahdaily.

Muhyiddin tidak faham isu yang saya bawa - Rafizi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli rasa agak terusik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak faham mengenai konsep penswastaan atau private finance initiatives (PFI).

Ini kerana menurut Muhyiddin ia banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM.

Malah, Muhyiddin memaklumkan bahawa kabinet telah menugaskan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI itu.

“Saya rasa Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan kabinet tidak faham dengan kritikan dan isu yang saya bawa,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, beliau bukanlah menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.

Rafizi berkata, beliau mempertikaikan perkara-perkara berikut:

1. Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?

2. Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini sehingga 5 kali ganda lebih mahal dari kos membina sendiri UiTM ini?

3. Berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?

“Oleh yang demikian, untuk memastikan saya dan rakyat kebiasaan lain faham dan boleh menilai kewajaran Barisan Nasional menswastakan kampus UiTM melalui konsep PFI ini, saya menyeru supaya Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah beliau dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti mana yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi yang lepas melibatkan penswastaan air dan lebuhraya.

Kata Rafizi, jika Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila beliau dan rakyat tidak akan faham kenapa Kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu. - HARAKAHDAILY 27/6/2014

Skandal Seks Pegawai Tinggi Polis Malaysia Didedah

Wow! macam best jer, siapa kata Pegawai Tinggi Polis tak buat salah laku atau menyalahgunakan kuasa yang diberi? huhu... mereka pun manusia biasa, bernafsu dan boleh melakukan kesilapan. 
Menerusi Malaysiakini, Mywatch iaitu sebuah badan pemantau jenayah di Malaysia mendakwa menerima satu set gambar dan dokumen berhubung skandal seks yang melibatkan pegawai tinggi kanan polis.
Mywatch juga sedia mendedahkan gambar tersebut kepada umum sekiranya diberi jaminan oleh PM dan menggesa supaya mengantung tugas serta siasatan penuh diambil keatas polis berkenaan tanpa mengira pangkat dan dan gelarannya.
Diharap kes ini dapat dijadikan ikhtibar kepada pegawai polis yang lain, ingatlah tanggungjawab negara yang diamanahkan, bukannya merosakkan negara sendiri - Bestjer.blogspot.com

Tiada ulasan: