Ahad, 22 Jun 2014

KEGILAAN AKHIR ZAMAN...BEROTAKAN HAWA NAFSU....MEREKA TAK KAN MAHUKAN HUDUD....MUNGKIN IBU BAPA TAK MENDIDIK TENTANG AGAMA


2 Gambar remaja OKU malang yang menyedihkan!!


Kurung_OKU_1 Kurung_OKU_2Remaja OKU lelaki tempatan berusia 15 tahun dalam keadaan amat menyedihkan dengan badan kurus kering yang dijumpai dikurung dalam sebuah rumah semasa operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di Nilai.
Remaja yang ditemui dengan memakai baju reput di persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis.
Rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila pihak operasi memasuki sebuah bilik, mereka menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.
Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.
Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor BH. 

 Seronoknya dapat 2 hadiah menjelang Ramadhan...!
Posted on Friday, June 20 @ 15:06:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

KHABAR GEMBIRA 1

Baru-baru ini, majalah Business Times In Malaysia melaporkan, pihak berkuasa meluluskan pelan pembangunan pusat kasino tersebut di Berjaya Resort, Berjaya Hills Pahang.

Ia dibangunkan oleh syarikat Berjaya Corperations milik Tan Sri Vincent Tan yang mempunyai pegangan terbesar dalam syarikat berkenaan.

Pusat kasino ini akan menjadi pusat perjudian kedua terbesar selepas pusat kasino di Genting Highlands yang dimiliki oleh Genting Berhad.

KHABAR GEMBIRA 2

Petaling Jaya: Pertandingan akhir ratu cantik dunia Mrs Universe 2014 berlangsung buat julung kalinya di Malaysia serta Asia pada 29 Ogos ini.

Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini.

Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim berkata, semua peserta bertanding selama lapan hari dengan mengadakan sesi fotografi di lokasi di sekitar negara ini.

“Ini juga bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya kepada sidang media, di sini, semalam.

Turut hadir, Mrs Universe 2013, Carol Lee, Presiden ERM World Marketing Pte Ltd, Alex Liu dan Pengarah Kumpulan Pemasaran Sunway Resort Hotel & Spa, Farizal Jaafar.

Dalam situasi UMNO tolak usul hudud di Terengganu dan menarik usul hudud di Selangor serta Musabaqah Antarabangsa sedang berlangsung,dengan sukacitanya UMNO hadiahkan "hadiah paling bernilai" untuk umat Islam menjelang Ramadhan.

Walaubagaimanapun,UMNO cuba "menutup " hadiah ini dengan pemberian air zam-zam dan kurma untuk pakcik makcik di kampung dan ceruk FELDA agar umat Melayu tetap setia bersama UMNO dulu, kini hingga ke liang lahad!

GEMBIRA : Ratu @ Kasino hadiah pemberian UMNO menjelang Ramadhan."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Friday, June 20 @ 15:06:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Awas! Penganjuran parti seks di enam lokasi negeri serentak berhampiran anda
Posted on Saturday, June 21 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh V Shuman

PETALING JAYA: Bersiap sedia wahai lelaki teruna dan wanita dara. Penganjuran parti seks akan berada di bandar berhampiran anda bermula Sabtu ini.

Ini adalah menurut mesej yang sedang diedarkan secara meluas di perkhidmatan mesej segera Whatsapp.

Mesej yang ditulis oleh seseorang yang dikenali sebagai Jack berkata parti itu akan diadakan secara serentak di enam negeri di seluruh negara pada Ahad ini (22 Jun).

Lokasi terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka dan Pahang.

"Parti itu akan berlaku di pangsapuri di semua negeri, kecuali di Ipoh, Perak di mana ia akan diadakan di sebuah banglo.

"Anda boleh datang bersendirian atau dengan pasangan wanita anda. Walaupun anda datang bersendirian, anda akan mendapat teman perempuan," kata mesej.

Masa parti adalah sekitar jam 2 petang hingga 10 malam di KL, Penang, JB dan Kuantan, manakala di Ipoh dan Melaka, ia sekitar jam 3 petang hingga 11 malam.

Bayaran RM300 dikenakan kepada individu untuk menyertai dan menjadi sebahagian daripada peserta, kata mesej.

Kadar bayaran ini terpakai untuk pasangan dan lelaki pergi bersendirian dan ia percuma untuk wanita hadir berseorangan tanpa pasangan.

Menurut "Jack" bayaran pintu masuk ini akan merangkumi penginapan, kondom, makanan dan minuman, syampu dan tuala, serta pil untuk membuat lelaki tahan lebih lama dan untuk merangsang wanita.

Walau bagaimanapun, kemasukan adalah terhad kepada 20 lelaki dan wanita yang pertama yang berdaftar di setiap lokasi.

Terdapat beberapa peraturan seseorang perlu ikuti jika mereka mahu menjadi sebahagian daripada ahli parti. Di antara mereka adalah tiada alkohol, tiada dadah, tidak boleh merakam gambar atau merakam video, dan perlu mematikan telefon bimbit mereka semasa aktiviti berlangsung.

Selain itu, bertukar-tukar pasangan adalah digalakkan dan peserta mesti mencukur kemaluan mereka, "untuk kelihatan bersih".

Rupa-rupanya, permainan seks lucu juga akan diadakan dalam parti.Mesej ini berakhir dengan "tergesa-gesa, panggilan atau Whatsapp sekarang, sebelum terlambat".

Ketika dihubungi atas alasan seorang peserta yang berminat, "Jack" berkata masih terdapat empat slot lelaki di KL.

"Anda tidak boleh menyertai sekiranya masih di bawah umur. Para peserta adalah daripada kaum yang bercampur-campur.

"Bagi lelaki datang berseorangan terdapat dua orang perempuan dari Bombay, India, dan Rusia, yang akan menawarkan perkhidmatan seks kepada anda, ujar "Jack" sambil menambah bahawa kaedah bayaran boleh diatur jika seseorang itu benar-benar berminat untuk menyertai.

Penganjuran parti seks itu bukan baru di Malaysia, tetapi yang paling adalah segala urusan peribadi dirahsiakan dengan "jemputan yang terpilih".

Terdapat juga beberapa kes di mana polis telah bertindak menyerbu penganjuran parti seks dan menjumpai dadah sebelum aktiviti itu bermula, selain itu turut menjumpai belia tidak berpakaian.

Jadi tidak hairan jika "Jack" mengetahui bahaya menghantar mesej kepada orang ramai. Dan yakin bahawa mesej ini sudah tentu akan sampai ke pengetahuan pihak Polis.

Sama ada parti ini adalah benar, itu semua bab yang menyeronokkan sehingga pihak polis atau penguatkuasa agama datang menyerbu dan menyumbat anda di dalam penjara.-theantdaily



Penulis Amerika masuk Islam kerana jilbab
Posted on Saturday, June 21 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Kisah Carissa, Penulis Asal Amerika yang Masuk Islam Kerana Jilbab

Banyak wanita Amerika Syarikat yang mengenakan jilbab setelah menjadi mualaf. Namun, tidak demikian dengan Carissa D. Lamkahouan. Dia telah mengenakan jilbab sebelum masuk Islam. Dan dari pengalamannya yang unik tentang jilbab itu, dia kemudian bersyahadah.

Seperti disiarkan dalam onislam pada minggu lalu, Carissa menuliskan kisahnya. Selama hampir satu setengah tahun, Carissa mempelajari agama Islam, prinspi-prinsip dan karakteristiknya.

“Tentu saja, sebagai seorang wanita, saya sangat tertarik terutama pada isu-isu perempuan. Dan jilbab sebagai identiti muslimah yang khas, membuat saya sangat tertarik,” ujarnya.

Dan entah mengapa, Carissa merasakan dirinya terpesona dengan wanita yang mengenakan jilbab.

Seiring berjalannya kajian Islam-nya, Carissa rajin pergi ke kedai buku dan membaca dengan teliti referensi Islam dalam versi bahasa Inggeris. Samada Al-Quran, hadis mahupun kisah-kisah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya. Dan pada suatu hari, dia menemukan jilbab di barisan abaya. Carissa yang tertarik dengan benda itu kemudian menemukan keberanian untuk mencuba.

“Itu penutup kepala pertama yang saya beli,” kenangnya.

Ketika memakainya untuk pertama kali, Carissa merasakah sesuatu yang aneh.

“Saya melihat sekilas diriku di cermin, terus terang saya terkejut dengan kain hijau di atas kepalaku itu. Saya melihat bayangan saya sebagai orang yang berbeza, asing. Ada stereotif negatif dalam bayangan wanita berjilbab seperti digambarkan oleh media,” tambahnya.

Namun, itu tidak berlangsung lama. Carissa dengan cepat kembali ke alam rasionalnya. “Bahawa saya membelinya untuk dipakai jika saya perlu untuk pergi ke masjid,” katanya dalam hati, mengingat tujuannya untuk mempelajari Islam lebih dalam dengan mengunjungi masjid-masjid.

“Sekarang saya menyedari bahwa membeli jilbab ketika itu adalah langkah awal saya mendapatkan hidayah,” ujarnya.

Beberapa bulan berlalu. Namun Carissa belum berkesempatan untuk memakai jilbab itu seperti yang dirancangnya. Di samping, dia tidak terlalu suka dengan warna dan model jilbab tersebut. Akhirnya dia pun membeli jilbab yang disukainya ketika kembali ke kedai buku.

Carissa kemudian mula memakai jilbabnya dalam berbagai kesempatan. Saat berkunjung ke gerai makanan halal, ketika ke kedai buku, dan beberapa kesempatan yang lain, dia menutup rambutnya dengan jilbab. Hingga suatu malam, dia pergi bersama suami dengan memakai jilbab. Di situlah perubahan besar terjadi.

“Aku merasa aman dan tenang. Aku tak lagi mendapati pandangan lelaki menganggu yang tertumpu padaku.”

Carissa pun makin terbiasa memakai jilbab. Dan seiring semakin dalam dia mempelajari Islam, akhirnya dia juga memutuskan untuk bersyahadah.

Kini Carissa merasakan martabat dan kemuliannya sebagai wanita dengan jilbab sebagai mahkotanya. Dia tak lagi takut digoda lelaki, dan lebih dari itu, dia menyedari bahwa memakai jilbab adalah ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. [IK/bersamadakwah.com]

sumber
 


 Pengerusi Mais nafi Sultan Selangor perkenan Perkasa berhimpun depan istana
Posted on Saturday, June 21 @ 21:34:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memberi kebenaran kepada pertubuhan itu untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa (gambar) berkata dalam hal ini Sultan Selangor tidak pernah memberi perkenan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di mana jua.

"Tiada perkenan yang diberikan Sultan Selangor maka kenyataan Perkasa dinafikan.

"Surat yang diterima daripada Yang Dipertua Perkasa Abu Bakar Yahya pada Jumaat tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda berangkat ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Abu Bakar berkata Sultan Selangor berkenan memberi kebenaran kepada Perkasa untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan pada Isnin.

Katanya, perkara itu disampaikan oleh Adzib dalam satu perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) pada minggu ini.

Adzib berkata hakikatnya adalah terserah kepada NGO berkenaan menggunakan budi bicara masing-masing untuk berhimpun berama-ramai tanpa mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.

Perkasa Selangor akan mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Mais berhubung rampasan Bible dari pejabat Pertubuhan BIble Malaysia (PBM) Januari lalu.

Perhimpunan itu akan diadakan di perkarangan Istana Kayangan Shah Alam bermula pada jam 11 pagi dan membariskan beberapa pemimpin Perkasa untuk memberikan ucapan sebelum memorandum diserahkan kepada pihak istana.

Abu Bakar berkata Perkasa akan berdiri teguh di belakang Jais dan Mais dalam mempertahankan titah Sultan Selangor agar kemelut itu diselesaikan di mahkamah.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh umat Islam yang berkelapangan sama-sama hadir berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada badan penguatkuasa Islam di negeri itu.

Perkasa menganggarkan 3,000 ke 5,000 orang seluruh umat Islam akan hadir pada hari itu kerana ia merupakan hari bekerja.

Abu Bakar berkata menerusi mesyuarat semalam, 22 wakil dari setiap Parlimen di Selangor dikerahkan untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang ahli Perkasa untuk menghadiri himpunan itu. – 21 Jun, 2014.-themalaysianinsider


 Gambar bikini di atas katil juga boleh menggusarkan moral rakyat M'sia
Posted on Saturday, June 21 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Alyaa Alhadjri

KOMEN: "Ya Allah Ya Tuhanku! Ini tidak sesuai untuk menjadi sebuah cerita. Jadi tabloid macam majalah Mangga dah! Perkara seperti (cerita) ini membuatkan saya stres! "

Semua orang (termasuk abang saya) berhak untuk mengatakan pendapat mereka sendiri tetapi hakikatnya adalah bahawa dia membaca cerita yang berkenaan, bersama-sama dengan beribu-ribu orang lain, dan dengan sendirinya membuat cerita "Berita yang layak dibaca".

Ucapan sarkastik beliau datang ke fikiran kerana saya terserempak cerita lain pada pelakon tempatan yang pada masa lalu telah jelas dipaparkan dalam majalah hiburan Melayu, terkenal untuk "seksi" bergambar di tepi kolam.

Selebriti, seks dan keganasan adalah bahan-bahan teras yang terus menjual cerita dan sebagai rakan sekerja  menegaskan, kadang-kadang ia boleh menjadi semua tajuk berkenaan gambar-gambar tanpa memerlukan banyak menyokong bahan.

Jika cerita-cerita seperti itu boleh dimakan, ia akan diklasifikasikan sebagai "makanan segera" - cepat untuk menyediakan, kualiti yang meragukan tetapi sering diklasifikasikan sangat menarik.

Ada yang melihatnya sebagai "sampah" tetapi terdapat banyak lagi yang akan menganggapnya sebagai makanan "betul"; satu fakta yang telah juga dieksploitasi oleh pembekal makanan tersebut.

Sejak ketiadaan beliau dari halaman-halaman majalah hiburan tempatan,  Maria Farida pelakon berusia 44 tahun, seperti kebanyakan pelakon seusia beliau, telah mengekalkan kehadiran beliau pada media sosial.

Gambar tunggal menunjukkan empat pasang bikini beliau, dimuat naik di akaun Instagram beliau, dan bertajuk "Tidak boleh membuat keputusan mengenai yang mana satu... hmmm 'adalah semua yang diperlukan untuk menjana puluhan tajuk utama (termasuk yang ini) dan mencetuskan" perdebatan "pada media sosial.

Pelakon itu telah berkongsi gambar, Sabtu (14 Jun) semasa bercuti di Krabi pulau, Thailand, dan kemudian dipetik sebagai berkata bahawa "ia tidak sepatutnya menjadi isu".

"Ia hanya sejenis pakaian renang dipaparkan di atas katil. Mereka (pengikut) telah menjadi marah dan bertindak balas seperti yang saya memakai bikini dan memberikan komen mereka di Instagram saya, "Maria ketika ditemui portal bahasa Melayu mStar dan The Star Online.

"Ia bukan seperti mereka tidak pernah melihat bikini sebelum ini. Dan saya tidak pernah meminta sesiapa sahaja untuk melihat gambar-gambar saya memberi.

"Ini hanya menunjukkan 'minda kotor' mereka apabila ia datang kepada perkara  pakaian dalam. Apa yang mereka kata tidak masuk akal, "Maria, yang sebelum ini peranan utama adalah pada tahun 2011 dalam filem Melayu "Datin Ghairah," katanya.

Ia tidak masuk akal untuk Maria untuk mengatakan bahawa dia tidak pernah meminta sesiapa sahaja untuk melihat gambar-gambar dia disiarkan kerana itu adalah konsep "sosial: media untuk menyambung dan berkongsi dengan orang-orang yang" mengikuti "anda.

Apa juga tidak masuk akal (sekurang-kurangnya kepada saya) adalah obsesi orang ramai di Malaysia ini untuk bermain "polisi moral" mengulas gambar atau cerita-cerita itu; seolah-olah dengan berbuat demikian akan mendapatkan mereka pahala dengan Tuhan.

Mungkin, hanya mungkin, polisi moral ini harus mengabaikan godaan untuk membuat kenyataan lebih kudus daripada kita tidak terlibat dalam perdebatan sia-sia ke atas gambar-gambar ini.

Untuk berbuat demikian hanya akan memberi publisiti yang tidak perlu kepada selebriti dan menjadikan mereka lebih "Berita yang layak dibaca".-theantdaily

Mana nak letak muka, gambar maksiat disebar bekas teman lelaki



Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit hati jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari bulan boleh jadi kes bunuh diri kalau provokasi demi provokasi dilakukan terhadap gadis ini. 


Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit. 

Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah..

Lihat laporan polis neh beb ;


Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb?

1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah.

2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account facebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali.

3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya..

4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa.

5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh.

Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu..  mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri..  dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh..

Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue..    -Kredit:ohbah.net
Remaja OKU Dikurung sampai kering
Posted on Saturday, June 21 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.



Ibu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).-hmetro 



Tiada ulasan: