Azhar Redang was tagged in Zaimari Jonid's photo.
28 mins ·
Kes Fathihie bukti mahasiswa ada hak bersuara
KOTA KINABALU: Keputusan perbicaraan Fathihie Daimin, mahasiswa tahun dua Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Kinabalu yang dikaitkan dengan sebelas pertuduhan Akta 174 telah diumumkan Jumaat lalu.
Beliau yang dibicarakan atas kaedah 11, kaedah 13, dan kaedah 15 boleh dikenakan hukuman di bawah Kaedah 48 hanya gara-gara menaikkan status di media sosial Facebook.
Fathihie apabila ditemui turut memaklumkan bahawa beberapa pertuduhan ke atasnya dilihat lebih bersifat peribadi.
Antara pertuduhan itu ucapan tahniah beliau melalui media facebook terhadap bantuan kebakaran yang dilakukan oleh mahasiswa dituduh membuat kenyataan media sebagai representasi kepada pihak UiTM.
Ini merupakan satu lagi fenomena kebangkitan mahasiswa seantero Borneo apabila pertuduhan yang disebut boleh menyebabkan beliau digantung atau dibuang yang hanya diberikan amaran.
Dengan erti kata lain, kes itu lebih tepat kepada mahasiswa sendiri yang mempunyai hak untuk bersuara.
Satu demi satu kemenangan mahasiswa yang berani mencabar Akta Kolej dan Universiti (Auku) dan Akta 174 menunjukkan bahawa peraturan-peraturan yang bersifat mengekang mahasiswa tidak relevan dan mesti dimansuhkan.
Rela: Pemuda PAS lapor polis terhadap Zahid
TELUK INTAN: Pemuda PAS Perak membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengetahui identiti anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang tidak turun mengundi.
Laporan tersebut diketuai oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Teluk Intan dekat sini hari ini.
Fakhrulrazi berkata, Pemuda PAS menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zahid di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, Teluk Intan semalam terhadap 8,639 orang anggota Rela yang layak mengundi di dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
Menurutnya, kenyataan Naib Presiden Umno itu menunjukkan bahawa undi bukan lagi menjadi perkara rahsia bagi petugas-petugas Rela.
Katanya, Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mengeluarkan kenyataan tersebut dan beliau sepatutnya sedar bahawa kenyataannya itu secara tidak langsung akan menimbulkan kebimbangan di kalangan petugas-petugas Rela memandangkan mereka tahu bahawa undi mereka sedang diperhatikan dan tidak lagi menjadi rahsia.
"Pemuda PAS Perak juga menasihatkan agar Ahmad Zahid membezakan di antara tanggungjawab rasmi Rela dengan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
"Kami menegaskan bahawa walaupun Rela berada di bawah kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri, tetapi kuasa tersebut hanya terbatas ke atas tugas-tugas rasmi Rela sahaja dan bukannya sehingga melangkaui urusan pengundian yang sepatutnya menjadi hak individu mereka sama seperti individu-individu yang lain," katanya ketika ditemui sebelum membuat laporan polis.
Jelas Fakhrulrazi, petugas-petugas Rela harus diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih dan mengundi calon yang mereka inginkan dan Ahmad Zahid tidak sepatutnya menjadikan undi sebagai syarat untuk mereka diberikan peruntukan dan seragam baru.
Kenyataan Ahmad Zahid tersebut jelas beliau bukan sahaja bertentangan dengan semangat demokrasi, bahkan kenyataan tersebut juga jelas merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Kami memberi amaran tegas kepada Ahmad Zahid agar tidak menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mengugut petugas-petugas Rela supaya mengundi calon BN, sebaliknya berkempen secara matang dan ‘gentleman’ kepada para pengundi," tegas Bendahari Pemuda PAS Malaysia itu.
Sebelum itu, Fakhrulrazi berkata, beliau kebetulan terserempak dengan Zahid di IPD itu telah menyerahkan salinan laporan kepadanya dan responsnya sangat negatif.
"Zahid kata beliau tidak bermaksud demikian dan kenyataannya cuba diputar belit.
"Saya suruh Zahid saman pihak yang mengeluarkan kenyataannya itu jika benar kenyataannya diputar belit," tegas Fakhrulrazi.
Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Adun Pasir Pinji merangkap wakil calon DAP, Howard Lee. - HARAKAHDAILY 25/5/2014
Sunday, 25 May 2014
ZAHID KATA CALON DAP PRK TELUK INTAN BUKANLAH CANTIK SANGAT .... TAPI MUHYIDDIN YASSIN KATA APA EK?????????
Biar gambar berbicara ... lihat sahaja cara Muhyidin Yassin bersalaman dengan calon DAP PRK Teluk Intan, Sdri Dyana Sofya Daud... lihat, fikir dan nilai sendiri.
Zahid mungkin perlekehkan calon DAP/PR Teluk Intan ..
Tidak ada gunanya mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Umno itu memberitahu kira-kira 200 anggota polis di Teluk Intan hari ini bahawa beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.
"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?" tanya Zahid dalam majlis bersama anggota polis tersebut di sini.
"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berhadapan dengannya dan berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat! Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," katanya yang mencetuskan ketawa daripada hadirin yang kebanyakannya adalah lelaki.
Katanya kepada hadirin malah "isteri Tuan Goh" lebih cantik daripada Dyana, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Polis Hilir Perak Penolong Komisioner Goh Kak Liang.
"Isteri Tuan Goh lebih cantik! Semasa dia muda. Tetapi dia masih cantik. Adakah dia ada di sini?" kata Zahid berjenaka.
"Tetapi saya tidak berkempen. Hanya memilih sesiapa sahaja, asalkan orang itu sama seperti saya , " katanya.
Setem Besi shared Sazali Ismail's status update.
·
Admin :
.
.
Samseng ala2 kambing.. bila hujan cari tempat berteduh...
umno dgn tahi tidak boleh dipisahkan..
hidup tahu
hidup umno
hidup tahu
hidup umno
Menentang dengan fakta!
milosuam.blogspot.com|By MiLo SuaM Template
Empangan Sungai Selangor meningkat 42.3 peratus
KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir setiap hari membantu peningkatan paras air bagi Empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus air kepada penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.Selangorkini yang memetik Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaporkan, paras takungan empangan itu setakat pagi semalam meningkat pada 42.3 peratus dengan kadar 97.28 juta meter padu.
Bacaan terakhir pada 17 Mei lalu, kapasiti takungan adalah 41.83 peratus dengan kadar 96.21 juta meter padu.
Pada ketika ini, hanya pengepaman air sungai ke dalam kolam sedang beroperasi berikutan lebihan aliran sungai yang diterima setiap hari hasil daripada kadar hujan yang tinggi.
Pengepaman air daripada kolam di Bestari Jaya ke dalam Sungai Selangor dilakukan bermula pada 26 Februari sehingga 6 April lalu.
Sementara itu, Empangan Batu mencatat kadar takungan 86.19 peratus, manakala Empangan Langat pula meningkat kepada 20.51 juta padu atau 60.17 peratus berbanding 19.49 juta meter padu (57.16 peratus) pada minggu lalu.
Dalam tempoh sama, Empangan Klang Gates mencatat bacaan takungan terkini 16.08 juta meter padu (63.45 peratus), Empangan Semenyih, 48.56 juta meter padu (82.21 peratus), Empangan Sungai Tinggi, 79.45 juta meter padu (69.39 peratus) dan Empangan Tasik Subang pada paras 3.51 juta meter padu (83.53 peratus). - HARAKAHDAILY
Azhar Redang was tagged in Zaimari Jonid's photo.
28 mins ·
SMS palsu Adun DAP untuk takutkan pengundi
KUALA LUMPU: Nombor telefon beberapa wakil rakyat DAP Pulau Pinang telah digodam dan diklon bagi menghantar sms fitnah bagi menakut-nakukan pengundi, terutama orang Melayu, lapor Roketkini.
Ia dipercayai sebagai sebahagian usaha saat akhir pihak-pihak tertentu untuk menyekat kemenangan calon DAP Ramkarpal Singh dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, esok.
Antaranya adalah sms menggunakan nombor Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Professor P Ramasamy yang berbunyi, “Ingt pengundi melayu Sg Gelugor/ Kg melayu, Gerai kamu akan dirobohkn slps PRK!!!”.
Selain Ramasamy, wakil rakyat lain yang turut menjadi mangsa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer.
Rayer dalam pesanan Whatsapp memaklumkan, beliau telah membuat laporan polis berhubung fitnah jahat itu di Balai Polis Jelutong jam 11 malam tadi.
Memetik laporan polis itu, beliau membuat laporan polis selepas menerima beberapa panggilan telefon yang menuduhnya menghantar sms berbau perkauman.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ceramahnya di Sekolah Menengah Han Chiang di sini mengecam taktik kotor pihak yang tidak bertanggugjawab itu.
“Beberapa sms palsu kononnya dihantar wakil-wakil rakyat kita. Itu adalah satu usaha jahat untuk menakut-nakutkan pengundi.
“Saya seru semua rakyat Pulau Pinang agar jangan percaya dengan sms itu,” katanya lagi.
Bagi kawasan Parlimen Bukit Gelugor, jumlah pengundi Melayu adalah 15.16 peratus, Cina (74.25 peratus) dan India (10.15 peratus).
DNA babi dalam coklat, beberapa persoalan
BERITA Harian hari ini 24 Mei 2014 melaporkan, Kementerian
Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk
coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat
Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi
DNA babi (porcine).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.
Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosial, semalam…
Semalam ketika melihat keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan terhadap coklat ini, saya menilai dalam beberapa aspek:
Pertama, saya berpendapat pegawai yang mendedahkan perkara ini melalui laman sosial adalah tidak mematuhi prosedur yang sepatutnya.
Sewajarnya, kalau ini adalah keputusan yang sebenarnya, wajib ada kenyataan rasmi dari pihak Kementerian. Lantaran itulah, pada hari semalam, bagi saya, kebenaran fakta tentang apa yang tersebar ini masih diragui. Tambahan pula ada kesilapan ejaan Cadbury menjadi Cabbury.
Hari ini saya rasa amat pelik dengan Ketua Pengarah Kesihatan ekoran kenyataannya bahawa siasatan ke atas 3 sampel coklat Cadbury berkenaan dilakukan setelah timbul dakwaan dalam media sosial tentang perkara ini.
Bukankah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan yang melakukan ujian itu adalah satu agensi di bawah Kementerian Kesihatan, bagaimana boleh berlaku Ketua Pengarahnya cuma tahu melalui media sosial?
Tak kan tak ada sebarang laporan atau pemakluman rasmi? Lagak Ketua Pengarah Kesihatan macam terkejut je. Saya harap dia bukan buat-buat terkejut.
Apabila tahu saja semalam, terus beliau buat siasatan dan hari ini sudah boleh umumkan hasilnya. Cepatnya! Bagus! Tindakan yang cepat dan pantas!
Tetapi bagaimana kaedah siasatan dan ujian yang telah dilakukan sehingga hasilnya secepat itu boleh diumumkan?
Jangan marah kalau masyarakat Jabi yang tak begitu bersekolah tinggi meletakkan sangkaan, mungkin keputusan ujiannya dah lama diketahui, tetapi kerana sesuatu kepentingan, maka ianya disembunyikan.
Melihat kepada gambar foto keputusan ujian yang tersebar tersebut, tarikh analisa telah dilakukan pada 27 Februari 2014 lagi. Maknanya telah 3 bulan yang lalu.
Kenapa baru sekarang diumumkan? Apakah kalau perkara ini tak disebarkan melalui media sosial, ianya akan terus didiamkan dan peminat coklat Cadbury akan terus memasukkan unsur haram ke dalam perut mereka?
Kesilapan ejaan Cadbury menjadi Cabbury bagi saya hanyalah typing error sahaja. Produk bernama Cabbury tak pernah dilihat berada dalam pasaran. Memang yang diuji dan dimaksudkan adalah Cadbury.
Hati kecil saya secara jujur rasa berterima kasih kepada insan yang mengambil alternatif mendedahkan perkara ni.
Walaupun pada peringkat awal semalam saya kata, anda tidak amanah dalam menjaga kerahsian maklumat yang sepatutnya bukan didedahkan melalui cara sebegitu. Hari ini sebaliknya saya kata, kalau anda tak dedahkan, saya yakin ianya terus disimpan rapi!
Seterusnya, setelah perkara ini dimaklumkan secara rasmi oleh pihak KKM, cukupkah hanya sekadar Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta?
Tak ada sebarang tindakan undang-undang dan penguatkuasaan? Tak ada sebarang akta yang boleh menghukum pengilang yang tak bertanggungjawab ini.
Masakan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd tak tahu bahawa mereka telah memasukkan unsur babi (baca khinzir) ke dalam makanan yang diletakkan tanda halal.
Kalaulah perkara ini berlaku di negara Cina di mana pengilang memasukkan bahan yang tak dibenarkan ke dalam makanan, nescaya pengilang ini akan tahu bahawa selepas hari Sabtu akan datang hari Ahad! Tapi untungnya pengilang kerana insiden ini berlaku di Malaysia.

Orang Melayu pakai serban lawan perundangan syariah
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biar pun DAP tidak bersetuju terhadap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, namun mereka boleh diajak berbincang.
Sebaliknya kata beliau berbeza dengan MCA dan Gerakan mereka juga menentang tetapi tidak mahu ketika diajak berbincang.
Malah, menurutnya PAS dan kerajaan Kelantan menerima kunjungan pelbagai pihak lain termasuk NGO berdialog mengenai perundangan syariah.
“Pada peringkat awal sebelum dibawa ke persidangan Dun enakmen tersebut dibincang dengan pelbagai pihak. Malah saya masih ingat kita juga jemput wartawan-wartawan asing berdialog mengenainya.
“Setelah selesai gubal rang undang-undang itu kita bentangkan kepada umum lagi bagi mendapatkan pelbagai pandangan. Perkara seperti ini tidak pernah dibuat di negara-negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Putik petang tadi.
Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu juga program dialog dengan masyarakat bukan Islam akan diteruskan bagi membolehkan mereka mendapat gambaran yang lebih jelas.
Ditanya masih ramai bukan Islam menyuarakan bantahan, katanya perkara itu menjadi kebiasaan memandangkan mereka belum dapat melihat kesannya kerana ia belum lagi dilaksanakan.
Ketika berucap sebelum itu kata beliau pada peringkat awal ketika pengubalan draf mengenainya semua pihak dijemput menghadiri seminar, perbincangan dan bengkel.
“Mereka yang hadir termasuk orang bukan Islam, NGO dan parti-parti politik kecuali Umno,” ujarnya.
Menurutnya juga pakar yang terbabit ketika mengubal rang undang-undang tersebut termasuk Prof Ahmad Ibrahim, Datuk Harun Taib, Tun Salleh Abas dan ramai lagi antaranya sudah ramai meninggal dunia.
“Selain itu kita juga membaca buku pelbagai mazhab mengenai perundangan syariah. Ini jelas menggambarkan kayanya Islam dengan pelbagai bidang ilmu,” ujarnya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula melahirkan rasa hairan kerana pihak yang menentang perundangan syariah sebelum ini ialah orang Melayu yang pakai serban.
Katanya, sebelum ini juga tidak pernah timbul orang Cina yang menentang perjuangan dibawa PAS, sebaliknya orang Melayu yang cuba menghalangnya.
“Sebab itulah ada orang Melayu kata agama lain, politik lain. Orang Melayu ketika zaman penjajah tidak ada duit kerana semua hasil ekonomi dikaut Inggeris.
“Kemudian setelah Inggeris pulang datang pula orang Melayu di mana ada yang dilantik menjadi Menteri Besar, Exco dan tauke balak.
“Apabila sudah senang mereka juga tidak menunjukkan minat dengan usaha bagi mendaulatkan perundangan Islam,” katanya. - HARAKAHDAILY 24/5/2014
Azhar Redang was tagged in Zaimari Jonid's photo.
28 mins ·
#MuhasabahDiri.
"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI."
Sudah bersediakan kita...
"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI."
Sudah bersediakan kita...
Kenyataan 'cerdik' daripada seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Adakah sudah tiada orang yang bijak pandai dalam UMNO untuk dijadikan Menteri?
Adakah sudah tiada orang yang bijak pandai dalam UMNO untuk dijadikan Menteri?
Like · · Share
Pemuda PR buat laporan polis, Zahid Hamidi ugut anggota RELA
Posted on Sunday, May 25 @ 23:34:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
TELUK INTAN, 25 MEI: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengugut anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Laporan telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar di Ibu Pejabat Daerah Hilir Perak, petang tadi.
Fakhrulrazi berkata, Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mengeluarkan kenyataan demikian.
“Tindakan Zahid mengugut dan menawarkan ganjaran kepada anggota RELA yang mengundi BN dalam PRK Teluk Intan adalah bertentangan dengan etika di sebuah negara demokrasi.
“Beliau sebagai pemimpin sebetulnya harus menunjukkan kepimpinan baik dengan berkempen secara bijak dan bukannya melakukan tindakan sedemikian,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis.
Howard pula menegaskan, Pemuda Pakatan tidak dapat menerima alasan bahawa Zahid hanya berjenaka dan mencabar beliau supaya menyatakan perundangan mana yang membolehkannya menyemak siapa mengundi BN atau tidak.
“Ketua SPR juga telah memaklumkan pada saya bahawa tidak ada sesiapa melalui apa juga kaedah boleh mengetahui atau memperolehi maklumat tersebut.
“Kami mencabar beliau menyatakan di bawah perundangan mana yang membenarkan semakan dibuat.
“Ugutan yang dibuat juga jelas bermaksud memberi tekanan kepada anggota RELA jika Mah Siew Keong tidak menang,” tegas Howard yang juga Ejen Calon DAP PRK Teluk Intan. – Roketkini.com
sumber
Jasin Hebat feeling sick with Rose Purple and 96 others
10 hrs ·
Pointer 3.85
$$ cerdik menipu $$

Negaro yang batang pokok kelapo pon boleh bilang, tak do utang lak tuu..
Ceroboh pejabat DAP: Umno gugat amalan demokrasi
KOTA BHARU: PAS memandang serius tindakan sekumpulan penyokong Umno menceroboh ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur baru-baru ini, yang disifatkan tidak mencerminkan semangat sebagai sebuah negara demokrasi.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak sepatutnya perbuatan itu berlaku biar pun mereka mahu meluahkan kemarahan kepada seorang pemimpin DAP.
“Sepatutnya mereka menggunakan saluran demokrasi dan bukannya perbuatan menceroboh DAP sehingga menyebabkan berlaku kerosakan.
“Itu langsung tidak mencerminkan amalan demokrasi dan ia tidak sepatutnya dilakukan sehingga bertindak di luar kawalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di Putik petang semalam.
Baru-baru ini sekumpulan Pemuda Umno Umno Wilayah Persekutuan dikepalai ketuanya, Mohd Razlan Mohd Rafii menceroboh ibu pejabat DAP sehingga merosakkan papan tanda di luar pejabat terbabit.
Pada perhimpunan haram itu pemuda Umno dilaporkan mengancam mahu membakar ibu pejabat DAP. Perhimpunan tersebut dilakukan sebagai membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut perkataan "Umno celaka".
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, polis wajib bertindak bagi membendung perbuatan seumpama itu kerana ia boleh mengugat keamanan kehidupan rakyat.
Kata beliau, pihak polis perlu menjaga lunas-lunas demokrasi bagi mengelakkan perbuatan tersebut berulang lagi. - HARAKAHDAILY 25/5/2014
Salam Ukhwah shared Ustaz Azhar Kata's photo.
2 hrs ·
Azhar Redang was tagged in Zaimari Jonid's photo.
28 mins ·
Statment bangang lagi. Jeles laa tuuu.Den raso mulut dio ckp tak samo dgn ati tuuuuu....dlm ati.." lawa budak ni"
CINA LIM GUAN ENG-BUAT HAL LAGI SETIAP PELAJAR YG BERJAYA DAN DAPAT KE IPT SUMBANGAN RM 1000
Written By canang on Isnin, 26 Mei 2014 | 5/26/2014 08:45:00 PG
Kementerian sahkan DNA khinzir dalam dua produk Cadbury
KUALA LUMPUR:
Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel
(Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury
Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).
DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
Ketika memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.
Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial sejak semalam yang memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.
Dr Noor Hisham berkata ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan.
Beliau berkata pengeluar coklat terbabit, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd akan memanggil balik produk-produk itu daripada pasaran dengan serta merta.
"Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya," kata Dr Noor Hisham.
Pengguna boleh mengemukakan sebarang soalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama

Telefon digodam, Khalid dimarahi mesej hina Melayu
KUALA LUMPUR:
Perbuatan pihak terdesak menggodam telefon bimbit milik Ahli Parlimen
Shah Alam, Khalid Abdul Samad bukan sahaja percubaan melagakan PAS dan
DAP tetapi turut memainkan sentimen perkauman melalui mesej yang
dihantar kepada orang ramai.
Selangor Kini melaporkan, Khalid hanya menyedari telefon bimbitnya digodam apabila menerima banyak sistem mesej ringkas (SMS) dan dihubungi pihak yang tidak dikenali bagi bertanyakan mesej yang dihantar melalui nombor telefonnya.
“Tiba-tiba saya menerima banyak mesej, ada lebih kurang 30 mesej dan panggilan telefon bertanyakan hal ini. Ada juga yang marah sebab mesej itu.
“Mereka kata mesej yang diterima itu menggunakan perkataan kesat seperti bangsat, Melayu bodoh dan sebagainya. Bukan sahaja melagakan PAS dan DAP, bahkan hubungan antara kaum Melayu dan Cina.
“Saya terkejut, tetapi selepas mendapat tahu telefon bimbit saya digodam dan menerangkan kepada pemanggil baru mereka dan semua yang menghantar sms lega,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.
Katanya, beliau sudah membuat laporan di pejabat pengendali talian telefon mudah alih, Maxis dan Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, petang semalam (23 Mei) berhubung perkara itu bagi tindakkan pihak berkuasa.
“Saya rasa perkara ini ada hubung kait dengan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang berlangsung sekarang. Tujuannya untuk menimbulkan kononnnya saya mahu pengundi menolak DAP dan keduanya mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR), bahkan kejadian sama pernah berlaku di PRK Kajang,” katanya.
Khalid turut menggesa pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pihak terdesak demi kepentingan politik itu kerana membabitkan keharmonian antara kaum di negara ini.
Sebelum ini, perkara sama turut dialami barisan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tujuan menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR dalam PRK Kajang.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak memberi kesan apabila rakyat negara ini mampu memperoleh maklumat dengan melayari internet bagi mengetahui keadaan sebenar.

DAP lapor polis temui risalah lucah kaitkan Dyana
TELUK INTAN: DAP membuat laporan polis apabila pihak jentera mereka menemui risalah berunsur lucah yang cuba mengaitkan dengan calonnya yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak, Teluk Intan dekat sini petang semalam.
Helaian kertas berbentuk risalah itu memaparkan gambar Dyana Sofya dengan gambar seorang gadis berbikini.
Wakil calon, Howard Lee berkata, risalah fitnah itu dipercayai telah diedarkan di sekitar kampung Melayu di dalam Dun Changkat Jong dan dijumpai oleh petugas Pakatan Rakyat.
Katanya, gambar wanita berbikini yang dikaitkan dengan Dyana itu adalah satu fitnah dan pihaknya sebelum ini telah menjawab tuduhan demikian kerana individu tersebut adalah seorang pelakon Filipina.
"Ini adalah satu fitnah besar, DAP menolak sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk ini.
"DAP dan Dyana sendiri tolak perbuatan kempen fitnah yang tidak bertanggungjawab seperti ini," katanya ketika mengadakan sidang media selepas selesai membuat laporan polis.
Howard yang juga Adun Pasir Pinji menegaskan, DAP menggesa BN untuk bersama-sama menolak perbuatan terkutuk seperti itu selaras dengan ikrar calon BN yang inginkan kempen bersih dan adil dalam pilihanraya ini.
DAP katanya tidak menuding jari kepada sesiapa namun beliau menggesa calon BN, Datuk Mah Siew Keong agar bersama-sama mengecam penyebaran gambar itu yang menyimpang daripada semangat demokrasi.
"Jika ini bukan perbuatan BN, kami hendak dan gesa BN membuat kenyataan tentang kejadian ini," tegasnya.
Hadir sama ketika membuat laporan polis itu ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto. - HARAKAHDAILY 25/5/2014
Azhar Redang was tagged in Zaimari Jonid's photo.
28 mins ·
#MuhasabahDiri.
"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI."
Sudah bersediakan kita...
"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI."
Sudah bersediakan kita...
Teman mmg suka PRK.."Janji No 1, Buat Belum Tentu"
Ayob Hussin shared Iman Shauqah's photo.
55 mins ·
Terrrrrbukti sudah.... kalau umno tak terlibat.... ia akan aman !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan