Selasa, 13 Mei 2014

JIKA BENAR....IANYA REBAH...RUNTUH....TUMBANG...NI SEMUA KETENTUAN ALLAH SWT....AGAK2 SAPE BERANI LAWAN TAKDIR ALLAH SWT....ANGKAT TANGAN


YB Roslee Daud Adun Bukit Besi keluar UMNO, 5 Adun lagi dijangka akan menyusul

Selasa, 13 Mei 2014

Maklumat terkini YB Roslee Daud, Pengerusi Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu telah keluar daripada UMNO dan menjadi Adun Bebas.

Kedudukan kerusi Dun Terengganu sekarang adalah UMNO 14 PAS 14 PKR 1 BEBAS 3.

YB Roslee mengikut jejak Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib yang mengambil keputusan menjadi wakil rakyat Bebas untuk memberikan tekanan kepada Najib kerana tidak mahu layan permintaan mereka.

Rata-rata ahli UMNO sudah menjadi 'bengong' dan tak tahu nak buat apa. Perpecahan ini makin parah kerana Ahmad Said mempunyai sokongan yang kuat terutama di Kemaman dimana Pemuda UMNO Kemaman memberikan sokonan penuh kepada tindakan Datuk Ahmad Said.

Sekarang tinggal 5 orang lagi dijangkan mengistiharkan keluar UMNO bila-bila. Kita tunggu dan lihat!

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Senarai 6 ADUN Umno jadi bebas di Terengganu


Terengganu kali ini benar-benar ‘runtuh’. Maklumat terkini dari sahabat di Terengganu. Didakwa seramai 6 Adun BN orang telah menjadi Adun Bebas di Terengganu. Mereka ialah;
1. YB Dato Seri Ahmad Said, Adun Kijal
2. YB Ghazali, Adun Ajil
3. YB Dato Mat Jidin, Adun Permaisuri
4. YB Rosli, Adun Kemasik
5. YB Nawi, Adun Hulu Besut
6. YB Rosli, Adun Bukit Besi
PR 15, BN 11, Bebas 6 = 32
Bumbung SMK Seri Nilam Kuala Terengganu turut runtuh diatas perletakkan jawatan secara paksa bekas MB Terengganu Mat Said...
‪#‎Pray_4_Mat_Said‬
Like✔---> www.facebook.com/TFcrewpages
‪#‎tfcrew‬
Dua hari lepas, UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat. Waktu itu, UMNO menafikan akan ada pertukaran MB. Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baru.
Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin UMNO ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku.
Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik..Ikuti perkembangan terkini politik trengganu di http://www.detikdaily.net
Suara Reformasi Rakyat
detikdaily.net|By Detikdaily
Like · ·

Usia sendiri pun Umno berbohong

http://www.kedahlanie.info | .
Umno parti paling kuat berbohong, sampai usia mereka sendiri pun 1Malaysia dikencingnya..!!
 

http://www.jomubah.com/pru13/images/stories/umno_24_years.jpg
UMNO diharamkan pada tahun 1988
Yang ada sekarang ialah sebuah parti di diberi nama
"UMNO BARU"
http://www.jomubah.com/pru13/images/stories/umno_haram2.jpg
YANG NIE PALING BEST
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Siapa 'King Maker' Politik Terengganu ?
Posted on Tuesday, May 13 @ 10:04:32 MYT by paktam
Oleh Mohammad Agus Yusoff
Dua hari lepas, UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat. Waktu itu, UMNO menafikan akan ada pertukaran MB. Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baru.
Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin UMNO ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku.

Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.
Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik.
******
Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas. Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua ADUN lain.
Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.
*******
Saya fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa ADUN keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah ‘rakyat’ yang menjadi penentunya. Bubarkan DUN dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.
Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.
PAS dan PKR pula tidak perlulah pula kelam kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi ADUN atau ahli Parlimen dari UMNO keluar parti. Jika masih ada ADUN atau Ahli Parlimen UMNO yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.
Yang jelas, kapal UMNO di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?
 
Dppk Bagan Datoh changed his profile picture.
9 mins ·
Like ·
Krisis politik Terengganu, apa yang rakyat mahu
Posted on Tuesday, May 13 @ 09:49:39 MYT by paktam
Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
1. Selepas beberapa jam Datuk Razif bin Abd Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baru Terengganu berlaku krisis politik apabila Datuk Seri Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi Adun bebas menjadikan BN mempunyai bilangan Adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15-15. Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker. Khabar angin bertiup akan ada lagi 4 Adun bersedia menjadi Adun Bebas bersama Ahmad Said dan Ghazali. Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu


2. Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari. Sejarah pahit ini tentu sahaja bakal memalukan Razif dan itulah satu cara Ahmad Said melepaskan amarahnya kepada BN yang mengarahkannya meletakkan jawatan.

3. Apakah tindakan terbaik PAS dalam suasana sebegini? Di hadapan terbentang 3 pilihan. Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi Adun Bebas yang menyokong PAS dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan. Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil. Kedua-dua Adun Bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula. Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

4. Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, PAS dan PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan  kerjasama politik 2 parti politik Melayu Islam Umno dan Islam Melayu PAS diusahakan sehinga akhirnya terbentuk Barisan Nasional, maka 13 Mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baru kerajaan campuran 2 parti tersebut di peringkat negeri. Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

5. Pilihan ketiga ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan. Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan PRK sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini.

6. Di pihak PAS dan PKR pula, PRK juga menjadi kayu ukur sejauh mana kejayaan menguasai 15 Dun dimanfaatkan sebaiknya untuk menggambarkan kepada rakyat kesediaan PAS menjadi kerajaan menanti. Tahap penerimaan rakyat terhadap pelbagai isu kegagalan pentadbiran BN di Terengganu yang dibangkitkan sebelum ini boleh diukur. Isu pengambilan tanah Banggol Donas yang tidak mengikut lunas undang-undang, LPT II yang masih belum siap, status zon bebas cukai Empangan Kenyir, pembelian bas dwiguna darat dan air yang dilihat membazir, pembinaan jambatan drawbridge sungai Terengganu, projek mendalamkan Sungai Terengganu yang tidak mengikut peraturan, isu perobohan Pasar Kedai Payang,  perlombongan bijih besi Dungun dan terkini cadangan kenaikan kadar cukai pintu. Justeru, pilihan ini dilihat lebih relevan.

7. Namun begitu rakyat juga tidak boleh terlalu berharap. Dalam politik apa pun boleh berlaku. 2 Adun tadi mungkin sahaja kembali ke pangkuan Umno jika kena gaya pujukan berbisa oleh Najib. Lagipun dalam satu kenyataan Datuk Seri Ahmad Said menyatakan kekecewaannya kerana pertukaran MB dibuat di saat perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17hb Mei 2014. Kekecewaan itu mendorongnya bertindak dengan apa yang berlaku sekarang. Orang yang kecewa boleh dipujuk!

8. Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik daripada pemerintah terbaik. Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi!

Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 13hb Mei 2014 jam 8.20 pagi, Jengka

Tuesday, 13 May 2014

BEKAS MENTERI BESAR TERENGGANU AHMAD SAID KELUAR UMNO SEBAB BENGANG DENGAN NAJIB TIDAK BERI PENANGGUHAN SELEPAS KENDURI PERKAHWINAN ANAK PEREMPUANNYA PADA 17HB MEI 2014 INI.



Hanya enggan tangguh untuk selama 7 hari bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar UMNO.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar sudah selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya.

Tuesday, 8 April 2014

BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU SEDAR YANG DEMOKRASI DALAM NEGARA INI SUDAH MATI!!!!!




MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan bahawa beliau berhak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan insiden 'Terowong Larkin'.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar Terengganu, beliau tidak boleh berdiam diri demi pembangunan sukan bola sepak negeri itu.

"Ini kerana kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan bagi menanggung keperluan pengurusan persatuan dan pemain bola sepak di Terengganu.

"Yang tanggung belanja pasukan bola sepak negeri ialah kerajaan negeri. Jadi, bila kerajaan negeri keluar belanja, saya bertindak bagi pihak kerajaan dan adakah saya tak berhak berkata-kata?" tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Projek Perintis Terengganu Open Wi-fi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu semalam.

Beliau turut mempersoalkan: "Adakah FAM mampu beri sumbangan mencukupi kepada persatuan bola sepak (FA) negeri? Apakah demokrasi diamalkan FAM sampai orang tak boleh tegur?

"FAM juga milik rakyat Malaysia. Apa yang saya buat ini adalah hak rakyat dan ramai nak tahu apa perkembangan dan kebaikan.

"Ini yang tegur tak boleh dan apa pun tak boleh, bukan eksklusif dia pun. Kalau tak nak orang tegur, jadi macam inilah bola sepak Malaysia, masih terkial-kial lagi berbanding Korea dan Jepun yang pernah setaraf dengan kita dulu."

Ahmad memberitahu, beliau tetap tidak berganjak daripada kenyataan awalnya sebelum ini dan masih mempersoalkan kredibiliti jawatankuasa berkenaan dalam membuat keputusan berhubung isu tersebut.

"Sekarang kenyataannya bercanggah, dulu kata bukan alasan keselamatan sebab berdasarkan peruntukan Perkara 16 Undang-Undang FAM iaitu memutuskan perlawanan oleh pengadil atau komisioner pertandingan apabila masalah berlaku di padang.

"Tapi ini (insiden 'Terowong Larkin') berlaku di luar padang, pengadil perlawanan dan komisioner tak ada ketika itu, sebab itulah saya sebut dulu, takkan kita bodoh sangat nak tarik diri," ujarnya.

Menurut Ahmad, beliau mengeluarkan kenyataannya sebelum ini setelah mendapat laporan lengkap daripada pihak pengurusan T-Team mengenai apa yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 1 Februari lalu.

"Kita serah pada FAM buat keputusan dan rakyat akan menilai, sekarang baru dia orang bising, mentang-mentang saya tak tahu. Kalau saya pegang jawatan (Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu - PBSNT), saya tak boleh bercakap, kena pecat dan gantung pula.

"Sebab itulah saya duduk di luar (bukan Presiden PBSNT), senang dan boleh bercakap, takkan nak pecat dan gantung saya. Bila orang cakap tak boleh dan tak ada hak, (sedangkan) rakyat ada hak," ujarnya.

Tetapi dia lupa sebaik saja keputusan PRU 13 diumumkan tiada lagi peruntukkan untuk DUN yang dimenangi PAS/PR... Kalau yang itu demokrasi segar ke???

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.

"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini, hari ini.

Ahmad bagaimanapun, berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu pada pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.

Ahad lalu, BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu, manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - BERNAMA

Tiada ulasan: