Rabu, 14 Mei 2014

BILA MANUSIA DIKELAS2KAN/DIBEZA2KAN

Nikah dan Bersanding 10 Mei lalu Ahmad Said buat pula 17 Mei ??
Posted on Wednesday, May 14 @ 07:01:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Siapa kata Ahmad Said bodoh dalam membuat tindakan? Majlis persandingan anak Ahmad Said telahpun berlangsungkan pada 10 Mei yang lalu. Majlis ini telah dihadiri sendiri oleh Sultan Mizan untuk majlis menepung tawar kedua-dua pengantin berkenaan

Habis kenapa dibuat untuk kali kedua pada 17 Mei 2014 sedangkan Ahmad Said tahu perjanjiannya sebagai MB akan tamat pada 12 Mei 2014?

Majlis 10 Mei adalah untuk VVIP untuk Melayu yang bongkok dan ego perlu tempat yang istimewa dengan perbelanjaan besar dan mewah.

Manakala 17 Mei 2014 seminggu kemuadian adalah untuk rakyat jelata yang miskin dan papa dan untuk yang second class.



Majlis ini mungkin untuk majlis kesyukuran menyambut menantu yang mana tidak ada "salam keruk" (bersalam dengan duit)

Aku rasa tak nampak Ahmad Said sengaja untuk melewatkan pengundurannya sebagai MB Terengganu.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)
 
 Bubar DUN Penyelesaian Terbaik - Ahmad Atory
Posted on Wednesday, May 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PETALING JAYA: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu adalah penyelesaian terbaik bagi menamatkan krisis politik yang melanda negeri itu selepas Barisan Nasional (BN) hilang majoriti untuk mentadbir kerajaan negeri.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkembangan terkini di Terengganu memaksa supaya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan negeri yang baharu mengikut Perlembagaan.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman kini berada dalam keadaan yang tidak stabil hingga boleh menjejaskan rakyat dan pembangunan negeri.

"Jika tidak lakukan pilihan raya semula, kerajaan negeri akan sentiasa bergolak. Jika tak nak bubar, Datuk Ahmad Razif boleh jadi Menteri Besar...tapi MB hanya pada nama.

"Beliau tak ada kuasa untuk luluskan akta dalam DUN. Malah agak mustahil untuk beliau bentang dan luluskan bajet untuk mentadbir negeri," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.



Beliau mengulas mengenai perkembangan krisis politik Terengganu apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan keluar parti.

Turut mengikut jejak Ahmad adalah Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi.

Mereka mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas. Ternyata keputusan mereka mengubah senario politik negeri berkenaan dalam jangka masa singkat, kurang 24 jam.


Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi DUN termasuk 11 kerusi milik Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi.

BN masih menjadi kerajaan di Terengganu kerana mengikut Perlembagaan, Speaker DUN dikira sebagai sebahagian daripada kerajaan menjadikan nisbah terkini ialah 15:15:3.

Mengulas lanjut, Ahmad Atory bagaimanapun berkata, BN masih mempunyai peluang untuk terus mengekalkan kuasanya di Terengganu walaupun tanpa perlu membubarkan DUN.

"Buat masa ini adalah mustahil nak pujuk Ahmad Said kembali kepada Umno. Jadi caranya ialah mungkin dua lagi rakannya itu boleh dipujuk supaya sembah mengadap kepada Sultan Terengganu dan nyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN," katanya. 
 
 Krisis Dun Terengganu : Najib Mari Dengar Apa Kata Ibrahin Ali
Posted on Wednesday, May 14 @ 06:34:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Sepatutnya sebelum berbuat sesuatu perkara lu Datuk Seri Haji Najib kena lah bertanya dengan Orang yang lebih Berpengalaman dalam Politik, walapun lu sebagai Perdana Menteri dan Ulul Amri Umno itu tak bermakna semua nya lu tahu beb. Lebih-Lebih lagi lu bukan nya Lahir sebagai Pemimpin dari Akar Umbi tetapi Lahir sebagai Pemimpin dari Dulang Emas.

Setidak-tidaknya lu bertanya lah dengan Orang yang dikatakan lebih Baik dan Layak untuk menjadi Perdana Menteri dari Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditambah lagi orang tersebut adalah Presiden Perkasam Datuk Ibrahim Ali iaitu satu NGO yang MESRA dengan Umno. Ini tidak lu Asik nak buat dengan Bodoh Sombong lu aje.
Tapi tak apa Najib gua Tolong lu bagi tahu apa yang dikatakan oleh Presiden Perkasam NGO Mesra Umno atau dalam kata lain Penchacai Angkat Najis Umno, tapi lu kena Janji lah dengan Mendengar apa yang yang Ibrahim Ali ni kata, jangan lu sibuk Asik nak dengar Apa Yang Pendik Kata ok. Mungkin Kata-kata dari Penchacai Umno lu akan jadi Cerdik sikit.

Mengikut kata Ibrahim Ali "Perdana Menteri sepatutnya "TIDAK GOPOH" dalam Mengarahkan Perletakan Jawatan Bekas Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Datuk Seri Najib dari awal lagi sepatutnya Mempertimbang Permintaan Ahmad Said yang meminta Perletakan Jawatannya ditangguhkan sehingga Kenduri Kahwin Anaknya selesai".

"Difahamkan beliau ada Minta Tangguh selepas selesai Anaknya Kahwin dalam masa sebulan dua lagi... Najib katanya Tidak Setuju... Kalaulah betul itu yang diminta, Najib sepatutnya Timbang dan Tidak Gopoh Mengarahkan Perletakan Jawatan Ahmad. Kena Bijak buat Keputusan yang boleh gembirakan semua pihak. Sekarang Nasi Sudah Menjadi Bubur".
"Ahmad Said memaklum beliau tiada masalah untuk Melepaskan Jawatan MB, namun beliau memaklumkan kepada  Najib yang beliau mahu berbuat demikian selepas Kenduri Kahwin anaknya pada 17 Mei ini. Pak Lah pun dulu MALUKAN Saya... Saya dulu digugur oleh Tun Abdullah Badawi sebagai Ketua Umno Bahagian Pasir Mas tanpa sebab oleh Tun Abdullah".
"Saya bertanding dalam PRU11 sebagai Calon Bebas. PAS Selamat Menang Kelebihan dua kerusi sahaja untuk terus Memerintah Kelantan. Masa itu pun Datuk Seri Najib adalah Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan. Najib sewajarnya Belajar daripada Sejarah PRU11 dahulu apabila Kelantan Kekal ditangan PAS".
Apa yang lu MELALUT ni Brahim, siap Sejarah semua nya masuk... Tapi tak apa beb, biarkan Brahim Ali tu Melalut atas sebab beliau pun salah seorang Rakyat Malaysia, cuma Tak Pasti lah gua sama ada beliau ni adalah seorang Pembayar Cukai atau pun Membayar Cukai. Tapi yang pastinya beliau adalah salah seorang yang suka dengan nama nya GST... kah kah kah !. sumber klik sini


hemmmmm..... kadang-kadang beb penchacai angkat najis umno ni ada masa nya lagi cerdik dari pemimpin umno itu sendiri, mungkin atas sebab dari pemimpin sampai ke penyokong otaK dia orang lebih kurang aje kot... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, May 14 @ 06:34:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
 

Apa kata Rosmah, nak kenduri tiba-tiba jawatan PM Najib direntap

http://mummyrokiah.blogspot.com/ | .

NAJIB TERBAWA-BAWA KONON HEBAT BERSAMA OBAMA










Akibat tidak cermat menguruskan politik negeri Terengganu kini BN terguling sekali lagi apabila Ahmad Said ADUN Kijal mengumumkan keluar BN berserta dengan dua lagi ADUN. 
Ahmad Said yang memohon kepada Najib untuk tangguh perletakan jawatannya sehingga selesai kenduri anaknya ternyata keciwa apabila rayuannya itu dibakul sampah kan oleh Najib atas alasan itu masaalah peribadi Ahmad.http://www.astroawani.com/
UMNO seringkali dilaungkan sebagai parti keramat. Keramatnya UMNO kerana mendukung adat budaya Melayu dan Islam sebagai tunggak utama. 
Masyarakat Melayu hampir setiap cuti sekolah gemar mengadakan kenduri samada istiadat perkahwinan, kenduri arwah, kenduri kesyukuran, kenduri mendapat cahaya mata dan macam-macam kenduri.
Bagi Melayu elitis kenduri hanya membuang masa dan menambah obesiti tetapi kenduri juga adalah medium perhubungan siratulrahim. Politikus yang kerap turun jumpa rakyat melalui kenduri akan mudah mendapat tempat di hati rakyat biarpun tidak berpelajaran.
Ahmad akan mendapat simpati orang-orang Melayu akar umbi apabila alasannya tidak diperkenankan oleh Najib. Cuba bayangkan jawatan Najib direntap turun seminggu sebelum kenduri anaknya? Mungkin Rosmah akan 'menggila' lebih dari isteri Ahmad Said.
Najib mungkin terasa kuat dan hebat selepas berselfie dengan Obama tempoh hari.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Najib berjaya BELI Roslee Daud Adun Bukit Besi
Posted on Tuesday, May 13 @ 21:37:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawatannya yang dihantar pagi tadi setelah mengadakan perjumpaaan tertutup dengan Perdana Menteri DS Najib Razak di Kuala Lumpur.

Beliau juga adalah Exco Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri bagi kouta Dungun. Dia ni tak lulus SPM sekadar menjadi kerani UMNO setelah dia dipecat ada penyelewengan tempat kerjannya.

Setelah menjadi exco tarbiat lama masih ada dan dia ada kes tetapi Ahmad Said telah membantu, itu emosi sangat dengan Ahmad Said. Tapi bila ada jaminan untuk kesnya ditutup dan ada imbuhan dia dikatakan akan menarik balik perletakkan jawatan dalam UMNO dan Adun Bebas.

Menurut sumber yang saya terima Perdana Menteri dikatakan akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Adun BN Terengganu pagi besok untuk membuat penjelasan kenapa Ahmad Said dipecat MB.

Tindakan PAS yang cermat dalam isu ini amat disenangi kerana UMNO dengan Pitih (duit) rela mati mak bapak!!



Kedudukan sekarang Dun Sekarang adalah PR/PAS 15 UMNO 15 Bebas 2 kerana Ahmad Said dan Ghazali masih dalam rundingan dengan YAB TS Muhyiddin di rumah kediaman Ahmad Said.

Tapi percayalah kedatyangan Muhyidin bukan datang dengan tangan kosong tapi dengan fail-fail Ahmad Said yang boleh membuat Ahmad Said merana seumur hidup!!

Percayalah Ahmad Said yang NELANG pun aku 'kecut batu' dengan Najib!! KAH KAH KAH

Ni jenis PITIH juga....
Kita tunggu dulu

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)
 
 Umno perlu elak pilihan raya negeri
Posted on Tuesday, May 13 @ 21:06:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



SHAH ALAM - Pihak Umno harus mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda bagi mengelakkan berlakunya Pilihan Raya Negeri Terengganu yang nyata akan memberi cabaran hebat kepada BN.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, jika pembubaran Dun berlaku dan pilihan raya diadakan, pertemuan tiga penjuru antara Umno, Pas dan calon Bebas akan berlaku dan Umno bakal berdepan dengan kehilangan kuasa untuk terus memerintah di Terengganu.

"Dalam PRU lalu, Umno hanya meraih kemenangan tipis menentang Pas, jika pilihan raya negeri dijalankan, Umno harus bersiap sedia menghadapi segala komplikasi yang bakal timbul termasuklah kemungkinan untuk kalah dalam pilihan raya kali ini.

"Jika pilihan raya berlangsung, Pas sudah ada kelebihan tersendiri dan semestinya akan berusaha untuk tawan kembali Terengganu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, pihak Umno harus mengambil pendekatan yang lebih memberi manfaat kepada parti sendiri dan tidak menjejaskan kepimpinan parti tersebut.

"Jalan penyelesaian pasti bukan mudah bagi Umno, namun jika mereka mahu 'selamat' harus cari cara untuk berdepan dengan kemelut ini, lebih cepat selesai lebih baik.

"Ianya adalah masalah dalaman parti Umno dan tidak ada sebarang pihak luar sepatutnya campur tangan dalam krisis ini," tambahnya.

Mengulas mengenai keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengumumkan peletakan jawatan kerana kecewa dengan keputusan Perdana Menteri yang tidak menerima penangguhan pertukarannya selepas perkahwinan anaknya, beliau memperakui ianya satu keputusan yang berani dan tidak diduga.

"Ianya sebuah keputusan yang mengejutkan ramai pihak, bukan sahaja pada kedua-dua parti malah seluruh negara, saya tidak mahu ulas lebih lanjut, mungkin beliau ada sebab tersendiri atas keputusan yang diambil," katanya lagi.

Dalam perkembangan mengejutkan di Terengganu,  tiga Adun Umno termasuk bekas menteri besarnya mengumumkan keluar parti awal hari ini.

Ia mencetuskan krisis politik baru apabila BN kini menjadi kerajaan minoriti dengan 14 kerusi dalam Dun berbanding Pakatan (15) dan Bebas (3).

Namun penasihat undang-undang berkata, kerusi Speaker turut dikira sebagai satu menjadikan BN 15 kerusi dan kekal sebagai pentadbir kerajaan Terengganu.

FATHIN ATHIRAH HASLI
SINAR HARIAN

[ADMIN] Malam ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami sedikit kecederaan akibat kemalangan..syukur tidak ada apa-apa yang serius..

[Assalamualaikum dan salam hormat,
Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.
Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.
Sekian terima kasih.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN]

Anwar, Wan Azizah terlibat kemalangan kecil

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.
"Tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan,” ujarnya.
Menurutnya, Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan diperiksa doktor.

Katanya, mereka pulang ke rumah.

Tiada ulasan: