PAS tangguh hasrat bawa undang-undang persendirian laksana hudud
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang
bersidang hari ini mengambil keputusan tidak akan meneruskan cadangan
membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan
Jun ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal yang bakal
ditubuhkan untuk mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
Dalam satu kenyataan media tiga perenggan yang ditandatangani Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau berkata mesyuarat telah membuat pertimbangan dalam isu Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan dan mencapai keputusan berikut:

-
PAS Pusat mengambil maklum dan
bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan
mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah
(II) 1993 Negeri Kelantan.
-
Oleh kerana itu cadangan membawa
Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Persidangan Bulan
Jun 2014 ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada
Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan
selanjutnya.
Bengang berputih mata, 4 lelaki bakar mesin ATM
KUALA LUMPUR: Empat lelaki yang bengang selepas
mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dipecahkan kosong, nekad
membakar mesin berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di sini, hari
ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata semua suspek menaiki kereta jenis Proton Saga FLX yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam kejadian 4.45 pagi di Bandar Baru Sentul.
Beliau berkata suspek juga dipercayai menggunakan gas oxy acetylene untuk memecahkan ATM itu selain menyembur kamera litar tertutup (CCTV) pada mesin berkenaan dengan cat berwarna biru bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti.
"Di dalam bank itu terdapat mesin deposit tunai dan ATM. Namun suspek hanya memecahkan ATM...apabila mendapati ia kosong (tiada wang) mereka marah dan bertindak membakar mesin terbabit.
"Sebenarnya mesin ATM itu telah dikosongkan pada 24 April lepas dan ia disahkan sendiri oleh pihak bank," katanya kepada Bernama.
Gan berkata kesan kebakaran akibat gas oxy acetylene dapat dilihat secara jelas pada ATM itu selain pihaknya turut menemui satu beg kain dipercayai milik suspek.
Polis sedang berusaha mendapatkan rakaman CCTV lain untuk menjejak semua suspek. - Bernama

Hudud dalam psiki masyarakat Cina
Jiwa
dan minda adalah perkara yang sangat penting kerana ia akan membuat
tafsiran kepada logik yang akan menjadi sikap seseorang terhadap sesuatu
isu. Banyak faktor yang mempengaruhi minda seseorang terhasil daripada
persepsi yang diterimanya.
Artikel ini cuba meneroka jiwa dan minda dalam logik masyarakat Cina secara khusus merujuk kepad isu hudud yang hangat diperbincangkan mutakhir ini dalam usaha cuba memahami apa yang dibimbangi, dibincangkan dan dipolemikkan mengikut psiki (psyche) masyarakat Cina.
Psike Cina
kaum cina sokong pas oriPsiki atau situasi jiwa dalam dan minda sesebuah masyarakat berbeza daripada satu kaum kepada satu kaum yang lain. Situasi psiki banyak dipengaruhi oleh budaya yang diwarisi turun temurun serta nilai-nilai moral yang menentukan tindak-tanduk sesebuah masyarakat.
Masyarakat Cina mempunyai psikinya yang tertentu dan oleh kerana sejarah mereka yang panjang serta diaspora Cina tersebar ke seluruh dunia maka kehendak secara semulajadi memelihara budaya dan gaya hidup mereka dalam lautan masyarakat yang ada psikinya tersendiri menjadikan pertembungan budaya sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan perasaan yang disepakati bersama dalam masyarakat Cina ialah kebimbangan pencairan berlaku di atas sebab ‘pemaksaan secara sistematik’ sesuatu yang mereka tidak memahaminya.
Isu hudud perlu diletakkan dalam perspektif psiki ini dan ia tidak ada kena mengena penerimaan atau penolakannya atas sebab membenci Islam atau suka kepada Islam tetapi ia dihamparkan atas premis sama ada psike mereka dapat menerimanya atau tidak dan ia terpulang kepada sejauh mana kita dapat temukan psiki Melayu dan Cina di atas jalur dan kerangka yang lebih konstruktif dan objektif.
Psiki Bahasa Mandarin
Bahasa memainkan peranan penting untuk membentuk sesuatu kefahaman dan sebab itu setiap penghuraian konsep akan dimulakan definisi secara bahasa dan istilah. Istilah menerangkan secara tepat dan padat keseluruhan kerangka konstruktif kepada sesuatu konsep dan kategori-kategori yang kemudiannya dihuraikan.
Dalam isu hudud dan istilah Islamik yang lain, psiki Bahasa Mandarin yang terbenam dalam kefahaman pembacanya turut mempengaruhi cara mereka memahami sesuatu istilah.
Contohnya agama Islam dalam Bahasa Mandrin yang dipakai ialah “Hui Chjow” yang membawa maksud “agama kaum Hui”. Kaum Hui difahami sebagai etnik Cina yang memeluk Islam sejak zaman-berzaman.
Islam tidak dipakai dalam maksudnya yang asal tetapi dikaitkan kepada sesuatu etnik di negara China. Parti Islam SeMalaysia (PAS) contohnya diterjemahkan sebagai “Hui Chjow Tang” yang membawa maksud “Parti Agama Kaum Hui”.
Meskipun demikian, usaha-usaha untuk mempopularkan perkataan Islam secara terus dan literal iaitu “Ye Si Lan” dalam fonetik bahasa Mandarin sedang giatkan dilakukan. PAS juga mestilah dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai “Ye Si Lan Tang” iaitu Parti Islam. Ia penting kerana sesuatu perkataan itu mesti sampai mengikut psiki bahasa asalnya dan bukan psiki penterjemahnya.
Hudud
Memahami kebimbangan masyarakat Cina kepada undang-undang hudud ialah dengan kita cuba memahami terlebih dahulu apakah terjemahan kepada Bahasa Mandrin bagi istilah ‘hudud’.
Mereka menterjemahkannya sebagai “undang-undang memotong anggota badan” atau terjemahan terusnya “amputation law”. Walaupun sesetengahnya menterjemahkan kepada “undang-undang jenayah Islam” tetapi penggunaan yang awal itu digunakan disebabkan kebimbangan terhadap hudud.
Samada kebimbangan itu kerana dianggap kejam atau kebimbangan mereka turut ‘dipaksakan’ untuk menerimanya sebagai hukuman.
Bagi saya terjemahan yang lebih hampir pada roh pada semangat hudud adalah “undang-undang jenayah syariah” dan bukan “undang-undang memotong anggota badan”.
Apakah pula istilah “syariah” dalam bahasa Mandarin? Sedangkan istilah syariah membawa maksud panduan fiqah ke atas seorang Muslim dalam keperluan akidah, ibadah dan muamalatnya.
Hudud adalah aspek punitif kepada keseluruhan rangka syariah yang dimaksudkan. Apakah penghuraian ini diberikan keadilan dalam dalam psiki Bahasa Mandrin sekaligus memberi perspektif yang jauh daripada sekadar potong anggota badan atau mengkudungkan anggota badan?
Psiki bahasa yang agak rumit perlu kepada perbincangan akademik supaya Bahasa Mandarin yang dipengaruhi alam Melayu diberikan terjemahan yang lebih menyegarkan dan positif dalam memahami maksud bahasa asalnya.
Kebimbangan
Kebimbangan ada kepada semua anggota masyarakat dan ia menjadi lebih ‘real’ apabila konflik menuntut hak menjadi asas. Psiki masyarakat Cina amat membimbangi bahasa, budaya dan adat resamnya terhapus dan cair.
bantuan-dap-pas-perlis-pix-650x400Kebimbangan ini terbawa-bawa kepada isu lain yang mereka anggap merampas hak mereka. Bukanlah sangat mereka mempertikaikan hudud hanya untuk orang Islam tetapi mereka sering mengaitkan apa situasinya apabila dua agama yang berlainan Islam dan bukan Islam didapati bersalah maka hanya yang Islam kena hudud dan yang seorang lagi tidak kena hudud. Dualisme perundangan ini dikhuatiri tidak memberi keadilan kepada pesalah.
Kebimbangan seterusnya ialah apakah jaminan bahawa mereka juga kelak tidak akan dikenakan di bawah undang-undang hudud?
Psiki masyarakat Cina kepada pemerintah juga hasil dari sejarah panjang interaksi mereka bawah pemerintahan dinasti China. Banyak pemberontakan yang berlaku atas nama menentang kerajaan yang tidak adil.
Sifat penentangan ini dalam diaspora masyarakat Cina diterjemahkan dalam perjuangan menuntut hak mereka melalui ruang demokrasi. Hudud bagi psiki politik mereka bukan agenda parti-parti yang mereka bawa ke dalam parlimen.
Mereka mahukan kerajaan yang korup tumbang dan cara mereka ialah menyokong parti yang dapat membawa hasrat ini. Mereka ada hak untuk mempertikaikan hudud melalui parti yang mereka bawa masuk khususnya Pakatan Rakyat (PR) kerana masyarakat Cina mengundi hampir 80 peratus untuk calon PR.
Walaupun hudud di Kelantan tetapi suara yang hendak meluluskannya di Parlimen juga adalah suara mereka. Psike politik demokrasi hari ini adalah warisan sensitiviti dan keprihatinan mereka dalam hubungan dengan kerangka kuasa yang ada.
Pertembungan Psiki?
Saya tidak melihat isu hudud adalah isu Islam dan anti-Islam kerana ia terlalu simplistik dalam dunia yang penuh komplikasi hari ini. PAS khususnya harus mengurus isu hudud ini melampaui jalur hukum tetapi hendaklah merentasi jalur demokrasi, perundangan dan teknikalitinya serta lebih memahami psiki masyarakat selain Melayu bagi menemukan perjuangannya dalam konteks masyarakat plural hari ini.
Artikel awalan ini cuba untuk merentasi jalur psiki untuk mendalami masalah hudud bukan daripada psiki Melayu tetapi dari minda, jiwa dalam dan intelektual masyarakat Cina.
Penulis adalah Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS.

Royalti: Kerajaan negeri kaji balik perjanjian 1975
KOTA BHARU: Pertubuhan R Malaysia mencadangkan
kerajaan-kerajaan negeri menyemak dan mengkaji balik perjanjian
penyerahan hak kepada Petronas yang ditandatangani 39 tahun lalu.
Presidennya, Nazri Deraman (gambar) berkata, sekiranya hasil kajian mendapati perjanjian tersebut ketinggalan zaman dan tidak adil, maka usul membatalkan perjanjain tersebut perlu dibuat segera.
“Pada pandangan kami langkah-langkah ini sesuai untuk dilaksanakan bertepatan dengan moto Datuk Seri Najib Razak iaitu "Rakyat Didahului".
“Selain itu kami juga mencadangkan negeri-negeri pengeluar minyak meluluskan usul memohon kenaikan kadar royalti daripada 5 kepada 20 peratus bagi menjejaki langkah Dun Sarawak,” katanya di sini.
Pada 29 Mei lalu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membenarkan usul bagi menggesa Kerajaan Persekutuan menyemak semula kadar bayaran royalti minyak Sabah.
Manakala pada 6 Mei lepas usul Dun Sarawak pula melulus usul tuntutan 20 peratus royalti minyak daripada 5 peratus sebelum ini. Usul itu mendapat sokongan sebulat suara 68 ahli dewan yang hadir.
Nazri juga berkata, isu tersebut menjadi keutamaan perjuangan R Sabah sebelum ini.
“R mengucap tahniah kepada kepimpinan baru Sarawak yang amat berani dan konsisten memperjuangkan hak mereka dalam soal kadaulatan hasil bumi.
“Ia patut dicontohi semua negeri-negeri pengeluar minyak yang lain dengan membawa usul di DUN dalam persidangan terdekat,” katanya.
Menurutnya juga rakyat Kelantan masih dinafikan hak royalti 5 peratus, walaupun perjanjian yang sama ditandatangani di antara Petronas dengan Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Kata beliau juga kenaikan royalti itu amat wajar memandangkan negeri-negeri pengeluar minyak merupakan antara negeri termiskin dan ketinggalan aspek pembangunan di Malaysia.
Oleh itu kata beliau usul tersebut perlu mendapat sokongan penuh semua Adun melampaui batasan politik kepartian demi kepentingan rakyat.
Katanya juga, R Malaysia bersedia berbincang dan bekerjasama dengan kerajaan negeri pengeluar minyak tersebut bagi merealisasikan hasrat tersebut.
“R akan menghantar surat bagi mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang dalam masa terdekat,” ujarnya.
Royalti 20 peratus sudah lama diperjuangkan R Malaysia dan Pakatan Rakyat memasukkannya sebagai manifesto pada pilihan raya umum ke-13. - HARAKAHDAILY 11/5/2014
Pinggiran Subang Jaya, Selangor
- HARAKAHDAILY, 11/5/2014

Bangsa Cina penceroboh? Surat bagi sang penuduh
Assalamualaikum.
Saudara Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh.
Bayangkan
saudara seorang guru beragama Islam berbangsa Melayu. Sekolah pertama
saudara ditugaskan katakan sebuah sekolah aliran Cina. Atau sebuah
sekolah aliran Tamil. Atau apa jua aliran asalkan bukan sekolah Melayu.
Asalkan yang saudara bakal didik nanti bukan orang Islam.
Bayangkan
pula sekolah pertama itu bukan sekadar sekolah pertama saudara
ditugaskan. Bayangkan sekolah itu juga sekolah terakhir saudara. Bukan
kerana saudara mati awal. Tetapi entah bagaimana sedar-sedar saudara
sudah berkhidmat di sana sampai pencen. Ya, dari saat saudara pernah
menjadi seorang jejaka yang bagak sehingga gigi saudara kini merongak.
Rambut dahulu hitam berkilat kini menjadi putih yang amat.
Apa perasaan saudara rasa-rasanya?
Adakah saudara rasa tersiksa? Rasa terkilan? Terasa bahawa saudara tidak berbakti pada leluhur saudara sendiri?
Kalau saudara ada rasa begitu, demi Allah, saudara harus rasa malu pada Tan Gim Hoe.
Siapa dia?
TAN GIM HOE PENCEROBOH?
Saudara tanyalah Suhaimi Sulaiman, Rafizi Ramli, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz hatta Nik Nazmi - siapa Tan Gim Hoe.
Mr. Tan Gim Hoe.
Seorang
guru matematik tambahan bagi semua tokoh nasional itu. Juga guru saya.
Guru pelajar-pelajar Melayu Islam Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
sejak Mr. Tan menjejak kakinya ke ranah Kuala Kangsar, berkhidmat di
sekolah pertamanya itu mulai tahun 1972 hingga bersara sekitar tahun
2006.
Ya,
dia seorang Cina. Seorang Buddha. MCKK sekolah pertamanya. MCKK jugalah
sekolah terakhirnya. Ini bermakna, tidak ada seorang pun anak didik
rasminya bukan Melayu. Tidak ada seorang pun bukan Islam. Bahkan
semuanya Melayu Islam.
Hampir
setiap hari akan ada kertas soalan beserta jawapan di belakang, tulisan
tangannya sendiri. Dia pergi ke bilik cerok berhabuk itu untuk
fotostat. Kemudian, dengan peluh masih belum diseka, dia terlebih dahulu
mengedarkan kertas-kertas itu kepada bakal calon-calon SPM. Kalau ada
tiga jalan kira jawapan bagi satu soalan, maka tiga jalan kiralah dia
tulis. Dan kami, pelajar-pelajar MCKK tidak dinafikan rata-rata malas
untuk mengulangkaji gunungan kertas latihan Matematik Tambahan itu.
Tetapi
Mr Tan Gim Hoe seakan mustahil untuk tidak rajin - sabar dengan karenah
kami, seakan keletihan tiada dalam kamus kehidupannya.
Maka, atas segala cerita saya tentang sosok ini, adakah Mr Tan, seorang guru Cina, seorang penceroboh?
Benarlah, Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.
HENG GAIK PENG, MR & MRS TAN JUGA PENCEROBOH?
Di
Sekolah Kebangsaan Juara Cherok To'kun, Guru Bahasa Inggeris berbangsa
Cina saya, Miss Heng Gaik Peng, pernah berkata dengan penuh bangga di
hadapan para muridnya :
“Dear
students, this is my student, Za'im. He was just like you. Yesterday,
he couldn't speak English that well but today, he sounds like a white
man. He was a student like you but he will always be my student."
Seorang
guru cina memberikan inspirasi kepada anak-anak didik Melayunya dengan
menggunakan contoh seorang anak didik Melayunya juga.
Seorang
penceroboh tidak akan pernah terlintas untuk melakukan sesuatu yang
indah sebegini. Seorang penceroboh sepatutnya merobohkan motivasi
anak-anak musuhnya.
Benarlah, Heng Gaik Peng bukan seorang penceroboh.
Saya
jadi teringat pula pada sosok Mr Tan Taman Bukit Indah, guru kelas
tambahan saya selama enam tahun yang bertanggungjawab menyebabkan saya
menggondol 5A dalam UPSR –
"You makan coklat ini, jangan makan coklat tu. Itu coklat sudah buat sembahyang".
Seorang
guru cina begitu beradab menjaga sensitiviti agama, halal haram makanan
anak murid Melayunya meski tanpa kehadiran ibu bapa murid berkenaan
juga adalah mustahil seorang penceroboh.
Benarlah, Mr dan Mrs Tan Taman Bukit Indah itu bukan seorang penceroboh.
APA SEBENARNYA HENDAK DISEBUT?
Apa
yang sebenarnya hendak saya sebut? Saya tidak mahu panjang-panjangkan.
Cukuplah saya petik kembali kata-kata rakan kami, Mud Luthfi, vlogger
yang terkenal itu.
Kalau saudara tidak gembira dengan DAP. Cakap terang-terang, saudara tidak gembira dengan DAP.
Hakikatnya,
tidak semua orang suka DAP. Malah, dalam kalangan Pakatan Rakyat juga,
ada juga yang tidak gembira dengan DAP. Malah, tidak semua Cina undi DAP
– dan saya kira, saudara sedar akan hal itu. Semua orang ada hak untuk
tidak bersetuju dengan sesuatu, termasuk juga saudara (ISMA mungkin
salah satu contoh).
Tetapi
untuk saudara pukul rata semua dalam kalangan Bangsa Cina itu sebagai
penceroboh, adakah ia sesuatu yang perlu dan bijaksana untuk mengatakan
sedemikian. Kalau pun kenyataan itu benar (kerana ia bergantung kepada
tafsiran naratif sejarah yang mana yang saudara imani), apa perlu hal
itu ditonjolkan?
Saudara tidak akan berkata bahawa Allah itu Tuhan bagi khinzir sekalipun ia benar bukan? Ini soal adab.
Setiap perkara ada tempatnya.
Bangsa
Cina – mereka itu antara kalangan guru-guru kita, rakan-rakan sekelas
kita, mereka itu apek yang jual ‘sulat khaba lama’, ada juga yang jual
‘tilam tilam tilam’, juga Datuk Lee Chong Wei dan ada juga sudah menjadi
saudara seakidah kita bagi yang memeluk agama Islam.
Lantaran itu, saudara tidak boleh sewenang-wenangnya mengazetkan, hanya kerana mereka itu Cina, maka mereka itu wajib DAP.
Saudara,
pastikan saudara jelas dengan siapa saudara tidak setuju dan atas dasar
apa saudara tidak setuju. Hal ini insyaAllah akan selamatkan saudara
daripada kelihatan naïf, ataupun ‘grandiose’ mahupun daripada Akta
Hasutan (masih ada lagi akta ini?).
Itu kata Mud Luthfi dengan beberapa editan. Dan saya bersama dengannya dalam hal ini.
SERU BERHIKMAH
Masalah
“Cina Penceroboh” dan “Muslimat Demo Pelacur” itu punya satu titik
temu. Masalah seruan. Apa yang ditutur dari benturan mulut. Bahasa yang
diguna. Gelar-gelar apa yang dipakai.
Saya masih ingat tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kata
Tuan Guru, Nabi Muhammad tidak memanggil orang yang berhijrah ke Makkah
sebagai Makkiyyun (orang-orang Makkah) atau yang membantu orang Makkah
itu sebagai Ahlul Madinah (orang-orang Madinah).
Tetapi
baginda memanggil dengan panggilan yang begitu mesra, Muhaajirin
(orang-orang yang berhijrah) dan Ansar (orang-orang yang menolong).
Semuanya, bagi mengalihkan pandangan manusia daripada memanggil sesuatu
atas dasar ras dan kesukuan melampau kepada panggilan yang menghargai
jasa dan bakti melalui perbuatan yang digerakkan tangan dan kaki.
Di
sinilah mustahaknya rukun uslub (pendekatan) itu secara jujur difahami
dan dilaksanakan dalam empat rukun dakwah selain daie (penyeru), mad’u
(penerima seruan) dan maudu’ (subjek seruan). Termasuk dalam rukun uslub
itu ialah sejauh mana berkesannya gelaran kita, panggilan dan seruan
kita bagi mereka yang kita target sebagai penerima seruan.
Oh,
saudara tentunya lebih arif kerana telah memegang pelbagai ijazah
syariah. Namun, cukuplah saya mengingatkan bahawa Junta Burma bunuh
Muslim Rohingya atas dasar 'sejarah' dan istilah 'pendatang'. Dan adalah
ironi andai mulut kita marah pada Junta Burma sedangkan kaki dan tangan
kira sedang menuruti langkah mereka.
Akhirnya,
bersempena program Hujung Minggu Pelajar Tua MCKK hujung minggu ini di
samping Hari Guru 16 Mei tidak lama lagi, saya kira rata-rata anak didik
Mr Tan dengan bangganya akan mengatakan –
Saudara, Tan Gim Hoe itu guru kami.
Dan Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.
Terima
kasih, Saudara Sang Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh - kerana
saudara, saya terkenang guru-guru saya semula. Ia amat berharga dan
terlalu bernilai untuk diingati.
Selamat Hari Guru kepada semua guru tanpa mengira siapa pun anda!
Muhammad Za'im Mohamad YusoffPinggiran Subang Jaya, Selangor
- HARAKAHDAILY, 11/5/2014
Kabinet baru Dewan Himpunan Penyokong PAS
KUALA LUMPUR:
PAS hari ini mengumumkan kabinet baru Dewan Himpunan Penyokong PAS
(DHPP) setelah empat tahun dewan tersebut dijadikan sayap parti.
Pengumuman kabinet baru itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejurus selesai mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, di Pejabat Agung PAS, tengahari tadi.
Pada pengumuman khas kepada Harakahdaily dan Harakah itu, Abdul Hadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan DHPP yang baru, selain mengharapkan kerjasama yang baik bagi suasana politik hari ini serta menghadapi pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang turut berada pada majlis pengumuman tersebut menegaskan perincian berkaitan DHPP akan dibincangkan kemudian.
"Detail mengenai DHPP ini akan dibincangkan kemudian. Mungkin penjawatan ini ada tempohnya yang mana akan disemak semula. Mungkin dalam tempoh dua tahun, perlu ada satu review. Semunya akan dibincangkan kemudian," tegas beliau.
Pada perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Penasihat DHPP.
Berikut senarai pemimpin baru DHPP peringkat Pusat yang berkuatkuasa serta-merta:
Ketua : Balasubramaniam
Timbalan Ketua : Lim Guan Seng
Naib Ketua 1 : Tan Weng Fatt
Naib Ketua 2 : Deepakaran
Ketua Pemuda: Balendran Subramaniam
Ketua Wanita : Kumutha Raman
Setiausaha : Vincent Lee
Bendahari : Kong Tuck Wah
Pengarah Pilihan Raya : Appalasamy
Ketua Penerangan : Asokan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan