Thursday, 2 January 2014
RAKYAT YANG BERKERETA BMW 528I MODEL TERBARU DAN TINGGAL DI KONDOMINIUM MEWAH PUN TERKESAN DENGAN KOS SARA HIDUP YANG MELAMBUNG TINGGI!!!!!
"Kelakar Brother Ni Kat Sekolah Anak Saya Tadi..Masa Sembang2 Kosong Dia Kata Tekanan Sara Hidup Tinggi...Bila Ada Org Tanya Duk Mana Dia Kata Mont Kiara Condominium Paling Sempoy Bawak Kereta BMW 528i Yg Latest..Kesian Di Kena Tekanan Sara Hidup..Derrrrrrr.".
Apa yang kelakarnya ... Apa yang sempoinya ... Siapa yang harus dikesiani?????
Omak Kau cukup yakin tujuan dia upload status ini di akaun laman sosial FBnya adalah tujuan menyindir dan mau dijadikan bahan ketawa dan kutukan kononnya rakyat yang hidup mewah berkereta jenama BMW 528i duduk di Kondominium mewah Mont Kiara mengeluh akan kos sara hidup yang makin meninggi.
Si mamat Panglima Ludah merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia dan bekas Ketua Wira PERKASA Sedunia ini lupa bahawa kalau rakyat yang berpendapatan tinggi pun terkesan dan terasa akan kos sara hidup yang makin naik melambung apakah rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di luar bandar, rancangan FELDA dan pendalaman... Tidak kira yang miskin bandar.
Mamat debab ini mungkin terlupa bahawa yang memenangkan UMNO/BN pada PRU 13 lalu ialah warga-warga inilah .. sekarang warga ini sedang tertekan terhimpit semata debab ini tanpa ada rasa perihatin terus mau dijadikan isu warga yang hidup mewah mulai terkesan sebagai bahan ketawa dan kutukan.
Inilah dinamakan mamat baghal bin bahalol yang langsung tidak faham bahasa kiasan dan sindiran.
Songkok saja tinggi boleh harap ... dalam kepala kosong .. kalau ada isi pun penuh dengan taik!!!!
Wednesday, 1 January 2014
INILAH UMNO!!!! ... PEMIMPIN BERSAMA KELUARGA BERSHOPPING DI LONDON .. ANAK-ANAK BUAH TERJERIT SEBAB TERHIMPIT DENGAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI!!!
Ketika ahli-ahli UMNO dari sayap Pemuda Bahagian Tanjung Karang membuat bantahan di Putrajaya menyerahkan memorandum kepada Najib Tun Razak terhadap harga barang yang melambung naik serta kos sara hidup yang menghimpit dan mencekik darah meraka, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tanjung Karang, Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar dan sekeluarga seronok sakan pergi ke London bershopping.
Lagi mau cakap dan cerita pasal pembelaan nasib rakyat Selangor yang dituduh dan di fitnah kononnya dianiaya oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Saturday, 4 January 2014
KOS SARA HIDUP YANG TINGGI ... KINI GILIRAN PERKASA BERTINDAK "BUGHAH" KEPADA KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB!!!!!!
Nampaknya selepas fatwa bughah dikeluarkan oleh Mufti Perak terhadap para peserta Perhimpunan Gerakan Kos Sara Hidup (TURUN) kini secara tetiba NGO yang paling lantang dan totok menyokong UMNO/BN telah bertindak menjadi bughah pula. .. Enggan menyokong kerajaan UMNO/BN sebaliknya menentang dan mengutuk keras UMNO/BN sambil menjarakkan dirinya.
Ini sudah melampau .. apakah halal darah para ahli Perkasa kini?????
Selama ini, pihak paling setia dan sentiasa menjadi pembela Umno adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa. Namun dengan kenaikan kos sara hidup oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka juga tidak tahan.
Perkasa memberi amaran kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka tidak akan teragak-agak lari daripada BN dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan.
Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa sememangnya tegas dengan pendirian memperjuangkan ekonomi Bumiputera dan tidak pernah bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana yang paling terjejas teruk pastinya orang Melayu.
"Kita beri amaran kepada Datuk Seri Najib Razak untuk mengubah pentadbirannya dalam meningkatkan ekonomi kaum Melayu kerana kita sudah beri tempoh lima tahun namun tiada perubahan malah situasi kini bertambah teruk.
"Sekiranya Umno/BN masih di tahap sama, maka ia akan menyebabkan ahli kita berubah hati," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.
Wawancara ini diadakan selepas pertemuan Perkasa dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga menyifatkan sokongan Perkasa ke atas Umno sebelum ini kerana pertubuhan itu tidak mempunyai alternatif lain memandangkan Umno dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu.
Bagaimanapun katanya, kini rakyat sudah mempunyai pilihan malah pertubuhan itu sendiri menyaksikan kepimpinan mereka kini majoritinya di kalangan yang tidak berpihak mana-mana parti.
"Sekarang ini kepimpinan Perkasa mula menampakkan perubahan. Kalau dulu dalam mana-mana mesyuarat kita boleh sebut mengenai Umno namun kini tidak lagi. Ahli kita begitu sensitif dan lebih senang melihat Perkasa sebagai pertubuhan ‘neutral’ kerana majoritinya sudah tidak berparti lagi," katanya.
Syed Ali juga tidak berpuashati dengan 11 langkah penjimatan yang diumumkan Najib itu.
Perkasa melihat pentadbiran Najib jauh berbeza dengan pentadbiran Umno sebelum ini.
"Ia berbeza dengan pentadbiran terdahulu iaitu ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan buat apa sahaja rakyat boleh terima," katanya.
Beliau mengakui Umno juga bukanlah sebuah parti kebal yang terus hidup kerana pasti akan rebah seperti parti lain di dunia.
Namun katanya, pendekatan yang diambil kerajaan kini akan menyebabkan Umno tersungkur lebih awal.
"Kita memang sedia maklum mana-mana parti di dunia ini pun tidak ada yang berkuasa selama-lamanya begitu juga dengan Umno.
"Dalam masa 50 tahun atau lebih, pasti akan jatuh juga namun dengan keadaan sekarang kita boleh jangkakan detik kejatuhan parti itu sudah mula berlaku," katanya.
Ini berikutan rakyat sudah mula muak dengan apa yang dipaparkan oleh pemimpin Umno/BN di mana kemewahan yang mereka tonjolkan itu sangat luar biasa.
"Dengan rasuah, penyelewengan dan kemewahan melampau yang ditunjukkan sesetengah pemimpin BN dari bawah sampai ke peringkat atasan.
"Di kala rakyat terpaksa mengikat perut untuk berjimat namun cara hidup mewah mereka. Ia tidak sama seperti pemimpin dahulu yang turut bersusah-payah bersama rakyat," katanya.
Wednesday, 2 April 2014
RAHSIA BESAR CARA MANA KERAJAAN UMNO/BN MENANGANI KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI SUDAH TERBONGKAR.
Ooooo ... begini rupanya cara nak tangani peningkatan kos sara hidup yang semakin mencanak meningkat.
Buat tarian secara beramai-ramai ... mungkin setelah kaum ibu penat berjoget maka secara otomatik kos sara hidup akan merudum turun.
Hebat sungguh idea kerajaan UMNO/BN terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan bermenterikan pemimpin terhebat Hasan Malek.
Lagi ligat menari lagi cepat kos sara hidup akan merudum kot.
Thursday, 2 January 2014
EDISI MACAM-MACAM ADA!!! .... IBU BAPA TERSEPIT DENGAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI ... ANAK MURID PULA ADA YANG TERSEPIT KEPALA DI KERUSI!!!!
GURU BESAR TERPAKSA GERGAJIKAN KERUSI UNTUK SELAMATKAN ANAK MURID YANG TERSEPIT.
Sebuah darjah di Sekolah Rendah tetiba menjadi gempar dan kecuh gara-gara seorang anak murid perempuan tersepit kepalanya di sebuah kerusi.
Tiada jalan lain melainkan terpaksa Guru Besar sekolah berkenaan dengan di bantu Guru Darjah terpaksa mengajikan kerusi tersebut.
Tahun 2014 tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh murid sekolah berkenaan ..
Ibu bapa tersepit terhimpit dengan dengan kos sara hidup yang cukup tinggi .. anak murid pula tersepit di kerusi sekolah.
Apalah nasib yang sedang menimpa rakyat kita sekarang ini...
Wednesday, 30 October 2013
MURID SEKOLAH BERUMUR 12 TAHUN PUN PANDAI MENGATAKAN HARGA MAKANAN YANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH CUKUP MAHAL!!!
Seorang murid sekolah berumur 12 tahun jenis cerdik sudah mengadu dan mendedahkan betapa harga makanan dan minuman yang disediakan oleh kantin sekolahnya amatlah mahal.
Setiap hari beliau terpaksa membawa wang saku untuk perbelanjaan makan minum antara RM6 hingga RM10 sehari.
Sepinggan nasi hanya berlaukkan sambal biasa berharga RM1 .. di tambah dengan seketul ayam yang berharga RM2.50 sen seketul menjadikan RM3.50 sen.
Sepinggan nasi dengan lauk sayur RM2.00 dan segelas Milo RM1.60sen.
Purata sehari terpaksa mau tidak mau membelanjakan paling kurang RM5 sehari .. tiada pilihan.
Itu baru seorang murid .. kalau satu keluarga ada 4 anak yang masih bersekolah terpaksa ibu bapa menyediakan RM20 sehari .. seminggu kali 5 dah RM100 .. sebulan kali 4 dah RM400.
Itu baru duit untuk belanja anak-anak kesekolah .. tambang bas dan lain-lain lagi?
Mau tak bengkok mak bapa.
Moral kisah rintihan ini ialah betapa rakyat kini terhimpit dan sesak nafas dengan kenaikkan harga makanan sampaikan murid sekolah berumur 12 tahun pun pandai mengeluh dan merintih.
Itu belum lagi murid-murid berumur 13-hingga 18 tahun dan para pelajar Institut Pengajian Tinggi.
BILA ANAK-ANAK MUDA BERSUARA MEMBERI TANDA UMNO AKAN BERSARA!!!!
Saturday, 18 January 2014
SEDANG RAKYAT KINABATANGAN BERGUMPAL UNTUK HIDUP AKIBAT KOS SARA HIDUP SEMAKIN TINGGI .. WAKIL RAKYAT BERSAMA ISTERI MUDANYA BERSERONOK BERCUTI MAKAN ANGIN DI LAS VEGAS TIDUR DI HOTEL MEWAH YANG ADA CASINO!!!!
Instagram akaun Izette isteri muda wakil rakyat Kinabatangan Bung Mokhtar, yang memberitahu satu dunia bahawa beliau kini sedang bercuti di Las Vegas MGM Grand Hotel & Casino.
Inilah dia perangai wakil rakyat UMNO/BN ... rakyat sedang tercekik sukar nak bernafas kerana terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi .. dia dengan isteri seronok sakan bercuti di Las Vegas syurga tempat judi.
Rakyat dikerahkan agar ubah cara hidup .. tapi pemimpin UMNO anak bini sedikit pun tidak pernah berubah malahan bertamabh teruk lagi ada.
Tidak mau membuat tuduhan liar yang kedua laki bini ini pergi berjudi ke casino yang disediakan tetapi mengapa ketika rakyat sedang sukar menghadapi kehidupan seharian wakil rakyatnya tanpa ada perasaan boleh sanggup pergi akan angin dengan isteri mudanya.
Dilantik senator: Tak payah fikir dulu, kata Ahmad Said
KEMAMAN:
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan
kononnya beliau sengaja melengahkan tarikh perkahwinan anak perempuannya
sehingga bulan Mei.
Beliau berkata tarikh perkahwinan anak perempuannya telah ditetapkan masing-masing pada 10 dan 17 Mei, selepas mendapat perkenan keberangkatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Bukan senang nak jemput Sultan (Sultan Mizan) ke majlis. Kena hantar jemputan dua bulan awal. Sultan free pada 10 Mei. Jadi, kita buat pada 10 Mei yang lalu," katanya pada sidang media hari ini di kediamannya di Teluk Kalong, di sini, hari ini.
Beliau berkata mengikut adat, selepas majlis rasmi yang mendapat perkenan keberangkatan Sultan Mizan pada 10 Mei lepas, maka majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan akan dibuat seminggu selepas majlis rasmi iaitu pada 17 Mei ini di Teluk Kalong.
"Selepas 17 Mei di sini, majlis di Kuala Lumpur pula pada 31 Mei ini. Bukan sengaja pilih tarikh pada bulan ini," katanya lagi.
Ahmad berkata anak perempuannya turut trauma dengan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu Isnin lepas.
Ditanya sama ada beliau akan dilantik menjadi Senator selepas peletakan jawatan sebagai menteri besar, beliau berkata: "Tak payah fikir dulu. Selepas ini saya mahu berehat".
Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 12 Mei lepas, dan berikutan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menjadi menteri besar yang baharu dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Ahmad yang kemudiannya mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini, bagaimanapun mengumumkan menarik kembali keputusannya itu semalam. - Bernama
Beliau berkata tarikh perkahwinan anak perempuannya telah ditetapkan masing-masing pada 10 dan 17 Mei, selepas mendapat perkenan keberangkatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Bukan senang nak jemput Sultan (Sultan Mizan) ke majlis. Kena hantar jemputan dua bulan awal. Sultan free pada 10 Mei. Jadi, kita buat pada 10 Mei yang lalu," katanya pada sidang media hari ini di kediamannya di Teluk Kalong, di sini, hari ini.
Beliau berkata mengikut adat, selepas majlis rasmi yang mendapat perkenan keberangkatan Sultan Mizan pada 10 Mei lepas, maka majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan akan dibuat seminggu selepas majlis rasmi iaitu pada 17 Mei ini di Teluk Kalong.
"Selepas 17 Mei di sini, majlis di Kuala Lumpur pula pada 31 Mei ini. Bukan sengaja pilih tarikh pada bulan ini," katanya lagi.
Ahmad berkata anak perempuannya turut trauma dengan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu Isnin lepas.
Ditanya sama ada beliau akan dilantik menjadi Senator selepas peletakan jawatan sebagai menteri besar, beliau berkata: "Tak payah fikir dulu. Selepas ini saya mahu berehat".
Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 12 Mei lepas, dan berikutan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menjadi menteri besar yang baharu dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Ahmad yang kemudiannya mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini, bagaimanapun mengumumkan menarik kembali keputusannya itu semalam. - Bernama
Mawar Kuning shared Dppkawasan Sik's photo.
Masihkah kita ingat peristiwa ini? Peristiwa speaker DUN diheret keluar dengan cara paling biadap. Masihkah kita ingat?
Walaupun KLIA2 Lapangan Terbang penerbangan pesawat tambang murah tetapi harga minuman dan makanan yang dijual dicafe sana cekik darah.
Itu adalah harga semasa .. bila dilaksanakan GST mulai April tahun hadapan sudah pasti harganya akan melambung naik ...
Nanti apa jawab menteri UMNO???? .. Kalau rasa mahal bawa sendiri nasi bungkus dan minum saja air paip... Kalau banyak lagi soal .. maka bersedialah kena halau dari negara ini???? .. Lagi buat bantahan maka tunggu saja teriakkan budak-budak Perkasa dan Pekida termasuk ISMA tarik balik kerakyatan.
Thursday, 15 May 2014
SENARAI HARGA MINUMAN DAN MAKANAN DI CAFE KLIA2 SEBELUM PELAKSANAAN GST... LAPANGAN TERBANG UNTUK PESAWAT TAMBANG MURAH TETAPI HARGA MINUMAN DAN MAKANAN CEKIK DARAH!!!!!
Walaupun KLIA2 Lapangan Terbang penerbangan pesawat tambang murah tetapi harga minuman dan makanan yang dijual dicafe sana cekik darah.
Itu adalah harga semasa .. bila dilaksanakan GST mulai April tahun hadapan sudah pasti harganya akan melambung naik ...
Nanti apa jawab menteri UMNO???? .. Kalau rasa mahal bawa sendiri nasi bungkus dan minum saja air paip... Kalau banyak lagi soal .. maka bersedialah kena halau dari negara ini???? .. Lagi buat bantahan maka tunggu saja teriakkan budak-budak Perkasa dan Pekida termasuk ISMA tarik balik kerakyatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan