1 Mei milik kita bersama
Dari catatan seorang Sasterawan Negara yang intim dengan isi hati golongan yang terpinggir dan tertindas:
Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja
Merekalah membina batu-bata
Membancuhnya dengan titik peluh
– bangunan tinggi itu masih jua meminta
lalu diberikanlah nyawanya.
Merekalah yang menyedut udara kotor
Racun gas itu berbaur di rongga
menjalari saraf pernafasannya
menghentikan detak jantungnya
–segalanya untuk upah beberapa sen cuma.
Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang
debu dan serbuk logam berterbangan
hari demi hari berkumpul bersarang
di jantung dan paru-parunya
–jentera kilang itu masih lagi meminta
lalu kudunglah jarinya
lalu kudunglah tangannya
lalu kudunglah nyawanya
segalanya untuk upah beberapa sen cuma.
Merekalah menggali perut bumi yang sakit
lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga
tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati
menimbusi membungkus tubuh para pekerja
melindunginya dari pemerasan kejam
–upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.
Merekalah mewarisi pusaka zaman
seluar sehelai baju bertampal
tikar buruk di sudut bangsal
tulang selangka dapat dibilang.
Mereka kini menyedari kekuatan diri
Mengubah wajah sebuah negeri
Menukar nama seorang menteri
Di matanya api di tangannya besi.
~ Usman Awang, Satu Mei
Jika sajak ini ditulis hari ini, tidak mustahil ramai yang melihatnya sebagai penghormatan dan penghargaan kepada buruh-buruh kasar dari Bangladesh, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar, Nepal, Thailand, Vietnam dan beberapa negara lagi.
Gambaran sajak ini jelas walaupun dalam keheningan puitisnya; dapat dirasakan keperitan hidup sebagai buruh kasar yang jarang didendangkan di khalayak. Memang pedih dan sakit kehidupan sang pekerja buruh.
Sedar-sedar sahaja sudah tersergam bangunan, menara, kondominium serta jambatan yang besar dan gergasi. Jasa para buruh dengan keringat, air mata dan darah hanya tinggal sebagai kenangan masam-masam manis.
Sebenarnya Satu Mei adalah sajak nukilan Sasterawan Negara Usman Awang yang dihasilkannya pada tahun 1971. Ia melakarkan alam perburuhan Malaysia yang mula dipesatkan dengan pembangunan fizikal bagi melupakan arena pasca-13 Mei 1969.
Suasana itu mula menjadi lumrah pada awal dekad 1970-an apabila Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri mahu membangunkan negara dengan mengetepikan ideologi dan prinsip perjuangan politik.
Dengan penciptaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), projek-projek pembangunan fizikal mula berkembang. Serampang dua mata Tun Razak – membuang ideologi dari minda rakyat bagi membolehkan tumpuan kepada politik pembangunan, dan seterusnya memudahkan penguasaan pemerintah terhadap rakyat – berjaya membentuk satu hegemoni baru.
Kuala Lumpur mula pesat membangun, menarik ribuan tenaga buruh Melayu dari seluruh pelosok negara untuk bertandang ke ibu kota. Merekalah peneroka bandar yang sama-sama berganding bahu dengan buruh Malaysia yang lain dari keturunan Cina dan India untuk membangunkan kota raya.
Apa yang Usman gambarkan keadaan hidup mereka dalam “Satu Mei” adalah sama dengan apa yang berlaku hari ini di kalangan para buruh dari negara-negara lain.
Namun, tidak ramai yang mempedulikan mereka. Tidak ramai pula yang peduli tentang 1 Mei sebagai Hari Buruh. Malah, nama buruh sudah selesa digelar pekerja; mungkin kerana orang Malaysia malu jika dikaitkan dengan pekerjaan buruh kasar yang kelihatannya amat rendah taraf hidupnya.
Mungkin juga rakyat Malaysia sudah selesa dengan kenaikan taraf hidup kelas menengah – middle class – yang membawa kita semua dari pasca-ideologi 1970-an kepada konsumerisme masa kini. Mungkin inilah yang dikatakan kebebasan membuat pilihan – di antara CocaCola dan Pepsi, agaknya.
Sama ada cuti 1 Mei ini digunakan untuk menyertai himpunan membantah pelaksanaan beban cukai regresif GST di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur atau bersiar-siar di Zoo Negara atau Zoo Taiping di Perak, rasanya masih ada antara kita yang insaf asal-usul kita.
Asal usul kita dari masyarakat Nusantara, Asia Tenggara, Asia Timur dan dalam lingkungan Asia sekitarnya – masyarakat yang sama-sama berhijrah ke bumi bertuah ini. Asal-usul yang menjadi bukti bahawa tiada guna kita bertegang leher sesama sendiri atas isu asal-usul, warna kulit atau kepercayaan agama.
Bukan orang Melayu sahaja berpepatah bahawa rambut sama hitam, darah sama merah; ia sudah menjadi lumrah simpulan bahasa di seluruh rantau.
Buktinya adalah sajak Usman. Apa yang dirasai buruh rakyat Malaysia dari kaum Melayu, Cina dan India lebih 40 tahun dahulu kini dirasai buruh dari negara-negara lain di Malaysia.
Tujuannya tetap sama: mencari nafkah hidup. Mereka bukan penumpang, bukan pendatang. Mereka tetamu. Kita yang menjemput mereka. Nasib, sengsara, pahit manis mereka sama seperti rakyat Malaysia yang lebih terdahulu, seperti yang dilukiskan Usman dalam puisinya.
Satu Mei punya makna yang mendalam. Namun ia tidak sukar untuk difahami dan dihayati. Nasib dan perjuangan kita yang mencari nafkah adalah sama, walau apa pun agama, warna kulit dan kampung halaman kita. – Roketkini.com

Terima kasih Tuan Lawyer dan Selamat Hari Pekerja
Saya ingin mengambil kesempatan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hanipa Maidin dan pasukan peguamnya, Nassar dan Azhana Khairuddin yang bertungkus lumus bagi pihak saya selaku Defendan Pertama dan Defendan Kedua hingga keenam dalam kes saman fitnah Felda mengenai penjualan minyak sawit ke Israel.Khidmat bakti mereka tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Saya dapat merasakan usaha gigih mereka mengendalikan kes ini yang mendapat liputan dan pemerhatian berbagai pihak.
Ingin saya tegaskan, bahawa segala kritikan, teguran dan pandangan terhadap Felda selaku Badan Berkanun adalah sebagai check and balance. Ada kalanya sebagai kumpulan pendesak, untuk mempastikan 112,635 peneroka di 317 Skim Felda seluruh negara terbela dan terpelihara hak-hak mereka.
Apa faedahnya saya memfitnah Felda, sedangkan saya membesar di Felda dan kebun sawit adalah tempat keluarga kami mencari rezeki. Saya adalah anak peneroka yang berhijrah dari kampung sejak tahun 1968, menyahut seruan kerajaan dengan matlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Namun, meskipun bapa saya mendapat tanah 10 ekar dan rumah, ia bukan percuma. Setiap peluh yang menitis adalah daripada keringat kami sekeluarga; sejak zaman awal, membayar hutang piutang (Bayaran Kembali) hingga beroleh hak milik.
Saya membawa isu Felda sejak tahun 1989 lagi. Beratus kes peneroka, anak peneroka dan kakitangan Felda yang saya kendalikan. Saya bukan perunding yang mendapat bayaran daripada mereka, tetapi niat saya semata-mata kerana Allah. Saya mahu akhiri sisa hidup berbakti untuk warga Felda seluruh negara.
Sama ada peneroka itu PAS atau Umno, tiada beza bagi saya. Saya bersama pasukan ANAK akan bantu seupaya mungkin. Sejujurnya, saya amat menyayangi masyarakat Felda; meskipun sebahagian besar daripada mereka tidak mengundi saya dalam pilihan raya!
Apapun kata nista dan fitnah yang dilemparkan, saya tidak akan kecewa dan semakin bertekad membantu dan membawa perubahan demi warga Felda yang saya kasihi.
Kepada YAB PM, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Felda, Pengarah Besar Felda dan 23 ribu kaki tangan Felda; jangan anggap saya sebagai musuh. Pemimpin ini yang bertanggungjawab menjaga kepentingan lebih sejuta warga Felda. Jangan angkuh. Mari kita bersemuka dan berbincang demi kepentingan rakyat. Saya cuba berusaha sewaktu Datuk Ahmad Maslan jadi Timbalan Menteri yang jaga Felda. Tapi gagal, atas sikap dan prejudis beliau.
Hentikan ketidakadilan kepada peneroka. Tunaikan hak mereka. Mereka adalah tuan tanah yang bersusah payah, berkorban apa sahaja untuk kehidupan. Jangan khianati mereka.
Insya-Allah, saya akan membuat kunjung hormat ke Ibu pejabat Felda dan berusaha membuka lembaran baru bagi mempastikan kehidupan warga Felda lebih baik dan menepati tujuan ia di tubuhkan.
SELAMAT HARI PEKERJA!
Ahli Parlimen Teluk Intan meninggal dunia
Mendiang Seah (kiri) bersama Salahuddin Ayub dan Zawawi Hassan pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan, September 2013.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Teluk Intan daripada DAP, Seah Leong Peng meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.
Difahamkan, DAP akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kematian Seah.
GST: Bantah sampai tumbang!
DEKLARASI MEI 1, 2014
Tahun 2014: Tahun Bantah Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
Kerajaan BN telah meluluskan Akta Cukai GST walaupun rakyat telah berulang kali membantah perlaksanaan Cukai GST ini.
Di Malaysia hanya 15% rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan, dan 38% rakyat masih menerima gaji dibawah paras kemiskinan iaitu RM860 , serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilemma.
Malah, menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hongkong 58%. Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan?
Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga. Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyedian, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST. Ini secara tidak langsung akan menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya.
Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99% akan tetap merana akibat Cukai GST ini walaupun kerajaan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini.
Kerajaan yang prokorporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40% pada tahun 1980-an kepada 26% sekarang tetapi sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST.
TUNTUTAN-TUNTUTAN KAMI
1. Menolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat.
2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan mendapat pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.
3. Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan.
4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.
5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
7. Hak Pembelaan Pekerja Migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.
8. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas - Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan.
9. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.
10. Kawal Harga Barang - Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
11. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.
12. Hak Orang Asal - Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal.
13. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan laini-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
14. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.
15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention Crime Act (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948 (Sedition Act), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), dan Akta Pertubuhan
Deklarasi ini disokong oleh:
1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
2. Women’s Aid Organisation (WAO)
3. Empower
4. DEMA
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Community Development Centre (CDC)
7. SUARAM
8. Sahabat Wanita
9. Asalkan Bukan UMNO
10. Malaysians for Beng Hock
11. People’s Green Coalition
12. Damn the Dams
13. Sembang-sembang Forum
14. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
15. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
16. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
17. Pusat Komas
18. Northern Green Youth (NGY)
19. Mamas Bersih
20. KLCAH Youth
21. Bela Tani
22. LLG Cultural Development Centre
23. Himpunan Hijau
24. Pemuda Sosialis
25. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
26. Tenaganita
27. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
28. PERMAS
29. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
30. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
31. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
32. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
33. Johor Yellow Flame (JYF)
34. Kumpulan Aktivis Sahabat Alam
35. Gabungan Pekerja Sungai Petani (GABUNG)
36. Baramkini
37. Jawatankuasa Kuala Lumpur Tak Nak Incinerator
38. School of Acting Justly, Loving Tenderly, Treading Humbly (SALT), Malaysia
39. Selangor Hokkien Association Youth Section
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor and KL (PRIHATIN)
41. Serdang Bharu School Alumni Youth Section
42. Dignity International
43. Pax Romana ICMICA
44. Sisters in Islam
45. Women’s Centre for Change Penang (WCC)
46. Persahabatan Semparuthi Johor
47. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
48. Persatuan Alumni PBTUSM Utara
49. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & KL
50. Malaysian Election Observers Nertwork
51. CAN
51. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
52. FanTIZhi1748
53. Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR)
54. Transformasi Mahasiswa, UUM
55. Food Not Bombs-Kuala Lumpur.
56. Center for Orang Asli Concerns
57. Jawatankuasa Penduduk Kg Hakka
58. Gerakan Mahasiswa Maju New Era endorse
59. Rakan Mantin
60. Jawatankuasa Rakan Segari
61. Jawatankuasa Penduduk Jalan Reko Kajang
62. Sahabat Rakyat Working Committee
63. Jawatankuasa Bertindak Flat Taman Permata Dengkil
64. Taskforce Against Kaiduan Dam (TAKAD)
65. Jaringan Orang Asli Semenanjung Malaysia
66. Jawatankuasa Tindakan Tanah Kampung Ampar Tenang
67. Gabungan NGO Pengerang
68. Bantah Lynas
69. Lostgens
70. Findars
71. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
72. MADPET (Malaysia Against Death Penalty and Torture)
73. KL & Selangor Chinese Assembly Hall Social-Economic Committee
74. Academy Of Tamil Studies
75. Centre Of Education. Research And Development (Cedar)
76. Child Development Initiative
77. Council Of Temples Malaysia
78. Group Of Concerned Citizens
79. Indian Malaysian Active Generation (Image)
80. Kelab Bell Belia Selangor
81. Klang Consumer Association
82. Kuala Lumpur Hindu Youth Organisation
83. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
84. Malaysia Tamil Artiste Association
85. Malaysian Dravidian Association
86. Malaysian Indian Historical Association
87. Malaysian Indian Youth Development Foundation
88. Nationwide Human Development And Research Centre
89. Persahabatan Semparuthi
90. Persatuan Prihatin Belia Malaysia
91. Rudra Devi Samaj Malaysia
92. World Tamil Federation – Malaysian Chapter
Pekerja nadi utama negara
BERSEMPENA
dengan sambutan ulang tahun Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap
tahun, seluruh warga pekerja di dalam negara harus menjadikannya sebagai
kayu pengukur sejauhmana kejayaan ekonomi dan sosial dicapai bagi
pergerakan pekerja.
Golongan pekerja merupakan nadi utama bagi sesebuah negara, tambahan pula dalam negara kita, kita mempunyai sekitar 11.3 juta pekerja, termasuk pekerja asing.
Untuk menjadi kebajikan dan kesejahteraan kaum pekerja, masih tidak ramai yang menyandarkan perjuangan menerusi gerakan kesatuan sekerja.
Namun dua tonggak utama yang mewakili kaum pekerja, iaitu MTUC yang mempunyai sekitar 1.3 juta anggota, beserta dengan Ceupacs dengan keahlian sekitar 800,000, harus melipatgandakan peranan bagi memastikan keselesaan kaum pekerja terjamin.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sangat komited untuk melindungi kaum pekerja, khususnya daripada segala bentuk penindasan, eksploitasi dan monopoli dalam pekerjaan dan kegiatan ekonomi, tambahan pula golongan pekerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan.
Kita akan berusaha menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.
Di dalam manifesto Pilihan Raya, KEADILAN bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk melindungi hak-hak kaum pekerja seperti memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia, mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja, menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
Menyedari betapa kaum pekerja yang berpendapatan rendah, sama ada di dalam sektor awam, mahupun swasta, mereka begitu terhimpit dengan pelbagai bebanan akibat kemelesetan ekonomi.
Oleh sebab itu, KEADILAN juga berpendapat bahawa kewujudan GST dan Perjanjian TPPA, jika dilaksanakan kerajaan, akan menambahbebankan rakyat marhaen. Sekali lagi kita tegaskan bahawa, sebarang perubahan kepada dasar ekonomi atau percukaian negara, ianya mestilah menyumbang kepada penambahbaikan jurang di antara yang kaya dengan yang miskin.
Sehubungan itu KEADILAN menyeru pihak kerajaan dan juga pihak swasta, khususnya dari kalangan majikan, agar memelihara dan menjamin hak pekerja sebaik-baiknya.
Kaum pekerja yang terjamin kebajikannya, akan lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas demi pembangunan dan kesejahteraan negara.
"Selamat Hari Pekerja"
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan