Sabtu, 3 Mei 2014

SETELAH BERJUNUB BUKAN HARUS MANDI MALAH WAJIB...HARUS BOLEH PILIH TAK MANDI....MANDI UNTUK MENCUCI/MEMBERSIHKAN BADAN....MENYEGARKAN BADAN SEMULA....DAN BERBEZA DENGAN AGAMA2 LAIN

Nampaknya kes jenayah di Rembau semakin membimbangkan
Posted on Saturday, May 03 @ 07:18:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Pengurus ladang ditemui mati ; 2 Mei 2014 REMBAU - Seorang pengurus ladang ditemui mati pagi tadi dengan kepalanya ditutup plastik dan kaki serta tangannya diikat di Ladang Perhentian Tinggi, Jalan Seremban-Tampin dekat sini. Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerjanya kira-kira 10 meter dari pagar rumah banglonya kira-kira pukul 6.30 pagi.

"Dia dipercayai keluar dari rumah pukul 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Beberapa pekerja terdengar jeritannya dan bunyi bising dari bahagian depan pagar, namun tidak perasan apa-apa berlaku kerana keadaan sekitar yang gelap. Dompet mangsa dikatakan turut hilang.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Saturday, May 03 @ 07:18:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

 

Jom Buang Sampah Kitar Semula di Pasar Rembau
Posted on Saturday, May 03 @ 07:17:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"2-3 minggu lepas saya membawa beberapa botol plastik kosong, tin penyembur ubat nyamuk kosong untuk di buang di tong sampah berhampiran Pasar Rembau. Hampir setiap kali saya ke tong sampah ini kelihatan orang sedang mencari-cari sampah kitar semula yang boleh dijual dalam longgokan sampah.

Ketika saya hendak membuang sampah kitar semula ini, datang seorang pakcik berbangsa Melayu dengan motosikal buruk yang ada raga untuk diisi barangan kitar semula. Saya terus berikan plastik dan tin tadi kepada pakcik, senyum pakcik tadi menerimanya.
Saya sarankanlah kepada orang Rembau semua, kalau nak buang sampah kitar semula di Pasar Pekan Rembau supaya asingkan elok-elok sampah kitar semula, terutamanya tong plastik, tin dan sebagainya. Masukkan dalam plastik dan ikat kemas-kemas.
Letak saja tepi tong sampah tersebut, pasti akan ada orang mengambilnya. Tak perlulah mereka tercari-cari dalam tong sampah dengan barangan kotor dan busuk yang lain.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Saturday, May 03 @ 07:17:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 


Pelancaran 'Blue Wave Team' UMNO Setiu hambar dan boring
Posted on Saturday, May 03 @ 03:27:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




25 April lalu aku ke Setiu untuk masuk geng BWT (Atau BWA.. Blue Wave Army pada awalnya nak lawan Read Bean Army DAP punya). Nak tahu macam mana dia orang bergerak.

Ramai pimpinan UMNO Setiu hadir antaranya ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee, Ahli Parlimen Setiu, Mohd Zulkifly Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor. Apa tak program makan memang tak ada yang miss.
 


 
Ketua Penerangan UMNO Setiu, Fahami Zakaria dalam ucapannya berkata selain itu ia juga menjadi medan penyaluran maklumat mengenai pelbagai aktiviti mengenai Barisan Nasional dan UMNO serta wakil-wakil rakyatnya BWA ini akan melawan dakyah pembangkang. 
 

Dalam sesi soal jawab ada peserta bertanya adakah mereka yang mendaftar hadir ini akan diberikan imbuhan. Jawapan yang diberikan ada UMNO telah memperuntukkan sebuah laptop atau seumpamanya serta wang saku.
 
 
 
 
 

Melihat pada muka yang hadir aku rasa gelap masa depan UMNO. Pitih habis kampong tergadai pasal yang datang bukan pengamal media social hard core, sekadar ada hanya akaun facebook dengan posting masakan atau kedai makan yang dilawati.

UMNO Setiu tak payah bangga dengan program ini kalau persiapan sekadar lepas batuk ditangga atau sekadar nak bagi laptop dan wang saku kepada krooni untuk menyamar sebagai pengamal media social.

OrangMuda
http://lensahandphone.blogspot.com/

Kalau Nak buat Fitnah kepada Unit Amal Gunalah Otak Sikit!
Posted on Saturday, May 03 @ 07:16:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Unit Amal ada KAD KUASA suatu yang ganjil dan pelik. Bila pula menjadi amalan Unit Amal BELASAH orang? Kalau nak buat fitnah tu guna akal sikit jangan main hentam aje tanpa dilihat LOGIKnya.

Sila rujuk

Dakwaan bergaduh, Unit Amal beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Selepas tersebarnya berita kekecohan sewaktu himpunan membantah GST semalam, Unit Amal hari ini tampil memberi penjelasan.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia (Selangor), Khairil Anuar Ismail berkata kejadian berlaku disebabkan cubaan memasuki kawasan padang oleh sekumpulan kecil 'peserta' dan tindakan mengganggu acara himpunan dengan membuat bising oleh kumpulan sama.

Beliau berkata Jabatan Amal Malaysia ditugaskan untuk menjaga kelancaran himpunan dari aspek keselamatan termasuklah antara perkara pentingnya adalah memastikan peserta tidak memasuki kawasan padang yang menjadi antara syarat utama kebenaran himpunam diberikan.

"Saya mengambil tanggungjawab untuk menjawab tohmahan seperti yang tersiar meluas di laman web dan media sosial kerana anggota Jabatan Amal dari Selangor berada di semua lokasi berkumpul pada Himpunan GST semalam.

"Tindakan memukul mereka tidak berlaku sama sekali tetapi kami hanya berusaha menyuraikan mereka dan kami juga cuba menenangkan sekumpulan peserta lain yang mula membalas kata kata makian mereka kepada kami sehingga berlaku sedikit ketegangan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Mengulas gambar peserta yang didakwa luka akibat kekecohan itu, Khairil Anuar berkata ia mungkin akibat tolak menolak yang berlaku sewaktu cuba menyuraikan mereka.

"Cuma saya katakan, ramai peserta yang datang untuk berhimpun dengan baik, mereka datang dan pulang dalam keadaan yang harmoni pada hari tersebut. Kenapa ada seorang yang luka? Apa yang dia telah buat," soalnya?

Dalam pada itu beliau turut menafikan pasukan Unit Amal terlibat dalam satu lagi insiden pada sebelah malam selepas himpunan berlangsung.

Katanya, tiada anggota Unit Amal bernama Anuar dari kawasan Pandan seperti didakwa terlibat dalam insiden tersebut.

"Berkuasa betul mereka yang terlibat menyerang pada malam tersebut dengan hanya menunjukkan kad keahlian Amal, pihak polis boleh dihalau, logik ke?

"Kami mendesak pihak yang menuduh menyerahkan bukti kepada kami dan pihak berkuasa kerana kami tidak sesekali akan bersekongkol dengan perbuatan sebegini," jelasnya.

Katanya, anggota Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit  Amal tidak pernah dilatih atau melatih anggota untuk melakukan tindakan seperti dituduh.

"Bahkan ketika bertugas kami pernah dipukul, diludah, dicaci maki tetapi kami mengambil pengajaran dari akhlak Rasulullah dalam menghadapi perbuatan sebegini.

"Apa sahaja kerja buat kami dan apa yang kami hadapi, kami hanya menyharapkan pembalasan dari Allah. Redhanya yang kami buru," ujarnya. - HARAKAHDAILY

 Kenapa Harus Mandi Junub?

Written By canang on Sabtu, 3 Mei 2014 | 5/03/2014 09:12:00 PG

ENTAH dengan ajaran agama lain, namun dalam Islam, orang yang sudah dewasa diharuskan mandi junub dalam beberapa kondisi. Pernahkah kita bertanya, mengapa kita harus mandi junub?
Fiqih mengharuskan siapapun yang mengeluarkan air sperma atau air mani baik karena mimpi basah atau karena bersetubuh dengan istri ataupun karena onani (istimta’) wajiblah mandi.
Padahal fiqih juga menerangkan bahwa air mani adalah suci (tidak najis), berbeda halnya dengan air kencing yang najis. Pertanyaan yang sering muncul kemudian bagaimana bisa mengeluarkan seseuatu yang suci malah diwajibkan mandi, sedangkan mengeluarkan yang najis cukup dengan bersuci (istinja’ /cebok) saja, dan cukup berwudhu jika ingin menjadi suci?
Pertama dalil dari hadits Rasulullah saw yang diriwayatkan Abi Said berbunyi: Bermula air (kewajiban mandi) itu dari sebab air (keluar air mani)
Demikian pula riwayat Ummi Salah ra. bahwa Ummul Sulaim berkata “Ya Rasulullah, bahwa Allah swt tidak malu menyatakan yang haq, apakah wajib seorang perempuan mandi apabila ia mimpi jimak?” Rasulullah menjawab “Ya, apabila ia melihat air (mani)”.
Kedua hadits di atas merupakan dasar yang telah disepakati oleh para Imam Fiqih, bahwa mengeluarkan mani mewajibkan seseorang mandi. Adapun mengenai kesucian air mani adalah pernyataan Rasulullah saw dalam haditsnya ketika ditanya seseorang mengenai mani yang terkena pakaian, beliaupun menjawab: “Bahwasannya mani itu setingkat dengan ingus dan ludah, cukuplah bagimu menyapunya dengan percikan air atau idzkhirah (sebangsa rumput wangi).”
Jika dalil-dalil tersebut dengan jelas menerangkan kesucian mani dan kewajiban mandi karena keluar mani, tetapi dalil-dalil itu belum menggambarkan adanya hubungan sebab-akibat (keluar mani yang suci mengakibatkan wajib mandi).
Sebagian ulama seperti yang ditulis oleh Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid, menjelaskan bahwasannya alasan (illat) diwajibkannya mandi ketika keluar mani adalah adanya rasa nikmat dan lezat yang mengiringi keluarnya mani itu. Maka mereka yang berpendapat demikian tidak mewajibkan mandi bagi orang yang keluar mani tanpa rasa nikmat seperti mereka yang teramat pulas dalam tidur, maka ia tidak diwajibkan mandi.
Hal ini mungkin dapat dijadikan alasan mengenai proses diwajibkannya mandi, tetapi belum bisa menjawab asal masalah “Mengapa mengeluarkan barang yang suci harus mandi, sedangkan 
 
mengeluarkan air kencing yang najis tidak perlu mandi?”
Bahwasannya dalam catatan ilmu kedokteran ‘ilmut thibb’ diteragkan dalam sekali tumpahan mani terdapat 2 000 000 000 (dua milyar) benih kehidupan spermatozoid. Maka siapapun yang keluar mani akan kehilangan energi sebanyak itu. Sebagai dampaknya orang yang keluar mani akan segera lemas dan berkurang tenaganya. Hal ini tidak bisa dipulihkan hanya dengan membasuh dzakar ataupun alat kelamin  saja. Tetapi harus dengan cara membasahi badan secara merata terutama dengan air hangat.
Oleh karena itu sebaiknya setelah keluar mani segeralah mandi, agar tubuh kuat kembali. Ini sangat berbeda dengan mengeluarkan air kencing yang hanya mengandung kotoran dari dalam tubuh manusia. Dan cukup dengan membersihkan alat keluarnya. Meskipun keduanya (air mani dan air kencing) keluar dari lubang alat yang sama tetapi keduanya adalah materi yang bebeda. Wallahu a’lam. [Sumber: nu.or.id]


Tiada ulasan: