SUPP bantah keras permohonan Teras sertai BN
Posted on Monday, May 19 @ 12:09:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUCHING
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) membantah sekeras-kerasnya
permohonan oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) untuk menyertai BN
sebagai parti komponen atau sebarang kerjasama yang dibentuk menggunakan
formula BN-Plus.
Presidennya, Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata
Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP, yang bermesyuarat hari ini,
memutuskan bahawa parti itu akan membantah permohonan Teras.
Bagaimanapun,
Chin yakin Teras tidak akan berpeluang untuk berbuat demikian kerana
permohonannya perlu disokong sebulat suara oleh semua parti komponen BN.
"Menurut
perlembagaan parti, permohonan itu perlu dipersetujui sebulat suara
oleh setiap pemimpin parti komponen BN, jika tidak anda tidak akan
dibenar berbuat demikian dan saya amat yakin perkara itu tidak akan
berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CWC
di ibu pejabat SUPP di sini hari ini.
Beliau juga mendakwa
ramai pemimpin parti komponen beranggapan tindakan membawa Teras ke
pangkuan BN adalah sesuatu yang tidak bijak.
Sehubungan itu, beliau berkata SUPP akan meminta sokongan daripada parti komponen lain untuk membantah permohonan Teras.
Chin
juga memaklumkan pemberita bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan
Satem tidak pernah menyatakan bahawa beliau akan menyokong penyertaan
Teras ke dalam BN.
"Ketua Menteri memaklumkan saya beliau
hanya mengakui bahawa kumpulan orang Teras ini ingin melakukan kunjungan
hormat ke atasnya bagi melahirkan sokongan mereka kepadanya serta BN,
dan perkara itu tidak salah.
"Namun beliau tidak pernah menyatakan bahawa Teras akan menyertai BN, kan?" soal beliau kepada pemberita.
Chin
berkata pada mesyuarat hari ini, mereka juga memutuskan untuk memecat
Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh berkuat kuasa
serta-merta kerana mengumumkan dalam sidang akhbar bertarikh 15 Mei
bahawa beliau akan menyertai Teras.
Beliau berkata tindakan Wong dianggap boleh menjejas kepentingan SUPP.
"CWC
parti juga mendesak Datuk Seri Wong meletak jawatan serta-merta sebagai
Adun Bawang Assan dan menteri kabinet negeri atas alasan beliau telah
mengkhianati SUPP yang mencalonkannya dan lebih penting, pengundi yang
mengundi beliau dalam pilihan raya negeri 2011," katanya.
Chin
berkata pihaknya juga akan menulis kepada Adun Bengoh Datuk Dr Jerip
Susil, Ranum Mina (Adun Opar) dan Johnical Rayong Ngipa (Adun Engkilili)
bagi memohon penjelasan sama ada mereka menyertai Teras.
"Mesyuarat
hari ini turut menegaskan hak parti terhadap 19 kerusi negeri dan tujuh
kerusi parlimen yang diperuntuk kepada SUPP dalam pilihan raya lepas
dan perkara ini tidak boleh dirunding," katanya.
Turut hadir
Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot namun dua Adun yang
menyokong Chin iaitu Datuk Lee Khim Shin (Senadin) dan Datuk Francis
Hardin (Simanggang) tidak hadir. -bernama/sh
"Muka Gajah" dikekal kerana punca rezeki
Posted on Sunday, May 18 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Seorang
lelaki di India menolak tawaran untuk melakukan pembedahan plastik
bagi merawat mukanya kerana mahu terus mengemis demi mengumpul belanja
untuk perkahwinan anak perempuannya.
Mannan Mondal, 50, yang
mendapat jolokan ‘lelaki gajah’ menolak tawaran itu kerana menganggap
wajahnya yang unik sebagai ‘rezeki.’ Manna yang menghidap
neurofibromatosis - sejenis penyakit yang berisiko menyebabkan
ketumbuhan - berkata, buat masa ini persiapan untuk perkahwinan anak
perempuannya, Rasheeda, 20, lebih utama.
“Saya perlu membeli pelbagai barangan seperti katil, kabinet, cincin, jam dan sebagainya.
Duit yang saya dapat hasil mengemis tidak cukup untuk menyara keluarga, tetapi saya tiada cara lain untuk membantu anak saya.
Saya tiada pilihan lain dan perlu mengutamakan nafkah untuk keluarga saya,” katanya.
Akibat penyakitnya itu, dia kehilangan sebelah mata, sebelah telinga dan kebanyakan giginya.
Bulan
lalu, pengarah Pembedahan Plastik Pusat Penyelidikan Fortis Memorial
di Gurgaon Dr Ajay Kashyap membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas
Mannan.
“Ketumbuhan dialami tidak berbahaya dan bukan kanser,
tetapi tulang sebelah bahagian mukanya tidak membesar dengan betul
menyebabkan ketumbuhan itu jatuh.
“Untuk ‘membaiki’ mukanya kami perlu membuang sebanyak mungkin ketumbuhan itu dan membina semula bahagian mukanya yang hilang.
Namun, ia tidak membuatkan dia normal 100 peratus, sekadar memberikan rupa normal,” katanya.
Mannan dilahirkan dalam keluarga yang daif di Kolkata dan peluang yang dimilikinya amat terhad.
Dia disisihkan kerana penampilannya dan diharamkan daripada bersekolah menyebabkan dia tiada pilihan selain mengemis.
.x0x..
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 19 Mei 2014
RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN2...TAPI ELOKLAH HATI YANG SUCI BERSIH...IKHLAS SERTA SENTIASA MENGINGATI ALLAH....BUKAN JENIS BERULAT SERTA DENGKI KHIANAT SERTA SUKA BUAT FITNAH DAN MELAYAN BISIKAN IBLIS/SYAIYAN....JAHATNYA BUKAN SAJA TERHADAP MANUSIA TAPI LEBIH DAHSYAT JAHAT KEPADA ALLAH SWT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan