Khamis, 15 Mei 2014

AHMAD SAID OH AHMAD SAID

Ahmad Said cipta sejarah baru di Terengganu
Posted on Thursday, May 15 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PAS tidak menangguk di air keruh tetapi ‘cerdiknya’ Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri.

Dari awal pagi semalam lagi pelbagai komentar telah kita terima.

Apalah PAS Terengganu ni, lembab, tak bijak berpolitik, tak pandai mengurus krisis, peluang terhidang di depan mata, gi lah bawak Mat Said jumpa Tuanku, putus segera calon MB dari PAS dan macam-macam lagi.

Sebahagian dari komentar ini menyebabkan kita tersenyum membacanya. Saya selalu ingat pesan Almarhum Ustaz Hassan Shukri, “Orang yang ikut kita kerana marah, sampai masa bila rasa marah dah reda, dia akan pusing balik… Kalau orang ikut kita kerana faham, dia akan kekal istiqamah.”

Kenapa Mat Said and The Gang yang 3 orang tu tulis surat keluar Umno? Tentunya kerana kecewa dan marah sampai tersalah ejaan dalam surat. Sampai bila dia nak marah? Tak kan sampai ke mati! Umno dah jadi darah daging mereka. Rezeki mereka Umno yang bagi! Hati kecik saya dari semalam lagi berkata, mustahil awok-awok ni akan tinggalkan Umno! Ternyata telahan saya tak menyimpang jauh. Surat keluar Umno tersebut tak bertahan lebih dari tempoh 24 jam. Tentunya penarikan balik surat tersebut bukan dengan percuma. Bijak sungguh mereka keruhkan air kemudian tangguk sendiri. Mat Said pun tak ada keluar sebarang kenyataan menyatakan akan sokong PAS. Kita pun tak terhegeh-hegeh.

Syabas atas kematangan berpolitik PAS Terengganu dengan pendirian tak berhasrat mengulangi kaedah jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Umno di Perak ketika menjatuhkan kerajaan PR dengan membeli Adun PR.

Dengan makna lain, bukanlah suatu langkah yang bijak untuk melamar mereka supaya menyokong kita. Apa jaminan kukuhnya kerajaan yang kita bina hanya bersandarkan sokongan 3 Adun bebas yang asalnya adalah pimpinan kanan Umno Terengganu? Hanya orang Terengganu yang kenal siapa pemimpin Umno Terengganu.

Punca mereka keluar Umno pula adalah kerana marah. Marah pula sampai masanya akan reda kembali. Apa yang akan berlaku apabila kemarahan ini telah sejuk kembali? Apakah mereka akan balik semula kepada Umno atau menjadi Adun bebas yang mesra Umno?

Siapa yang boleh beri jaminan mereka akan terus setia dengan prinsip keluar Umno terutamanya apabila poket semakin menipis nanti? Ujian yang paling perit untuk dilalui oleh seorang pemimpin Umno ialah apabila poket mula kosong!

Bahaya dan sangat berisiko membentuk kerajaan dalam suasana sebegini. Kita tak punya RM10 atau RM20 juta untuk memancing kesetian mereka. Tapi Umno memiliki semua ini.

Tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Said kerana anda mencipta sejarah baru dalam politik Terengganu. Semoga hanelang Datuk Seri berpanjangan. The game just begining!DR AZMAN IBRAHIM
HARAKAHDAILY

Bukan tiga, ramai lagi mahu keluar Umno - Mat Said

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini mendedahkan sebenarnya ramai lagi yang mahu bertindak keluar parti ekoran krisis dalaman Umno Terengganu.

Bercakap pada sidang media di kediamannya petang ini, Adun Kijal itu berkata bagaimanapun beliau hanya mengumumkan tiga Adun keluar Umno menjadi bebas.

Beliau mendakwa, tindakan mengumumkan hanya tiga orang itu kerana tidak mahu PAS menubuhkan kerajaan secara mudah dengan mempunyai lebih kerusi berbanding BN.

"Sebab itu saya kata tiga walaupun ada lebih daripada itu. Kalau kita kata empat atau lima, sudah tentu PAS sudah tubuh kerajaan," katanya.
Selain beliau, dua lagi yang turut mengikut jejak langkah keluar Umno adalah Adun Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Ajil Ghazali Taib.

Mengulas tindakannya membuat pusingan U dengan kembali kepada pangkuan Umno, Ahmad berkata tindakan tersebut kerana masih sayangkan parti.

Sementara itu, Roslee Daud berkata tindakan keluar parti sebelum ini dibuat kerana terkejut dengan perubahan kepimpinan kerajaan negeri secara tiba-tiba.

"Bukan marah atau merajuk, tetapi sebab terkejut dengan keputusan yang berlaku dengan tiba-tiba.

"Kita tidak sedar dengan perkembangan semasa sehinggalah berlakunya perubahan kepimpinan yang berlaku dalam suasana yang begitu cepat," katanya kesal dengan apa yang berlaku.
Ketiga-tiga adun tersebut kembali kepada Umno selepas 48 jam mengisytiharkan keluar parti dan setelah campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - HARAKAHDAILY 14/5/2014

 Mat Said jadi ahli UMNO semula, selepas menjadi "harimau jadi-jadian"
Posted on Wednesday, May 14 @ 19:26:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Jika harimau mati meninggal belang , Jika Mat Said mati meninggalkan rekod yang sukar dipecahkan mana mana menteri besar dan ketua menteri dalam Malaysia. Tidak sampai 100 jam bekas menteri besar DS Ahmad Said keluar dari UMNO dan dilucut jawatan menteri besar kembali semula kepada UMNO. Hanya jawatan menteri besar sahaja terlepas.

Dari media maya dan berita akbar arus perdana DS Ahmad Said akan kemabli semula kepada parti UMNO dan kekal UMNO dan Yb UMNO di Dun Kijal. Sebenarnya berita Mat Said kembali kepada UMNO bagikami bukan berita besar dan berita kujutan.

Akhir bulan May ini UMNO Terengganu dan Yb Yb UMNO kembali pada perjuangan UMNO yang berasakan wang dan harta. DUN Terengganu UMNO kekal dengan 17 kerusi dari 32 kerusi DUN.

Mat Said tidak segagah pehon kelapa di tepi pantai yang selalu dibadai angin ribut China Selatan, namun pohon kelapa tetap tidak tumbang. Malah Mat Said tidak hanelang seperti harimau dan singa yang terdapat dalam Zoo .

Berita Mat Said kembali kepada UMNO bagi kami tidak pelik dan tidak sensasi. Hanya hanelang dan sekadar menguji pehak UMNO yang berada di Putrajaya atau bangunan UMNO PWTC Kuala Lumpur, Sekadar menjadi harimau jadi-jadian sahaja."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
mohdnoorawang
Posted on Wednesday, May 14 @ 19:26:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Akhirnya Mat Said Yang Nelang Jilat Ludah Sendiri
Posted on Wednesday, May 14 @ 15:08:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu






Pertemuan antara Ahmad Said dengan Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Mohd Yasin dikatakan positif apabila TS Muhyiddin telah memaklumkan dalam twitternya. Menurut sumber pertemuan itu memberikan kata putus kepada Ahmad Said (kalau bahasa kasar ungutan) supaya menarik semula surat keluar UMNO.

Rundingan pada malam itu meminta agar 2 orang Adun dan juga exco yang keluar dikekalkan jawatannya apabila mereka menarik balik surat keluar UMNO. Saya tidak mendapat maklumat yang sah apakah tuntutan untuk Ahmad Said dalam hal ini. Ada yang menyebut dia akan memperolehi sesuatu jika dia berlembut dalam hal ini.

TS Muhyiddin bersetuju pada dasarnya dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang akan membawa perkara ini dalam pertemuan dengan DS Najib di Kuala Lumpur nanti.

Datuk Seri Ahmad Said telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa dia bersetuju menarik balik dan akan membuat kenyataan menyesal dalam hal ini.

WAH SERONOKlah UMNO buat kecoh...

Itulah Cerita MAT SAID NELANG yang akhirnya kena ugut kes penyelewengan termasuk pembinaan rumahnya akhir "KECUT TELUR" terus menyesal.

Tindakan PAS dalam kenyataan media oleh Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat untuk tidak melayan Ahmad Said dan 2 Adun keluar parti adalah tindakan yang bijak dan cermat walaupun ada blogger menulis kononnya PAS Terengganu (PR) pasif dalam hal ini.



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)


 


Tinggal Ahmad Said seorang sahaja.
Posted on Wednesday, May 14 @ 13:41:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Selepas YB Dun Bukit Besi Roslee Daud menarik semula surat keluar UMNO dan kembali menjadi UMNO. Terkini pula YB Dun Ajil Ghazali kembali semula kepangkuan UMNO. Kerajaan BN/UMNO semakin teguh dibawah menteri besar Datuk Razif YB Dun Seberang Takir.

Hanya tinggal Yb Dun Kijal Dato' Seri Ahmad Said belum menarik surat perletakakan jawatan dalam umno dan sehingga kini kekal wakil bebas dalan Dun Terengganu. Tinggal Ahmad Said seorang diri yanglain kemabli kepada UMNO dan tidak akan keluar dari UMNO.

Kini Dun Terengganu kekal dengan 14 PAS, 1PKR, 1BEBAS DAN 16 BN/UMNO. Wakil rakyat bebas Ahmad Said yang dipecat dari kerusi menteri besar Terengganu dan beliau keluar dari UMNO dan meletak semua jawatan dalam UMNO.

Pemerhati politik meramalkan Ahmad Said akan kembali kepada UMNO sebagai ahli biasa atau penyokong setia kepada UMNO. Jika PRU yang akan datang Mat Said bertanding atas tiket bebas peluang untuk menang agak sukar.

Namun ada suara nakal bagaimana pula jika Mat Said bertukar haluan partinya atau bertanding atas tiket PAS PRU yang akan datang, jawapan mudah peluang Mat Said juga tipis dan sukar untuk menang.

Untuk rekod Mat Said semasa berkuasa dan sebagai menteri besar, Mat Said banyak melakukan kesalahan dalam pentadbiran, rasuah, kroni, dan ketirisan yang nyata. Malangnya SPRM tidak bertindak dan menyiasat.

Biarkan Mat Said keseorangan dan menjadi wakil bebas dalan Dun Terengganu. Mat Said tidak boleh bercakap dan berhujah dalam konteks pemimpin yang baik dan bagus. Ini kerana semasa Ahmad Said menjawat jawatan menteri besar terlalu banyak kesalahan dan ketirisan serta penyelewengan berlaku semasa menjadi menteri besar selama 6 tahun.

Itulah hukum karma dan hukum dunia. Mat Said banyak membuat kesalahan dan menghabiskan wang negeri dalam setiap bajet yang dibentang. Kita tidak perlu bersahabat dengan watk watak seperti Mat Said, kerana tidak memberi keuntungan kepada PAS."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
mohdnoorawang
Posted on Wednesday, May 14 @ 13:41:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


PANAS! Mad Said Bakal Jadi MB Kembali?? Bagaimana......Sila Baca
Posted on Wednesday, May 14 @ 12:27:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Sebulan yang lalu, sewaktu di Parlimen saya didatangi oleh seseorang yang menceritakan tentang kerajaan Terengganu bakal bergolak.

Sumber yang menceritakan itu meramalkan kerajaan Mat Said akan dilucutkan oleh Najib.

Politik Terengganu kalau kita lihat asasnya ia sebenarnya goyah. Ia bermula bila Idris Jusoh tidak diterima sebagai MB Terengganu di zaman Pak Lah.

Pengikut pengikut Idris Jusoh memberontak namun Idris Jusoh bukan sifatnya seperti Mat Said. Malah Idris Jusoh sendiri telah beralih arah ke Parlimen dan akhirnya ia di lantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Adakah Idris Jusoh berhenti di situ? Ini politik. Kita harus membaca politik dari sudut yang lain. Politik ialah kemenangan untuk mendapatkan kuasa. Seandainya saya tidak dapat kuasa, kamu juga harus tidak mendapatkannya.

Kerajaan di bawah Mat Said menghadapi pelbagai masalah. Namun Nelangnya Mat Said tidak boleh dilanggar begitu sahaja.

Sehari sebelum Parlimen dibubarkan, saya berada di Mekah. Menariknya, saya ke Mekah kali ini dengan beberapa orang kuat Umno Terengganu. Mereka ke sana selain untuk umrah, mereka juga pergi untuk membida projek pembekalan makanan kepada jemaah haji tahun lepas.

Saya dikenali sebagai orang Pas, namun tidak menjadikan masalah kepada mereka. Malah saya turut membantu mereka dengan beberapa kontak saya di Mekah.

Melalui mereka, saya mendapat beberapa gambaran tentang bakal calon umno di Terengganu.

Pulang daripada Mekah, selepas pengumuman calon calon di Terengganu, kawan saya menelefon saya dan berkata "Haji, kalau pas tak menang lagi sekali ni di Terengganu, maka suruh orang Pas berenti main politik."

Kata kata ini menunjukkan betapa teruknya pemilihan calon pada kali ini. Saya membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Dan ternyata Umno menang lagi dengan simple majoriti.

Bila mendengar berita semasa di Parlimen hari tu, saya menghubungi kembali rakan saya itu. Dia mengesahkan tentang satu surat yang ditanda tangani oleh Mat Said untuk berhenti selepas setahun. Pengesahan itu di berikan bukti awal kepada saya. TAHUN INI TIADA SAMBUTAN KEPUTERAAN SULTAN TERENGGANU.

Ternyata perkara itu berlaku. Saya masih tidak faham kenapa sambutan keputeraan itu tiada. Adakah ia berkaitan dengan Sultan tidak menyukai Mat Said. Mengikut kawan saya itu, ia tiada kaitan.

Semenjak dari signal itu betul, saya memulakan solidariti kepada Mad Said di wall saya. Ramai yang tertanya tanya dan ramai juga yang hanya senyum sinis.

Saya rasa ianya begini. Kerajaan Terengganu di bawah Mad Said dianggap tidak mampu bertahan untuk pilihanraya akan datang.

Geng geng Idris Jusoh mengadukan hal ini kepada Najib. Untuk menyelesaikan masalah ini, Najib memberi kata dua kepada Mad Said. Mat Said menandatangani surat perletakan jawatan setahun kepada Najib.

Bila sampai setahun, Mat Said merasakan dia dikhianati. Surat yang ditandatangani dulu, bukanlah tujuan utama untuk membaiki parti tapi lebih kepada mengnyahkannya dari tampuk kuasa.

Bila Mat Said meminta tempoh, untuk menyelesaikan perkahwinan anaknya yang sememangnya secara sengaja dibuat melebihi daripada tarikh asal yang dipersetujui asalnya. Lalu Mad Said menjadikan itu alasannya untuk keluar parti.

Semua ini berlaku kerana sifat Abe Mad yang Nelang dan lemahnya Najib.

Najib menganggap perjanjian asalnya dengan Mat Said akan dipatuhi oleh Mat Said. Dalam masa yang sama, Mat Said sendiri melihat pentadbiran Najib sendiri sangat lemah.

Apa yang bakal terjadi?

Mat Said tidak akan menyokong Pas untuk memerintah kecuali Pas memberi kerusi MB kepadanya. Hanya kerusi MB yang akan dipersetujui oleh Mat Said. Saya rasa itu tidak mungkin akan terjadi.

Apakah Umno akan memberi kembali kepada kerusi MB kepada Mat Said? Ini pun sesuatu yang sukar.

Adakah dun akan dibubarkan dan pilihanraya semula akan di adakan?
Ini merupakan jalan yang paling Mat Said tidak mahu berlaku. Jika ini berlaku, Mat Said akan kehilangan kesemuanya sekali termasuk wakil rakyat.

Kesimpulannya, kalau Pas pandai memujuk Mat Said, dan bersedia memberi kerusi MB kepada Mat Said, Pas akan memerintah Terengganu namun MB nya ialah Mat Said.

Kalau Umno memberi semula kerusi MB kepada Mat Said, geng geng Idris Jusoh akan meletak jawatan beramai ramai. Ini menjadikan Umno Terengganu lumpuh kembali.

Di sini Umno dan Pas perlu bersatu bergabung untuk membubarkan dun.

Kalau dun dibubarkan, Mat Said akan hilang Nelangnya dan Umno serta Pas akan terpaksa berjuang kembali. Rakyat akan menentukannya. Saya rasa ini pilihan terbaik yang ada setakat ini.

Akhirnya sama samalah kita nantikan episod seterusnya. Bila saya menulis tentang Nelangnya Mad Said anda susah untuk percaya. Oleh itu PERCAYALAH. MAT SAID MEMANG NELANG!!

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan
Facebook Ahli Fikir

sumber

Like · ·
Bila menteri merajuk cepat je ada orang pujuk, bila rakyat merajuk lantak korang la... Menteri lebih penting dr rakyat.... Haaaa... NAMPAKKKK kata SY..
 

Sah lah Yang Ahmad Said Sudah Kena Kencing Dengan Adun Bukit Besi
Posted on Wednesday, May 14 @ 12:06:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Ini betul-betul KES NAYA kepada Bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said tu beb, memang SAH dan SAHIH Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Ghazali Taib sudah DIKENCINGKAN oleh Adun Bukit Besi Roslee Daud. Belum pun sampai satu hari atau 24 Jam selepas Mengistiharkan Keluar Umno tut tut beliau buat U-Turn 360 Darjah... kah kah kah!.

Macam mana ni Ahmad Said... lu kata akan ada lagi Adun yang akan Mengikuti Jejak Langkah lu, ini usahkan untuk Mengikut Jejak Langkah lu tapi yang sudah keluar pun buat U-Turn balik macam mana ni Ahmad Said. Sah lah lu sudah kena Kencing dengan Adun Bukit Besi tu,  Kalau ini macam gua rasa jika lu tak buat U-Turn jawapnya lu mungkin tinggal seorang-seorang beb... kah kah kah !.

Yang seorang lagi Adun Ajil tu pun entah lah Ahmad Said oiiii, tunggu masa aje bila akan terdengar berita yang beliau pulak buat U-Turn 360 Darjah. Akhirnya lu jugak yang Keseorangan Ahmad Said, tapi kan Ahmad Said Andai Kata Adun Ajil Ghazali Taib tu masih SETIA dengan lu lah kan... apa kata lu pulak Kencingkan Pemimpin Umno Terengganu dengan Pemimpin Umno Pusat sekali... kah kah kah.

Alang-Alang Menyeluk Perkasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan Ahmad Said, itu pun jika lu berani lah kan atau disamping itu lu tak ada BUAT TAIK semasa lu menjadi Menteri Besar Terengganu dulu. Bukan apa gua takut FAIL-FAIL lama lu akan menjadi FAIL-FAIL baru kalau lu Ikut apa yang gua cadangkan, lu sendiri mahu ingat lah sebab gua hanya bagi Cadangan... kah kah kah !.

Cadangan gua ni bukan hanya kerana gua ni Penyokong Pakatan Rakyat (PR), tetapi lebih pada itu atas sebab SIMPATI kerana lu DI INIAYA serta Jasa dan Bakti lu kepada Umno Langsung Tidak Dihargai oleh Pemimpin lu serta Penyokong lu. Bayangkan lah Kenduri Perkahwinan Anak lu yang tidak beberapa hari lagi berlansung tapi lu sudah disuruh Meletakan Jawatan sebagai Menteri Besar.


Sebagai Manusia yang punya Perasaan Malu bagaimana lah nanti lu hendak berhadapan dengan Tetamu-Tetamu yang Hadir pada Majlis Perkahwinan Anak lu, atau Najib menganggap yang lu pun punya Muka Tak Malu Tampal Kulit Babi 14 Inci seperti dia. Tak kan lu nak biarkan Diri lu DIHINA sedemikian rupa Ahmad Said, Seolah-olah lu Bukan nya antara Pemimpin Umno yang pernah BERJASA kepada Umno.

Berbalik kepada apa yang  hendak gua Cadangankan kepada lu ialah... daripada hanya lu saja yang mendapat Malu lebih baik Malu yang lu dapat tersebut lu Kongsikan sama dengan Pemimpin Umno Terengganu dan Pemimpin Umno Pusat, dengan lu dan Adun Ajil Ghazali Taib memberi Sokongan kepada PAS dan PR membentuk Kerajaan Negeri yang Baru... kah kah kah!.

Apa macam Ahmad Said... lu tak payah masuk PAS pun tak apa... jika lu masih beranggapan yang PAS adalah Parti Ajaran Sesat, lu cuma beri Sokongan aje didalam Dewan Undangan Negeri itu sudah cukup lu Memulangkan Semula Malu yang telah diberikan kepada lu oleh Najib serta Pemimpin Umno Terengganu termasuk lah Penyokong lu yang Berpaling Tadah... kah kah kah !.

Lu jangan lah pulak menjadi seperti seorang Bekas Menteri yang mengatakan telah Membakar Jambatan supaya tak dapat balik semula ke seberang... tetapi kesudahan nya beliau tetap balik ke seberang walaupun terpaksa berenang... ini cerita kalau lu nak lebih Terang dan Jelas lu kena calling calling dengan Tan Sri Rais Yatim ya Ahamd Said...  kah kah kah !.

Ok lah Ahmad Said... lu Fikir dan Timbangkan lah apa yang telah gua cadangkan, lu tak nak pun gua No Hal beb, sebab yang telah Mendapat Malu bukan nya gua tapi lu Ahmad Said. Setidak-tidak nya nama lu akan TERPAHAT dalam Sejarah Politik Malaysia sebagai seorang Bekas Menteri Besar yang di Singkirkan dari Kerajaan tetapi Berjaya Menyinkirkan pulak Kerajaan... kah kah kah!. sumber klik sini

hemmmmm..... kalau lah ahmad said ikut apa yang gua cadangkan mahu najib dan pemimpin umno terkencing-kencing beb... tak paercaya ke... kalau tak percaya lu orang pujuklah ahmad said ikut cadangan gua tu... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, May 14 @ 12:06:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
 



‘Rajuk’ tak berpanjangan

Oleh Hayati Ibrahim, Helmy Abdul Rahman, Zatul Iffah Zolkiply, Siti A’isyah Sukaimi, Nazdy Harun, Ahmad Rabiul Zulkifli dan Zarina Abdullah
Putrajaya: Kemelut politik Terengganu sejak Isnin lalu selesai secara baik semalam apabila mantan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bersama dua Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas, membuat pusingan ‘U’ dengan kembali ke pangkuan parti.
Ahmad bersama ADUN Bukit Besi Roslee Daud dan ADUN Ajil Ghazali Taib dengan rasmi mengumumkan menarik semula hasrat untuk keluar parti, sekali gus kekal sebagai ADUN Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Keputusan itu dimulakan dengan Roslee yang membuat pengumuman pada malam kelmarin diikuti oleh Ahmad dan Ghazali yang berbuat demikian petang semalam.

Semalam, di Bangunan Perdana Putra di sini, Menteri Besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bersama 13 ADUN BN-UMNO Terengganu, termasuk Roslee serta Yang Dipertua DUN Terengganu Datuk Mohd Zuber Embong mengadakan pertemuan khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
FotoADUN Terengganu menyatakan sokongan kepada Ahmad Razif (duduk tiga kiri) selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Pertemuan selama kira-kira sejam itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pertemuan itu, semua 13 ADUN BN-UMNO terbabit berikrar untuk terus bekerja sebagai satu pasukan bersama Ahmad Razif bagi memastikan agenda pembangunan, terutama menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Terengganu dapat diteruskan.

Selain Ahmad dan Ghazali yang tidak hadir, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad tidak turut serta dalam pertemuan khas berkenaan kerana dilaporkan kurang sihat.

Ahmad Said akui tertekan majlis anak

Kijal: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan isu peletakan jawatannya sebagai ahli UMNO selesai susulan permohonan maaf dan penarikan semula surat peletakan jawatan itu.
Beliau berkata, apa yang berlaku adalah salah faham dan beliau berada dalam keadaan tertekan kerana ia membabitkan anak dan maruah dirinya.

“Untuk makluman, saya sudah bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tengah hari tadi (semalam) dan ada sedikit kesilapan, salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak saya.

“Perdana Menteri menyangkakan majlis perkahwinan anak saya selesai pada 10 Mei sedangkan ada dua lagi majlis iaitu satu di Kijal (Sabtu ini) dan Kuala Lumpur (31 Mei nanti). Kerana salah faham itu, perkara ini (meletak jawatan) berlaku.
Foto

“Tetapi, Perdana Menteri akui kesilapan itu dan beliau (Perdana Menteri) meminta maaf pada saya dan saya juga meminta maaf atas apa yang saya lakukan,” katanya pada sidang media di rumahnya di Teluk Kalong dekat sini, petang semalam.
BERITA TERBARU --> PAS tawar MB, boleh percaya cakap orang ni?: Ahmad Said Mendakwa PAS Tawar Jawatan MB. Boleh Percayakah Cakap Orang Tidak Ada Pendirian Nih " Aku sikitpun langsung tidak percaya kata-kata Ahmad Said nih. Orang macam dia nih memang takleh bagi muka. Dahlah ludah jilat balik, tidak ada pendirian punya orang. Kenapa tak bagi nama siapa wakil PAS yang menawarkan jawatan MB dekat engkau Ahmad Said. Kalau setakat sebut PAS menawarkan jawatan MB kepada engkau baik tak payah sembang deraslah Ahmad Said. Baca di sini # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Ahmad Said Mendakwa PAS Tawar Jawatan MB. Boleh Percayakah Cakap Orang Tidak Ada Pendirian Nih " Aku sikitpun langsung tidak percaya kata-kata Ahmad Said nih. Orang macam dia nih memang takleh bagi muka. Dahlah ludah jilat...
bm.harakahdaily.net|By azmi
Like · · · 1408618

PAS tawar MB, boleh percaya cakap orang ni?

http://tikaqbuloh.blogspot.com | .


Aku sikitpun langsung tidak percaya kata-kata Ahmad Said nih. Orang macam dia nih memang takleh bagi muka. Dahlah ludah jilat balik, tidak ada pendirian punya orang.

Kenapa tak bagi nama siapa wakil PAS yang menawarkan jawatan MB dekat engkau Ahmad Said. Kalau setakat sebut PAS menawarkan jawatan MB kepada engkau baik tak payah sembang deraslah Ahmad Said.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Thursday, 15 May 2014


APA MAKNA "NELANG" MENURUT PENTAFSIRAN USTAZ AZHAR IDRUS.


Heboh sejak kebelakangan ini bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said diberi gelaran Mad Said "Nelang" .. apakah gelaran hebat itu sesuai untuk diberikan kepada beliau???

Mengikut tafsiran Pendakwah Tersohor Negara Ustaz Azhar Idrus .. makna "Nelang" ialah orang yang beani menegakkan Islam, berani berjihad lawan kuffar berperang, berani menegakkan kebenaran, berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.  Itulah Nelang!! .. Yang nak baham duit tu bukan nelang, tapi "DOK ROK CETONG" !!!!!

Jadi kalau diikutkan kepada pentafsiran Ustaz Azhar idrus memanglah jelas gelaran "Nelang" tidak layak sama sekali diberikan kepada Ahmad Said .. Gelaran lalang mungkin sesuai amat . Kok guane kate???

Dilantik senator: Tak payah fikir dulu, kata Ahmad Said

BERNAMA | .
KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya beliau sengaja melengahkan tarikh perkahwinan anak perempuannya sehingga bulan Mei.
  
Beliau berkata tarikh perkahwinan anak perempuannya telah ditetapkan masing-masing pada 10 dan 17 Mei, selepas mendapat perkenan keberangkatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
  
"Bukan senang nak jemput Sultan (Sultan Mizan) ke majlis. Kena hantar jemputan dua bulan awal. Sultan free pada 10 Mei. Jadi, kita buat pada 10 Mei yang lalu," katanya pada sidang media hari ini di kediamannya di Teluk Kalong, di sini, hari ini.
  
Beliau berkata mengikut adat, selepas majlis rasmi yang mendapat perkenan keberangkatan Sultan Mizan pada 10 Mei lepas, maka majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan akan dibuat seminggu selepas majlis rasmi iaitu pada 17 Mei ini di Teluk Kalong.
  
"Selepas 17 Mei di sini, majlis di Kuala Lumpur pula pada 31 Mei ini. Bukan sengaja pilih tarikh pada bulan ini," katanya lagi.

Ahmad berkata anak perempuannya turut trauma dengan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu Isnin lepas.
  
Ditanya sama ada beliau akan dilantik menjadi Senator selepas peletakan jawatan sebagai menteri besar, beliau berkata: "Tak payah fikir dulu. Selepas ini saya mahu berehat".
  
Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 12 Mei lepas, dan berikutan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menjadi menteri besar yang baharu dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
  
Ahmad yang kemudiannya mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini, bagaimanapun mengumumkan menarik kembali keputusannya itu semalam. - Bernama
kahkah...dah terlanjur ? nk kena tunggu 9 bulan 10 ari ke wehh
Tak jadi keluar Umno sebab Najib minta maaf, kata Ahmad Said
Like · ·
Insan Kerdil jom kita makan kenduri kat umah tuk mat said,,
1 hr · Like · 3

Tiada ulasan: