Selasa, 27 Mei 2014

SEBAB DAH BERBABI2 YANG MASUK....TU ADA YANG PERANGAI MACAM GILA BABI...JANJI BULAN2 GAJI MASSUUUK

Cukuplah ‘dibabikan’
Posted on Tuesday, May 27 @ 20:13:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"Memang keras perkataan di atas. Tidak peduli kita kalau ia perlu difahami secara literal @ harafiah atau kiasan @ sindiran. Mana-mana satu pun cara bacaan, tiada bezanya pada hakikat.

Hakikatnya entah berapa ramai orang Islam telah dimasukkan babi atau unsur babi dalam tubuh mereka, …. atau secara ringkas dibabikan. Perlakukan dibabikan pada tubuh itu adalah tanpa kerelaan, maka ia umpama satu jenayah perkosa, rogol, ceroboh terhadap tubuh badan.


Kasihan kepada sesiapa yang telah memakan coklat babi itu! 

Terasa dikhianati tapi siapa sebenar yang khianat itu, sebenar-benarnya? 

Coklat itu sendiri atau syarikat kaya sekian lama berjasa membantu ekonomi negara yang takkanlah kerana nila setitik rosak ‘arak’ sebelanga atau adakah ianya sipemantau agama yang diletakkan harapan padanya kerana dah memang tugas mereka atau keseluruhan sistem yang kecewa dan semakin mengecewakan kita? 

Tiada minta maaf dari yang ‘membabikan’, dari yang gagal menghalang ‘pembabian’ bahkan ada suara sumbang yang cuba membela si ‘pembabi’ dan menimbul andaian seolah-olah berlaku ketidaksengajaan atau sebab luaran yang menyebab kewujudan elemen ‘pembabian.’  

Tiada rasa yang paling tepat dirasai oleh perasaan umat Islam sekelian melainkan berlaku pengkhiatan.

 Mungkin kita merasa baru sekarang kita rasa dikhianati. Apabila  satu kes dibukti. Adakah mungkin pengkhianatan itu telah lama berlangsungan?  Bagaimana tentang pelbagai produk makanan lain yang berlambak di pasaran. 

 Atas isu babi ini, timbul isu-isu relevan untuk diteliti dan diberi penjelasan supaya faham antaranya berkaitan:-



(1)    batas minima halal pada syarak atas hujah selagi tidak dibuktikan haram ia adalah halal atau jika pada ‘surface’nya halal ia adalah halal, (walau ada sebenarnya ada elemen haram pada kandungannya, tanpa diketahui) 

(2)    kepada mengelakkan syubhat dengan nasihat agar meninggalkan yang meragukan.

(3)    Hingga kepada tujuan maksima, iaitu mencari keberkatan pada makanan yang halal, baik tanpa elemen syubhah dan meragukan
 Ilmuan-ilmuan agama banyak mendatang perbahasan tetapi kurang merujuk pada realiti kes dan contoh-contoh real dan praktikal seperti ada di pasaran, seperti yang kita dan anak-anak kita makan. 
 Kita lihat bagaimana banyaknya jajan-jajan bukan sahaja buatan cina tempatan tapi dari tanah besar cina yang tiada tanda halal yang entah apa bahan-bahan yang digunakan khususnya pada pelbagai  coklat, gula-gula dan manisan dan dijual pula dengan harga sangat berpatutan. Ia dijual begitu berleluasa dan menjadi mamahan dan kunyahan ‘kegembiraan’ anak-anak kita termasuk di sekolah agama, pusat tahfiz, sekolah pondok, tadika Pasti atau bukan Pasti dan lain-lain  lagi.  Saya menyaksikan sendiri. 
Tentulah mereka yakin pad kehalalan walau tak toyyib dan mungkin tiada keberkatan. Tentu mereka juga rasa tidak ada unsur syubhat dan meragukan. Kalau tak, takkan mereka tergamak untuk menjualnya.
Persoalan;- apa ukuran agama sebenar-benarnya secara ilmiah dan amalan praktikal pada isu ini?
Kita lihat bagaimana tema promosi bank islam iaitu ‘mencari yang halal itu fardu’. Juga ada  ilmuan yang menekan kepada memastikan logo halal jakim atau yang diiktiraf  dan mengandungi no siri sebagai satu syarat tugasan orang Islam dalam melepaskan tanggungjawab mencari dan memastikan yang halal. Saya masih ingat lagi, lama dahulu, ceramah ust Shamsuri betapa perlu (wajib?) kita bertanya mee yang digoreng di kedai makan itu? Kalau dia ambil mee cina sebab tahan lama, nanti agak-agak boleh tahan lama dalam neraka. Begitulah, antara ingat dan tak diingat? Fikirkanlah apa maksud sebenarnya? Sebaliknya ada ilmuan lain pula mengatakan selagi mana pada luaran yang terlihat adalah halal, maka halallah. Buat apa nak pergi sampai ke dapur. Ada contoh hadith-hadith diberikan yang  boleh dijadikan kes bandingan @ kiasan contoh keadaan.
Inilah sebahagan contoh perbezaan pandangan yang perlu diperbahaskan kembali dan didatang rumusan panduan terbaik dan difahami. 
Tolonglah wahai ustazah pilihan atau ustazah solehah termasuklah yang semanis kurma atau geng pencetus ummah sekalipun merasakan diri daie bukan mufti, juga imam-imam muda atau lebih baik yang menggelarkan diri mereka grup ulama muda –selagi mereka tidak terpaksa letak jawatan bila dah tua, atau panel-panel Tanyalah ustaz, tidak kisah lah jika ada ustaz-ustaz itu yang menjadi ikon produk sunnah dari kurma, buah tin, zaitun yang dijampi  yang dapat bantu membersihkan hati (tetapi macammana nak bersih - takkan nak makan ini sahaja kerana malangnya kami terpaksa makan juga produk tak sunnah? seperti nasi, cekodok, ayam,  biskut, mee tiaw, mee goreng, perut tahu, bebola-bebola daging, ikan dan bla-bla-bla hingga kepada pelbagai jajan, coklat, gula-gula dan sebagainya) atau kami minta masa 10 minit sahaja daripada Ustaz Don daripada 30 minit masanya untuk menjelaskan isu ini sebagaimana sebahagian masa itu pernah diguna untuk menjawab isu kontraversi dan sensasi melibatkan diri sedangkan ini isu sensasi dan kontroversi melibatkan ummah ini.
Perjelaskan kepada kami sejelas Kristal …  panduan yang berkesan dan praktikal.
 Agak-agaknya tanpa kita sedari berapa banyak bahan haram, syubhah yang masuk ke perut anak-anak orang Islam? lihat tingkatan ketakutan di bawah:-

1. bayangkanlah betapa banyak pelbagai makanan yang dibuat oleh bukan Islam.
2. bayangkanlah betapa banyak pelbagai makanan yang dibuat dan dan dijual oleh orang islam yang bahan mentahnya dibuat oleh bukan Islam
3. bayangkan berapa ramai orang bukan Islam yang benar-benar faham halal dan haram dan diantaranya pula berapa ramai pula yang melaksanakan dan mematuhinya
4. bayangkan betapa banyak pelbagai makanan yang dijual tanpa cop tanda halal sebahagian produk tempatan sebahagian produk negara cina atau luar negara
5. bayangkan betapa banyak produk yang ada cop halal tanpa no siri, atau cop halal buatan sendiri, iaitu cop halal yang di cop sendiri
6. betapa banyak cop halal yang sah bernombor siri -tapi tidak pernah ditelefon dan disahkan -yang jika ditelefon - tarikh sah halalnya dah berakhir - cop halal luput tarikh
7. bagaimana coklat yang dapat cop halal yang bernombor siri yang sahih tapi ada BABI atau sebahagian dari gen BABI . Jika begini, apa jaminan produk cop halal sah yang lain.
8- bayangkan pula cara pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa agama melayani syarikat 2 pengkhianat itu. Adakah anda puashati bahawa ia dibuat kerana menegakkan syariat Allah dan kepentingan ummah 'without fear and favour'?

Justeru, sudah tiba masanya kita ambil langkah berhati-hati lebih tinggi menepati nasihat baginda nabi (saw)- yang sebahagiannya yang saya ingat dan tak ingat iaitu ‘tinggalkan apa yang meragukan ...kepada yang tidak meragukan’
  -sementara menunggu jawapan panduan dan bimbingan terbaik dan praktikal daripada ilmuan-ilmuan agama kita.
 Dan Allah jua yang maha mengetahui.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Posted on Tuesday, May 27 @ 20:13:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 Mohon pencerahan.. Ais Krim MAGNUM dengan E471
Posted on Tuesday, May 27 @ 20:10:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan.

Tolong bagi pencerahan HALAL Jakim atau tak?

KIDE PICTURE TO YOU
http://kide-picture2u.blogspot.com/



Bersatu Memboikot Produk Kraft Foods
Posted on Tuesday, May 27 @ 17:20:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Umat Islam Malaysia haru bersatu untuk memboikot produk daripada Syarikat Kraft Foods bagi memberikan pengajaran agar sesentiviti umat Islam dijaga dan pihat pengurusan sepatutnya meminta maaf bukan sekadar menarik produk yang tercemar.

Sikap kurang ajar ini perlu diajar dengan memboikot agar selepas ini umat Islam tidak mudah dipermainkan dalam soal makanan yang bersih dan suci.

Dengan kejadian ini SIJIL HALAL JAKIM juga tidak menjamin makanan kita tidak tercemar dengan DNA BABI!!

BOIKOT demi agama dan kesucian umat kita!!

KIDE PICTURE TO U
http://kide-picture2u.blogspot.com


  Isu coklat Cadbury, hanya “Tip of the ice berg”
Posted on Tuesday, May 27 @ 17:12:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



" Isu DNA babi jangan jadi isu hangat-hangat tahi ayam. Isu DNA babi dalam coklat Cadbury hanyalah “Tip of the ice berg” , bermaksud mungkin masih ada banyak lagi makanan lain, syarikat lain yang tercemar dengan DNA babi.

Kementerian Kesihatan dan JAKIM perlu mendapatkan laporan penuh dari Cadbury apakah bahan DNA babi tersebut. Sekiranya bahan DNA babi tersebut telah dikenal pasti, periksa makanan lain bukan sahaja di kilang Cadbury yang menggunakan bahan tersebut.

Contoh, jika bahan tersebut ialah pengawet, siasat adakah kilang yang mengeluarkan pengawet tersebut ada sijil halal, kalau ada, perkara ini akan berlanjutan dan perlu di siasat untuk mempastikan adakah kilang bahan pengawet tersebut ada mengedarkan produknya ke industri makanan atau perubatan yang lain.

Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk menyiasat isu DNA babi ini yang melibatkan semua kepakaran.

InsyaAllah, saya menawarkan diri untuk membuat “traceability” terhadap DNA babi ini dan saya percaya ramai professional di luar sana akan menawar diri secara percuma demi kepentingan umat Islam di Malaysia ini.


"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Tuesday, May 27 @ 17:12:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 MESIRKINI : Penyembelih menang 99.999%
Posted on Tuesday, May 27 @ 20:14:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



" MESIRKINI : Penyembelih menang 99.999%



Jika Penyembelih As Sisi boleh membunuh ribuan rakyat Mesir dengan sokongan Mufti Mesir Dr Ali Jumaah,tentunya "mencipta" angka-angka undian untuk begitu mudah.

Seperti Regim Mubarak sebelumnya,As Sisi tentunya bakal mengisytiharkan kemenangannya dalam Pilihanraya Presiden 26-27 Mei dengan 99.999 % undi yang "diraih" dari rakyat Mesir"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Tuesday, May 27 @ 20:14:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Nak membodohkan Umat Islam, Nak selamat syarikat, Menteri Kesihatan jadi penipu!
Posted on Tuesday, May 27 @ 17:02:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila maklumat tentang produk mengandungi DNA babi ini tersebar di media sosial.

Menteri Kesihatan Datuk S Subramaniam sebelum ini yang dikenali sebagai anti-Islam yang menghina umat Islam dalam isu hudud cuba menipu bagi membela syarikat besar Kraft Foods daripada kerugian.

Kenyataan kononnya kemungkinan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat Cadbury, disebabkan pencemaran sepanjang rantaian proses pembuatan coklat berkenaan.

Sebagai Umat Islam kita tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini apatah lagi tidak ada satu pun kenyataan minta maaf daripada syarikat berkenaan sekadar kononnya menarik balik produk yang tercemar.

Kraft Foods sekarang dalam promosi untuk menurunkan harga produk lain bagi mengelakkan kerugian atas tindakam umat Islam Malaysia. Oleh itu jangan jadi BODOH terperdaya dan membeli produk Kraft Foods.




TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

 Kenapa perlu tunggu ADUN untuk periksa lampu jalan?
Posted on Tuesday, May 27 @ 15:57:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"Cara politik orang Melayu perlu berubah kalau hendak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain. Periksa lampu jalan tak perlu tunggu ADUN turun padang. Ada masalah sikit mengadu pada ADUN, mengadu pada YB. Kita rakyat biasa yang prihatin sepatutnya boleh buat, apa lagi JKKK, Ketua Kampung dan seterusnya.

Mudah saja. Perhatikan lampu jalan sekeliling kita yang tidak berfungsi. Ambil nombor tiang pada lampu jalan tersebut. Telefon TNB di talian 15454, nyatakan nombor tiang dan alamat lampu jalan tidak berfungsi. InsyaALLAH, TNB akan baiki dalam tempoh 48 jam.

Begitu juga mereka yang perlukan bantuan JKM atau Baitul Mal. Kita boleh tolong semak status bantuan mereka secara online. Cetak keputusan permohonan dan serahkan kepada pemohon supaya mereka tidak tertunggu-tunggu keputusan JKM tersebut.

Kalau permohonan mereka ditolak, kita boleh buat aduan terus ke laman web JKM atau melalui Sistem Pengaduan Awam SPANS di http://spans.gov.my/

Ayuh, kalau kita boleh membantu, boleh membuat perubahan dan kita mampu, bantulah, sebelum ALLAH tarik nikmat mata, nikmat telinga, nikmat tangan dan sebagainya daripada kita. Tak perlulah kita kata ini kerja YB, kerja ADUN, kerja Ahli Parlimen, kerja Imam, kerja Siak, kerja Menteri.

ADUN TURUN PADANG PERIKSA LAMPU JALAN

JELEBU 17 April 2014 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat mengambil pendekatan turun padang waktu malam ke sekitar taman perumahan bagi mengenal pasti lampu jalan yang tidak berfungsi dan keperluan pemasangan lampu baharu.

Katanya, program berjalan malam itu bertujuan selari dengan dasar pencahayaan yang ditetapkan kerajaan negeri dalam usaha menambah bilangan lampu mengikut keperluan selain menyelenggara lampu yang rosak.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Tuesday, May 27 @ 15:57:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

 Pelaksanaan Hudud Di Brunei Antara Sebab Nina Iskandar Bertudung
Posted on Tuesday, May 27 @ 11:36:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PETALING JAYA: Pelakon baharu, Nina Iskandar mengakui antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati undang-undang terbaharu negara asalnya, Brunei Darussalam yang secara rasmi melaksanakan hukum hudud.


Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.

"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.



"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya.




Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal Mei mengumumkan baginda akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud biarpun mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa.


Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.

Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga. Dalam pada itu, Nina berkata, perubahannya itu tidak dirancang, sebaliknya perasaan untuk menutup aurat datang secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu.
Jelas Nina lagi, sebelum itu dia sering mencuba mengenakan hijab sekiranya keluar bersama rakan-rakan dan berasa selesa dengan imej berkenaan.
"Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.
"Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," ujarnya.
Sementara itu, Nina berkata, pihak pengurusannya di Malaysia iaitu  Metrowealth International Group (MIG) juga tiada halangan untuk dia mengenakan tudung dan gembira dengan perubahannya itu.
Dalam perkembangan lain, Nina yang mengakui bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan pada Ogos depan memberitahu masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan mereka kerana masih terlalu awal.
Malah kata Nina, mereka juga belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan untuk hari bahagia itu nanti.


 

 

 

 

pinjaman Deepak belakangi keputusan lembaga pengarah, kata Sabbaruddin Chik

OLEH MD IZWAN
May 27, 2014
Latest Update: May 27, 2014 04:26 pm
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata keputusan memberikan penyelesaian pinjaman menerusi cek 'post-dated' kepada VIP ditolak oleh lembaga pengarah sebelum campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut. – Gambar fail.Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata keputusan memberikan penyelesaian pinjaman menerusi cek 'post-dated' kepada VIP ditolak oleh lembaga pengarah sebelum campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut. – Gambar fail.Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik menjelaskan keputusan memberikan penyelesaian pinjaman menerusi cek "post-dated" kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang didedahkan semalam membelakangi keputusan awal yang dibuat oleh lembaga pengarah.
Sabbaruddin berkata pada awalnya lembaga pengarah menolak cadangan tersebut tetapi kemudiaannya terpaksa akur susulan campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut.
"Cuma saya hendak terangkan sekali lagi, yang tidak bersetuju itu bukan saya tapi yang tidak bersetuju adalah keputusan keseluruhan oleh lembaga pengarah, bukan saya tidak bersetuju," kata Sabbaruddin kepada The Malaysian Insider hari ini.
Menurut Sabbarudin, lembaga pengarah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai hutang yang belum dilangsaikan oleh Deepak.
Dalam mesyuarat itu, lembaga pengarah sebulat suara menolak kaedah penyelesaian mudah kepada Deepak.
"Mereka (Bank Rakyat) kena jelaskan, bagaimana fungsi kaedah sedemikian kerana si penghutang membayar jumlah yang dipinjamnya sama dengan jumlah asalnya yang dipinjam," katanya.
Dalam pendedahan The Malaysian Insider semalam, Sabbaruddin mendakwa Deepak diberikan kelonggaran menyelesaikan baki hutangnya bernilai RM32 juta menerusi 120 keping cek "post-dated" untuk tempoh 10 tahun.
"Kalau bayar 120 post-dated cek selama 10 tahun, belum pernah ada individu berhutang buat sedemikian," kata Sabbaruddin.
Kaedah pembayaran cek "post-dated" bermakna bank hanya boleh menunaikan cek tersebut pada tarikh yang tertulis di atas cek dan wang akan ditolak daripada akaun penghutang.
Semalam, Sabbaruddin mendedahkan Deepak menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Sabaruddin mendedahkan Deepak bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.
Malah, beliau juga mendakwa kontraknya tidak disambung berpunca daripada keengganan memberikan kaedah penyelesaian mudah pada awalnya.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan semalam tidak menafikan mengenai dakwaan bekas pengerusinya tersebut, tetapi menegaskan mereka tidak mengenakan faedah kepada pelanggan memandangkan mereka menggunakan sistem perbankan Islam.
Dalam pada itu, Bank Rakyat juga menafikan menamatkan kontrak Sabbaruddin sebaliknya menjelaskan khidmatnya tidak disambung kerana kontrak luput.
Deepak pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd, dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 27 Mei, 2014.
Mana ada tipu.. cuma tangguh projek duit sebat sikit
Satu projek yang sama...
Pertama kali diumumkan dan diluluskan pada 2007 dengan nilai projek sekitar RM3BILLLION... SEMALAM TPM MENGUMUMKAN PROJEK YANG SAMA DENGAN HARGA RM5BILLION... PERSOALANNYA KEMANA WANG RM3BILLION ITU..??
PEMIMPIN LUPA RAKYAT TAK LUPA... WAYANG BERHARGA RM8BILLION INI HANYA SATU JALAN UNTUK SAPU BERSIH WANG RAKYAT..
Like · ·


 

Apa yg pelik kat tin minuman haram ni???
Inilah Malaysia sebuah negara Islam...
# like & share
MENTERI AGAMA MALAYSIA......MANA ADA MARUAH....
Menteri agama Indonesia letak jawatan atas TUDUHAN... belum terbukti da skandal..
Di malangsia.. menteri agama sapu duit zakat terbukti ..relek jee.. siap besarkan rumah..
Koh koh koh..
This is shit!!!

Tiada ulasan: