Isnin, 12 Mei 2014

HARI NI LETAK JAWATAN....AKAN TAK TAHU BILA....SEMUA ORANG BEGITU DILETAKAN JAWTAN SEBAGAI MAKHLUK PENGHUNI BUMI/MATILAH

Monday, May 12, 2014


Sah! Ahmad Said letak jawatan MB Terengganu


Datuk Seri Ahmad Said hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ahmad Said dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu hari ini, sementara penggantinya dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu malam ini. 

Tengku Adnan yang mengesahkan mengenai perletakan jawatan Ahmad Said itu berkata, beliau berada di negeri itu untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Terengganu berhubung perkara tersebut.

"Memang Ahmad Said meletak jawatan. Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ADUN akur dengan keputusan Presiden parti," katanya di sini hari ini lapor Utusan

Sementara itu The Star Online menamakan ADUN Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dijangka dilantik sebagai MB yang baru..

Terengganu to have new MB, swearing in tonight, says Ku Nan 
KUALA TERENGGANU: Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said has stepped down and his successor will be sworn-in on Monday night, said Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 
The Barisan secretary-general said that the swearing-in ceremony is expected to take place after 8pm Monday night at the Istana Syarqiyyah here. 
Tengku Adnan did not name Ahmad Said's successor, but Seberang Takir assemblyman Datuk Abdul Razif Abdul Rahman has been widely tipped to assume the post. 
Ahmad Said, a two-term Terengganu MB, was said to have handed his resignation letter to the Sultan of Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin on Monday. 
This confirms speculation that Ahmad Said would be replaced, following a supposed agreement with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that he would stay on for only a year after Barisan almost lost the state in the 13th general election last year. 
Najib had allegedly given Ahmad a one-year grace period after the elections because he wanted the Terengganu leader to have a "soft landing". 
Barisan won 17 state assembly seats against Pakatan Rakyat's 15, and managed to win half of the eight Parliamentary seats in the state. 
Abdul Razif, 49, is also a state executive councillor for Science and Technology, Environment, Energy, Green Technology and Water.

Hairan jugak aku.. bila dikhabarkan MB Selangor nak ditukarkan, riuh rendah macai mengutuk PKR/PR.. tapi bila MB Terengganu ni ditukar semua buat tak nampak pulak..

 Ahmad Said letak jawatan, pengganti angkat sumpah malam ini
Posted on Monday, May 12 @ 18:52:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sah meletak jawatan dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, majlis mengangkat sumpah dijangka berlangsung pada kira-kira jam 8 malam ini di Istana Syarqiyyah di sini.

Tengku Adnan tidak menamakan pengganti Ahmad Said.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman disebut-sebut sebagai pengganti menteri besar.

Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu.

BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu.-bh

sumber


  Mohon Pencerahan Apa Maksud Ucapan Dari Presiden Umno Datuk Seri Haji Najib
Posted on Monday, May 12 @ 19:00:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Gua mohon kepada lu orang tolong bagi PENCERAHAN apakah Maksud yang TERSIRAT didalam Ucapan Presiden Umno merangkap Ulul Amri Umno Datuk Seri Haji Najib pada Sambutan Majlis Harijadi Umno Ke-68, selepas Majlis TAHLIL untuk Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Kalau ada yang tak sama itu gua yang Tokok Tambah namun INTI PATI bagi menarik Golongan INTELEK serta CENDEKIAWAN menyertai Umno adalah ISU nya, bukan nya apa beb kadang-kadang lain yang gua TAFSIRKAN sebenarnya lain yang Pemimpin Umno serta Ahli Umno Maksudkan.

Jadi atas sebab itu gua Mohon lu orang bagi tahu gua apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Haji Najib dalam Ucapan beliau, apakah Maksud dari Ucapan beliau tersebut selepas DITOLAK dan DICAMPOR ianya adalah LEBIH KURANG saja dengan Kata-Kata dari Tun Mahathir.

Bagi Mengelakan gua Tersalah Tafsir serta Tersalah Anggapan maka gua mohonn lah JASA BAIK lu orang untuk memberi tahu gua apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Ulul Amri Umno Dalam Ucapan beliau tersebut, bak kata Orang DOLU-DOLU "Kalau Tak Tahu Bertanya, jangan Bodoh Berlagak Pandai".

Kalau betul-betul Tak lah Bodoh Sangat seperti Ahmad Maslan 3.85 pointer tak apa beb, ini gua Usahkan 3.85 pointer untuk FOUR FLAT pun jauh sekali... kah kah kah... jangan Marah Ahmad Maslan serta Penyokong-Penyokong Ahmad Maslan kerana menyebut nama lu dalam tulisan ini... kah kah kah !. sumber klik sini

hemmmmm..... apa-apa pun selamat harijadi umno dan terima kasih diatas jasa-jasa selama ini terhadap orang melayu, agama islam dan negara malaysia. jika tak ada umno mungking gua yang dilahirkan sebagai melayu masih lagi duduk atas pokok... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Monday, May 12 @ 19:00:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Raja boleh dilucut takhta jika langgar hudud - Abdul Aziz Bari
Posted on Monday, May 12 @ 18:57:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa hudud juga boleh dilaksana ke atas sultan dan raja-raja Melayu, malah golongan itu boleh dilucutkan takhta sekiranya tidak mematuhi undang-undang Islam atau melakukan dosa besar.

Katanya, perkara itu dinyatakan secara tersirat dalam perlembagaan persekutuan dan ada di antara butirannya itu dinyatakan dalam perlembagaan negeri masing-masing.

“Sultan boleh dilucut takhta sekiranya mereka melakukan tindakan yang dianggap sebagai uzur sharie, yang mendedahkan kelemahan peribadi mereka, dari sudut pandangan Islam.

“Faktor ini juga penting untuk menentukan sama ada pewaris takhtanya boleh dilantik sebagai sultan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, majlis perajaan di setiap negeri bagaimanapun terlepas pandang peruntukan tersebut, yang menimbulkan masalah pada hari ini.

Keadaan ini menyebabkan kemunculan pemerintah yang personalitinya tidak mengikut tatasusila moral Islam yang tegas.

Abdul Aziz bersetuju dengan pandangan oleh anggota exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya yang berkata hudud boleh dilaksana ke atas sultan dan raja Melayu.

Fathul berpendapat, perlembagaan persekutuan tiada peruntukan yang menghalang perkara itu.

“Sebagai ketua agama Islam, tidak perlu dinyatakan lagi bahawa sultan pertama sekali tertakluk kepada undang-undang Islam.

“Ini bermakna tertakluk kepada hudud. Oleh itu sultan tidak boleh melakukan dosa besar termasuk berzina, mencuri dan minum arak,” katanya kepada Malaysiakini.

Pakar perlembagaan itu juga berkata, perlembagaan persekutuan memansuhkan kekebalan raja-raja dan mereka tertakluk kepada undang-undang sivil, ekoran pindaan pada tahun 1993 ke atas Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan.

“Perlu dilihat bahawa keistimewaan kekebalan atau dikecualikan dari prosiding perundangan agak terasing dari fahaman mengenai kesamarataan dalam Islam.

“Dari sudut pandangan ini, mahkamah khas itu satu anomali kerana ia meletakkan sembilan raja-raja melebihi undang-undang, kononnya."

sumber


  6:57PM - 12 May 2014

ADUN Chenderiang dilantik ke jawatan Exco


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon hari ini dilantik sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak yang baharu.

Dr Mah, 49, yang merupakan Pengerusi MCA Perak, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr  Zambry Abdul Kadir.

Selain itu, sembilan anggota Exco lain yang dikekalkan turut mengangkat sumpah dengan diketuai Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan) serta disusuli Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik) dan Datuk Rusnah Kassim (Behrang).

Datuk Samsudin Abu Hassan (Ayer Kuning), Datuk Mohd Nizar Zakaria (Belanja), Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi (Tualang Sekah), Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria (Batu Kurau) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup) turut mengangkat sumpah jawatan.

Dr Mah pernah dilantik sebagai Exco pada 10 Feb 2009 iaitu ketika BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada pimpinan Pakatan DAP-PKR-PAS.

Walaupun memenangi kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lepas, kerajaan negeri Perak pimpinan Zambry menghormati keputusan MCA sebelum ini yang menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapaian 'layu' parti itu pada pilihan raya umum itu.

Pada Februari lepas, MCA mengumumkan kesediaannya untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat.

Sejurus selepas PRU13, Zambry hanya melantik sembilan orang Exco berbanding amalan biasa 10 orang, dengan memperuntuk satu kekosongan itu untuk wakil BN daripada MCA sekaligus.

Ketika ditemui pemberita, Dr Mah yang juga pakar kardiaologi berkata pelantikan sebagai Exco kerajaan negeri selepas setahun menjadi Adun merupakan peluang buatnya  untuk memberi lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat dengan sebaik-baiknya.

Mengenai portfolionya, Dr Mah berkata perkara itu akan diumumkan oleh Zambry dan beliau akan memberikan khidmat terbaiknya.

Pada PRU13, beliau meraih 10,866 undi menewaskan calon PKR Amani Williams-Hunt Abdullah yang mendapat 6,099 undi dengan majoriti 4,767 undi.

Kerusi DUN Chenderiang merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi komponen BN di Perak selain Umno.

- Bernama


BUMBUNG SMK SERI NILAM, KUALA TERENGGANU RUNTUH.
http://omakkau.blogspot.com/2014/05/bumbung-smk-seri-nilam-kuala-terengganu.html

Monday, 12 May 2014


BUMBUNG SMK SERI NILAM, KUALA TERENGGANU RUNTUH.



Omak Kau mendapat kiriman gambar menyatakan SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu runtuh sebentar tadi.

Dikhabarkan tiada kematian dan kecederaan .. Kerugian masih belum ditafsir lagi.

SMK Seri Nilam, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kubang Tangga, Kuala Terengganu, Malaysia.

Tukang Urut Dedah Rahsia Cara Elak Ditahan Dari Pihak Berkuasa


Jangan ada kondom atau membawanya dalam beg tangan jika mahu selamat dalam sebarang operasi penguatkuasaan. Itu antara tips yang dipraktikkan kebanyakan tukang urut untuk mengelakkan diri mereka dikenakan tindakan lebih tegas pihak berkuasa. 

Tukang urut akan meminta kondom daripada kaunter jika pelanggan mereka mahukan perkhidmatan seks atau menyuruh pelanggan tetap membawa sendiri alat perlindungan seks itu. 


Seorang tukang urut di sebuah hotel terkemuka di Lembah Klang yang dikenali sebagai Zura, berkata memang ada operasi pihak berkuasa di spa itu tetapi tindakan tegas hanya dikenakan jika ada terjumpa kondom dalam bilik urut. 
Tukang Urut Dedah Rahsia Cara Elak Ditahan Dari Pihak Berkuasa
Tukang Urut Dedah Rahsia Cara Elak Ditahan Dari Pihak Berkuasa


“Jika tidak ada kondom, tak ada masalah. Paling tidak pun sekadar tahan sekejap dan ambil nama sebelum dilepaskan semula. Kami di sini pernah kena tangkap tapi dilepaskan dan boleh kerja semula. 

“Lesen pusat urut ini tak dibatalkan pun. Jangan risau, tak ada masalah. Penguat kuasa hanya kacau jika ada pelacur warga asing. Di sini, semua orang tempatan,” katanya. 
Sumber : Bharian

Kuala Lumpur banjir kilat lagi

Written By canang on Isnin, 12 Mei 2014 | 5/12/2014 07:25:00 PTG

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur susulan hujan lebat bermula sekitar jam 2.30 petang tadi.

Paras air meningkat di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Semantan, lapor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Sistem Maklumat Bersepadu Pengangkutan (ITIS) milik mereka.

"3.40 petang - Laporan banjir di LRT berhampiran terowong Chan Saw Lin. Trafik ditutup kedua-dua hala. Berhati-hati," lapor akaun Twitter ITIS (@ITISDBKL).

Terkini, akaun sama melaporkan aliran trafik di sekitar pusat bandar sudah mula sesak.

"4.30 petang - Trafik di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergerak secara sesak dan perlahan di beberapa lokasi terjejas oleh bencana alam. Berhati-hati," lapor akaun itu.

Pengguna akaun Twitter turut berkongsi beberapa gambar dan maklumat tentang paras air yang meningkat di JalanMahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng.

Sebahagian gambar memaparkan paras air meningkat lebih 30 sentimeter dengan hujan berterusan, menyebabkan kerisauan tentang kemungkinan jalan raya sesak selepas waktu pejabat bermula jam 5 petang.

Tiada ulasan: