Rabu, 28 Mei 2014

YANG TINGGAL BUKANNYA GIGI DAN GUSI SAJA TAPI 'PERASAN' AJE YANG TINGGAL....SOKONGAN KIAN MEROSOT SEBAB SENDIRI BUAT TAIK/TAHI....SENDIRI KENCINGKAN KERANA DULUKAN PERIBADI/KRONI/KELUARGA

Teluk Intan: Muhyiddin yang terdesak, bukan PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS tidak terdesak seperti mana yang diperkatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, ujar beliau Muhyiddin yang berada dalam keadaan terdesak untuk mencari sokongan pengundi Melayu apabila melihat PAS memberi sokongan penuh kepada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

"PAS nak terdesak buat apa, bukan PAS yang bertanding, kalau kita yang bertanding baru boleh anggap kita terdesak," jelasnya kepada Harakahdaily.

Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata PAS menyokong kempen calon DAP adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud.

"Kita sokong DAP atas prinsip tertentu seperti menentang rasuah, membela hak rakyat serta melawan penyelewengan.

"Seperti mana pesanan Presiden PAS, kita sokong atas dasar perjuangan Pakatan Rakyat, kita bekerjasama kerana banyak persamaan antara pendirian PAS dan DAP," jelas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat bahawa Muhyiddin sendiri keliru dengan beranggapan PAS yang bertanding di Teluk Intan.

"Sebab yang bertanding itu dari calon Melayu, mungkin Muhyiddin kabur ingatan bahawa PAS yang bertanding," katanya. - HARAKAHDAILY 28/5/2014

Rogol: Annuar persoal bagaimana laporan polis tersebar

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan bagaimana laporan polis secara terperinci mengenai kes rogol pelajar bawah umur tersebar.

Beliau yang menulis menerusi facebooknya menyatakan pihak polis dan lain-lain hendaklah melindungi identiti mangsa kerana masih di bawah umur.

Kes pelajar perempuan berusia 14 tahun lapan bulan yang mendakwa dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh mendapat perhatian media dan laman sosial sejak semalam.

Menulis sebelum itu, beliau yang berada di luar negara terkejut dengan laporan berita sebuah stesen tv swasta jam 8.00 malam mengenai kejadian itu. - HARAKAHDAILY 28/5/2014

Jamal Abdillah belum cukup ramaikan orang datang kempen BN

http://tikaqbuloh.blogspot.com | .
 " Penangan Jamal Abdillah Belum Cukup Untuk Meramaikan Orang Datang Dalam Kempen UMNO BN "
Panggil Jamal Abdillah pun banyak ini saja orang datang sokong ???. Sebenarnya bukan orang tak suka Jamal Abdillah tetapi bila ia melibatkan BN, rakyat Teluk Intan pun sudah muak dan tolak UMNO BN.
Ini kalau dalam perkiraan orang-orang UMNO ribu-ribu nih kah kah kah kah. Yang datang pun makcik dan pakcik-pakcik UMNO je, yang muda remaja semua sokong Dyana Sofya.
Tak pasal-pasal Jamal dapat malu padahal kalau dia buat persembahan selalunya dewan akan penuh. Tapi kali ini orang pun meluat nak pergi tengok pasal BN yang panggil atas tujuan kempen.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Kalah Piala Thomas sebab Khairy bodoh, kata Raja Bomoh (video)

http://darisungaiderhaka.blogspot.com | .

Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

“Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)” ujar Ibrahim.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

DNA babi: Cadangan bakar kilang keterlaluan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Sebagai sebuah pertubuhan dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) begitu prihatin dengan penemuan ramuan yang berunsurkan babi pada produk Cadbury.

“Abim berpendirian satu tindakan yang tegas di sisi undang-undang perlu dikenakan terhadap syarikat berkenaan,” ujar presidennya, Amidi Abd Manan.

Begitu juga, katanya dengan prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang perlu diperbaiki.

Namun, kata beliau Abim memandang berat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (BBK) berhubung kes ini.

“Kenyataan yang dipenuhi emosi dan terkeluar dari batasan rasional amat memalukan umat Islam.

“Cadangan untuk membakar kilang, tukar darah dan sebagainya adalah cadangan yang keterlaluan,” ujarnya lagi.

Begitu juga, tambanya jika ada yang mengaitkan dari sudut kepayahan untuk mendidik dan mendapat hidayah lantaran kononnya jasad telah dicemari makanan yang haram.

“Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam,” katanya.

Amidi menjelaskan, Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi.

Kata beliau, kenyataan seperti itu boleh membawa imej yang negatif kepada agama Islam.

Menurutnya lagi, ada yang mahu menyamak usus sendiri jelas terkeluar dari tuntutan syariat Islamiah.

“Umat Islam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegini bagi menggambarkan kemarahan apatah lagi Islam sendiri telah pun ada penyelesaiannya yang jauh terhormat dan penuh hikmah,” katanya. - HARAKAHDAILY 27/5/2014

RM70 juta untuk dua ekor panda, bantuan OKU dihenti

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) menyelar keputusan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak yang menamatkan bantuan bulanan JKM  terhadap seorang orang kelainan upaya (OKU) di Teluk Intan.

Mangsa bernama Sabri Ahmad dari alamat 37, Kampung Banjar, Teluk Intan  menerima notis penamatan bantuan tersebut bermula bulan Jun 2014 atas alasan yang tidak jelas iaitu kerana beliau tidak bekerja.

Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata apa yang mengecewakan kerana beliau adalah seorang OKU sejak dahulu dan tidak ada sebab untuk beliau dihentikan dari menerima bantuan bulanan JKM.

“Beliau tidak menerima sumbangan dan bantuan mana-mana pihak yang lain malah tidak bekerja, lebih menyedihkan adalah beliau mempunyai enam orang adik beradik down sindrom.

“Ibu dan bapanya yang sudah lanjut usia yang menanggungnya selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam keadaan Sabri sendiri OKU, tidak bekerja dan tidak mendapat bantuan JKM, bagaimana keluarganya mampu membiayai keperluan hidup adik beradiknya yang juga dikategorikan sebagai OKU.

Justeru, ujar beliau PPM merasa kesal dengan sikap pilih kasih 'double standard' JKM dan kerajaan Malaysia dalam mengagihkan sumbangan dan bantuan terhadap rakyat susah yang memerlukan.

“Dalam keadaan kerajaan berbelanja besar RM70 juta untuk dua ekor panda, apakah salah untuk rakyat terutama mereka yang susah mendapat manfaat dari kemudahan kerajaan untuk keperluan mereka,” katanya lagi.

Sepatutnya, ujar beliau insan seperti ini diberikan perhatian lebih dengan pelbagai kemudahan agar mereka mampu meneruskan hidup seperti insan sempurna yang lain.

“PPM dengan ini mendesak jawapan segera dari JKM Perak dan menuntut agar bantuan untuk penerima ini, Sabri Ahmad diteruskan seperti sedia kala,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/5/2014











Tutup kilang Cadbury, saran Imam Besar Masjid Negara

BERNAMA | .
KUALA TERENGGANU: Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya.
  
Beliau berkata tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal.
  
"Apa sahaja keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap syarikat itu akan kita sokong, asalkan ia tidak berulang pada depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mahabbah dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.
  
Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lalu yang mengesahkan dua sampel coklat keluaran Cadbury mempunyai DNA khinzir.
  
Mengulas lanjut, Syaikh Ismail juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berniat jahat dengan menjadikan makanan sebagai alat untuk menggugat akidah umat Islam.

Justeru, beliau menyeru umat Islam agar lebih berhati-hati dengan status makanan yang diambil kerana sikap sambil lewa terhadap perkara itu hanya memudaratkan umat Islam sendiri.
  
"Jika umat Islam memandang remeh perkara ini, ia sama sahaja seperti orang yang tidak beriman yang makan apa sahaja tanpa mengira halal haramnya sesuatu produk itu.
  
"Pada masa sama, kita mengharapkan pihak berkuasa terus memantau syarikat pengeluar makanan yang lain bagi mengelak perkara ini terjadi," katanya. - BERNAMA

Dyana jawab tuduhan menipu seb

Sheikh NAJIBIOL menasihatkan ayahandanya Tun Razak tentang Haramnya melulus serta membuka kilang arak Carslberg di Shah Alam...
‪#‎UMNOCELAKA‬
Like · ·
Abu Hashim Jalal added a new photo.
6 mins ·
Like · ·
Panggil penyanyi Jamal Abdillah pun untuk kempen BN di Teluk Intan...
maseh tidak ramai yang datang
Dua pelajar perempuan tingkatan 3 dirogol 38 lelaki di Ketereh Kelantan
Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.
Klik link ini untuk baca artikel penuh:
http://terbakor.com/2014/05/28/dua-pelajar-perempuan-tingkatan-3-dirogol-38-lelaki-di-ketereh-kelantan/
Dua pelajar perempuan tingkatan 3 dirogol 38 lelaki di Ketereh Kelantan Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki...
terbakor.com
Like · · · 

Dua pelajar perempuan tingkatan 3 dirogol 38 lelaki di Ketereh Kelantan

KEJAM, SADIS
KEJAM, SADIS

Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit. 

Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

agai peguam

MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Calon Pakatan Rakyat dari DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mendakwa bahawa beliau merupakan seorang peguam yang sah.

Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini, beliau turut membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.

"Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.

"Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam," jelasnya.

Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.

Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

 

Tiada ulasan: