Ibu pesan Dyana jaga diri, jangan tinggal solat
TELUK INTAN: Yammy Samat, ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sentiasa memberi pesanan kepada anaknya agar tidak meninggalkan solat setiap kali keluar berkempen.Ketika ditemui Harakahdaily, beliau memberitahu sebagai seorang ibu berasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan Pakatan Rakyat khususnya DAP untuk anaknya bertanding pada PRK kali ini.
"Sebagai mak rasa merasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap Dyana.
"Saya sentiasa menyokong apa juga pilihan yang dibuat oleh Dyana," jelas wanita berusia 51 tahun itu.
Jelas beliau lagi, walaupun mempunyai perbezaan politik tetapi tidak pernah membuang atau menghalang pilihan yang dibuat oleh anaknya itu.
"Saya beri kebebasan untuk beliau memilih, bila anak dan besar beliau bebas untuk memilih politik mana yang dia inginkan.
"Sebagai ibu kita tidak boleh menghalang dan kena hormat keputusan yang dibuat oleh anak, mereka ada hak," sambung Yammy yang pernah menjadi wanita pertama menjawat jawatan Setiausaha Umno Bahagian Ipoh Barat dari 1976 hingga 1980.
Dalam pada itu, beliau berkata walaupun ada tentangan daripada keluarga terdekat tetapi baginya itu merupakan perkara biasa.
"Dalam satu keluarga mesti ada yang menentang, itu biasa, kita tidak boleh nak melenting atau marah.
"Sebagai ibu saya akan sentiasa bersama Dyana sepanjang tempoh berkempen ini dan saya selalu menasihat beliau agar jaga diri dan sebelum keluar berkempen pastikan solat tidak ditinggalkan," katanya. - HARAKAHDAILY 19/5/2014
Kehilangan Ustaz Abdul Ghani sukar dicari ganti
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Kebangsaan Malayssia (HUKM) tengah hari tadi.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, PPM turut merasa sedih dan pilu dengan kehilangan sang murabbi ummah itu.
Katanya, PPM menyifatkan pemergian almarhum Ustaz Abdul Ghani ke rahmatullah adalah suatu kehilangan besar kepada perjuangan Islam di Malaysia khususnya PAS serta rakyat umumnya.
Beliau berkata, almarhum adalah pemimpin disegani oleh kawan dan lawan, malah seangkatan dengan pemimpin hebat PAS seperti Almarhum Ustaz Datuk Harun Taib, Almarhum Ustaz Yahya Othman, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Almarhum Datuk Fadzil Noor.
“Beliau adalah pemimpin terbilang, menjadi contoh melalui kepimpinan dan teladan yang ditunjukkan beliau terhadap generasi muda,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau menambah, pemergian Ustaz Abdul Ghani bererti hilangnya seorang lagi permata ummah, ulama dan pendakwah cekal kerana kehidupannya diabadikan buat perjuangan Islam bersama dengan PAS.
“Beliau tidak gentar diugut, ditohmah dan diambil tindakan, dimusuhi dan dijauhi. Wang ringgit, keringat dan masa ditaburinya tanpa kesal dan jemu.
“Tanpa pangkat dan kedudukan tinggi, tanpa penghormatan, sanjungan serta pujian tidak melemahkan perjuangannya. Baginya perjuangan Islam adalah segala-galanya tanpa mempedulikan risiko yang bakal ditanggungnya,” kata Suhaizan lagi.
Tambahnya, ilmu almarhum yang tinggi dicurahkan buat membimbing ummah yang mana masjid, markaz, surau dan segala agensi mampu dihadirinya tanpa letih dan alasan bagi menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.
Muridnya, kata beliau juga berjumlah ribuan orang dan merata ke pelosok negara serta berjaya dalam pelbagai bidang keilmuan.
“PPM mendoakan agar roh almarhum ditempatkan sebagai insan soleh dan diterima amalnya oleh Allah SWT. PPM berharap semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian berat ini,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/5/2014
Keceluparan Shahrizat guris hati wanita Umno
KUALA LUMPUR:
PAS Perak menyifatkan Umno BN terkejut dengan keputusan DAP mencalonkan
Dyana Sofya Mohd Daud yang merupakan seorang wanita muda apatah lagi
mempunyai kredibiliti untuk menjadi orang politik.
Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dyana bukan calang-calang orang yang boleh dipertikaikan kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik.
"Beliau adalah Setpol (setiausaha politik) Lim Kit Siang, sudah tentu ada pengalaman yang luas dalam selok-belok sejarah politik negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Bahkan katanya, mana-mana mereka yang pernah menjadi Setpol pemimpin politik kebanyakannya menjadi ahli parlimen.
"Ini menunjukkan Dyana cukup berjaya daripada profesion sebagai setiausaha kepada menjadi seorang ahli parlimen," katanya kepada Harakahdaily.
Pelbagai tohmahan yang dilemparkan Umno BN terhadap calon Pakatan Rakyat daripada DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya termasuklah kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatakan gadis itu telah menjadi alat DAP.
Jelas Nizar, kenyataan Shahrizat itu telah mengguris hati wanita-wanita Umno di Teluk Intan menyebabkan ada dakwaan mengatakan mereka akan boikot untuk keluar mengundi dalam pilihan raya kecil nanti.
"Celuparnya Shahrizat yang menghina Dyana, ramai wanita Umno di Changkat Jong terasa hati seolah-olah telah menghina anak Melayunya sendiri.
"Ramai wanita Umno kenal dengan ibu Dyana,” ujarnya yang juga Adun Changkat Jering. - HARAKAHDAILY 19/5/2014
Adapon wang pembayar cukai sebanyak RM250JUTA itu seharusnya digunakan untuk membela LEMBU DIKANDANG bukan BELA KELUARGA LEMBU DIKONDO...Ini adalah 1 pengkhianatan terhadap RAKYAT setelah wang itu disalah guna untuk bermewah-mewah...
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika ditemui Harakahdaily memberitahu pemilihan Dyana merupakan satu penghormatan kepada kaum wanita muda khususnya untuk mewakili suara rakyat di Teluk Intan.
"Kami dari Dewan Muslimat mengucapkan tahniah atas pemilihan Dyana sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat.
"Pencalonan Dyana merupakan satu pengiktirafan yang amat tinggi diberikan DAP kepada kaum wanita khususnya wanita muda untuk turut sama berjuang membawa suara rakyat," jelas beliau.
Menurutnya, PAS akan bergabung dengan Wanita PKR dan DAP bagi memastikan kemenangan kepada DAP pada 31 Mei nanti.
"Kita pastikan kemenangan untuk calon wanita, wanita-wanita dari Pakatan Rakyat akan bergabung untuk menyelaraskan gerak kerja kempen kali ini.
"Dyana mempunyai sikap profesional dan berkemampuan untuk membawa suara rakyat dan bakal menjadi harapan kepimpinan generasi akan datang," sambung beliau.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpendapat perbezaan pengalaman politik tidak menjadi masalah utama kepada Dyana.
"Dari sikap latar belakang dan ketabahan mak dia yang telah lama terlibat dalam politik, saya yakin Dyana akan menjadi pemimpinan wanita yang berwibawa dan membawa suara warga Teluk Intan.
"Walaupun umur muda ia berfikiran matang, sikap dan ketegasan prinsip yang ada sangat mengagumkan kami, dia tak seperti setengah anak muda lain yang mudah terpengaruh habuan, beliau sanggup bersama DAP untuk berjuang demi rakyat," tambah beliau lagi.
Zailah berkata, peluang yang diberikan itu seharusnya menjadi panduan kepada anak muda negara ini untuk terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam membela generasi akan datang. - HARAKAHDAILY 20/5/2014
Barisan
Nasional (BN) perlu mengkaji trend anak Melayu muda dan berpendidikan
tinggi menyertai parti DAP daripada terus menghentam calon Pakatan
Rakyat (PR) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud,
kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press.
Datuk A Kadir Jasin berkata, pemimpin BN sebaliknya perlu cermin diri dan menilai semula punca anak muda Melayu kini semakin tertarik menyertai DAP.
"Ketika penulis blog upahan dan tukang kempen BN sibuk menghabiskan masa memfitnah Dyana, mereka sepatutnya memahami kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kenapa Melayu terpelajar menyertai DAP?
"Daripada menutup kelemahan dengan menyalahkan orang lain, mereka perlu
nilai semula diri mereka dan tidak sepatutnya menghina rakyat," katanya
dalam tulisan di blognya hari ini.
Kadir tidak menolak kemungkinan wujudnya faktor daya tarikan kuat yang menyebabkan anak muda Melayu seperti Dyana yang mempunyai latar belakang keluarga Umno berminat menyertai DAP secara aktif.
"Sebelum ini bekas menteri Umno menyatakan program latihan DAP menarik minat ramai peserta Melayu muda dan kebanyakannya berpendidikan tinggi," katanya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memperkecilkan Dyana kerana tidak menyedari dirinya dijadikan boneka DAP semata-mata untuk berkuasa.
Dyana bagaimanapun menyelar kenyataan Shahrizat dan mengaitkannya sebagai contoh kegagalan Wanita Umno memartabatkan golongan wanita dalam politik.
Dyana yang menyertai DAP sejak 2011 menarik perhatian dunia politik tempatan selepas dinamakan sebagai calon DAP bagi PRK Teluk Intan ekoran kematian penyandang Seah Leong Peng pada 1 Mei kerana kanser.
Gadis berumur 27 tahun itu bakal menjadi wanita Melayu pertama memegang kerusi Parlimen DAP jika menang dalam pilihan raya kecil ini.
"Memiliki raut wajah yang muda dan cantik mungkin memberi kelebihan pada Dyana.
"Tetapi pasti ada sesuatu yang lebih daripada itu. Secara hakikatnya, pada saya tarikan utama adalah beliau sebagai perempuan muda Melayu mewakili parti pembangkang yang didominasi kaum Cina," katanya.
Wartawan veteran itu turut memuji Gerakan kerana tidak gentar berdepan dengan DAP di kerusi Teluk Intan, berbeza dengan tindakan MCA di Bukit Gelugor.
"Tahniah Gerakan kerana tidak lari daripada tanggungjawab dan tidak memalukan maruah sebagai parti komponen yang lama dalam BN.
"Encik Mah (Siew Keong), saya puji keberanian kamu. Itulah anak jantan. Tidak seperti MCA yang kuat merajuk, kamu tidak mengecewakan penyokong sendiri," katanya merujuk kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.
Mah pernah memenangi kerusi Teluk Intan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 naamun kalah dengan calon DAP, M Manogaran pada 2008 dengan beza 1,470 undi dan Seah pada 2008 dengan beza 7,313 undi. – 19 Mei, 2014.
Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dyana bukan calang-calang orang yang boleh dipertikaikan kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik.
"Beliau adalah Setpol (setiausaha politik) Lim Kit Siang, sudah tentu ada pengalaman yang luas dalam selok-belok sejarah politik negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Bahkan katanya, mana-mana mereka yang pernah menjadi Setpol pemimpin politik kebanyakannya menjadi ahli parlimen.
"Ini menunjukkan Dyana cukup berjaya daripada profesion sebagai setiausaha kepada menjadi seorang ahli parlimen," katanya kepada Harakahdaily.
Pelbagai tohmahan yang dilemparkan Umno BN terhadap calon Pakatan Rakyat daripada DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya termasuklah kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatakan gadis itu telah menjadi alat DAP.
Jelas Nizar, kenyataan Shahrizat itu telah mengguris hati wanita-wanita Umno di Teluk Intan menyebabkan ada dakwaan mengatakan mereka akan boikot untuk keluar mengundi dalam pilihan raya kecil nanti.
"Celuparnya Shahrizat yang menghina Dyana, ramai wanita Umno di Changkat Jong terasa hati seolah-olah telah menghina anak Melayunya sendiri.
"Ramai wanita Umno kenal dengan ibu Dyana,” ujarnya yang juga Adun Changkat Jering. - HARAKAHDAILY 19/5/2014
Adapon wang pembayar cukai sebanyak RM250JUTA itu seharusnya digunakan untuk membela LEMBU DIKANDANG bukan BELA KELUARGA LEMBU DIKONDO...Ini adalah 1 pengkhianatan terhadap RAKYAT setelah wang itu disalah guna untuk bermewah-mewah...
Tidak pula SEDAR DIRI MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...Jesteru itu jangan dibuat2 lupa, HUTANG KASI BAYAR LAA WEI!
Like✔---> www.facebook.com/TFcrewpages
#tfcrew
Like✔---> www.facebook.com/TFcrewpages
#tfcrew
Jasin Hebat with Sophia Marissa Lynn and 89 others
12 hrs ·
Berkorban untuk pemimpin
$$ menang sorak $$
$$ menang sorak $$
Wanita Pakatan bergabung pastikan Dyana menang
TELUK INTAN: Keputusan DAP meletakkan calon wanita bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan disambut baik Dewan Muslimat PAS.Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika ditemui Harakahdaily memberitahu pemilihan Dyana merupakan satu penghormatan kepada kaum wanita muda khususnya untuk mewakili suara rakyat di Teluk Intan.
"Kami dari Dewan Muslimat mengucapkan tahniah atas pemilihan Dyana sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat.
"Pencalonan Dyana merupakan satu pengiktirafan yang amat tinggi diberikan DAP kepada kaum wanita khususnya wanita muda untuk turut sama berjuang membawa suara rakyat," jelas beliau.
Menurutnya, PAS akan bergabung dengan Wanita PKR dan DAP bagi memastikan kemenangan kepada DAP pada 31 Mei nanti.
"Kita pastikan kemenangan untuk calon wanita, wanita-wanita dari Pakatan Rakyat akan bergabung untuk menyelaraskan gerak kerja kempen kali ini.
"Dyana mempunyai sikap profesional dan berkemampuan untuk membawa suara rakyat dan bakal menjadi harapan kepimpinan generasi akan datang," sambung beliau.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpendapat perbezaan pengalaman politik tidak menjadi masalah utama kepada Dyana.
"Dari sikap latar belakang dan ketabahan mak dia yang telah lama terlibat dalam politik, saya yakin Dyana akan menjadi pemimpinan wanita yang berwibawa dan membawa suara warga Teluk Intan.
"Walaupun umur muda ia berfikiran matang, sikap dan ketegasan prinsip yang ada sangat mengagumkan kami, dia tak seperti setengah anak muda lain yang mudah terpengaruh habuan, beliau sanggup bersama DAP untuk berjuang demi rakyat," tambah beliau lagi.
Zailah berkata, peluang yang diberikan itu seharusnya menjadi panduan kepada anak muda negara ini untuk terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam membela generasi akan datang. - HARAKAHDAILY 20/5/2014
Bahasa
Umno - BN perlu kaji sebab Melayu profesional masuk DAP, kata wartawan veteran
Datuk A Kadir Jasin berkata, pemimpin BN sebaliknya perlu cermin diri dan menilai semula punca anak muda Melayu kini semakin tertarik menyertai DAP.
"Ketika penulis blog upahan dan tukang kempen BN sibuk menghabiskan masa memfitnah Dyana, mereka sepatutnya memahami kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kenapa Melayu terpelajar menyertai DAP?
Kadir tidak menolak kemungkinan wujudnya faktor daya tarikan kuat yang menyebabkan anak muda Melayu seperti Dyana yang mempunyai latar belakang keluarga Umno berminat menyertai DAP secara aktif.
"Sebelum ini bekas menteri Umno menyatakan program latihan DAP menarik minat ramai peserta Melayu muda dan kebanyakannya berpendidikan tinggi," katanya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memperkecilkan Dyana kerana tidak menyedari dirinya dijadikan boneka DAP semata-mata untuk berkuasa.
Dyana bagaimanapun menyelar kenyataan Shahrizat dan mengaitkannya sebagai contoh kegagalan Wanita Umno memartabatkan golongan wanita dalam politik.
Dyana yang menyertai DAP sejak 2011 menarik perhatian dunia politik tempatan selepas dinamakan sebagai calon DAP bagi PRK Teluk Intan ekoran kematian penyandang Seah Leong Peng pada 1 Mei kerana kanser.
Gadis berumur 27 tahun itu bakal menjadi wanita Melayu pertama memegang kerusi Parlimen DAP jika menang dalam pilihan raya kecil ini.
"Memiliki raut wajah yang muda dan cantik mungkin memberi kelebihan pada Dyana.
"Tetapi pasti ada sesuatu yang lebih daripada itu. Secara hakikatnya, pada saya tarikan utama adalah beliau sebagai perempuan muda Melayu mewakili parti pembangkang yang didominasi kaum Cina," katanya.
Wartawan veteran itu turut memuji Gerakan kerana tidak gentar berdepan dengan DAP di kerusi Teluk Intan, berbeza dengan tindakan MCA di Bukit Gelugor.
"Tahniah Gerakan kerana tidak lari daripada tanggungjawab dan tidak memalukan maruah sebagai parti komponen yang lama dalam BN.
"Encik Mah (Siew Keong), saya puji keberanian kamu. Itulah anak jantan. Tidak seperti MCA yang kuat merajuk, kamu tidak mengecewakan penyokong sendiri," katanya merujuk kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.
Mah pernah memenangi kerusi Teluk Intan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 naamun kalah dengan calon DAP, M Manogaran pada 2008 dengan beza 1,470 undi dan Seah pada 2008 dengan beza 7,313 undi. – 19 Mei, 2014.
PRK 76 Teluk Intan:
Kesian den tgk budak2 BN ni. Dah lari tajuk. Weiii ni pilihanrayo lah. Sah bingai korang ni.

Like · · Share
SAC Ahmad Fuad menyatakan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan terus ditahan di dalam lokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Tindakan tersebut dilakukan kerana terdapat lebih kurang 1.9 juta waran tangkap yang belum selesai.
Ada dua (2) perkara yang perlu direspond dan diperbetulkan daripada kenyataan tersebut.
Pertama: Adakah SAC Ahmad Fuad faham prosedur undang-undang sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan tersebut?
Kedua: Adakah Polis sudah menjadi along pemungut hutang atau penguatkuasa undang-undang?
ADAKAH SAC AHMAD FUAD FAHAM PROSEDUR UNDANG-UNDANG?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit kuliah undang-undang kepada SAC Ahmad Fuad, seluruh warga Polis Trafik, seluruh warga PDRM dan seluruh warganegara Malaysia. Ada dua isu berikaitan tajuk ini. Pertama berkaitan prosedur Waran Tangkap dan kedua Menyelesaikan Waran Tangkap.
Prosedur Waran Tangkap.
Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap seseorang yang dituduh (OKT) atau orang yang disaman (OKS) untuk dihadapkan ke Mahkamah kerana kegagalan OKT/OKS hadir ke Mahkamah semasa kes saman disebutkan.
Contoh, Rosmah (bukan nama sebenar) disaman untuk hadir ke mahkamah pada 21/05/2014 kerana didakwa melakukan kesalahan memandu melebihi had laju. Pada 21/05/2014 Rosmah tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah jika berpuashati bahawa saman telah diserahkan kepada Rosmah, boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP untuk memastikan Rosmah hadir ke mahkamah menjawab pertuduhan. Mahkamah kemudian akan menetapkan tarikh sebutan baru bagi pihak Polis menguatkuasakan Waran Tangkap membawa Rosmah hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
Prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 - Seksyen 43.
Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke mahkamah.
Section 42. Person arrested to be brought before Court without delay.
The police officer or other person executing a warrant of arrest shall, subject to the provisions of section 39 as to security, without unnecessary delay bring the person arrested before the Court before which he is required by law to produce that person.
Peruntukkan ini amat jelas dan merupakan prosedur khusus berkaitan perlaksanaan sesuatu Waran Tangkap.
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang seorang hamba Allah yang memegang jawatan Ketua Pasukan Trafik Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan dilokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Peruntukkan undang-undang negara mana Ketua Pasukan Trafik tersebut guna. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Menyelesaikan Waran Tangkap.
Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, waran tangkap ialah perintah tangkapan seseorang yang gagal hadir Mahkamah. Seksyen 40 Kanun Tatacara jenayah memperuntukkan:
Section 40. Warrants, to whom directed.
(1) A warrant of arrest shall ordinarily be directed to the Inspector General of Police and all other police officers of Malaysia, and any police officer may execute the warrant in any part of Malaysia.
(2) The Court issuing a warrant may direct it to any person or persons by name not being police officers and all or any one or more of such persons may execute the same.
Berdasarkan peruntukkan Seksyen 40, tugas menyelesaikan Waran Tangkap adalah tugas Polis kerana Waran Tangkap dikeluarkan kepada Polis untuk Polis menguatkuasakan dengan menangkap orang yang kepadanya Waran tersebut dikeluarkan.
Jika Ketua Pasukan Trafik menyatakan bahawa akan ditahan di lokap sehingga waran tangkap diselesaikan, maka saya sebutkan di sini bahawa yang perlu ditahan di lokap ialah Polis bukan pesalah trafik kerana tugas menyelesaikan waran tangkap ialah tugas Polis bukan tugas pesalah trafik.
ADAKAH POLIS SUDAH MENJADI ALONG PEMUNGUT HUTANG ATAU PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG?
Soalan ini kembali merujuk kepada kenyataan tidak berundang-undang dari Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang tidak mengikut prosedur perundangan, maka sama saja tindakan beliau seperti along yang mengutip hutang sesuka hati menahan peminjam duit sehingga hutang diselesaikan. Perlu diingat saman trafik bukan hutang. Saman trafik adalah perintah hadir mahkamah. Orang yang menerima saman tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah. Selagi tidak diputuskan bersalah, saman itu tiada apa-apa nilai kewangan yang membolehkan Polis memungut hutang.
Akhirnya nasihat saya, jadilah penguatkuasa undang-undang yang mengikut prosedur perundangan bukan sewenang-wenang mengugut seperti orang lain tak tahu undang-undang.
Jangan jadi ketam.
*Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Pengguna, Pekerja & Alam Sekitar DPPM.
PUTRAJAYA, 19 Mei – Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan terdapat kes
membabitkan pegawai penguat kuasa yang mempunyai simpanan RM1.5 juta
hasil aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya telah pun mendapat perintah untuk menyita akaun berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Terdapat juga kes pegawai penguat kuasa dikesan membeli lori, semata-mata untuk menjalankan aktiviti seludup diesel,” katanya pada sidang media mengenai kes penyeludupan diesel, di sini Isnin.
Beliau berkata walaupun ia bukan tanggungjawab SPRM untuk menangani kes penyeludupan diesel namun suruhanjaya itu melihat kes berkenaan daripada sudut rasuah.
Katanya sejak 2010 sehingga kini, sebanyak 90 kes penyeludupan diesel telah disiasat dan telah menyebabkan kerajaan kerugian hampir RM50 juta.
Mohd Shukri berharap setiap kementerian yang terbabit dapat memastikan bahagian penguat kuasa yang menjaga minyak diesel menjalankan tangungjawab dengan amanah.
“Saya tidak mahu kata mana-mana kementerian yang terlibat, ambillah tangungjawab masing-masing, siapa makan cili dia rasa pedas,” katanya.
Selain itu beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar pemberian diesel bersubsidi bagi mengekang kes penyeludupan.
“Cadangan itu pernah dinyatakan SPRM sebelum ini dan pihaknya bersedia untuk membantu dalam memberikan sebarang bentuk idea,” katanya.
KJ buta sejarah kerana dakwa Dyana terlalu Muda dan tak ada pengalaman.
Ada orang umno jadi Adun ketika umur 23 tahun dan umur 29 jadi MB.Namanya Najib dan masa itu cakap Melayu pun kurang fasih.
Ada orang umno jadi Adun ketika umur 23 tahun dan umur 29 jadi MB.Namanya Najib dan masa itu cakap Melayu pun kurang fasih.
Like · · Share
Inilah
orangnya, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul
Rani Kulup Abdullah yang membuat laporan polis ke atas Ustaz Azhar Idrus
hanya berdasarkan kepada keratan di bawah.
Kenapa ‘keruh’ sangat wajah mereka yang membuat laporan polis ke atas mereka yang baik-baik!!
Keratan yang dah lama berlegar di internet. Lihatlah busuk hati penyebarnya, belum apa-apa padanya “Ustaz Azhar Idrus laknatullah” berdasarkan kepada apa yang belum diketahui kesahihannya.
Cuba buat carian akaun Facebook Maryam Mazlieynna Mazlee, dah tak wujud pun. Mungkin hanya diwujudkan untuk memfitnah Ustaz Azhar. Kalau betul apa yang dikatakannya, kenapa dia sendiri yang tak membuat laporan polis.
Berikut adalah video dari KiniTV berkaitan laporan tersebut.
Maka ditayanglah di belakang bermodalkan kopiah yang baru dibeli!!
Di negara kita ini perbezaan ideologi politik dikalangan ahli keluarga seperti abang dan adik adalah satu perkara biasa...
Antara yang merupakan satu keluarga tapi berlainan ideologi politik ialah MP PAS Khalid Samad dan MP Johor Bharu, Shahril Samad dari UMNO..
Dalam DAP, YB Teng Chang Khim dan Teng Chang Yeow Pengerusi GERAKAN Penang, manakala PKR, Saifuddin Nasution dan abangnya Shahlan Ismail Bekas S/U Najib..
Dan yang paling popular ialah, pasangan adik beradik.. YB Azmin Ali dan Ummi Hafida Ali dari UMNO..
Jadi apa masaalahnya jika Ibu Dyana dari UMNO menyokong anaknya dari DAP sebagai calon hingga NGO Veteran UMNO mahu beliau dipecat?
Sedangkan menurut Ibu Dyana Sofea yang juga Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh, walaupun berlainan parti dengan anaknya, sebagai ibu, beliau wajib menyokong dan membantu Dyana Sofya menang dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan ini.
Katanya, dengan memberi dan mencurahkan sokongan kepada calon DAP yang juga anaknya, ia tidak bermakna beliau belot kepada parti, malah UMNO harus faham hati seorang ibu.
"Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini mahu melihat anaknya tidak berjaya. Saya mahu anak saya berjaya. Oleh itu, untuk pastikan dia berjaya, saya kena turut memberi sokongan dan membantunya.
“Saya tetap ahli UMNO, saya tidak akan sekali-kali keluar UMNO, melainkan saya dipecat oleh UMNO,” kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sepenuhnya sila baca di SINI
Naluri seorang Ibu terserlah disitu.. Puan Yammy mengutamakan kepentingan anaknya jauh lebih hadapan dari kepentingan dirinya hingga merelakan dirinya dipecat dari UMNO..
Asasnya negara kita mengamalkan sistem demokrasi .. jadi kenapa pula anak seorang ahli UMNO perlu kekal menyokong UMNO?
Wajah ‘keruh’ yang buat laporan polis ke atas Ustaz Azhar Idrus
Kenapa ‘keruh’ sangat wajah mereka yang membuat laporan polis ke atas mereka yang baik-baik!!
Keratan yang dah lama berlegar di internet. Lihatlah busuk hati penyebarnya, belum apa-apa padanya “Ustaz Azhar Idrus laknatullah” berdasarkan kepada apa yang belum diketahui kesahihannya.
Cuba buat carian akaun Facebook Maryam Mazlieynna Mazlee, dah tak wujud pun. Mungkin hanya diwujudkan untuk memfitnah Ustaz Azhar. Kalau betul apa yang dikatakannya, kenapa dia sendiri yang tak membuat laporan polis.
Berikut adalah video dari KiniTV berkaitan laporan tersebut.
Maka ditayanglah di belakang bermodalkan kopiah yang baru dibeli!!
Ana Nisa Pontian and Syed Othman Abdullah were tagged in PAS Cawangan Parit Raja Darat's photo.
8 hrs ·
Bezakan..
Kata2 utk renungan kita bersama.... nite
Kalau ada silap dn slh...ku pohon kemaafan..
Kalau ada silap dn slh...ku pohon kemaafan..
Like · · Share
D'Din Din and Noah Zig shared Pas Putatan's photo.
Amno islam masa ada pilihanraya ja.
Silap pilih isu kena sama pemimpin sendiri.
ish ish, dyana tak tutup aurat...
umno nak kutuk sang dyana boleh, takde masalah, aku tak marah..
yang salah tetap salah, cuma nak ingatkan lah, jangan pula lupa kan rosmah ye...
satu kutuk untuk dyana, mesti double untuk rosmah yee...
Silap pilih isu kena sama pemimpin sendiri.
Teuku Zacharyah Iskandar was tagged in Fazal Hatta's photo.
5 mins ·
umno nak kutuk sang dyana boleh, takde masalah, aku tak marah..
yang salah tetap salah, cuma nak ingatkan lah, jangan pula lupa kan rosmah ye...
satu kutuk untuk dyana, mesti double untuk rosmah yee...
haha
Azhan Shah shared Diana Danielle's photo.
12 hrs ·
Pas Bagan Parit Sulong shared Mykini Gateway's photo.
8 hrs ·
Monday, May 19, 2014
Veteran UMNO dah meroyan.. mahu Ibu Dyana dipecat sebab sokong anaknya..
Di negara kita ini perbezaan ideologi politik dikalangan ahli keluarga seperti abang dan adik adalah satu perkara biasa...
Antara yang merupakan satu keluarga tapi berlainan ideologi politik ialah MP PAS Khalid Samad dan MP Johor Bharu, Shahril Samad dari UMNO..
Dalam DAP, YB Teng Chang Khim dan Teng Chang Yeow Pengerusi GERAKAN Penang, manakala PKR, Saifuddin Nasution dan abangnya Shahlan Ismail Bekas S/U Najib..
Dan yang paling popular ialah, pasangan adik beradik.. YB Azmin Ali dan Ummi Hafida Ali dari UMNO..
Jadi apa masaalahnya jika Ibu Dyana dari UMNO menyokong anaknya dari DAP sebagai calon hingga NGO Veteran UMNO mahu beliau dipecat?
Sedangkan menurut Ibu Dyana Sofea yang juga Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh, walaupun berlainan parti dengan anaknya, sebagai ibu, beliau wajib menyokong dan membantu Dyana Sofya menang dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan ini.
Katanya, dengan memberi dan mencurahkan sokongan kepada calon DAP yang juga anaknya, ia tidak bermakna beliau belot kepada parti, malah UMNO harus faham hati seorang ibu.
"Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini mahu melihat anaknya tidak berjaya. Saya mahu anak saya berjaya. Oleh itu, untuk pastikan dia berjaya, saya kena turut memberi sokongan dan membantunya.
“Saya tetap ahli UMNO, saya tidak akan sekali-kali keluar UMNO, melainkan saya dipecat oleh UMNO,” kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sepenuhnya sila baca di SINI
Naluri seorang Ibu terserlah disitu.. Puan Yammy mengutamakan kepentingan anaknya jauh lebih hadapan dari kepentingan dirinya hingga merelakan dirinya dipecat dari UMNO..
NGO Veteran Umno mendesak parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
Setuausaha agung NGO tersebut Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti, lapor akhbar Berita Harian.
“Kalau beliau (Yammy) masih ahli Umno, maka tindakan untuk kempen calon bukan daripada parti BN adalah menyalahi tata etika parti, sama ada dia keluar parti atau pun Umno mesti pecat dia.
“Tiada guna simpan ahli sepertinya kalau beliau sendiri terang-terangan menjejaskan kredibiliti dan menghina parti.
“Sebelum terlambat, Veteran Umno mendesak Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor segera memecat Yammy daripada Umno,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Katanya, NGO tersebut tidak mempersoalkan sentimen Yaamy sebagai ibu, namun anggota Umno itu harus keluar parti sekiranya benar-benar mahu berkorban untuk Dyana lapor Malaysiakini
Asasnya negara kita mengamalkan sistem demokrasi .. jadi kenapa pula anak seorang ahli UMNO perlu kekal menyokong UMNO?
Lokap selagi tak bayar, ini polis atau samseng?
Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Ahmad Fuad Abdul Latif yang disiarkan di dalam facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) pada 17 Mei 2014.SAC Ahmad Fuad menyatakan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan terus ditahan di dalam lokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Tindakan tersebut dilakukan kerana terdapat lebih kurang 1.9 juta waran tangkap yang belum selesai.
Ada dua (2) perkara yang perlu direspond dan diperbetulkan daripada kenyataan tersebut.
Pertama: Adakah SAC Ahmad Fuad faham prosedur undang-undang sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan tersebut?
Kedua: Adakah Polis sudah menjadi along pemungut hutang atau penguatkuasa undang-undang?
ADAKAH SAC AHMAD FUAD FAHAM PROSEDUR UNDANG-UNDANG?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit kuliah undang-undang kepada SAC Ahmad Fuad, seluruh warga Polis Trafik, seluruh warga PDRM dan seluruh warganegara Malaysia. Ada dua isu berikaitan tajuk ini. Pertama berkaitan prosedur Waran Tangkap dan kedua Menyelesaikan Waran Tangkap.
Prosedur Waran Tangkap.
Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap seseorang yang dituduh (OKT) atau orang yang disaman (OKS) untuk dihadapkan ke Mahkamah kerana kegagalan OKT/OKS hadir ke Mahkamah semasa kes saman disebutkan.
Contoh, Rosmah (bukan nama sebenar) disaman untuk hadir ke mahkamah pada 21/05/2014 kerana didakwa melakukan kesalahan memandu melebihi had laju. Pada 21/05/2014 Rosmah tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah jika berpuashati bahawa saman telah diserahkan kepada Rosmah, boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP untuk memastikan Rosmah hadir ke mahkamah menjawab pertuduhan. Mahkamah kemudian akan menetapkan tarikh sebutan baru bagi pihak Polis menguatkuasakan Waran Tangkap membawa Rosmah hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
Prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 - Seksyen 43.
Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke mahkamah.
Section 42. Person arrested to be brought before Court without delay.
The police officer or other person executing a warrant of arrest shall, subject to the provisions of section 39 as to security, without unnecessary delay bring the person arrested before the Court before which he is required by law to produce that person.
Peruntukkan ini amat jelas dan merupakan prosedur khusus berkaitan perlaksanaan sesuatu Waran Tangkap.
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang seorang hamba Allah yang memegang jawatan Ketua Pasukan Trafik Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan dilokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Peruntukkan undang-undang negara mana Ketua Pasukan Trafik tersebut guna. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Menyelesaikan Waran Tangkap.
Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, waran tangkap ialah perintah tangkapan seseorang yang gagal hadir Mahkamah. Seksyen 40 Kanun Tatacara jenayah memperuntukkan:
Section 40. Warrants, to whom directed.
(1) A warrant of arrest shall ordinarily be directed to the Inspector General of Police and all other police officers of Malaysia, and any police officer may execute the warrant in any part of Malaysia.
(2) The Court issuing a warrant may direct it to any person or persons by name not being police officers and all or any one or more of such persons may execute the same.
Berdasarkan peruntukkan Seksyen 40, tugas menyelesaikan Waran Tangkap adalah tugas Polis kerana Waran Tangkap dikeluarkan kepada Polis untuk Polis menguatkuasakan dengan menangkap orang yang kepadanya Waran tersebut dikeluarkan.
Jika Ketua Pasukan Trafik menyatakan bahawa akan ditahan di lokap sehingga waran tangkap diselesaikan, maka saya sebutkan di sini bahawa yang perlu ditahan di lokap ialah Polis bukan pesalah trafik kerana tugas menyelesaikan waran tangkap ialah tugas Polis bukan tugas pesalah trafik.
ADAKAH POLIS SUDAH MENJADI ALONG PEMUNGUT HUTANG ATAU PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG?
Soalan ini kembali merujuk kepada kenyataan tidak berundang-undang dari Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang tidak mengikut prosedur perundangan, maka sama saja tindakan beliau seperti along yang mengutip hutang sesuka hati menahan peminjam duit sehingga hutang diselesaikan. Perlu diingat saman trafik bukan hutang. Saman trafik adalah perintah hadir mahkamah. Orang yang menerima saman tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah. Selagi tidak diputuskan bersalah, saman itu tiada apa-apa nilai kewangan yang membolehkan Polis memungut hutang.
Akhirnya nasihat saya, jadilah penguatkuasa undang-undang yang mengikut prosedur perundangan bukan sewenang-wenang mengugut seperti orang lain tak tahu undang-undang.
Jangan jadi ketam.
*Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Pengguna, Pekerja & Alam Sekitar DPPM.
Wanita DAP minta Shahrizat cermin diri
KUALA LUMPUR:
Tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
menghamburkan pelbagai tuduhan kepada calon DAP bagi pilihan raya kecil
(PRK) Teluk Intan membuktikan pembunuhan karektor (character
assassination) masih menjadi modus operandi Umno-BN untuk mengekalkan
kuasa.
Ahli Parliamen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto (gambar) dalam satu kenyataan media berkata, sebahagian besar rakyat negara ini pastinya tidak menyenangi kata-kata kesat yang dihamburkan oleh Shahrizat yang semata-mata mahu menunjukkan kesetiaan kepada ‘tangan yang menyuap beliau’.
Menurut Kasthuri, tuduhan Sharizat kononnya beliau bersimpati kepada calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya kerana “menjadi alat dan boneka DAP” sekali lagi membuktikan pemimpin BN gemar mengeluarkan kenyataan lucu.
“Sebenarnya bukan Sharizat yang perlu bersimpati kepada Dyana malah rakyat Malaysia seharusnya bersimpati kepada Shahrizat dan menyatakan belas kasihan kerana beliau telah digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 tahun lalu,” tingkah Kasthuri.
Beliau menambah, Shahrizat seharusnya mengingati tarikh 8 April 2012 apabila beliau meletakkan jawatan sebagai senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
“Hakikatnya Shahrizat bukan menjadi aset malah bebanan kepada Umno-BN, tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan terbabit dalam salah satu skandal terbesar negara namun kemudian kembali menjawat jawatan kerajaan,” kata Kasthuri.
Beliau mempersoalkan mengapa Shahrizat tidak terpilih sebagai calon dalam PRU lalu atau diberi peluang untuk bertanding.
Setelah kalah di Lembah Pantai pada PRU 2008 di tangan calon muda Nurul Izzah Anwar, beliau telah dilantik penasihat khas kepada Perdana Menteri bagi wanita, keluarga dan hal ehwal pembangunan sosial.
Shahrizat kemudian dilantik sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat setelah Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ironinya perlantikan Shahrizat ke jawatan menteri dibuat sehari selepas mengangkat sumpah sebagai senator.
Kasthuri mempersoalkan jawatan penasihat khas dan menteri kabinet yang disandang Sharizat sedangkan beliau ternyata tewas dalam PRU12 yang menggambarkan pilihan sebenar rakyat.
Menurut beliau, jika pemilihan Shahrizat ini adalah satu bentuk transformasi pentadbiran Najib, ini menggambarkan tahap keutamaan Perdana Menteri dalam membela seseorang yang kehilangan mandat rakyat.
Beliau turut mempersoalkan pemilihan semula Shahrizat sebagai penasihat khas dalam penggal pentadbiran baru Najib sedangkan Ketua Wanita Umno itu tidak langsung tersenarai sebagai calon BN pada PRU13 lalu.
“Sebagai penasihat khas untuk memantau pembangunan usahawan dan profesional wanita dengan gaji RM 27,227.20 sebulan atau RM 326,726.40 setahun bersama dengan lain-lain penasihat khas yang menelan belanja RM1.63 juta, mungkin perumpamaan paling sesuai untuk beliau adalah muka tak malu, syok sendiri dan tak sedar diri,” ujar Kasthuri sinis.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan Shahrizat yang mendapat imbuhan besar sebagai penasihat khas dengan wang rakyat namun berani menggelarkan Dyana Sofya sebagai 'alat' dan 'boneka'.
Menurut Kasthuri, Dyana tidak perlu ‘menyelak kain’ atau menggunakan kata kesat seperti ‘bangsat’ untuk mendapatkan kepercayaan dan penghormatan rakyat.
“Dyana Sofya seorang yang bersih, orang muda yang dihormati. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak akan bertolak ansur dengan kata nista yang dihamburkan terhadap beliau apatah lagi apabila ia diucapkan oleh seseorang yang mahukan perhatian dan mahu memperlihatkan sikap terhutang budi kepada orang yang menyuapnya,” ujar Kasthuri. - HARAKAHDAILY, 19/5/2014

SPRM Dedah Pegawai Penguatkuasa Miliki RM1.5 Juta Hasil Seludup Diesel
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya telah pun mendapat perintah untuk menyita akaun berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Terdapat juga kes pegawai penguat kuasa dikesan membeli lori, semata-mata untuk menjalankan aktiviti seludup diesel,” katanya pada sidang media mengenai kes penyeludupan diesel, di sini Isnin.
Beliau berkata walaupun ia bukan tanggungjawab SPRM untuk menangani kes penyeludupan diesel namun suruhanjaya itu melihat kes berkenaan daripada sudut rasuah.
Katanya sejak 2010 sehingga kini, sebanyak 90 kes penyeludupan diesel telah disiasat dan telah menyebabkan kerajaan kerugian hampir RM50 juta.
Mohd Shukri berharap setiap kementerian yang terbabit dapat memastikan bahagian penguat kuasa yang menjaga minyak diesel menjalankan tangungjawab dengan amanah.
“Saya tidak mahu kata mana-mana kementerian yang terlibat, ambillah tangungjawab masing-masing, siapa makan cili dia rasa pedas,” katanya.
Selain itu beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar pemberian diesel bersubsidi bagi mengekang kes penyeludupan.
“Cadangan itu pernah dinyatakan SPRM sebelum ini dan pihaknya bersedia untuk membantu dalam memberikan sebarang bentuk idea,” katanya.
Apabila mak lembu nfc 250j berkata2...
Bodo piang!!!
Bodo piang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan