• Pas Parti PAS
1 / 1
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ekoran konflik yang melanda Terengganu, Pas negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pagi ini.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berharap agar semua pihak bertenang dan bersabar.

"Insya-ALLAH, atas kepentingan seluruh rakyat, kita akan memutuskan perkara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

"Dari semasa ke semasa, Pas Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan di luar keputusan pemimpin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan pihaknya sedang mengikuti perkembangan isu ini dengan teliti dan merangka pelan tindakan yang akan diambil bagi menghadapi sebarang situasi dalam arena politik pada masa akan datang.

Tuesday, 13 May 2014

INILAH KAD JEMPUTAN KAHWIN SEBAGAI BUKTI BETAPA PADA PENILAIAN MANTAN MB TERENGGANU, AHMAD SAID, NAJIB RAZAK LANGSUNG TIDAK BERTIMBANG RASA???


Hati siapa tidak remuk .. jiwa siapa tidak sedih .. kalau diperlakukan sebegini rupa .. macamlah tidak boleh tangguh untuk seminggu dua lagi ... dia nakkan anak perempuannya bersanding dan mengadakan majlis perkahwinan di rumah kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu.

Omak Kau tidak pernah menyanjung dan menyokong UMNO dari dulu kini dan selamanya .. tapi bab ini nampak sangat mantan Menteri Besar Terengganu diperlakukan cukup hina dan zalim sekali.

Bayangkan .. semua persiapan sudah diatur dan hampir tunggu waktu upacara perkhawinan sahaja... kad kahwin sudah beribu dicetak .. kain rentang dan bunting sudah siap ditempah .. minta tangguh seminggu pun ditolak mentah-mentah .. macamlah kalau ditangguhkan akan bverlaku huru hara kacau bilau negara dan negeri Terengganu.

Lagi menyedihkan sampai angkat sumpah dilakukan di waktu malam macamlah tidak boleh ditunggu esok harinya diadakan waktu siang .. segi peruntukan tidak menyalahi tubuh badan undang-undang dan perlembagaan negeri Terengganu tetapi ianya dilihat macam tindakan gelojoh gopoh gapah sahaja.

Cuba bayangkan .. seorang Menteri Besar selama 6 tahun minta tangguh seminggu pun tidak dibenarkan .. apalah sangat 7 hari ...

Kalau ini boleh berlaku keatas seorang pemimpin UMNO bertaraf Menteri Besar .. apa jaminan pada yang ahli-ahli UMNO biasa yang tiada jawatan dan status ini? ... Ikut hukum akal logik sudah pasti lebih teruk diperlakukan.
"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai. Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan" 

MOHON SANGAT-SANGAT KEPADA SEMUA AHLI UMNO TIDAK KIRA APA KEDUDUKAN DALAM PARTI ... CUITKAN MINDA .. AJAK AKAL DAN OTAK BERFIKIR .. DIMANA NILAI KAMU DIHATI DAN JIWA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO????