Selasa, 27 Mei 2014

HUDUD: KENAPA FOKAS KEPADA HUKUM DIRASA/DIPANDANG DAHSYAT SERTA ZALIM.....KENAPA TAK FOKAS KEPADA PERLAKU/PENJENAYAH...DAH LAH ROMPAK...BUNUH...MUNGKIN ROGOL...KANAK2 PUN MEREKA BUNUH...ADAKAH MEREKA TAK GANAS...TAK ZALIM DAN KEJAM...KENAPA NAMPAK HUKUM HUDUD TU KEJAM....MEMANG NAMPAK DITIPU IBLIS...CUBA KENA BATANG HIDUNG.....BARU TAHU LANGIT INI TINGGI ATAU RENDAH

Dyana calon yang bertenaga dan berani – Presiden PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .

TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta pengundi Teluk Intan memilih calon yang berani dan membawa suara rakyat di parlimen.

Kata beliau, keberanian yang ditunjukkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud wanita Melayu yang sanggup mewakili DAP harus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.

"Kita pilih calon yang boleh membawa amanah kita, membawa hak suara kita di parlimen dan bukannya pemimpin yang hanya tahu 'angguk' walaupun perkara itu tak betul.

"Dyana calon yang bertenaga dan keberanian beliau yang kita inginkan. Beliau wanita Melayu yang berani menjadi calon DAP, saya sendiri pun tak berani nak jadi calon DAP," ucap beliau sambil disambut ketawa para hadirin.

Beliau berucap demikian pada Majlis Hi-tea Bersama Presiden PAS di Taman Cicerly yang turut dihadiri Dyana.

Beliau menjelaskan bahawa Dyana mempunyai peranan di dalam DAP yang akan membawa suara orang Melayu.

"Walaupun yang bertanding itu DAP tetapi calonnya adalah Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut menangkan calon Melayu.

"Kita patut bincang soal calon, kalau DAP menang beliau yang akan bercakap bagi pihak kita. Suara beliau bukan hanya mewakili orang Cina tetapi juga suara orang Melayu," jelasnya.

Ahli Parlimen Marang itu turut memberitahu masih ada rakyat negara ini yang hairan kerana PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan Barisan Nasional (BN).

"PAS tidak bekerjasama dengan BN kerana kita telah beri peluang sebelum ini, mereka ajak kita masuk kerajaan ketika itu.

"Kita masuk dengan syarat tampilkan perkara yang elok-elok dalam pentadbiran tapi mereka tendang kita sehinggalah berlakunya darurat di Kelantan.

"BN meluluskan darurat di Kelantan melalui parlimen dengan tujuan untuk menjatuhkan PAS, DAP waktu itu membela kita dan bantah darurat di Kelantan.

"Kita tak lupa jasa dan kita kenang budi mereka, sekarang kita bersama mereka dengan matlamat perjuangan yang sama," sambung beliau.

Tambah beliau, walaupun ada perbezaan pendirian namun PAS dan DAP mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam urusan memperjuangkan hak rakyat.

"Walaupun ada perbezaan tapi banyak persamaan dan kita bekerjasama dalam hal ini, ini beza dengan Umno mereka tak mahu bincang tetapi DAP walaupun ada perbezaan pendapat kita masih boleh duduk bersama untuk berbincang.

"Kita bekerjasama dalam segala hal untuk pastikan calon Melayu dari DAP akan menang pada pilihanraya kecil ini," katanya.

Beliau yang meminta agar pengundi Melayu memberi sokongan penuh kepada Dyana bagi memastikan wanita Melayu dapat mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.

Dalam pada itu beliau sempat berbual-bual dan turut memberi nasihat kepada Dyana ketika program hi-tea itu. - HARAKAHDAILY 26/5/2014
PATUTLA DEEPAK SENYAP...DAN NAK TANYA...MANA YG LEBIH BERJASA KPD UMNO - DEEPAK ATAU SABBARUDDIN CHIK???
Sombong betul Menteri umno ini...
"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua',"kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.
Baca citer sepenuhnya di sini...
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sabaruddin-chik-salahkan-menteri-kerana-kontrak-pengerusi-bank-rakyat-tidak

Bahasa

Sabbaruddin Chik salahkan menteri, kontrak pengerusi Bank Rakyat tak diperbaharui

OLEH MD IZWAN
May 26, 2014
Latest Update: May 26, 2014 09:08 am
Tan Sri Sabbaruddin Chik ditemuramah media di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.Tan Sri Sabbaruddin Chik ditemuramah media di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".
Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.
"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.
Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".
"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.
Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014."Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.
Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
"Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin.
The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.
Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.
Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.
Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.
"Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau.
Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja.
Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 26 Mei, 2014.

 Isu Pinjaman RM40 juta: SPRM perlu siasat Hasan Malek
Posted on Monday, May 26 @ 20:51:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR 26 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik mengenai campurtangan seorang menteri bagi membolehkan pinjaman RM32 juta tanpa faedah diberikan kepada seorang individu.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuduhan itu amat serius dan SPRM perlu menyiasat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sekiranya melakukan salahguna kuasa.

Katanya, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berdiam diri memandangkan individu berkenaan turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan.

“Ini tuduhan yang besar, Najib tak boleh berdiam sahaja, kena siasat dengan segera. Sabaruddin ni bekas menteri kerajaan, dia dah dedahkan bahawa individu tersebut ada kaitan dengan kerajaan.

“SPRM perlu siasat Hasan Malek dan ambil tindakan dengan segera jika benar dia salah guna kuasa. Isu ini menunjukkan kronisme dalam Umno itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Pada 26 Mei lalu, Sabaruddin mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta oleh individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.

Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.

Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat.

Justeru Surendran mendesak SPRM menyiasat semua pihak yang terlibat bagi mengetahui sekiranya wujud campurtangan politik dalam keputusan bank berkenaan.

sumber

# UMNO CELAKA
Kerana di dalam setiap kekayaan golongan terkaya di Malaysia terdapat saham-saham para pemimpin UMNO.
Teuku Zacharyah Iskandar...
See More
Like · ·

Monday, 26 May 2014


ISMA MELUDAH KE LANGIT ... DULU HINA SEKARANG PUJA.




Dulu "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan" .
Sekarang - " Ayuh rakyat Malaysia berikan sokongan padu kepada team Malaysia untuk merangkul kembali Piala Thomas kali ini".

Apakah prinsip dan pegangan sebenar ISMA ini? ISMA tak tahukah semua pemain yang mewakili Malaysia keturunan Cina? Mengapa minta ahlinya sokong pendatang dan penceroboh pula selepas puas mengutuk orang berbangsa Cina dan India?

Apa lagi Isma mau ?????


Tuesday, 27 May 2014


PRK TELUK INTAN ... SAMBUTAN CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH TIMBALAN MENTERI CGPA 3.85 MERANGKAP PENGERUSI BIRO PUBLISITI DAN PENERANGAN UMNO MALAYSIA.



Tarikh 26hb Mei 2014 jam 9.00 mlm.

Lokasi ceramah di Kampong Semarak Batu 9 Jalan Bidor, Telok Intan, Perak sempena PRK Parlimen P076 Teluk Intan yang disampaikan oleh Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan UMNO Malaysia yang beritahu satu dunia dia adalah penuntut terbaik semasa mengambil Sarjana dengan CGPA 3.85.

Jumlah kehadiran dikawasan majoriti penduduk Melayu .. sendiri lihat, fikir dan nilai  .. jangan lupa tolak angka kehadiran para petugas parti yang diangkut dari luar yang sudah pasti bukan pengundi berdaftar parlimen Teluk Intan dan juga kanak-kanak. .. Yang berdiri belakang beliau itu sudah pasti petugas parti.

Jadi kepada macai-macai UMNO/BN .. berlaku jujur dalam menjawab .. agak-agak berapa ramai yang hadir ceramah anjuran UMNO/BN ini yang sudah kelazimannya disediakan minuman dan makanan.

Kutuk calon Melayu depan khalayak Melayu yang kuat berpegang kepada Ketuanan Melayu supaya memberikan undi kepada calon Tionghua dari Gerakan .. bukan nak bersifat rasis tetapi inilah hakikatnya.




Kes Nurul Izzah saman Utusan untuk mediasi 2 Julai

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ditetapkan untuk mediasi pada 2 Julai depan.
  
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili Aziz dan Utusan.
  
Azhana ketika ditemui pemberita berkata mediasi itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim pada tarikh berkenaan.
  
Beliau berkata sekiranya kedua-dua pihak berkenaan gagal mencapai penyelesaian, mahkamah menetapkan dua hari bermula 21 Ogos depan untuk perbicaraan kes saman itu.
  
Pada 23 Nov 2012, Nurul Izzah selaku plaintif memfailkan saman tersebut dengan mendakwa Aziz dan Utusan, sebagai defendan pertama dan kedua, memutarbelitkan kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.
  
Menerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 5 dan 7 Nov 2012.
  
Beliau memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah itu, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama



Piala Thomas: Anak Malaysia disebalik kejayaan Jepun

Posted on Monday, May 26 @ 22:24:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR: Disebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.

Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.


Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.


Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik. - HARAKAHDAILY 26/5/2014

sumber

Piala Thomas: Pemuda PAS ucap tahniah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada skuad badminton negara kerana telah mempamerkan semangat juang yang tinggi semasa menentang pasukan Jepun malam tadi.
Sekalipun terpaksa berputih mata untuk menamatkan kemarau 22 tahun tanpa Piala Thomas, namun semangat tidak mudah kalah ini sememangnya harus dipuji, kata Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin.
"Skuad yang dibarisi pemain seperti Datuk Lee Chong Wei, Hoo Thien How, Tan Wee Kiong, Chong Wei Feng, Daren Liew, Lim Khim Wah dan Goh V Shem sewajarnya mendapat penghormatan yang tinggi.
"Mereka bukan sahaja bermain dengan bersungguh-sungguh malah mampu menewaskan beberapa negara yang menjadi pencabar utama Malaysia iaitu Denmark dan Indonesia," ujarnya.
Namun kekalahan negara kepada Jepun yang turun sebagai pasukan 'underdog', ujarnya amat perit diterima yang  sekaligus memecah dominasi diungguli Malaysia, Indonesia dan China.
Menurutnya, pasukan perseorangan negara masih lagi bergantung kepada kemampuan Datuk Lee Chong Wei manakala Daren Liew dan Chong Wei Feng seakan gugup mengharungi perlawanan akhir.
"Kemenangan mudah yang dikecapi oleh Datuk Lee Chong Wei seakan tidak mampu diulangi mereka sedangkan usia Datuk Lee Chong Wei adalah 31 tahun berbanding mereka yang berumur 26 tahun," katanya.
Sehubungan itu beliau menyarankan  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggembleng tenaga baru seperti Zulfadli Zulkifli dan Misbun Ramdan untuk bersama pasukan senior kebangsaan.
Sebagai contoh, tambah beliau pasukan Jepun mempunyai pemain berumur di bawah 25 tahun termasuk Kento Momota yang berumur 20 tahun.
Ir Khairil turut memuji persembahan beregu negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong serta Lim Khim Wah dan Goh V Shem yang nyata tidak mengecewakan.
"Saya berkeyakinan penuh sekiranya skuad Malaysia mengekalkan momentum seperti kejohanan tahun ini, Piala Thomas pasti menjadi milik rakyat Malaysia sekali lagi," ujarnya.- HARAKAHDAILY, 26/5/2014

Warkah terbuka buat pengundi PRK Teluk Intan

http://ajijoi.blogspot.com | .

Wahai pengundi Teluk Intan, jika anda mahukan harapan baru, politik baru, sokongan anda tentunya terletak pada calon yang baru.

Ideanya baru, semangatnya baru, tenaganya baru dan perjalanannya juga masih baru. Barulah masa hadapan anda juga mengorak ke arah serba baru.

Inilah yang ditawarkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kepada anda semua. 

Seorang calon muda yang berdimensi baru, yang merentas sempadan bangsa dalam negara yang mengharmonikan pelbagai bangsa dan rasa.

Di sinilah batas perkauman perlu dirobohkan bagi membina sebuah negara yang seronok untuk digelar sebagai tempat tinggal. 

Untuk menyampaikan segala hasrat anda ini dan merealisasikan impian kita bersama, mandat anda diperlukan untuk membawa anak muda yang berkeupayaan dan petah tutur kata ini ke dalam Parlimen bagi mewakili Teluk Intan. 

Hanya satu nama yang perlu anda ingat dan pilih di hari pembuangan undi tiba hadirnya 31 Mei ini nanti, Dyana Sofya Mohd Daud. 

Bukannya seorang calon lagi yang berada di penghujung karier bersama dengan parti Gerakan pimpinannya. 

Ayuh kita tolak parti yang menghidangkan suasana perkauman dan sentiasa menyokong parti yang mengutamakan perpaduan. 

Sekali lagi saya ingatkan, calon muda Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP adalah pilihan yang paling tepat untuk warga Teluk Intan sekalian.

Anda pernah melakukannya sebelum ini di dalam PRU13, sudah pasti anda boleh melakukannya sekali lagi.
Harimau Malaya's photo.
Satu kes samun telah baru berlaku di parit buntar
Suspek 3 lelaki 1 malaysia
Menaiki kereta toyota wish warna silver
WRV 5308
Suspek telah melanggar 2org angg polis
1 meninggal 1 cedera parah(balai kuala kurau)
Sus menghala ke alor pongsu
Minta panjang kan hebahan
Berita tamat


Nahhh korang marah sgt kan cokelet ader oink... Nie lagie 1 ader jugak oink oink...
SILA TINGGALKAN SEGERA! hehehe

Biadap
Like · ·

KABINET pd minggu lalu didakwa meluluskan penganugerahan projek turbine gas kitar padu (CCGT) secara runding terus kpd pihak tertentu.
Penganugerahan tersebut yg tidak dibuat secara tender terbuka dan dilihat tdk sampai sebulan selepas gangguan bekalan elektrik selama 3 jam berlaku secara serentak di 5 buah negeri di Semenanjung.
- Portal berita The Edge

CUMA BERHELAH ---
Itu sebenarnya apabila PM menyatakan kenaikan tarif elektrik utk menyelamatkan TNB.
Tetapi hakikatnya, ia bertujuan utk memberi kekayaan berlebihan kpd syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP).
"Sebenarnya mereka mahu TNB membayar dng harga lebih tinggi kpd IPP, keuntungan itulah nanti akan digunakan utk meneruskan hayat Umno".
- AZAN ISMAIL
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN
Terengganu.
# Flashback_
Kerajaan mewujudkan Penjanakuasa Tenaga Bebas (IPP)
berikutan kejadian bekalan elektrik terputus diseluruh negara pd
1993 yg dilihat sebagai satu anugerah kpd syarikat milik kroni
BN.
Hidup BN Hidup Kroni
RAKYAT MELARAT NEGARA BANKRAnaP
Like · ·




Dr Mujahid ziarah jenazah anggota polis terkorban dalam tugas

HARAKAHDAILY | .


Dr Mujahid mendengar penjelasan Ketua Polis Daerah berhubung kes rompakan yang meragut nyawa seorang anggota polis di Hospital Parit Buntar.
PARIT BUNTAR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof menziarahi jenazah seorang anggota polis yang maut dirempuh kereta suspek rompakan dari arah belakang dalam satu kejadian kejar mengejar siang tadi.
Rompakan berlaku petang tadi di pekan Parit Buntar dan insiden kejar mengejar berlaku sehingga ke Alor Pongsu, Bagan Serai.
Dua kereta dipercayai digunakan kumpulan suspek dalam kejadian rompakan itu.
Dalam drama kejar mengejar itu, seorang anggota polis yang mengekori kereta pertama suspek dengan motorsikal dipercayai dilanggar oleh kereta kedua suspek rompakan menyebabkan anggota tersebut terhumban dan mati di tempat kejadian.
Hingga kini suspek belum dapat ditahan dalam nilai rompakan dianggarkan RM40,000.
Ketua Polis Daerah, Fauzi Nayan ketika bercakap kepada Mujahid menyatakan keyakinan akan  memberkas suspek dalam masa terdekat.
Turut berada di hospital Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.
Mujahid melahirkan rasa sedih atas musibah menimpa anggota polis yang meninggal dunia ketika bertugas dan menganggapnya sebagai satu kehilangan kepada masyarakat di sini.
Anggota polis terbabit diberitakan akan melangsungkan perkahwinan 1 Jun ini. - HARAKAHDAILY, 26/5/2014

MPV penjenayah rempuh polis ditemui dibakar dalam kebun pisang

http://darisungaiderhaka.blogspot.com | .
 

Kenderaan MPV Toyota Wish milik penjenayah yang menyamun van rokok di Parit Buntar, Perak, tengah hari tadi ditemui dibakar di kawasan kebun pisang di antara Lunas dan Ara Kuda, di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim.


Tiada ulasan: