Khamis, 1 Mei 2014

MUSLIM ATAU NON MUSLIM TETAP MATI....ITU PERATURAN ALLAH SWT....SEDARLAH KITA MAKHLUK SAMPAI MASANYA.....APA SAJA KEDUDUKAN DAN KUASAAN KITA ....MAKA TETAP AKAN PADAM

Khutbah: Jangan Terpengaruh Dengan Taghut
Posted on Thursday, May 01 @ 14:09:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"taghutSinopsis: Allah mengutuskan para Nabi dengan satu tema ‘sembah Allah dan jauhi taghut’. Mengabdikan kepada Allah tidak mungkin berlaku jika dalam masa yang sama bersetuju dengan taghut, sistem taghut, peraturan taghut, tokoh taghut dan pelbagai versi taghut.

Dengan tema itulah para rasul mengajak umat masing-masing supaya hanya Allah sahaja dijadikan tuhan yang disembah dan diesakan. Zaman kini juga tidak sunyi dari pelbagai versi taghut.

Taghut berasal dari bahasa Arab bererti melampaui batas. Apa sahaja yang melampaui batas dari yang ditetapkan oleh Allah dan rasul mesti disanggah. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai tajuk di atas pada 25 JamadilAkhir 1435H (25 Apr 2014) :Jangan Terpengaruh Dengan Taghut (0)"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznikPosted on Thursday, May 01 @ 14:09:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenjagaKubur



JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

 Tahniah, terimakasih Datuk Bandar
Posted on Thursday, May 01 @ 14:08:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Pendek kata kebanyakan penduduk Kuala Terengganu merungut dan membantah kenaikan cukai pintu sebanyak tujuh ratus peratus.

Mereka mengadu “terlalu mahal” dan “teramat mahal” dan tidak masuk akal dengan kadar baru cukai pintu rumah kediaman Bandar Kuala Terengganu itu.

Bercakap pasal cukai pintu mahal dan termahal ini teringat akan kata kata ssalah seorang pakat ekonomi Negara yang bernunyi: “ jika kerajaan benar benar mahu membela rakyat”.

Mungkin kebanyakan kita tahu makna perkataan tersebut. Oleh itu tak payahlah penulis nak sebut maknanya yang tersurat dan tersirat itu.

Atas sebab itulah penulis ucapkan tahniah dan terimakasih kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu, kerana cukai pintu baru itu teramat murah dan tidak mahal.
Dan tidak lupa juga penulis ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said menteri besar yang sangat perihatin dengan rakyat atau berjiwa rakyat itu.
Penulkis sokong jutaan peratus dengan kadar cukai baru ini, kerana boleh membahgiakan rakyat jelata. Atau dengan kata lain kadar cukai baru ini boleh menolong rakyat dalam serba serbi kehidupan.
Tahniah dan terima kasih sekali lagi kerana tersangat bagus dan inilah benar benar menolong rakyat. 
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
anaabdullah
Posted on Thursday, May 01 @ 14:08:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Ahli Parlimen DAP bagi Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal dunia
Posted on Thursday, May 01 @ 14:58:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Ahli Parlimen DAP bagi Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal  dunia pagi ini kerana penyakit barah.

Berita kematian Seah, 48, diumumkan melalui akaun Twitter rasmi parti tersebut.

Berikutan itu, pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan dan merupakan PRK yang keenam selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Dalam pilihan raya umum 2013, Seah menewaskan calon Gerakan, Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi. Mah kini merupakan presiden Gerakan. 


Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong
Posted on Thursday, May 01 @ 14:53:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PKR membatalkan keputusan pemilihan Cabang Batang Sadong di Sarawak selepas mendapati berlakunya penipuan semasa proses undian minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya turut menggantung pengawas pemilihan daripada tugas dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Disiplin supaya mengambil tindakan terhadap sekumpulan pemimpin cabang yang menang tanpa bertanding untuk dipecat daripada parti.


"Apa yang berlaku di Batang Sadong adalah jumlah ahli yang keluar mengundi tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan.

"Paten (corak) yang ditulis ni adalah orang yang sama, jadi banyak hantu yang pergi (mengundi)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur, hari ini.
Johari berkata, keputusan dibuat selepas pihaknya mendapati banyak unsur keraguan berlaku sepanjang proses undian.
Katanya, pengawas pemilihan yang terlibat itu sendiri mengakui kepada JPP beliau dikompromi oleh calon yang bertanding.
"Tetapi kita masih siasat adakah dia buat ini atas arahan atau rela hati atau dibayar, kita tidak tahu lagi.
"Keputusan JPP semalam, pengawas yang kita sendiri lantik ini akan digantung tugas dan dihalang daripada mengambil mana-mana bahagian sepanjang pemilihan berlangsung," katanya.
Bagaimanapun, katanya, JPP masih menyiasat pihak yang menjadi dalang penipuan sehingga menyebabkan terjadinya insiden terbabit namun menjamin ia akan dapat diketahui dalam masa terdekat.
Beliau berkata, beberapa saksi termasuk mereka yang tidak pernah mengundi juga sudah memberikan kenyataan dan bersedia dipanggil untuk siasatan.
Sehubungan itu, katanya, beliau memberi amaran kepada individu yang menjadi dalang penipuan itu pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas walaupun mereka adalah pimpinan atasan.
"Kami sedang perhatikan anda dan kita akan siasat tanpa gentar atau pilih kasih.
"Anda harus sedar ahli yang berada di bawah memerlukan pemimpin yang benar-benar layak tetapi kalau anda ada duit dan anda dibayar maka tiada bezanya anda dengan BN," katanya.
Selain Batang Sadong, Johari turut mengakui beberapa kawasan lain sedang dalam perhatian serius dan disyaki mengalami insiden sama, iaitu satu di Semenanjung dan satu lagi kawasan di Sarawak.
Johari bagaimanapun menafikan JPP sama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membuat keputusan atas tekanan politik.
Katanya, satu skuad khas dibentuk bertujuan memantau dan merakam proses pemilihan dan bergerak secara sulit bagi memastikan bukti yang diperolehi benar-benar sah.
"Setakat ini saya harap Batang Sadong akan jadi yang terakhir tetapi tidak bermakna kita berhenti siasat di situ," katanya. – 1 Mei, 2014.

JAMILAH KAMARUDINMALAYSIANINSIDER


Azmin dahului persaingan timbalan presiden PKR
Posted on Thursday, May 01 @ 14:47:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Pemilihan PKR setakat ini menyaksikan penyandang Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendahului dua lagi pencabarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution.

Berdasarkan sumber Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, setakat ini, Azmin mendapat 5,111 undi berbanding Khalid (2,228) dan Saifuddin (2,322).

Keputusan itu bagaimanapun hanya daripada pengundian di lima negeri – Sarawak, Johor dan Terengganu, Melaka dan Pahang.

Masih banyak lagi negeri yang masih belum mengadakan pemilihan yang menggunakan sistem satu ahli satu undi itu.

Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, tiga regu kumpulan Saifuddin – Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan Tian Chua mengungguli tiga tempat teratas.

Nurul Izzah mendapat 5,610 undian, Rafizi Ramli (5,018) dan Tian Chua (4,833).

Persaingan ketua Pemuda rapat

Mereka diikuti rapat oleh tiga lagi calon yang dilihat bergabung dalam kumpulan Azmin, iaitu, Baru Bian (4,417), Shamsul Iskandar Md Akin (3,491) dan Xavier Jayakumar (3,410 undi) dan Lee Chin Cheh (2,330 undi).

Mustafa Kamil Ayub, regu Khalid dan bekas naib presiden, pula memperoleh 2,040 undi diekori Fuziah Salleh (2,004) dan Yahya Shaari (1,027).

Sementara itu, persaingan bagi kerusi Ketua Pemuda PKR pula menyaksikan persaingan sengit apabila ketiga-tiga calon bertanding mengumpul undian hampir sama banyak.

ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari mendapat 777 undi, mendahului pesaing terdekat Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad (739) dan aktivis antirasuah Nazree Yunus (720).

Jawatan Ketua Wanita pula menyaksikan penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendahului dengan 1,789 undi, diikuti exco Selangor Rodziah Ismail dengan 1,106 undi setakat ini.

Pengundian PKR bermula 25 April lalu dan akan berlangsung secara berperingkat mengikut negeri sehingga 11 Mei depan.

Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti itu layak mengundi. Kesemua jawatan tertinggi parti ditandingi kecuali Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang menang tanpa bertanding.

MALAYSIAKINI



Lelaki paling kotor di Eropah
Posted on Thursday, May 01 @ 14:24:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Novy Bydzov (Czech): Lelaki tidak berumah ini dilabel “lelaki paling kotor di Eropah” kerana tidur dalam timbunan abu sampah yang panas.

Ludvik Dolezal, 58 membakar apa saja yang dijumpai untuk dijadikan “tempat tidur selesa” sebelum merangkak ke atasnya untuk melelapkan mata.

Dolezal yang dikenali oleh orang yang lalu lalang di kawasan itu sebagai syaitan dalam kisah dongeng berkata: “Tahun lalu saya berhenti bekerja. Sejak itu saya tinggal di sini dengan unggun api.


“Saya mempunyai pelbagai kelengkapan sebelum ini - jaket, but, tilam dan selimut. Namun, saya bakar semua untuk memastikan api tidak padam.

“Ramai orang membantu saya, kadang-kala mereka membawa sesuatu seperti tayar lama dan saya akan membakarnya.” Menurutnya, dia akan membiarkan api berterusan sepanjang hari sehinggalah dia masuk tidur pada jam 7.30 malam.
“Kebanyakan benda yang dibakar adalah kayu dari semak berdekatan.

“Ia harus kering untuk dibakar. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk dibakar, saya terpaksa menggunakan kapak dan meotong papan di sekeliling bangsal tempat saya berteduh,” katanya ketika ditemui.

Dolezal mengaku dia menghadapi kesukaran bernafas. Saya menghisap rokok setiap masa, saya menghabiskan sebungkus rokok sehari. Ia membantu saya. Saya bernafas lebih baik apabila menghisap rokok. Menurutnya, dia mendapat bantuan kira-kira RM444 daripada kerajaan Czech setiap bulan.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan tidak memberikan dia wang itu sekali gus kerana khuatir dia akan membakarnya.

Sebaliknya, mereka memberi duit berkenaan kepada kedai yang dikunjungi Dolezal setiap hari untuk membeli makanan. - AFP

..x0x..

 

 

 Syiling emas pertama di Pulau Nangka
Posted on Thursday, May 01 @ 14:18:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



MELAKA: Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.

Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.



Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.

“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.

Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.

Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.

Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.

Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan.



ASTRO AWANI


 Tips ringkas; Metode Pendidikan Luqman Yang Bijaksana.
Posted on Thursday, May 01 @ 14:12:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Prinsip 1: Semua anak/insan lahir dalam keadaan  bersih, fitrah. Tidak tahu apa-apa. Dalil : An-nahl- (16) 78 Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

Analogi – Ibarat sumber air jernih dari mata air atas gunung, menuruni dan melalui pelbagai peringkat, melalui sungai yang tercemar dan kotor- hingga sampai kepada kita. Perlukan penapis air atau dimasak sebelum diminum.


Proses pembesaran menentukan apa yang kita masukkan atau kita biarkan dimasukkan ke dalam diri anak kita. Maklumat/bahan/perkara yang baik atau tidak- ke dalam fikiran dan hati. Maka terhasillah apa yang dapat dilihat pada diri anak itu sekarang. Pastikan - persekitaran pembesaran yang soleh. Intervening factors sepanjang proses pembesaran. Peranan dan pengaruh Ibubapa, guru, keluarga, adik beradik, kawan, jiran dll.

Prinsip 2- Mohon -hikmah kebijaksanaan, dan berusaha menjadi bijaksana. Salah satu sifat ialah bersyukur. Dalil ayat 12 surah Lukman. “dan Sesungguhnya Telah kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

HIKMAH : :  hikmah dalam bahasa mudah disebut ketepatan - perkataan yg tepat, utk org yg tepat, dgn cara yg tepat, pd masa yg tepat. Perlu -Ilmu, kefahaman. Hikmah ada 4 unsur (1) Hikmah mesti bersifat menghalang – halang org buat/pilih  perkara yg salah –jelaskan salahnya dan mana betulnya (2) apa yg kita nak sampaikan mesti mampu meyampaikan dia kepada kebenaran –guna  ilmu dan akal (3)  Perkara yg kita cakap itu berhasil untuk memberi gambaran yg jelas, apa sebenarnya benda itu. Kadangkala kita marah anak kita tapi anak kita tidak faham apa benda yg kita marah. (4) berorientasikan tindakan.

Syukur – Kunci utama kepada Hikmah. Org kaya yang bersyukur dan org miskin yg sabar. Syukur itu bermaksud dia dapat melihat apa yg dia ada manakala org yg kufur ialah org yg sentiasa fokus pada benda yg dia takda. Faedah syukur : kita sendiri dapat. Bahaya tak syukur, jadi kufur: kita sendiri terdedah dalam kemurkaan Allah.
Prinsip 3- Pendidikan Pertama  (Utama) Dan Caranya.
Ayat 13 Lokman “Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
Paksi/Ikatan dan Asas Pendidikan –Kasih sayang. Pendekatan hikmah, berbincang, nasihat, bahasa yang indah. Wahai anakku, wahai anak kesayanganku. Kunci dalam rumah tangga : KASIH SAYANG –dpdnya datang pengorbanan. Apabila rasa dikasihi baru kita cenderung untuk dengar kata dan nasihat.
Prinsip 4- Pendidikan Kedua Dan Caranya. (Taat ibubapa, kefahaman ketaatan)
Ayat 14 Lokman: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu.”
Ayat 15 “ Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan.”
Prinsip 5- Pendidikan Ketiga - kefahaman akidah & cara didik terbaik
Ayat 16 “ (Luqman berkata): "Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus[1181] lagi Maha Mengetahui.”
(1)  pendidikan – tanam kefahaman dan kesedaran pada fikiran anak bahawa tiada perkara apa pun terlepas dari pemantauan Allah.  Semua perbuatan baik dan jahat sentiada diketahui-Nya.
(2)  cara didik dengan pelbagai kaedah, nasihat, memberi perumpamaan, kisah perbandingan supaya menarik, mudah ingat dan faham, tidak mudah lupa.  
(3) hasil:  pemantauan diri. Diri yg melakukan dan diri yang memantau.
(4) Teori –bongkah ais – sorotan surah kahfi – cara pandang, nilai hidup dll
(5) suburkan perkembangan anak2- jangan bunuh kemampuan anak2 brfikir, galakkan bertanya, dan berfikir, bila ada satu perkara minta dia beri idea, bila dia tanya masalah– kita suruh dia bagi idea dia dulu –jgn bg terus jawapan. Pembangunan karekter/ jati diri. Kisah pelajar cemerlang, Madihah yg gemar bertanya.
Prinsip 6- Pendidikan Keempat - tugas-tugas utama dalam diri dan ciri penting dalam melakukan tugas ini
Ayat 17.  Hai anakku, Dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
Tugas2 utama manusia/anak.   jika kita teroka, sgt luas merangkumi pelbagai aspek.
1.     Solat  -solat cara terbaik, cara nabi, khusyuk, solat Jemaah, awal waktu. Pastikan anak solat Jemaah, semak cara solat dan bacaan solat. Dah buat?
2.     Amal makruf & nahi mungkar. Tanam ciri/sifat ini dalam diri anak dari kecil. Tugas yg telah lama diabaikan. Kesannya, masyarakat kita merana. Kisah -anak Dr. Zakir naik menegur seorang businessman kaya yang sedang merokok yang Dr Zakir tak dapat lakukan. “uncle, can you please stop smoking. Smoking is haram.”  
3.     Besabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.  Elemen sifat pelengkap diri anak. Erti Sabar pada hentakan pertama.  Kisah Rasul Sa.w. menegur seorang perempuan tua yang sedang meratapi kematian anak dikubur, tapi tidak diterima oleh perempuan itu. Apabila diketahui yang menegurnya Rasul s.a.w. barulah dia menjadi menyesal dan……
-       “No” prinsip  -kubur masing-masing.
Prinsip 7- Pendidikan Kelima - akhlak baik, cara pergaulan dan kaedah komunikasi
Ayat 18 . "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
Ayat 19.  Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
Pengajaran
1.     Jgn paling muka, jgn sombong. 2. Komunikasi : - hadap org tengok muka, yakin, sopan dll. Postur. duduk tegak supaya bahu tak jatuh. 3. Sederhana berjalan 4. Rendahkan suara sbb kita ni manusia.
Penutup –
Ajaran lokman lengkap. Menyeluruh. Luas –nafkah fizikal, spiritual, emosi, pemikiran dll.
Perjuangan setiap ibubapa –daripada ibubapa muda dan berusia. Baik anak masih kecil hingga anak kita dah besar panjang. Kuasa sebagai ibubapa.
Adakah anak Luqman mendengar kata bapanya?
Itu tidak dijelaskan dalam ayat ni. Yg dijelaskan ialah Luqman memberi nasihat kepada anak dia. Adakah anak dia beriman? Adakah si anak menerima nasihat Luqman? Adakah anak dia mmbantah? Tidak dipaparkan. Dan ia tidak dipaparkan dgn hikmah yg besar. Supaya ibu bapa terutamanya bapa pada memainkan peranan utk menasihati anak tidak meletakkan syarat kalau anak2 dengar cakap atau nasihat. Hidayah dari-Nya. Cuma, dalam mendidik perlukan kepelbagai cara. Jika tidak berjaya cara begini, guna cara lain. Adalah tidak bijak kalau asyik guna cara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.  Jadi manusia berhikmah dan laksanakan tugas secara hikmah. Allah jua yang lebih dan maha mengetahui. 
nak lebih - meh ke blog i
hisham-ahmad.blogspot.com
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Posted on Thursday, May 01 @ 14:12:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

 

Tiada ulasan: