10 Makanan paling menggemukkan Malaysia.
1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
Fakta: Nasi lemak tidak berkolesterol! Tak percaya? Baca di sini
2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…
3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!
Monday, January 27, 2014
BAIK PAKAI BAJU DALAM JER KALAU MACAM NI ( GAMBAR WANITA BERPAKAIAN TAPI TELANJANG)
Kerana Komen Di Facebook, Wanita Gigit Dan Tampar Jiran Sampai Berdarah!
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, menjatuhkan hukuman itu ke atas Maziah Samion, 31, dan Melor Abu Bakar, 51, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mereka didakwa secara bersama menyebabkan kecederaan Saridah Sohib, 39, di sebuah rumah di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin dekat sini, pada jam 10 malam, pada 21 Februari lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohamad Izwan berkata, tertuduh sepatutnya malu dengan perbuatan mereka serta tidak terlalu mengikut perasaan marah.
“Malu apabila jadi begini kerana anak sudah besar. Jika tidak dapat selesai cara baik, jumpalah penghulu atau sesiapa yang boleh membantu. Kamu sepatutnya cari cara lain, kalau ikutkan nafsu, memang beginilah akibatnya,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh mengunjungi rumah Saridah kerana tidak berpuas hati dengan komen jiran mereka dalam Facebook hingga berlaku pertengkaran.
Dalam kejadian itu, Saridah memaklumkan komennya kerana tindakan tertuduh yang bercerita mengenai hal dirinya dan keluarga kepada penduduk, selain menuduhnya dengan perkara bukan-bukan.
Berikutan itu, tertuduh memukul, menarik rambut dan menampar pipi Saridah sehingga mulutnya berdarah. Dalam kejadian itu, Maziah turut menggigit tangan Saridah – Bharian Online
Friday, March 8, 2013
BERITA INI TIDAK AKAN KELUAR TV3 ATAU UTUSAN MALAYSIA JADI SILA BACA DISINI.
Wednesday, June 12, 2013
CUBA TEKA SURAT KHABAR MANA YANG KANTOI MENIPU NI (GAMBAR)
Monday, February 17, 2014
TV3 DAN BERITA HARIAN KANTOI MENIPU RAKYAT? ( GAMBAR)
AKHBAR BH DIKESAN MENIPU RAKYAT DGN GUNA LAWATAN MUHYIDDIN YASSIN KE TEMPAT PUSAT PEMINDAHAN BANJIR TAHUN 2012 SEBAGAI LAWATAN TAHUN 2013
ITU BH INI PULA TV3:
Wednesday, April 3, 2013
DENGAN INI TERBUKTILAH UTUSAN MALAYSIA ADALAH UTUSAN FASIK (KANTOI MENIPU)
Sunday, June 30, 2013
TOLONGLAH JANGAN FITNAH LAGI MENTERI UMNO NI (GAMBAR)
kah3....
Friday, September 14, 2012
APA CERITA NI, MENTERI UMNO PUN NAK GANGNAM STYLE? (GAMBAR)
Tuesday, March 25, 2014
KADANG2 HAIWAN LEBIH KENAL ERTI UKHWAH (GAMBAR)
Saturday, February 1, 2014
MACAM KENAL JER BAJU PENCURI NI (GAMBAR)
Wednesday, February 12, 2014
PROMOSI HEBAT APA KALAU MACAM NI, MENIPU JER LEBIH (GAMBAR)
Wednesday, January 2, 2013
KALAU MACAM NI, TAK PAYAH PAKAI CCTV (GAMBAR)
Nampak semua dengan jelas......kah3....
4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari !!
30
April
April
Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?
Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?
Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :
1. Tunduk
Tunduk pun salah?Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.
2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.
3. Lenggok Badan
Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?
4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman
Alamak, senyum pun salah juga?Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.
Tonton juga video ini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan