Posted on Friday, May 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"Memang bergetar hati apabila mendengar ucapan Sultan Brunei di majlis perasmian perlaksanaan fasa pertama Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013 yang diadakan pada 30 April 2014.
Betapa keazaman kerajaan Brunei Darus Salam untuk melaksanakan hukum ALLAH begitu jelas terpancar dari ucapan Baginda Sultan Brunei. Berikut sebahagian petikan ucapan tersebut:
“Ingat, fokus kita hanyalah kepada ALLAH jua!Baginda Sultan juga ada memetik terjemahan ayat ALLAH dari surah Muhammad, ayat ke-7 bagi mengingatkan kita semua akan kebaikan kita menegakkan hukum ALLAH. Firman ALLAH `Azza wa Jalla:
Untuk mencari redhaNYA semata-mata. Bukannya melihat ke kiri atau ke kanan untuk mencari-cari siapa yang suka dan siapa yang tak suka.
Kita tidak pernah melihat orang orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka menerima atau mempersetujui kita. Tapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka.
Adapun andaian2 dan pelbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang kepada teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan ALLAH.
Sesungguhnya tuntutan ALLAH itu bukanlah ia teori, tetapi ia hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang ALLAH kejam dan tidak adil, ALLAH sendiri telah menegaskan undang-undangnya itu adil.
Maka di manakah harga teori itu di sini berhadapan dengan wahyu ALLAH?
Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka. Tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah ALLAH sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan As-Hadith.”
- sebahagian petikan ucapan Sultan Brunei pada 30/4/2014 dalam majlis perasmian melaksanakan fasa pertama Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”Ucapan penuh Baginda Sultan boleh diikuti melalui video ini: LINK VIDEO
(Surah Muhammad, 47:7)
Semoga kita semua terutama para pemimpin negara kita dapat menghayati ucapan tersebut seterusnya mencontohi negara jiran kita iaitu Brunei Darussalam.
ALLAHU AKBAR!
- www.muzir.wordpress.com
——
Baca juga laporan sebelum ini: - Sultan Brunei: Siapa Kita Nak Kata ‘Tidak’ Atau ‘Tunggu’ ?!
- Alhamdulillah, Kerajaan Brunei Laksana Hudud – Kita Cemburu, TGNA Lagi Cemburu!
*SUMBER: http://muzir.wordpress.com/"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: al-bahanj
Posted on Friday, May 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
BONGKAR !!! Bahayanya menahan air kencing [MESTI BACA...]
Posted on Friday, May 02 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"
Bahaya Tahan Air Kencing | SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. [Baca selanjutnya...]"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Posted on Friday, May 02 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ibrahim Ali buat kenduri jika Anwar masuk penjara
Posted on Friday, May 02 @ 22:53:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Selepas bertalu-talu mengkritik lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia, hari ini Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengalihkan sasarannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu mendoakan agar Anwar segera ke penjara dan akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya hasrat itu tercapai.
"Saya berdoa cepatlah dia ke penjara seperti mana yang dia sendiri diuar-uarkan. Saya orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara.
"Lagi cepat Anwar masuk penjara, lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara. Baik juga untuk pihak keselamatan kerana tidak pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semasa Himpunan Reformasi 2.0 di Kuching pada minggu lalu, Anwar yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan mahkamah dalam kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu berat sebelah.
Katanya, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.
"Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah). Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada.
"Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," katanya.
Ibrahim berkata Anwar tanpa henti menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang bertanggungjawab memasukkannya ke penjara.
Katanya, selaku rakan yang sama-sama ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun pada 1974 bersama bekas timbalan perdana menteri itu, perawakannya tidak sukar dibaca.
"Tuduhan Anwar sama. Kerja Najib dan Rosmah hantar dia ke penjara. Dia dakwa dizalimi,konspirasi kedua, hakim tidak adil dan macam-macam.
"Anwar ingat Malaysia ini negara mak bapa dia yang dia boleh buat suka hati dan seolah-olah kebal daripada undang-undang. Semua orang tak betul, dia sahaja yang betul," katanya. – 2 Mei, 2014.
sumber
Ibrahim orang paling gembira Anwar akan ke penjara
Posted on Friday, May 02 @ 22:46:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali paling gembira kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimasukkan ke dalam penjara tidak lama lagi atas kesalahannya.
“Lagi cepat Anwar masuk ke penjara, lebih baik. Baik untuk rakyat dan juga negara, bahkan baik juga untuk pihak keselamatan kerana pening dengan karenah dan tingkah laku Anwar,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Menurutnya, Anwar secara terang telah menghina mahkamah, tetapi pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan.
“Karenah Anwar menyebabkan pelbagai pihak susah hati, sehinggakan Amerika Syarikat terpaksa masuk campur.
“Tindakan Anwar itu menyebabkan kedaulatan negara terancam dan telah dimalukan kerana mempamerkan akhlak yang buruk, selain Anwar sering ikut hawa nafsu yang tidak terkawal,” katanya.
Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Anwar yang sering melampaui batas.
“Anwar ingat Malaysia ini negara mak ayah dia yang punya, sehinggakan dia boleh buat sesuka hati dan seolah-olah dia kebal dari daripada sistem undang-undang negara. Semua orang tidak betul bagi Anwar kecuali dirinya.
“Saya berdoa, cepatlah Anwar ke penjara, sepertimana yang dia sendiri war-warkan, saya orang pertama yang gembira dan bersyukur.
“Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara. Saya berpegang kepada prinsip keluhuran undang-undang dan perlembagaan yang merupakan salah satu prinsip Rukun Negara,” kata beliau lagi.
Ujar Ibrahim, Anwar awal-awal lagi telah membawa kesnya kepada rakyat bagi membolehkan rakyat bangun, bangkit membelanya.
“Tuduhan yang dilemparkan Anwar tetap sama iaitu Datu Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang mengheret beliau ke penjara, konspirasi Barisan Nasional (BN), hakim tidak adil, dan bermacam-macam lagi,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Ibrahim turut mempersoalkan layanan dan semangat keprihatinan masyarakat terhadap mangsa liwat Anwar iaitu bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Bagaimana dengan nasib Saiful, tiada siapa yang peduli?” soalnya.
Bahkan Ibrahim turut merasa geli hati, kerana masih ada yang sokong, simpati dan mempercayai Anwar, tetapi Saiful dibiarkan.
“Akhirnya betullah, jerung nak dilepaskan, ikan bilis jadi mangsa. Sebagai kawan sewaktu tahanan pada tahun 1974 dan ditahan selama 2 tahun serta lama mengenali siapa Anwar sebenarnya, saya bersyukur dan gembira Anwar akan ke penjara atas kesalahan yang dilakukannya.”
Ibrahim berkata demikian bagi membalas kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Anwar yang dalam ceramahnya mengatakan bahawa beliau akan dipenjarakan dalam tempoh satu bulan lagi.
Hal ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.
sumber
CUn tapi ke-Cun-dang. Terbaik daripada Xifu Naser
Posted on Friday, May 02 @ 22:26:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
" PEPATAH Cina ada mengatakan: shui3 neng2 zai4 zhou1, yi4 neng2 fu4 zhou1 - “Air boleh mengapungkan perahu, tetapi air juga boleh menenggelamkan perahu.”
Pepatah ini mengajak kita untuk berfikir tentang perbezaan makna dalam satu isu. Dalam erti kata lain, di sebalik setiap ke-cun nan, mungkin wujud ke-cun-dangannya!
Apabila paderi-paderi gereja katolik diberi kuasa untuk mengampunkan dosa-dosa penganutnya, hal ini bermakna bahawa penganut penganutnya akan berasa lebih selamat di bawah naungan gereja. Tetapi hal ini juga bermakna paderi-paderi akan berasa diri mereka lebih suci daripada yang lain.
Apabila seorang Sufi Syeikh ekstremis mengaku Nabi SAW datang menemuinya melalui mimpi dan jaganya, hal ini memberi harapan kepada para pengikutnya untuk beribadah demi berjumpa Nabi dalam mimpi dan jaga.
Tetapi hal ini juga bermakna para pengikutnya wajib menuruti secara membabi buta segala suruhan Syeikh mereka yang kononnya telah mendapat ‘sijil halal’ daripada Nabi SAW.
Apabila seorang Salafi ekstremis mengharamkan demonstrasi rakyat secara mutlak, hal ini bermakna mereka reda akan takdir Ilahi.
Tetapi hal ini juga bermakna mereka perlu reda kepada segala kezaliman pemerintah.
Apabila Presiden Korea Utara membunuh pakciknya dan seluruh keluarga pakciknya, ini bermakna Presiden sanggup berbuat apa saja demi memelihara perpaduan nasional, hal ini juga bermakna nyawa Presiden jauh lebih bernilai daripada nyawa rakyat biasa.
Apabila Kit Siang mengatakan bahawa ‘Malaysian Dream’ menentang segala hegemoni (dominasi) agama, hal ini bermakna semua agama adalah sama.
Tiada satu pun agama lebih benar berbanding agama yang lain. Tetapi hal ini juga menunjukkan tiada kesungguhan untuk mengenali perbezaan fundamental antara agama dan tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran.
Hal ini menunjukkan hanya ideologi ‘Malaysian Dream’ sahaja paling benar. Haram hegemoni agama tetapi halal hegemoni ‘Malaysia Dream’.
Barack Obama mengadakan lawatan ke Malaysia dan meminta agar Malaysia menghormati prinsip ‘equal opportunity’.
Katanya, Malaysia tidak akan berjaya jika rakyat bukan Islam didiskriminasikan. Hal ini bermakna Malaysia wajib BERUBAH tetapi hal ini juga bermakna Malaysia akan DIUBAH oleh Kuasa-Kuasa Besar sekiranya enggan berubah.
Sebuah NGO mengkritik Obama kerana tidak menasihati rakyat bukan Islam untuk menghormati umat Islam di Malaysia. Perkara ini menunjukkan Obama bersifat berat sebelah terhadap umat Islam.
Hal ini juga memperlihatkan sebahagian umat Islam di Malaysia menganggap bahawa perspektif rakyat bukan Islam di Malaysia dan rintihan-rintihan minoriti adalah tidak penting. Majoriti perintah, minoriti patuh.
Saya suka dengan kenyataan Datuk Seri Najib tentang perlunya mengambil kira akan perspektif rakyat bukan Islam di Malaysia mengenai hudud dan pelaksanaannya. Penjelasan terperinci perlu diberi kepada mereka terlebih dahulu.
Islam adalah agama untuk semua. Agama yang menjaga maslahat semua. Sudah tiba masanya para ulama kita turun padang dan bukan sekadar bernasyid “Ya Hanana” tetapi untuk diinterrogasikan atau di“CSI”kan tafsiran-tafsiran mereka oleh pihak yang berkenaan(daripada kalangan umat Islam dan bukan Islam). Hal ini merupakan cabaran ilmiah bagi mereka.
Persoalannya ialah, siapakah ulama atau sekumpulan ulama yang mempunyai ketokohan ilmiah yang cukup mantap dan akhlak tawaduk serta keyakinan diri yang tinggi untuk mempersembahkan ijtihadnya agar diinterrogasi dan disiasat oleh tokoh-tokoh ilmuwan dalam kalangan umat Islam dan bukan umat Islam?
Ini merupakan detik keemasan sebenarnya untuk memperkenalkan Islam dengan hujah-hujah bernas. Akan tetapi, hal ini juga berisiko tinggi bagi mereka yang selama ini memperjuangkan Islam hanya atas dasar semangat dan perkauman tanpa landasan ilmiah yang kukuh.
Adakah perkara sebegini akan memartabatkan institusi ulama kita atau membuka kelemahan mereka?
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/xifu-naser/cun-tapi-ke-cun-dang-1.276097
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: HishamAhmad
Posted on Friday, May 02 @ 22:26:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Bos AIR ASIA. Antara silap, maaf dan kita.
Posted on Friday, May 02 @ 22:24:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Beberapa hari yang lalu, sedang membelek majalah Reader Digest lama, saya terbaca kisah CEO Air Asia, Tony Fernandes menceritakan kisah perjalanan atau rahsia kejayaaannya. Antaranya katanya; “Don’t be afraid of making mistakes. If you don’t make mistakes, you’ll never learn.
But when you do mess up, be the first to admit it. Don’t try to cover yourself. Just stick your hand up and say you screwed up.”
Beliau
kemudian memberikan contoh-kejadian-kejadian sebenar di mana dia telah
melakukan kesilapan dalam keputusan dan tindakan dan bila didapati
tidak betul atau tidak bagus, selepas ditegur atau terbukti
kesilapannya atau memadai dilihat pada kesan buruk tindakannya, beliau
segera mengakui kesilapan, meminta maaf dan memperbetulkannya. Ia
menjadikan beliau lebih dihormati dan lebih berjaya, dalam kewangan dan
perhubungan.
Mengakui salah dan meminta maaf bukan suatu yang mudah. Bagaimana dalam bidang agama melibatkan ustaz-ustaz kita?
Kita
mungkin pernah mendengar seorang selebriti wanita yang membangkit
sesuatu perkara berkaitan isu agama, kemudian memohon maaf atas sebab
yang kita tidak pasti apakah sebenar salah dirinya. Namun kita memahami
tekanan yang diterima kerana apa yang dilakukan dianggap menyentuh
wibawa ilmuan selebriti, sekaligus mungkin melukai ramai peminat ilmuan
tadi, tanpa merit isu dibangkitkannya, seadilnya diadili.
Hakikatnya,
seseorang ustaz juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dalam
banyak perkara baik yang telah dilakukan, sekali sekala mungkin berlaku
kesilapan, atas ketidaksengajaan atau kurang teliti dalam penyampaian.
Adakah ketelanjuran kerana lidah yang tidak bertulang?
Bukan
mudah untuk memastikan kesahihan sumber. Berapa ramai ustaz yang telah
merujuk sumber yang asalnya dipercayai tetapi kemudiaannya didapati
kesahihan fakta yang dibawa dipertikaikan atas kajian yang lebih
terkemudian. Lihatlah pada kisah isu dakwaan ‘kezaliman’ Hajaj bin yusuf
as-Saqafi, kisah sahabat bernama Tsalabah dan sebagainya. Hakikatnya,
tiada siapa ingin membawa kisah yang tidak benar dalam hal agama
apalagi kalau disandarkan kepada Rasul s.a.w. yang mulia dan para
sahabat yang tercinta.
Namun
sebahagian keterlanjuran dalam penyampaian adalah serius dan merupakan
suatu kesilapan yang sukar diterima melainkan kesilapan itu diakui,
diperbetulkan dan permohonan maaf dihulurkan.
Bagaimana
harus diketahui? Mudah. Apabila isu serius pada agama dibangkitkan
(sama ada melalui teori atau pandangan) telah dipertikaikan bahkan
dicabar oleh lain-lain ilmuan dengan hujah meyakinkan, maka di atas
bahunya terletak tanggungjawab memberikan hujah balasan, jika teori dan
pandangan masih mahu dipertahankan, bukan sekadar penjelasan yang
berlegar pada persekitaran isu, dengan kata berunsur emosi dan memikat
hati. Mungkin kebanyakan yang mendengar, menyaksi merasa puas hati
tetapi tidak bagi sebahagian yang benar-benar berfikir dan memahami.
Jika
tidak mampu, dan naluri kuat merasa berlaku kesilapan pada diri atas
keterlanjuran yang tidak disengajakan, disitu ada jalan keluar yang
mudah. Lagi mulia.
Persoalannya,
kenapa sukar untuk mengakui kesilapan? Mengapa sukar untuk permohonan
maaf dilafazkan? Adakan menjatuhkan martabat, atau sebenarkan menaikkan
darjat?
Sesungguhnya
yang hak itu hak dan yang batil itu batil. Kalau salah, katakan salah.
Akui salah. Kalau sekadar kata, “maafkan saya, kalau saya salah”. Itu
bermakna kita masih tidak mengakui salah. Wallahu taala alam.
Maafkan saya, kalau saya salah.
(Bagi kefahaman lebih baik, sila ziarahi blog untuk membaca sambungan artikel ‘kewajipan setiap diri menjadi hakim yang adil). hisham-ahmad.blogspot.com
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: HishamAhmad
Posted on Friday, May 02 @ 22:24:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sedaya Upaya Menteri Umno Hendak Menipu Bagi Menaikan Kadar Di Lebuh Raya PLUS
Posted on Friday, May 02 @ 22:23:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Memang TEPAT apa yang dikatakan kalau Tidak Menipu Bukan Umno Namanya, kerana PENIPUAN, PEMBOHONGAN, TEMBERANG, RASUAH, MENYAMUN HARTA RAKYAT serta FITNAH adalah KEMBAR-KEMBAR yang DILAHIRKAN sekali semasa Inggeris Penjajah MELAHIRKAN UMNO. Atas sebab itu jika dilihat dan TELITI Perangai serta TINGKAH LAKU Pemimpin dan Penyokong Umno tidak LARI dari SIFAT Kembar-Kembar Umno tersebut.
Cuma yang Membezakan mereka hanyalah STATUS yang dipegang, UMPAMA nya
jika Pemimpin Umno tersebut BERPENDIDIKAN AGAMA maka Kuranglah sedekit
Tahap Menyerupai Perangai Kembar-Kembar kepada Umno seperti Kurang
Penipu, Kurang Pembohong, Kurang Temberang, Kurang Rasuah dan Kurang
membuat Fitnah. Dalam Erti Kata bukan Tak Buat cuma Kurang dari yang
Tidak Berpendidikan Agama seperti Mahathir A/L Muhammad Iskandar Kutty.
Memang DIAKUI ada diantara Pemimpin serta Ahli selain dari Umno juga
mempunyai Perangai Penipu, Pembohong, Temberang, Rasuah, Menyamun Harta
Rakyat serta Fitnah, tetapi Tahap melakukan semua perkara itu adalah
seperti LANGIT dengan BUMI. Jika DIANDAI kepada Makanan ianya
SEKALI-SEKALA Dirasai. Berbeza dengan Pemimpin serta Ahli Umno yang
menjadikan itu semua sebagai MENU PILIHAN dan Menu KEGEMARAN bagi
SANTAPAN.
Berbalik kepada N3 diatas inilah antara CONTOH TERKINI yang dapat
dilihat dengan MATA KEPALA Rakyat yang Mahu Berfikir dan Tahu Berfikir
menggunakan AKAL FIKIRAN, bukan nya KEPALA LUTUT seperti Pihak
disebelah Sinunnn. Dimana Pemimpin Umno SEDAYA UPAYA melalui Menteri
Kerja Raya Datuk Fadillah Yusoh cuba MENIPU RAKYAT dan MENGELIRUKAN
RAKYAT bagi Tujuan untuk Menaikan Kadar TOL di Lebuh Raya Projek Lebuh
Raya Utara Selatan (PLUS).
Sedangkan seperti yang Diketahui Umum yang PLUS sudah pun menjadi ASET
NEGARA kerana ia DIMILIKI Syarikat Berkaitan Kerajaan iaitu 51
Peratus dipegang oleh UEM Group Bhd Milik KAZANAH dan 49 Peratus
dipegang oleh Kumpulam Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jikalau sudah 51
Peratus Pegangan KAZANAH manakala 41 lagi Peratus dipegang oleh KWSP
macam mana pula Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS) adalah salah
satu Pemegang Konsesi Lebuh Raya Utama Negara.
Kalau ya pun ia adalah Salah Satu Pemegang Konsesi Lebuh Raya sudah tentu bukan nya Pemegang Konsesi Utama setelah dikatakan UEM Group Bhd dan KWSP adalah Pemegang sebanyak 51 Peratus dan 49 Peratus, mungkin Syarikat tersebut hanya sebagai Penyelengara Lebuh Raya. Sebagai Penyelengara Lebuh Raya yang Dipegang oleh Syarikat berkaitan dengan Kerajaan maka Tugas dan Peranan nya BERKISAR kepada Hal-Hal Penyelengaraan bukan nya SIBUK untuk meminta Menaikan Kadar Tol.
Mungkin jika sebelum Lebuh Raya dimiliki oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan maka Hak Meminta Kenaikan Kadar Tol adalah salah satu dari Hak mereka, namun setelah Lebuh Raya Dimiliki oleh UEM Group Bhd serta KWSP iaitu dengan MEMBELI Lebuh Raya SEMESTI nya Hak Meminta Kenaikan Kadar Tol bukan nya lagi Hak mereka tetapi Hak UEM Group dan Hak KWSP sebagai Pemegang Konsesi Utama Lebuh Raya. Jadi Perjanjian Apa yang dikatakan oleh Menteri Kerja Raya dari Umno ni beb.
Sesuatu yang Cukup MENGHAIRANKAN apabila Barangan sudah BERTUKAR TANGAN dengan DIJUAL oleh Pemilik Asal kepada seseorang tetapi Hak Menentukan bagaimana Barangan tersebut hendak DIGUNA PAKAI masih lagi Dipegang oleh Pemilik Asal, jika betul lah sebagaimana dikatakan yang Perjanjian tersebut memberi Hak kepada Penyelengara untuk meminta Kenaikan Kadar Tol maka Perjanjian tersebut sudah semestinya ada sesuatu yang TIDAK KENA... kah kah kah !.
Sejak dari Tahun lepas lagi beliau mengatakan yang Kadar Tol akan DIKAJI semula iaitu bermaksud MENAIKAN Kadar Tol, namun ianya TERENCAT serta DIBATAL akibat dari Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Yang mana lain Tak Bukan adalah untuk MERAIH UNDI bagi Memenangkan Calon dari Umno/Mca dalam PRK tersebut, sekali lagi Rakyat yang Tahu Berfikir dan Mahu Berfikir dengan Akal Fikiran tidak Menggunakan Kepala Lutut... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... teringat gua dengan menteri kerja raya sebelum ini bila ada mengatakan sebelum pru13 konon nya syarikat konsesi bersetuju untuk mengurangkan kadar dalam penstrukturan kadar tol... selepas pru13 bukan hendak turun malahan untuk kekal dengan kadar lama pun mereka tak henginnn... kah kah kah... A B U.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Friday, May 02 @ 22:23:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Kontroversi AiU: Syed Mokhtar terpaksa jilat ludah sendiri
SEKILAS PANDANG:
Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary nampaknya mengubah pendirian di
dalam isu penutupan Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Star
selepas diselar pelbagai pihak.
Beliau
tidak memberi maklum balas terhadap laporan akhbar tentang kemungkinan
menamatkan operasi AiU, tetapi seorang menteri berkata pengurusan
universiti itu tidak akan melakukannya.
Isu tersebut dibangkitkan akhbar The New Straits Times pada Februari lalu dan mendapat liputan meluas.
theantdaily
juga memuatnaik dua laporan berkenaannya -- “Demi Rakyat Dan Negara’,
apa terjadi kepada AiU?” pada 6 April dan “Apabila universiti Albukhary
gagal, bolehkah Syed Mokhtar dipercayai mengurus aset negara?” pada 22
April 2014.
Theantdaily kemudian membuat kompilasi komen pembaca berjudul “Universiti Albukhary: Kepentingan peribadi mengatasi pemegang saham minoriti” pada 24 April.
Pada hari
yang sama, agensi berita Bernama melaporkan bahawa AiU telah menarik
balik keputusan menghentikan operasi, memetik kenyataan Menteri
Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Idris berkata kementerian diberitahu perkara itu oleh pengurusan AiU melalui surat pada 23 April.
“Dengan
keputusan itu, isu ini tamat,” katanya kepada pemberita selepas memberi
syarahan pada diskusi intelek “Kebangkitan Melayu” di auditorium RTM di
Ipoh.
Berkenaan
keputusan awal AiU, kementerian sering memantau dan memastikan ia
beroperasi mengikut akta bagi universiti swasta, katanya.
Dari
segi prestasi AiU, Idris berkata ia isu berbeza. Kementerian memantau
institusi berkenaan bagi memastikan ia memenuhi keperluan Agensi
Kelayakan Malaysia dan Akta Insitusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Idris turut mengulas tindakan saman pelajar AiU dengan berkata ia bakal diselesaikan kedua belah pihak.
Pada 15 April, enam pelajar menyaman AiU kerana gagal mengikut Akta Insitusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 yang menjelaskan bahawa AiU perlu memberi notis penutupan setahun sebelum melaksanakannya.
Idris turut mengulas tindakan saman pelajar AiU dengan berkata ia bakal diselesaikan kedua belah pihak.
Pada 15 April, enam pelajar menyaman AiU kerana gagal mengikut Akta Insitusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 yang menjelaskan bahawa AiU perlu memberi notis penutupan setahun sebelum melaksanakannya.
Dilaporkan bahawa universiti itu, yang ditubuhkan Yayasan Albukhary akan menghentikan operasi pada Jun ini.
AiU
dikenali universiti yang mengubah destini golongan miskin kerana ia
menggunakan konsep wakaf. Ia tidak mengenakan bayaran ke atas pelajar
miskin daripada seluruh dunia.
Syed Mokhtar memegang saham bagi pelbagai syarikat berkaitan kerajaan dan merupakan individu ketujuh terkaya di dunia.
Menurut
Forbes, kekayaannya korporatnya bernilai US$3.1 billion (RM10 billion).
Ini belum termasuk kekayaan peribadi. AiU ditubuhkan pada 1996 dan
dibiayai sepenuhnya Yayasan Albukhary.
Naib
canselor AiU, Professor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, yang pernah
menjawat jawatan naib canselor Universiti Sains Malaysia mengundur diri
pada pertengahan tahun lalu.
Syarikat
Smart Partnership International (M) Sdn Bhd diberi kontrak empat bulan
oleh kerajaan negeri Melaka untuk mencari harta karun di Pulau Nangka,
Melaka. Kontrak mereka berakhir pada 12 tengah malam Rabu lalu.
Tiba-tiba pada malam Rabu itu juga iaitu pada 11.15 malam syiling pertama ditemui dan kira-kira 11.30 malam syiling kedua ditemui, setengah jam sebelum kontrak mereka berakhir.
Inilah yang menjadi kesangsian kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sehingga mengeluarkan kenyataan berikut hari ini.
“Saya masih tidak yakin penuh apa yang dijumpa itu datang daripada kawasan itu (Pulau Nangka), mungkin sesuatu yang tercicir atau dicicirkan, ini kita kena siasat,” katanya di Seri Bendahara Melaka.
Adakah syarikat tersebut telah berbuat sesuatu untuk mengelakkan mereka ditamatkan kontrak?
Bimbang ditamat kontrak, syarikat cari harta karun ‘tipu’ penemuan 2 syiling?
Tiba-tiba pada malam Rabu itu juga iaitu pada 11.15 malam syiling pertama ditemui dan kira-kira 11.30 malam syiling kedua ditemui, setengah jam sebelum kontrak mereka berakhir.
Inilah yang menjadi kesangsian kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sehingga mengeluarkan kenyataan berikut hari ini.
“Saya masih tidak yakin penuh apa yang dijumpa itu datang daripada kawasan itu (Pulau Nangka), mungkin sesuatu yang tercicir atau dicicirkan, ini kita kena siasat,” katanya di Seri Bendahara Melaka.
Adakah syarikat tersebut telah berbuat sesuatu untuk mengelakkan mereka ditamatkan kontrak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan