Isnin, 12 Mei 2014

BUKAN CALON PAS....TAPI CALON PAKATAN RAKYAT

PRK Bukit Gelugor: Presiden arah menangkan 'calon PAS', kata DHPP
Posted on Monday, May 12 @ 14:04:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





GEORGE TOWN:
Lebih 50 orang anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah diturunkan untuk membantu kempen 'calon PAS' Ramkarpal Singh Deo a/l Karpal Singh sepanjang berlangsungnya PRK Bukit Gelugor.

Asokan a/l Parumal yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan DHPP dan Pengerusi DHPP Pulau Pinang semalam memberitahu pagi ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyuruh pihaknya membantu kempen Pakatan Rakyat dalam kalangan pengundi bukan Islam.

"Tok Guru (Abdul Hadi) minta fokus penerangan kepada pengundi bukan Islam, khususnya di kawasan mengundi Kampung Melayu, Sungai Gelugor dan Taman Tun Saadon," ujar Asokan tadi, semasa ditemui di pekarangan Pusat Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor, Dewan Sri Pinang di sini.

Mengulas mengenai Ramkarpal yang dianggap sebagai 'Calon PAS Guna Bendera Roket', Asakan memberitahu, pendirian Tuan Guru Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu akan terus membuntukan Barisan Nasional, walaupun tiga calon bebas ditaja bertanding oleh pihak tertentu. - HARAKAHDAILY 12/5/2014




sumber


Karipap Pun Kena GST?
Posted on Monday, May 12 @ 13:23:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Dulu masa gua kecik... Jarang sangat ader jumpa karipap inti keledek... Rata-rata karipap 40 tahun dulu semuanya inti kentang... Udah la saiznyer besar gedabak... Makan sebijik pon dah rasa kenyang... Susah nak abiskan masa kecik dulu tue..

Lepas tue... Sekitar tahun-tahun 90'an... Dah mula banyak sana sini karipap inti campur (kentang dan keledek)... Rasa sudah ader manis skit.. Rasa kari rempah pon sudah manis skit... Tapi still rasa kari rempah tue kuat... Saiz masih maintained walaupun ader sesetengah tempat dah mula saiznya susut...

La nih... Dah jadi rare karipap inti kentang.. Susah nak jumpa... Harga kentang pon dah mahal... Rasa rempah kari pon dah macam ader takder jer... Dalam banyak kes... Ilang dah rasa kari... Hahaha... Dan saiznyer sudah semakin keding... Kecik dan kurus... Tak gebu cam dulu... Inti pon tak padat... Biler goncang karipap tue berbunyi intinya... Hahaha

Dan sekarang nih... Karipap biasa nih sudah jadik RM0.50 sebijik... Terkojot den tadi masa beli... Minggu lepas beli 6 ketul 2 hinggit... La nih 6 ketul dah jadi 3 hinggit...  Aiyo...

Ini baru karipap biasa / standard... Bukan macam karipap yang ader satu makcik kat Taman Gelora Kuantan tue jual... Yang itu lain ... Saiznya agak besar skit dan ader inti ayam (tapi skrang nih banyak tulang dan kulit dari isi ayam)

Yang kat Taman Gelora tue.. Pada tahun 1995 -1996 harga baru 30 sen sebijik... Pada 2000 harga susah jadi 50 sen sebijik.... La nih sudah jadik 1 hinggit sebijik...

Agaknyer la... Kalo GST dah diimplement nanti... Karipap yang makcik nih jual kat Taman Gelora Kuantan nih pasti naik harga jadi paling cikai seringgit dua kupang... Hahaha... Cepat la pi Mekah balik hari kalu camnie punya harga... Hahaha

Tapi gua rasa aaa... Kalo karipap biasa / standard mungkin naik 7 kupang sebijik... Aper ader hal Makcik yang jual karipap kat Taman Gelora Kuantan tue nak naikkan harga jadi seringgit lima kupang kot.... Hahahaha...

Ini gua tak citer tentang rege Karipap Gergasi yang orang dok jual kat area Kuala Selangor tue yang skrang nih dijual pada harga tiga ringgit lima kupang tue... Mungkin jadik rege lima ringgit kot kalu GST berjalan..

Ater cepat la demer nak pi Mekah balik hari la lepaih nih... Hahaha... Kaya.. Kaya... Yahoo... Google... Excite... Bing... Altavista... 

sumber
  


Logikkah Alasan MCA Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor
Posted on Monday, May 12 @ 17:41:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



0leh Mohammad Agus Yusoff

Penamaan calon telah selesai dengan calon DAP Ramkarpal Singh, akan ditentang oleh Huan Cheng Guan (Presiden PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

MCA tidak meletakkan calonnya. Alasannya yang diberikan oleh Setiausaha Agong dan Presidennya adalah kerana mahu memberi tumpuan pada isu hudud yang dihadapi sekarang.

Alasan ini tidak masuk akal.Mengapa begitu ya sikap pemimpin politik ini, sering memberi alasan yang rendah kualitinya?

Selalunya inilah yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan pemimpin sebegini. Lebih teruk lagi jika pemimpin sebeginilah nanti yang dilantik menjadi menteri.

Jika sayalah dikehendaki berhujah, saya akan katakan melihat kepada keputusan PRU-13, MCA tidak mempunyai sokongan yang kuat di kawasan ini.

Oleh itu, MCA merasakan wajar untuk mengukuhkan dahulu kedudukan parti di kawasan ini daripada bertanding.

PM pula memberi alasan BN tidak meletakkan calonnya kerana MCA dalam proses konsolidasi untuk mengukuhkan partinya.

Alasan PM hujah diplomatik yang baik. Cuma, kata PM lagi, BN mungkin akan menyokong calon yang mesra BN. Siapakah calon itu? Wajarkah BN menyokong calon Bebas?

Apa pandangan kawan-kawan?

sumber
 


 Sengat bitcoin
Posted on Monday, May 12 @ 13:13:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR: Anda mungkin pernah mendengar mengenai Bitcoin. Ia adalah sebuah mata wang digital yang telah disebut-sebut sebagai masa depan wang, namun ada juga yang menganggapnya hanya sebagai teknologi khayalan yang pasti akan gagal.

Banyak cerita mengenai Bitcoin telah timbul. Bank pusat China telah melarang institusi kewangan daripada mengendalikan urus niaga Bitcoin. Pada bulan Januari, Bank Negara Malaysia memberi amaran kepada pengguna supaya tidak menggunakan Bitcoin, kerana ia tidak diiktiraf sah di negara ini.

Kemudian terdapat pula dakwaan-dakwaan pelik. Baru-baru ini, sebuah syarikat pertukaran bitcoin yang berpangkalan di Tokyo, Mt. Gox memfailkan perlindungan muflis, dan mendakwa bahawa 850,000 bitcoin bernilai AS$473 juta (RM1.55 bilion) telah hilang daripada akaunnya.

Ini hanyalah kes-kes yang terbaru. Bitcoin juga telah mendapat perhatian kerana pertalian dengan aktiviti-aktiviti haram, terutamanya perdagangan dadah dalam talian. Tahun lalu, Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menutup pasaran gelap atas talian, Jalan Sutera dan merampas 144,000 bitcoin bernilai AS$28.5 juta (RM93.2 juta).

Jadi apakah sebenarnya Bitcoin ini, dan haruskah rakyat Malaysia bimbang atau teruja mengenainya? Walaupun Bank Negara telah memberi amaran terhadap penggunaannya, tidak ada apa yang dapat memberhentikan penggunaannya sebagai mata wang untuk urus niaga perdagangan.

Bitcoin telah terbukti mempunyai potensi di beberapa tempat di seluruh dunia, tetapi potensinya sebagai mata wang bagi urus niaga di Malaysia adalah tidak menentu.

Bitcoin dipercayai telah diilhamkan selepas krisis ekonomi AS 2008 –peristiwa-peristiwa yang akhirnya membawa kepada kemelesetan global. Ideanya adalah untuk mencipta wang digital, sesuatu yang mudah, yang tidak boleh dikesan dan bebas daripada kawalan kerajaan dan bank.

Mata wang digital ini telah mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada bulan Februari 2011, nilai bitcoin menyamai nilai dolar AS (1 Bitcoin = AS$1). Nilainya sejak itu telah naik dan turun setiap tahun, sama seperti mata wang. Nilainya mencapai puncak pada November tahun lepas apabila satu bitcoin adalah bersamaan dengan hampir AS$1,250 (RM4,090). Pada bulan Januari tahun ini, nilainya mencapai tahap antara AS$800 dan AS$900 (RM2,608 dan RM2,934).

Nilai yang dikenakan kepada suatu perisian pastinya menjana minat, dan ada di Malaysia yang berminat untuk mengambil peluang menerusi kejayaan mata wang digital ini.

Di barisan hadapan adalah Colbert Lau, pengasas Bitcoin Malaysia. Beliau mempunyai perancangan bagi bitcoin di Malaysia, dan kini mencari sokongan dan rakan kongsi untuk merealisasikannya. Tetapi Lau adalah seorang ahli perniagaan – beliau juga adalah pembeli dan penjual bitcoin.

Satu aspek dunia bitcoin adalah pembelian dan penjualan mata wang. Sama seperti bursa saham di mana saham diniagakan, pengguna membeli dan menjual bitcoin bagi pelaburan secara aktif, dan membentuk komuniti kecil peniaga bitcoin.

Menurut Lau, terdapat dari 300 hingga 400 orang peniaga Bitcoin dalam komunitinya. Kumpulan itu turut berkembang, dengan 10 hingga 20 orang baru menyertai mereka setiap bulan. Kumpulan itu berkomunikasi menerusi WhatsApp dan Kakaotalk, di mana mereka mengumumkan jumlah yang mereka telah beli atau dijual. Sejumlah 30 pembelian boleh berlaku setiap hari.

Bagaimanapun, Lau menegaskan bahawa dia tidak mengetahui kesemua urus niaga dalam kumpulan itu, kerana peniaga boleh memilih untuk tidak mengumumkan pembelian mereka secara terbuka. "Ada rakyat Malaysia yang turut membeli dari luar negara, dari negara-negara seperti Singapura dan China," katanya kepada The Heat.

Namun ini hanyalah aspek pembelian bitcoin. Sebuah aspek lain adalah ‘perlombongan’. Satu-satunya cara untuk menjana lebih banyak bitcoin adalah dengan menjadikan sebuah komputer sebagai sebahagian daripada rangkaian pengguna bitcoin, sebagai lejar awam bagi setiap transaksi bitcoin.

"Saya boleh memberitahu anda bahawa terdapat sekurang-kurangnya 1,000 orang pelombong bitcoin di Malaysia," kata Lau.

Menurutnya, beberapa pelombong melombong di rumah dengan perkakasan yang kurang canggih. Yang lainnya pula menggunakan beratus-ratus komputer di premis kilang atau perniagaan mereka. Lau bagaimanapun berkata bahawa beliau tidak boleh mendedahkan lokasi mereka.

Perlombongan bitcoin tidak menyalahi undang-undang. Ia adalah cara untuk mendapatkan bitcoin dan membantu rangkaian pengguna mengekalkan lejar awam. Tetapi kerana jumlah bitcoin yang anda lombong adalah ditentukan oleh kuasa kelengkapan yang anda miliki, beberapa pertubuhan telah mewujudkan ‘kilang-kilang’ perlombongan bitcoin.

sumber


 Huru-hara pemilihan PKR menampakkan konflik kepimpinan, kata pemerhati
Posted on Monday, May 12 @ 11:57:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu




Pekerja pilihan raya mengira kertas undi semasa pemilihan parti PKR untuk Bandar Tun Razak di Cheras. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Mei, 2014.

Suasana huru-hara dalam pilihan raya PKR di Selangor hujung minggu lepas mencerminkan tahap krisis kepimpinannya, di mana pemimpin utama mereka berebut untuk menerajui parti berusia 15 itu untuk menawan Putrajaya, kata pemerhati politik.

Ini pula boleh memberi kesan kepada cara parti ini maju ke hadapan dan bagaimana ia akan berfungsi dengan efektif dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan dalam kerajaan, kedua-dua negeri dan Persekutuan, tambah mereka.

Seorang pemerhati juga mengatakan kegagalan parti itu untuk melangsungkan pilihan raya yang lancar akan menjejaskan imejnya sebagai penyokong demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil.

Menurut ahli PKR, pilihan raya ini sepatutnya menghentikan pergaduhan antara dua ikon terbesar parti itu, Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kedua-dua personaliti peringkat nasional itu sebahagian daripada generasi akan datang yang akan mengambil alih kepimpinan parti jika apa-apa terjadi kepada pemimpin de factonya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesiapa yang memenangi jawatan timbalan presiden yang direbut ramai akan dapat merangka hala tuju parti itu, termasuklah bagaimana PAS dan DAP dapat berfungsi dengan efektif sebagai rakan PR. 

Difahamkan berlaku banyak kekecohan dan pergaduhan antara ahli parti antara kem Khalid dan Azmin semasa proses undian semalam di kebanyakan daripada 22 cabang di Selangor.

Selangor memiliki keahlian lebih daripada 30%, iaitu 16,000 daripada jumlah keseluruhan ahli PKR seramai 500,000.

Jumlah itu menyebabkan kebanyakan pemilihan di pusat undi menjadi panas, kata seorang pemimpin di cabang Kuala Lumpur.

Keputusan awal pada 4 Mei lalu menunjukkan Azmin mendahului Khalid dengan beza 3,659 undi yang sekaligus sapu bersih undi dengan mudah semasa akhir hari pengundian, menurut sumber Selangor.

Semalam, 12 daripada 22 cabang Selangor dibatalkan pemilihan selepas perbalahan antara pengundi yang tidak berpuas hati dengan pengendalian proses undi.

12 cabang terbabit adalah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Selayang, Kota Raja, Shah Alam, Sungai Besar, dan Kapar.

Difahamkan, berlaku insiden bertumbuk antara ahli di cabang Sepang, sementara di Kota Raja, sekumpulan lelaki berang bertindak menendang dan menterbalikkan peti undi dan meja di pusat mengundi.

Manakala di Hulu Selangor, berlaku perbezaan undi apabila jumlah undi tidak sama dengan jumlah ahli keluar mengundi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin ketika mengulas insiden terbabit berkata, tindakan JPP yang gagal mengawal keadaan memalukan parti dan menggesa supaya kepincangan dalam pemilihan diperbaiki segera.

"Majlis Pimpinan Negeri (MPN) melahirkan rasa kesal kerana sebahagian daripada Pengawas Pusat tiba lewat di pusat mengundi dan menyebabkan kelewatan proses mengundi bermula.

"Tatakelola JPP yang dilihat seperti melepaskan batuk di tangga ini memalukan parti.

"Diharap JPP segera membaiki kepincangan dalam Pemilihan 2014 agar proses demokrasi dapat dilaksanakan oleh anggota dan maruah parti dapat dikembalikan," katanya.

Sebelum ini, 17 cabang PKR di seluruh negeri dibatalkan pemilihannya disebabkan beberapa masalah.

Penganalisis politik, Khoo Kay Peng berkata kecacatan pemilihan parti akan memberi kesan kepada kredibiliti PKR untuk maju ke hadapan dan membebankan barisan kepimpinan barunya untuk membetulkan semula persepsi rakyat terhadap imej parti itu.

"Pilihan raya yang teratur dan lancar amat penting, kerana pemenang barunya akan dihormati malah keputusannya juga akan diterima calon yang kalah.

"Jika tidak, pihak yang kalah tidak akan menerima keputusan pemilihan dan ini akan memberi impak kepada perjalanan parti selepas itu," katanya.

Situasi ini penting bagi Azmin dan Khalid yang berbalah secara terbuka sejak akhir tahun lalu dan berterusan sehingga kepada pemilihan parti bulan lalu.

Persaingan antara dua kuasa besar parti itu juga memberi kesan kepada pentadbiran Selangor apabila Azmin didakwa sebagai dalang yang cuba menjatuhkan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar dengan mengganggu polisi kerajaan negeri.

Jika keputusan pemilihan parti menunjukkan undi tidak memihak kepada mana-mana kem, akar umbi bimbang krisis Selangor akan lebih meruncing berbanding sebelumnya.

Khoo juga berkata, sebagai parti yang lantang mengkritik perjalanan pilihan raya negara, polisi itu malangnya tidak menggambarkan perjalanan pilihan raya PKR sendiri yang gagal menguruskannya dengan baik.

"Sedangkan kamu sendiri tidak mampu mengawal pemilihan parti sendiri, bagaimana hendak bagi contoh yang baik kepada rakyat lain," soalnya. – 12 Mei, 2014.

sumber



BN perlu diganti untuk mewujudkan persekitaran kondusif.
Posted on Monday, May 12 @ 10:08:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Pandangan Maza yang menyentuh soal Kondisuf ditempelak oleh mereka yang begitu bersemangat untuk melihat hudud dapat dilaksanakan. Golongan yang seiring pemikiran dengan Maza telah dilabel sebagai Peragu-peragu Hudud. Semangat mereka untuk melihat hudud dilaksanakan, telah mengecilkan kotak pemikiran sehingga tidak berupaya untuk melihat lebih jauh kehadapan. Mereka ini melihat pada satu sudut tanpa melihat dari sudut lain. Mereka ini melihat dalam ruang lingkup yang sempit dan tidak melihat dari ruang lingkup yang luas.

Banyak faktor untuk memwujudkan persekitaran yang kondusif. Sistem Ekonomi, Sistem Kehakiman dan Sistem Pentadbiran. Ketiga perkara ini berkait rapat untuk membentuk sebuah persekitaran yang kondusif. ketiga-tiga perkara yang disebutkan ini juga berkait rapat dengan keyakinan pelbagai pihak dan masyarakat pada sesebuah kerajaan. Perkara ini tidak akan dapat dinafikan oleh mereka yang punya pemikiran berkotak saiz kecil, apabila ia dipanjangkan penerangan dan penjelasan.

Sistem pentadbiran hari ini dikuasai oleh parti pemerintah yang penuh dengan kerja-kerja korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Semua pihak tahu akan perkara ini. Semua pihak tidak dapat menafikan akan hal ini. Disebabkan mereka begitu bersemangat untuk melaksanakan hudud, mereka terlupa pada perbuatan penyalahgunaan kuasa dan korupsi yagn dilakukan oleh parti pemerintah. Perkara ini juga telah mempengaruhi sistem ekonomi seperti mana kita lihat dan baca laporan berkaitan dengan ekonomi dari pelbagai sumber. Parti pemerintah sering menipu rakyat menyatakan bahawa ekonomi malaysia sedang berkembang sedangkan terdapat laporan lain yang menyatakan sebaliknya. Percayakah anda bahawa Ekonomi Malaysia berkembang?

Sistem kehakiman juga dipengaruhi oleh Sistem pentadbiran yang korup dan penyalahgunaan kuasa. Terlalu banyak Kes Mahkamah yang dibicarakankan, dimana, rakyat menilai, tiada wujud keadilan berlaku dalam Sistem tersebut. Banyak berlaku ketidakadilan dalam keputusan Mahkamah apabila dilihat dan dinilai secara logik akal dari kacamata orang awam. Kes Rahim Tambhy Chik, kes Anwar I dan 11, kes Khir Toyo, Kes Shahrizat dengan lembunya, kes Perwaja, kes skandal PKFZ menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sepanjang perbicaraan. Kes Khir Toyo  apabila dibandingkan dengan kes mencuri petai, kes curi susu Nestle Omega Plus Acticol memberi gambaran ketidakadilan berlaku dalam keputusan penghakiman.

Ketiga-tiga Sistem ini perlu diperbaiki dan diperkemaskan dengan menyahkan 'penyumbangleweng' yang berada didalam ketiga-tiga sistem yang disebutkan itu. Untuk mengantikannya, BN yang diketuai oleh UMNO perlu digantikan dengan PR dimasa akan datang. Pengantian ini MESTI dilakukan pada PRU14  bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Sistem Kehakiman, Sistem Pentadbiran dan Sistem Ekonomi. Apabila berjaya mengantikannnya, usaha-usaha kearah membentuk persekitaran kondusif dapat dilaksanakan secara peringkat-peringkat. Dengan ini, ianya akan membuka jalan yang lebih luas kepada proses melaksanakan hukuman hudud.

Kenalpastikan penyumbangleweng yang berada dalam kerajaan BN terlebih dahulu. Nyahkan mereka itu untuk membentuk persekitran kondusif."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
sp4n4r
Posted on Monday, May 12 @ 10:08:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Cina Masuk Polis. Bagus. Ajar Cina Macamana Nak Kaya Dengan Rasuah. Hehe.
Posted on Monday, May 12 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 3,314 permohonan untuk jawatan konstabel daripada masyarakat Cina sejak dua bulan lepas, kata Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) PDRM Bukit Aman, ACP Saiful Azly Kamaruddin.

Beliau berkata jumlah permohonan itu adalah paling tinggi pernah dicatat dalam sejarah PDRM.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,094 merupakan permohonan dari golongan lelaki dan 1,220 permohonan kaum perempuan,” katanya dalam sesi wawancara Perkembangan Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel dalam Kalangan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM 2014 di sini semalam.

Beliau berkata calon akan disenarai pendek bermula 25 Mei ini sehingga bulan Jun dan mereka yang dipilih perlu menghadiri sesi ujian fizikal dan temuduga.

Bilangan kaum Cina yang berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM.

Saiful Azly berkata kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

“Walaupun pengambilan kali ini hanya untuk jawatan konstabel, namun pemohon yang yang berkelayakan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan diploma juga akan dipanggil untuk sesi pengambilan jawatan mengikut kelayakan masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

—————–

Ana cukup berharap abang-abang PDRM yang pakar makan suap dan rasuah, jangan lupa ajar cina-cina konstabel baru dengan kaedah rasuah dan makan suap. Ini sahajalah cara untuk kita melemahkan mereka.

Bila Cina dah pandai makan suap dan terima rasuah, barulah kita sama level. Ini tidak. Mereka kerja kuat. Kita makan suap. Sudahnya. Mereka ada bisnes. Kita jadi pak sanggup.

Ana alu-alukan dengan kehadiran anak-anak cina yang tak pandai ini ke dalam PDRM. Elok sangat. Biar mereka belajar macamana teknik makan suap dan rasuah. Kalau mereka dah pandai nanti, bangsa mereka pun sama jahanam macam bangsa kita.

Ini macam baru bagus.

Kita bukan tak tahu cerita Polis dengan rasuah ini. Maksimum bai. Tan Sri Musa Hassan boleh beritahu berapa teruknya. Memang dahsyat. Jadi Ketua Polis Negeri pun boleh sapu harta juta-juta bai. Meriah.

Ana nak tabik spring kepada anak-anak cina yang masuk Polis ini. Tahniah. Anda sudah berada di jalan yang tepat. Waktu untuk makan suap dan terima rasuah.

http://penyokongpas.wordpress.com/

Tiada ulasan: