Posted on Monday, April 28 @ 22:34:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Jawatankuasa Mei 1:
Jawatankuasa Mei 1 adalah satu jaringan yang telah menganjurkan Hari Pekerja setiap tahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 organisasi dan Deklarasi Hari Pekerja 2014 disokong oleh 91 Organisasi.
Dibawah adalah panduan untuk Himpunan Mei 1 bagi melancarkan perhimpunan pada 1 Mei 2014 dan pastikan ia berjalan dengan aman.
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu (alat memperkenalkan diri)
2. Warna tema untuk perhimpunan ini adalah warna Merah dan digalakkan.
3. Setiap peserta digalakkan memakai kasut.
4. Barangan kempen -Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang
ada Logo atau Slogan Bantah GST atau apa-apa tuntutan rakyat boleh digunakan
selaras dengan Hari Pekerja
5. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
7. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah
merata-rata.
8. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis
atau dokumenkan insiden penting yang mencurigakan.
9. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan
suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas
himpunan ke email yang tertera diatas.
Maklumat Penting
Sekretariat Himpunan Mei 1: 019-2275982 @ 0193758912 @ 03-22747791
Kecemasan untuk Perubatan : 019-3710015
Hotline Urgent Arrest : 03-77843525
Maklumat terkini : https://www.facebook.com/bantahgst
*Perkara yang tidak dibenarkan*
1. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
2. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
3. Jangan bawa sebarang bendera parti politik
4. Banner, placard, bendera yang bersifat provokasi dan ancam keharmonian kaum dan agama adalah ditegah.
5. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan rakyat tidak dibenarkan.
6. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
7. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti mancis, dan mercun.
8. Tidak digalakkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. (Team Perubatan mencadangkan tidak merokok semasa perhimpunan)
9. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi dan lain-lain yang merbahaya.
*Semasa perhimpunan *
1. Tempat berkumpul di KLCC adalah dekat Air Pancut KLCC yang berhadapan dengan jalan utama.
2. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan KLCC dan tunggu arahan dari * Pengerusi Majlis @ Central Command* yang dilantik
3. Bergerak dalam kumpulan dan selalu memastikan kumpulan anda selamat dan tidak hilang
4. Ikutilah arahan dari *Pengerusi Majlis @ Central Command* sepanjang program.
5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
6. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
7. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Jawatankuasa Mei 1: jerit2002@gmail.com
8. Kalau boleh rakamkan sebarang insiden atau provokasi atau insiden penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
9. Jika ada penangkapan hubungi pihak penganjur yang terdekat @ SUARAM -03-77843525 . Kalau orang berhampiran anda ditangkap, ambil nama dan kad pengenalannya dan segera maklumkan kepada penganjur.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan* : APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. Pengenalan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soalan lain: Anda menjawab “Saya akan jawab dibawah mahkamah dan saya mempunyai hak untuk berdiam diri”
4. Wakil peguam dan SUARAM akan berada disitu untuk membantu anda.
5. Jika pihak polis tidak mahu benarkan peguam atau pihak SUARAM, anda harus TUNTUT untuk berjumpa dengan peguam.
*Perhatian!*
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau
pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan
ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang
disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat
kerana pergaduhan atau aktiviti agresif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Sumber: Facebook BantahGST
Polis benar demo di jalan dekat Dataran
Posted on Wednesday, April 30 @ 14:33:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja - jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bertemakan warna merah sebagai simbolik perjuangan buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, jalan tersebut akan ditutup bagi tujuan perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok.
Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam.
Mereka juga bersetuju supaya padang dekat dataran itu tidak dimasuki oleh peserta himpunan dan menjangkakan peserta akan melimpahi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.
Mereka berkumpulan di empat lokasi yang telah ditetapkan, iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC.
Bagaimanapun, Mohamad berkata hasil pertemuan itu juga memutuskan peserta "tidak dibenarkan berarak" sebaliknya "berjalan" ke Jalan Raja daripada empat lokasi yang ditetapkan itu.
Beliau bersama kepemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke perhimpunan itu, tambahnya.
"Di Jalan Raja, akan ada ucapan daripada pemimpin dan wakil NGO, sepanduk-sepanduk membantah GST, rasuah dan ketirisan dalam hal ekonomi serta penderitaan rakyat.
"Kita tidak akan masuk ke padang. Kita menghormati (persetujuan)... Wakil PAS, DAP (dan PKR) akan ada di sana. Polis ada bersama (untuk mengawal keadaan)," katanya dalam sidang medianya di ibu negara pagi ini.
Menurut Mohamad lagi, mereka juga tidak berbincang mengenai slogan yang dibenar sewaktu perhimpunan dan mungkin perhimpunan seumpama itu menjadi acara tahunan bagi mengingati perjuangan kaum buruh.
'Bentang deklarasi'
"Inilah perhimpunan kali pertama yang disambut oleh rakyat," katanya yang mesra dipanggil 'Abang Mat'.
Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden PKR Tian Chua, Jurucakap Jawatankuasa 1 Mei S Arutchelvan, Ketua Pemuda DAP Teoh Kok Seong, wakil NGO BERSIH Mandeep Singh, wakil JERIT dan wakil Unit Amal PAS.
Sementara itu, Arutchelvan berkata wakil daripada 95 organisasi akan berhimpun menyambut hari pekerja di KLCC termasuk menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
"Satu deklarasi akan dibentang esok," katanya yang juga setiausaha agung PSM sambil memaklumkan seramai 30 pemantau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memantau pada perhimpunan itu.
Mengucapkan penghargaan kepada polis, Tian yang juga ahli parlimen Batu pula menyeru rakyat turun mempertahankan hak berhimpun sekaligus menyampaikan bantahan terhadap cukai itu serta dasar yang tidak adil kepada rakyat.
"Rakyat tidak takut lagi dengan himpunan atau tindakan intimidasi. Polis juga perlu sedar tugas utama meraka ialah menyediakan segala kemudahan dan bersedia membantu orang awam untuk melaksanakan aktiviti dan hak perlembagaan," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mensasarkan jumlah peserta yang akan turun perhimpunan itu tetapi mahu "seramai mungkin" menyertai perhimpunan itu.
Kemudiannya, Mohamad mengumumkan setakat ini sebanyak 60 bas daripada Kedah akan hadir ke perhimpunan itu esok.
Sementara Teoh berkata menyeru rakyat turut bagi menghantar mesej membantah tindakan BN yang pernah memberi "janji manis" mahu menangani isu sara hidup rakyat sebelum pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya kini, katanya yang juga ahli parlimen Rasah kerajaan melaksanakan GST yang akan membebankan rakyat.
Seramai 1,500 Unit Amal PAS akan bertugas dan mengawal keadaan pada perhimpunan tersebut.
sumber
Kenyataan Najib Berkenaan Hudud Yang tidak Disiarkan Oleh Media Arus Perdana
Posted on Wednesday, April 30 @ 14:37:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"
Ini adalah Kenyataan dari Datuk Seri Haji Najib yang juga Ulul Amri Umno merangkap Perdana Menteri Terlebih Wassatiyah yang ditanyakan oleh Wartawan tetapi Tidak DISIARKAN oleh Media Arus Perdana yang menjadi Lidah Rasmi Syaitan Yang Dikenali iaitu TV3/4, Utusex Meloya, Berita Hairan dan Blog-Blog Penchacai Angkat Najis Umno.
Wartawan- Salam 1 Malaysia Datuk DS Haji Najib, soalan nya DS... sejak bila yang DS Terasa Hati untuk Menyokong Hudud yang selama ini mahu dilaksanakan oleh Parti yang dikatakan Parti Ajaran Sesat iaitu PAS.
DS Haji Najib- Salam 1Malaysia kepada Wartawan yang bertanyakan Soalan tersebut... Memang Dulu saya ada mengatakan yang Umno/Bn tidak akan Melaksanakan Hudud, awak boleh RUJUK Kenyataan tersebut didialam You Yube dan PENDIRIAN itu sampai kini tetap sama, lihat Negeri Terengganu untuk PERBAHASANKAN di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pun Umno Tak Sokong apa lagi untuk Laksanakan Hudud. Disini ada Perbezaan KETARA diantara SOKONG dengan LAKSANAKAN... Ada Faham!.
Wartawan- Tetapi DS bukan ke bermakna memberi SOKONGAN ianya seolah-olah Menyokong untuk Dilaksanakan Hudud.
DS Haji Najib- Itu hanya PERSEPSI Umum... seperti Umum Mengatakan yang saya TIDAK ADA TELOR kerana Tidak Mahu BERDEBAT dengan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, namun Hakikat nya saya mempunyai Telor APA. Apakah awak Percaya yang saya tidak mempunyai Telor, apakah perlu saya tunjukkan Telor saya baru awak percaya.
Wartawan- Ok ok ok... DS saya Percaya yang Datuk Seri ADA TELOR, Tak apa... Tak apa... saya Percaya yang DS Ada Telor... jangan Tunjuk sebab saya ni LEMAH SEMANGAT. Tetapi DS rata-ratanya Ahli Umno serta Sahabat-Sahabat Umno dalam BN mengatakan yang Umno BERSETUJU dengan PAS bagi dilaksanakan Hudud. Hinggakan ada BANTAHAN dari Parti Gerakan kepada Parti PAS dengan ANCAMAN Tindakan Mahkamah.
DS Haji Najib- nampak sangat yang awak ni tidak dapat Membaca Pri Hal Pemikiran Ahli Umno serta Pemikiran Sahabat-Sahabat Umno, awak pernah dengar tak kata BERHEMAH dari Bekas Ulul Amri Umno iaitu Tun Mahathir yang sekarang ni dikatakan Penyokong Kuat Kassim Ahmad ANTI HADIS. Pernah awak dengar tak.
Wartawan- saya Memang mengikuti Perkembangan serta Ucapan Tun Mahathir sejak dari DULU KINI dan SELAMA nya, tetapi kata-kata Berhemah yang mana satu ya DS.
DS Haji Najib- itu kata-kata Tun yang Berbunyi "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" atau bermaksud Sudah Berpuluh Tahun yang BEBAL MELANTUN-LANTUN Macam Getah Skrub sahaja yang Masuk Umno. Jadi itu lah jawapan kepada Soalan awak bila mengatakan yang Ahli Umno serta Sahabat Umno dalam BN mempercayai Umno Menyokong Hudud.
Ini juga dapat awak lihat dalam setiap TINDAKAN dan PERBUATAN dia orang berkenaan apa juga ISU, sama ada Harga Barang Naik dikatakan Tidak Naik bila saja Pemimpin Umno mengatakan yang Harga Barang Tidak Naik. PENDIK KATA apa saja yang Pemimpin Umno katakan PASTI Penyokong Umno akan Mengikut saja seperti LEMBU NFC DICUCUK HIDUNG.
Wartawan- ooooo !!!!!... baru lah saya Faham DS, jadi Sokongan Umno terhadap PAS bagi melaksakan Hudud hanya WAYANG ke DS.
DS Haji Najib- bukan juga Umno buat Wayang, sokong memang kita sokong tetapi bukan kita yang Laksanakan, yang akan Laksanakan adalah PAS jadi LANTAK dia orang lah. Seperti kata Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan yang berbunyi Jikalau Hudud adalah MATLAMAT Perjuangan Umno dari Dulu lagi Hudud akan dilaksanakan oleh Datuk Nenek Moyang Umno.
Wartawan- Tidak kah DS merasa yang ia nya akan MEMERANGKAP Umno itu sendiri?.
DS Haji Najib- Pernah tak awak dengar UNGKAPAN yang berbunyi SATU UNDI UNTUK ANWAR IBRAHIM bersamaan SATU UNDI UNTUK AMERIKA.
Wartawan- ada saya dengar semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) kajang yang lepas.
DS Haji Najib- Nah apa Tindakan dari Ahli Umno bila Presiden Amerika Barack Obama datang melawat Malaysia yang baru lepas ini, ada awak tengok Ahli Umno membuat DEMONSTRASI membantah Lawatan Obama, lagi dia orang BANGGA adalah dan saya siap buat SELFIE dengan Obama tak pun timbul soal SATU UNDI UNTUK UMNO/BN bermakna SATU UNDI UNTUK AMERIKA.
Wartawan- ok lah DS atas sebab Masa MENCEMBURUI kita maka terpaksa ditamat Wancara ini sampai disini, mungkin kalau ada kesempatan di lain kali kita boleh berjumpa lagi. Terima Kasih sekali lagi DS.
DS Haji Najib- Terima Kasih kembali dan Salam 1 Malaysia.
sumber klik sini
hemmmmm..... betul atau tidak skrip soalan dan jawapan dari tulisan diatas itu lu orang kena lah nilai kan sendiri ok... kah kah kah... A BU."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Wednesday, April 30 @ 14:37:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Obama balik, SOSMA mengganas tahan 10 individu
Posted on Wednesday, April 30 @ 13:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM, 30 APRIL: Penahanan 10 rakyat Malaysia yang didakwa terbabit dengan kegiatan militan hanya untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat kononnya Malaysia memiliki cara untuk menangani isu militan.
Bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, berkata perkara sama pernah berlaku pada tahun 1966 ketika Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson kembali ke AS selepas selesai lawatan di Malaysia.
“Kali ini, dengan kehadiran Obama (Barrack Obama) pula, sekali lagi situasi itu berlaku kononnya membuktikan Malaysia mempunyai cara untuk menangani isu militan, sedangkan tiada bukti jelas berkenaan pembabitan mereka,” katanya dipetik Harakah Daily.
Syed Ibrahim berkata, tindakan kerajaan menahan dan mendakwa mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 juga mengulangi siri kezaliman seperti ISA yang dimansuhkan.
Katanya, akta terbabit yang lebih dikenali sebagai SOSMA itu mirip seperti ISA yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini walaupun ada peluang dibicarakan serta membela diri.
“Nampak seakan SOSMA lebih baik kerana ada bicara atau ruang untuk membela diri, sebaliknya ia mungkin lebih teruk berbanding ISA kerana wujud penahanan berterusan di bawah akta itu,” katanya.
Beliau berkata, seseorang yang ditahan bawah SOSMA boleh dibicarakan selepas 28 hari penahanannya, bagaimanapun sebelum tempoh itu mereka boleh dibawa ke mahkamah atau dikenakan alat peranti untuk memudahkan pengesanan dilakukan.
“Jika mahkamah membebaskan mereka, kerajaan boleh terus membuat rayuan. Sementara rayuan itu, mereka akan terus ditahan. Ini yang dikatakan penahanan berterusan,” jelas beliau yang juga Naib Presiden IKRAM.
Syed Ibrahim berkata, jika kes biasa, seseorang itu boleh diikat jamin dan dibebaskan sementara kes rayuan didengar.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa badan hak asasi yang mengambil peranan berhubung isu terbabit.
“Ada beberapa badan hak asasi sedang meneliti isu itu termasuk para peguam. Memandangkan ISA sudah dimansuhkan, maka GMI juga dimansuhkan.
“Bagaimanapun, saya bersedia jika dipanggil untuk bersama meneruskan kempen penentangan terhadap akta drakonian yang ada,” katanya.
sumber
Turun 501: TG Nik Aziz seru rakyat turun dengan baik
Posted on Wednesday, April 30 @ 13:38:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan Turun 501 yang bakal diadakan 1 Mei, esok.
Bercakap kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk rakyat bersuara.
Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka.
"Bagaimanapun sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, biarlah ianya berjalan mengikut cara yang baik serta tidak bertentangan dengan undang-undang.
"Pada masa yang sama pihak kerajaan juga memberi ruang kepada mereka dengan tidak bertindak kasar kerana mereka datang bukan untuk membuat huru hara,"ujarnya.
Katanya, cara untuk meluahkan perasaan adalah satu caranya melalui demokrasi yang turut dilakukan oleh negara demokrasi lain. - HARAKAHDAILY 30/4/2014
sumber
Anwar sindir 'selfie', cara Najib layan Obama
Posted on Wednesday, April 30 @ 13:32:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah Reformasi 2.0 di Pandan Indah, malam semalam memperli cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melayan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama yang melawat Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya, layanan yang diberikan itu "mengarut" dan beliau turut "menyampah" dengan 'selfie' Najib itu .
kiniTV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan