Isnin, 19 Mei 2014

JANGAN KUTIP SUMBANGAN ORANG RAMAI BERNIAT UNTUK WAKAF....TAPI KEBAS UNTUK HAL PERIBADI...BELI KERETA MEWAH....BUAT RUMAH BESAR2....TELEFON CANGGIH2....TAPI WANG ITU DATANG DARI WANG WAKAF...ADA KALANGAN USTAZ/TUAN2 HAJI BUAT BENDA NI/TIDAKLAH SEMUA...SAPE MAKAN CILI TERASA PEDASNYA...KUTIP WANG DARI ORANG RAMAI....YURAN PENGAJIAN MACAM KITA BUAT SENDIRI DARI 100% POKET SENDIRI...ORANG MACAM NI PUN ADA...ALASAN DIBERI BUKAN DARI NAS QURAN DAN HADIS PAKAI LOJIK AKAL AJE...MEREKA PUN ADA NAFSU....NAFSU NAK MENUNJUK2...TAPI JANGAN JUAL AGAMA....JANGAN BELASAH WANG WAKAF...CAS TINGGI2 YURAN....SEDANGKAN ORANG RAMAI BANTU/SUMBANG

  Kreativiti untuk bersedekah di Arab Saudi
Posted on Sunday, May 18 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






JEDDAH 17 Mei - Seorang lelaki di Arab Saudi memperkenalkan cara baharu untuk orang ramai bersedekah apabila menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.

Malah, gambar peti sejuk tersebut yang diletakkan di bahu jalan itu tersebar dengan pantas di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook selain turut dilaporkan media antarabangsa termasuk stesen televisyen BBC.

Lelaki itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, peti ais itu berfungsi apabila penduduk di sana meletakkan makanan berlebihan di dalam peti ais itu yang boleh diambil oleh golongan kurang bernasib baik.

Seorang pengguna Twitter, Sheikh Mohammad Al-Araifi menerusi akaunnya melahirkan penghormatannya terhadap lelaki dari Hail itu kerana secara tidak langsung melakukan kerja amal.

“Lelaki ini telah mengajar kita pengajaran berguna supaya tidak membazirkan makanan. Ia merupakan cara mudah yang boleh dimulakan mana-mana pihak daripada membuang makanan itu ke dalam tong sampah," kata Abdulaziz Ahmed, sebagaimana lapor Arab News.

Sementara itu, beberapa penduduk Arab Saudi sejak berita itu disiarkan berikrar mengambil langkah sama dengan meletakkan peti sejuk mereka di lorong-lorong dan di hadapan masjid tempatan.

“Pembuangan makanan berlebihan sering berlaku di sini terutamanya ketika Ramadan," kata seorang peniaga, Saleh Shamawi.

Penduduk Arab Saudi sebelum ini pada Ramadan akan menyumbangkan makanan ke masjid dalam usaha mengurangkan fenomena meminta sedekah.

Malah menurut media antarabangsa, idea itu telah mendapat populariti di kalangan penduduk di negara-negara asing.


Bahaya Kemewahan

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

(H.R. Termizi )

Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.


Menggadaikan Agama Kerana Dunia

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
(H.R Termizi)

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

 ADUN Klawang patah lima tulang rusuk kanan jatuh dalam longkang
Posted on Sunday, May 18 @ 20:26:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat, patah lima tulang rusuk kanan akibat terjatuh ke dalam longkang di Ampangan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, beliau yang singgah untuk ke kedai gunting rambut di kawasan itu, diangkat oleh orang ramai dan pemandunya sebelum dihantar ke Hospital Pakar KPJ Seremban di sini.

Pembantunya, Suhaily Mohd Hashim, berkata doktor mengesahkan keadaan beliau stabil dan memerlukan rawatan lanjut. 


 Masalah Parit dan Jalan yang mengancam nyawa Penduduk Tudan Perlu Diatasi Segera
Posted on Sunday, May 18 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Penduduk Tudan Mahu Jalan Alternatif Dan Parit Konkrit Dibina Segera

MIRI - Parit atau longkang besar sepanjang jalan utama Tudan menuju ke perumahan Permyjaya, perumahan Tudan fasa 1-5, Poliklinik, Sekolah Rendah Kebangsaan Tudan dan E-mart patut dipasang penghadang jalan dan juga pemantul jalan. Ini untuk mengelak pengguna jalanraya terbabas ke dalam parit besar yang terlalu hampir dengan jalanraya terutama pada waktu malan dan ketika hujan lebat.
Jalan dua hala itu perlu dilebarkan dan longkang kongkrit perlu dibina sepanjang jalan itu supaya ianya lebih selesa dan selamat untuk pengguna jalanraya yang sering berulang-alik di laluan itu. Kebanyakan kemalangan berlaku akibat pemandu tidak dapat mengawal kenderaan mereka sehingga terbabas ke dalam parit yang berdekatan sebab tiada penghadang jalan.


Ketika waktu malam dan hujan lebat, jalan itu amat merbahaya untuk pengguna kenderaan kerana ianya sukar untuk melihat jalan dan parit besar berdekatan jalanraya itu.  Ianya boleh mengancam keselamatan pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati semasa memandu waktu malam dan juga ketika musim hujan lebat. Apabila ada penghadang jalan dan pemantul jalan sekurang-kurangnya dapat mengelak pemandu terbabas ke dalam parit besar itu. Bila berlaku kemalangan sudah tentu jalanraya akan tersekat dan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang jalan.
Kita sarankan kepada pihak yang berkuasa agar segera membina longkang konkrit dan juga memasang pemantul jalan sepanjang jalan tersebut untuk mengelak pengguna jalanraya terbabas ke dalam parit besar yang berdekatan dengan jalan itu.
Selain masalah jalan utama Tudan, penduduk disitu juga menghadapi masalah yang kritikal, iaitu pada musim perayaan dimana banyak kenderaan melalui jalan masuk ke kawasan perumahan Tudan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan yang terlalu lama untuk sampai ke rumah mereka dari jalan utama.  
Begitu juga masalah jalan ke Tudan fasa 1- 5, tiada papan tanda yang jelas untuk memudahkan pemandu dan orang luar untuk masuk ke kampung tersebut. Ramai orang mengatakan sekiranya anda masuk kedalam kawasan perumahan Tudan, sudah pasti tersesat jalan dan sukar untuk keluar ke jalan utama.
Penduduk menyarankan agar jalan alternatif yang masuk dari arah Tudan fasa 5 harus dipercepatkan pembinaannya bagi mengelak kesesakan dan memendekkan jarak perjalanan ke Permyjaya dan Sekolah Merbau. 
Kita berharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan Tudan dan sekitarnya agar masalah ini dapat diatasi dengan segera. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.
Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
http://pas-miri.blogspot.com

Jika BN Tidak Sertai PRK Bukit Gelugor, Mengapa Perlu Sertai PRK Teluk Intan?

Posted on Sunday, May 18 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Penamaan calon PRK Parlimen Bukit Gelugor telahpun berlalu dan buat pertama kali dalam sejarah BN tewas awal dalam PRK di Malaysia. Alasan MCA yang 'tidak masuk akal' adalah kerana mahu tumpukan perhatian dengan isu Hudud di Kelantan dan Pengerusi BN merestui alasan yang tidak masuk akal ini dengan menyatakan bahawa lebih baik MCA menumpukan perhatian kepada pembangunan parti MCA.


snin akan datang ini pula akan berlakunya penamaan calon bagi kerusi PRK Parlimen Teluk Intan dan kerusi ini adalah tradisinya diperuntukan kepada Gerakan yang mewakili BN. Mengikut laporan media, Gerakan akan meletakkan calonnya dan berkemungkinan akan meletakkan Presiden Gerakan sebagai calon.

Pertanyaan saya, pertamanya adakah Gerakan tidak mahu tumpukan perhatian kepada isu Hudud di Kelantan? Keduanya, adakah Gerakan sudah kembali mantap kedudukannya ketika ini kerana Gerakan juga telah melalui pengalaman yang sama seperti MCA. Walaupun MCA sewaktu PRU13, dua calon kerusi DUNnya hilang deposit untuk kerusi Berapit dan Pengkalan Kota di Pulau Pinang namun Gerakan juga hilang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang masuk penggal kedua.

Dengan situasi yang hampir sama di antara Gerakan dan MCA ini maka wajarlah Gerakan juga mempertimbangkan keputusannya untuk TIDAK menyertai PRK Teluk Intan. Jika tidak maka Gerakan akan memalukan MCA yang sebenarnya telah kalah sebelum berjuang dan sesungguhnya mencipta alasan untuk tidak sertai PRK Bukit Gantang.

Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
facebook : khairulfaizi.ak


Sah satu lawan satu di PRK Teluk Intan

MUHAMMAD FAIZAL | .

TELUK INTAN: Calon Pakatan Rakyat dari DAP Dyana Sofya Mohd Daud sah akan bertanding satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 31 Mei ini.
Pengesahan itu dibuat Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad yang mengumumkannya selepas proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini.
Ia bermakna tiada calon bebas mengemukakan borang pencalonan seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Mah menyerahkan borang pencalonan pada 9.05 pagi diikuti Dyana Sofya pada 9.08 pagi.

Proses penamaan calon yang dibuka sejak 9 pagi tadi berjalan lancar dan ditutup tepat pada 10 pagi.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Sementara itu Parti Berjasa dalam satu kenyataan, mengumumkan ia menarik diri daripada bertanding bagi mewakili Bebas pada PRK Teluk Intan. - HARAKAHDAILY 19/5/2014

PRK Teluk Intan, PAS akan terus berdakwah

DR AZMAN IBRAHIM | .

PAS ada usrah, DAP tak ada usrah. PAS ada kuliah maghrib, kuliah isyak, kuliah subuh, kuliah dhuha dan kuliah zohor. Pemimpin DAP hadir kuliah masa belajar di universiti. PAS ada tamrin, liqa fikri, rehlah dan mukhayyam. Tak pernah dengar lagi DAP buat tamrin. PAS ada masjid, surau dan markaz tarbiyah. Tempat-tempat ibadat sebegini bukanlah identiti parti DAP walaupun ahlinya terdiri dari pelbagai latar belakang agama yang mempunyai kepatuhan beribadat yang tersendiri. PAS adalah parti Islam, DAP bukan parti Islam.

Jadi kalau DAP tak sama dengan PAS, sebab apa pula yang PAS bertahaluf dengan DAP?

Kita bertahaluf dengan makna kita bersetuju dan bekerjasama dalam perkara yang disepakati bersama dan kita juga bersetuju dalam perkara yang tidak disepakati bersama. PAS tetap PAS dan DAP tetap DAP. Bukan semua perkara kita sepakat dan bukan semua perkara kita tak sepakat.

Walaupun begitu, oleh kerana PAS adalah sebuah parti dakwah di samping siyasah dan tarbiyah, tentunya peluang untuk berdakwah kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat tak disia-siakan.

Dakwah ini ada dua iaitu dakwah kepada non muslim dan dakwah kepada sesama muslim. Alhamdulillah, telah ramai pemimpin DAP yang mula memahami Islam walaupun belum memeluk Islam. Mereka juga seringkali merujuk makna dan maksud ayat-ayat al Quran dengan pimpinan PAS. Ada yang tidak canggung lagi memetik ayat-ayat Quran dalam ucapan. Hah! Nanti ada pula yang kata, mana boleh biar orang kafir buat main dengan ayat Quran! Saya nak tanya balik, mana dalil orang kafir tak boleh baca ayat Quran? Bila pula pemimpin DAP buat main dengan ayat Quran?

Ada Lim Guan Eng sekat peruntukan untuk Majlis Agama Islam Pulau Pinang? Yang saya dengar, makin banyak peruntukan, adalah! Kisah Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu, Perak yang memohon tanah dari kerajaan Umno Perak, tetapi tak dihiraukan akhirnya diluluskan dengan keluasan lebih dua kali ganda pada zaman kerajaan PR Perak dengan sokongan dari Exco DAP. Banyak lagi kalau kita nak bebelkan. Tapi itu bukan fokus tulisan ini.

Selama Umno berkawan dengan MCA, Gerakan dan MIC, ada Umno tolong perkenal sepatah ayat Quran kepada kawan-kawan mereka? Ada Chua Soi Lek, Samy Vellu, Koh Tsu Koon pernah rujuk makna ayat-ayat Quran atau hadis dengan Mahathir, Pak Lah atau Najib? Dengan Nazri Aziz, tentu Chua Soi Lek tak akan rujuk hal agama. Ataupun ada mana-mana pemimpin komponen BN yang mari mengadap Fathul Bari minta tolong perjelas bab Islam?

Saya yakin, medan PRK Teluk Intan juga akan jadi medan dakwah baru bagi PAS. Bukan setakat dakwah kepada penyokong BN tetapi juga dakwah kepada calon DAP yang mewakili PR. Sebagaimana biasa, jentera PAS akan turun membantu. Yang paling hebat di lapangan adalah jentera kempen muslimat PAS. Tuan-tuan akan dapat melihat sendiri nanti, bagaimana perubahan penampilan akan berlaku apabila calon DAP PRK Teluk Intan turun berkempen bersama jentera muslimat PAS.

Politik merentas sempadan bangsa dan agama

FENDI MNOOR | .
BUDAYA berpolitik Malaysia akan menjadi lebih matang jika semua rakyat sama-sama memahami kepentingannya sebagai pemacu dalam perjalanan dan hala tuju sesebuah negara. Situasi dan corak pembangunan yang berjalan adalah hasil dari percaturan oleh sekumpulan ahli politik yang mempunyai kuasa eksekutif dalam menentukan undang-undang serta langkah strategik bagi dinikmati oleh rakyat amnya.

Setelah lebih separuh abad negara ini menjadi negara demokrasi berparlimen yang menjunjung perlembagaan sebagai asas persetujuan dalam melahirkan sebuah negara bangsa. Negara yang mempunyai raja-raja sebagai penaung bagi sembilan buah negeri dan dipilih sebagai Ketua Negara (YDP Agung) secara bergilir-gilir yang diputuskan dalam satu mesyuarat majlis raja-raja.

Bagi setiap ahli politik mereka akan memperjuangkan apa yang dipanggil idealisma sama ada secara individu (bebas) atau berkumpulan (kepartian) yang berusaha untuk merealisasikan ideologi tersebut jika berjaya membentuk kerajaan atau bersuara jika menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Senator yang dilantik. Secara rasionalnya mereka akan melakukan apa sahaja dan berusaha untuk memenangi pilihanraya.

Selepas pasca kemerdekaan, semua rakyat ditekan oleh penjajah untuk bersatu dalam sebuah organisasi yang berasaskan perkauman (nasionalis) dan bersatu untuk memperlihatkan kata sepakat dalam membentuk sebuah negara serta mengelak daripada menerima sebuah negara berteraskan Malayan Union yang ditolak dan dibantah terutamanya oleh orang-orang melayu. Di sinilah bermulanya parti-parti yang berorientasikan kaum yang boleh dikatakan sebagai bom jangka dalam menggugat keharmonian sebuah negara muda.

Kemudian wujudlah beberapa parti yang berteraskan ideologi dan slogan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama seperti Parti Negara yang pernah diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar. Di sinlah bermulanya kematangan berpolitik bagi rakyat negara ini untuk keluar daripada kepompong politik memperjuangkan kaum sendiri kepada politik yang mengutamakan nasib bagi seluruh umat manusia. Politik sebenarnya merentasi segalanya bukan hanya kepentingan kaum atau golongan tertentu sahaja kerana itulah kebanyakan parti-parti politik yang wujud di seluruh dunia dan berjaya adalah parti yang memperjuangkan ideologi dan kebaikan kepada seluruh umat manusia bukan hanya sekelompok tertentu sahaja semata-mata.

Pada hari ini di Malaysia, parti-parti berasaskan kaum yang masih berkuasa namun telah bergabung dalam satu skala yang lebih besar dengan berteraskan kebangsaan yang terdiri daripada parti-parti campuran ideologi dalam satu bentuk kumpulan yang dinamakan Barisan Nasional. Begitu juga parti-parti dari blok pembangkang yang bergabung sebagai satu pakatan walaupun mempunyai latar belakang dan hala tuju yang berlainan kerana politik yang matang haruslah mengenepikan semua titik perbezaan dan mencari titik persamaan dalam meraih sokongan dalam mendapatkan mandat untuk membentuk kerajaan.

Kematangannya adalah dalam mengenepikan semua perkara yang menjadi perbezaan dalam membentuk satu budaya berdemokrasi yang lebih maju dan menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan. Tiada apa yang perlu ditakutkan kecuali oleh mereka yang masih menebal doktrin hanya kaum itu sahaja yang akan membela kaumnya atau hanya kelompok itu sahaja yang akan menjaga kelompoknya kerana kita lupa sebenarnya kita adalah manusia sesama manusia yang boleh saling bantu-membantu dalam pelbagai perkara, apatah lagi bagi merkukuhkan negara yang telah terbina sekian lama. Politik yang sempit hanya berputar dan berkisar tentang nasib kaumnya semata-mata sehinggakan apabila berasakan parti lain yang majoritinya kaum tertentu juga adalah bersifat seperti parti kaumnya.

Budaya moden manusia hari ini yang sarat dengan kemajuan teknologi tetapi seolah-olah tidak bererti lagi apabila semangat memperjuangkan kaum dan agama semata-mata dalam permainan demokrasi hanya akan menjadi bahan api yang bila-bila masa akan menggugat dan menjerat erti sebenar demorasi itu sendiri. Memang akan wujud kelompok-kelompok picisan yang 'ultra' untuk kaumnya tetapi jika majoriti semua rakyat menolak kumpulan-kumpulan ini maka proses menjumudkan mereka adalah hampir pasti.

Tiada ulasan: