Sabtu, 3 Mei 2014

JIKA HUDUD DITERIMA....IN SHA ALLAH.... AKAN ADA BERANGINLAH SATU BADAN....NI BAGI MEREKA YANG MENENTANG HUDUD

Kebebasan akhbar: Ranking Malaysia jatuh merudum

LIM GUAN ENG | .
Kebebasan akhbar terancam bukan sahaja oleh tindakan rejim autoritarian menutup syarikat akhbar dan menahan pemberita, tetapi juga oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.

Kebebasan akhbar adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, “Setiap orang berhak kepada kebebasan pendapat dan menzahirkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.”

Banyak negara dengan kebebasan akhbar tidak hanya menikmati hak asasi manusia, tetapi juga demokrasi yang berfungsi dan kemakmuran ekonomi.
Bukan suatu kebetulan apabila negara yang paling menghormati kebebasan akhbar adalah antara negara yang terkaya dan rakyatnya hidup dengan maruah.

Malaysia meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dengan suram berdasarkan Indeks  Kebebasan Akhbar Dunia 2014 yang diterbitkan oleh Reporters Without Border (RSF), di mana kedudukan Malaysia berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu 147 daripada 180 buah negara.
Kedudukan Malaysia adalah dua anak tangga lebih rendah daripada junta tentera Myanmar. Pada tahun 2014, kedudukan Malaysia lebih buruk daripada Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Kemboja (132) dan Myanmar (145).

Laporan Kebebasan Media oleh The Freedom House bagi tahun 2013 juga mengkategorikan Malaysia sebagai “tidak bebas.” Dalam laporan itu, Malaysia juga menerima “downward trend arrow” akibat “penipuan pilihan raya berleluasa dan halangan struktural untuk menghalang pembangkang daripada berkuasa secara sah.”

Jelas sekali ini adalah masalah institusi di mana kerajaan sengaja menjerut kebebasan akhbar untuk mengelakkan sebarang pendedahan berkenaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melalui undang-undang zalim seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan & Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi.
Walau bagaimanapun, muslihat lain adalah untuk menghancurkan pembangkang dengan menyiarkan pembohongan tanpa rasa takut akan hukuman ataupun hanya semata-mata enggan memberikan mereka hak untuk menjawab.

Kebebasan akhbar terancam bukan sahaja dengan tindakan rejim autoritarian yang menutup surat khabar dan menahan pemberita, tetapi juga oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.
Tidak mudah untuk berjuang memansuhkan undang-undang zalim sebagaimana sukarnya untuk membetulkan pembohongan dan menegakkan hak untuk menjawab.
Sementara tindakan saman fitnah diperlukan untuk membezakan pembohongan dari fakta, prasyarat kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman yang bebas adalah perlu bagi menghukum mereka yang memperdagangkan kepalsuan dan fitnah.

Bantah 501: SAMM nafi terlibat insiden kekerasan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa anggotanya terlibat dalam insiden kekerasan di Dataran Merdeka dan mengasari pihak media.
Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya SAMM terlibat dalam pergaduhan dengan mana-mana pihak.
"Kami mengecam sebarang tindakan ganas sesama sendiri termasuk aksi tolak-menolak yang melampau atas alasan menghalang orang masuk dataran dan sebagainya," ujar beliau dalam satu kenyataan media.
SAMM juga, tambah beliau menafikan laporan Bernama yang mendakwa kononnya anggota SAMM terlibat memukul pihak media malah mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kekerasan terhadap media.
"SAMM menasihatkan agar media yang tersalah lapor agar membetulkan semula laporan tersebut," tegas beliau.
Menurutnya, pada kejadian petang 1 Mei itu, anggota SAMM dan puluhan NGO lain telah berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka melalui Bukit Bintang.
Selain bertujuan menyambut Hari Pekerja, SAMM ujarnya turut berhimpun bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Ketika sampai di pinggir Dataran Merdeka, SAMM cuba masuk ke tengah dataran untuk sama-sama meraikan detik hebat ini. Namun menyedari sudah tiada ruang untuk SAMM bergerak masuk, maka SAMM ambil keputusan untuk berhenti dan duduk di satu lokasi.
"Kekecohan bermula dan kemudian berlaku tolak-menolak hingga masuk ke lingkungan kedudukan SAMM menyebabkan ada anggota SAMM yang dirempuh termasuklah wanita muda SAMM.
"(Anggota) SAMM terpaksa mempertahankan diri dari asakan dan juga cuba bertindak meleraikan kekecohan," jelasnya.
Menurut Edy, pihaknya tidak menafikan beberapa anggota SAMM gagal mengawal perasaan dalam keadaan penat dan panas berarak hampir 5 kilometer namun berjaya ditenangkan rakan-rakan yang lain.
Pihaknya merumuskan bahawa kejadian itu adalah terpencil dan mampu dielak pada masa akan datang.
"Namun lebih utama ialah kita harus fokus kepada gambaran lebih 50,000 rakyat yang berhimpun mewakili jutaan rakyat Malaysia membantah GST," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 3/5/2014

Lihat gambar, apa yang terlintas di fikiran anda

www.facebook.com/ustaztantawi | .

Lihat gambar ini.
Nyatakan apa yang terlintas di fikiran anda?
Boleh nyatakan ayat anda untuk dijadikan ungkapan yang sesuai.

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada pemuda dan pemudi

http://ijoks2009.blogspot.com | .
5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi

1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

sumber: http://on.fb.me/1nMNN04

-AKA-
1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai kesero...nokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.
Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
Aku merasakan seakan-akan Syeikh Ahmad Yasin memperingatkan golongan muda islam untuk bersedia menghadapi perang akhir zaman atau perang armagedom yang akan melibatkan tentera berekutu yang diketuai oleh dajal dengan tentera islam.Semoga Allah menempatkan Syeikh bersama-sama para syuhada Amin..

Pemuda Umno mahu jumpa rakan BN perjelas hudud

BERNAMA | .
BESUT: Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan pemuda dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.
  
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.
  
Katanya pergerakan pemuda Umno mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.
  
“Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan Umno yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah," katanya kepada pemberita di Besut petang semalam.
  
Beliau berkata pegerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.

Khairy berkata beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu.
  
“Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain," katanya. - Bernama

Hudud bela perogol? Mapim selar Ketua Wanita Gerakan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyelar pandangan biadab Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe (gambar) kononnya hukum hudud menyebelahi perogol dan tidak berlaku adil kepada mangsa.

Naib Presidennya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Tan yang menulis komen di laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata; "Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being raped by a muslim man. Then they will cry!"  (Andy, tunggu hingga di suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang lelaki muslim. Baru mereka menangis!).

Menurut Tarmizi, tulisan Tan itu jelas bernada provokasi jahat terhadap pihak yang ingin melaksanakan hudud.

"Walaupun ia adalah sebahagian episod 'perang anak-beranak' yang menolak hudud, tetapi kenyataan beliau yang menganggap undang-undang hudud sebagai tidak adil dan membebankan mangsa rogol untuk mendapatkan pembuktian jenayah adalah suatu pembohongan.

Tarmizi menambah, Tan yang dipetik The Malay Mail Online juga menganggap undang-undang hudud sebagai 'sangat tidak adil' kerana apabila kejadian rogol berlaku, mangsa perlu memanggil seseorang sebagai saksi kejadian.
Menurut beliau, isu rogol yang dibangkitkan Ketua Wanita Gerakan itu tidak berasas memandangkan pembuktian jenayah rogol bukanlah seperti zina (hubungan seks antara bukan mahram dengan kerelaan pelaku).

Jelasnya, pembuktian dengan qarinah seperti air liur, DNA dan sebagainya boleh mensabitkan perogol ke hukuman takzir yang kadangkala lebih keras berbanding hudud sendiri.

"Antara perkara yang perlu difahamkan kepada mereka iaitu Hudud adalah sebahagian daripada hukum Jenayah Islam. Kes yang sukar dibuktikan melalui bayyinah biasa (4 saksi lelaki adil), boleh disabitkan dengan takzir yang sama seperti undang-undang sivil berdasarkan kebijaksanaan hakim dan pemerintah," ujarnya.

Tarmizi berpendapat, sikap gelojoh sebahagian bukan Islam dan penganut Islam sendiri terhadap keberkesanan hudud adalah disebabkan tiada track record enakmen itu dilaksanakan.

"Seumpama kes-kes sivil, sistem merujuk keputusan lampau mahkamah menjadikan penghakiman akan datang berkembang, mudah dan ada rujukan kes yang terperinci.

"Begitu juga dengan perjalanan Mahkamah Syariah yang kini melaksanakan hukuman jenayah Islam tanpa mengikuti kod hukuman hudud sebenar. Sekurang-kurangnya mereka telah ada rujukan kes yang sebenarnya menjadikan penghakiman akan datang lebih licin dan lancar," ujar beliau.

Tarmizi juga menggesa Umno untuk berusaha menangkis penghinaan terhadap syariah yang datang daripada anggota kerabat BN seperti Gerakan.

Beliau menasihati pemimpin Gerakan dan MCA yang begitu lantang menentang hudud malah sanggup mengambil tindakan undang-undang jika hudud dilaksanakan supaya terlebih dahulu mempelajari dan memahami sistem perundangan Islam. HARAKAHDAILY, 3/5/2014

JAIS diarah lengkapkan laporan kes kematian pelajar

Lizawati Madfa | .
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah menyediakan laporan lengkap berhubung kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Rawang, 30 April lalu.

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi (gambar) berkata sekolah milik kerajaan negeri itu diurus dan ditadbir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

“Kita mahu laporan lengkap dan terperinci berhubung insiden ini serta cadangan berhubung langkah-langkah bagi membendung gejala gaduh ini daripada berulang.

“Kerajaan Negeri juga mengucapkan takziah pada keluarga mangsa,” katanya dalam satu sidang media.

Pelajar berkenaan dikatakan bergaduh bersama seorang rakan kira-kira jam 11.30 malam dan dikatakan berpunca daripada kehilangan kiub puzzle.

Ketika disedari warden asrama, pelajar itu bagaimanapun didakwa sudah tidak disedarkan diri dan terus dikejarkan ke Hospital Selayang.

Beliau bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 1.24 pagi  dan keluarganya sudah dimaklumkan.

Pihak polis masih menyiasat punca kematian selain menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur jenayah. - Selangor Kini


 Isu Hudud Dalam Demokrasi
Posted on Saturday, May 03 @ 11:56:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Oleh Alias Abd Aziz

Melaksanakan hudud dalam perundangan bernegara umat Islam merupakan kewajipan yang telah dijelaskan dengan nas yang qath’ie (muktamad). Kewajipan melaksanakannya adalah sama seperti kewajipan solat, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi. Tidak melaksanakan hudud hukumnya adalah berdosa sama seperti berdosannya meninggalkan kewajipan mendirikan solat, puasa dan membayar zakat.

Namun, perlu difahami bahawa hudud adalah undang-undang yang mesti dilaksanakan dalam bentuk bernegara bukannya secara berkelompok atau per individu. Negaralah yang berkewajipan untuk menerapkannya sebagai sebuah undang-undang negara. Umat Islam pada hari ini harus menyedari bahawa pelaksanaan hukuman hudud secara sempurna seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT tidak  mungkin akan dapat dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan yang bukan Islam, hanya dengan sebuah sistem pemerintahan Islam hudud dapat dilaksanakan secara sempurna seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Oleh itu, adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila pada hari in tokoh-tokoh agama termasuk yang berada di Malaysia memberi bermacam-macam justifikasi ‘ilmiah’ mengapa hudud tidak dapat dilaksanakan, kerana asas mereka berfikir atau berhujah adalah bagaimana untuk melaksanakan hudud dalam konteks pemerintahan demokrasi. Sesiapa pun yang mengkaji struktur pemerintahan dan perundangan di Malaysia, sudah pasti akan dapat memahami dengan jelas bahawa, dengan struktur pemerintahan dan perundangan yang sedia ada di Malaysia adalah sesuatu yang mustahil untuk hudud diterapkan secara sempurna sebagai undang-undang negara seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT, sama seperti mereka melihat adalah mustahil untuk menanam buah epal di Dataran Kelantan. Namun, pada masa yang sama, tokoh-tokoh agama tersebut juga mengetahui bahawa melaksanakan hudud adalah merupakan kewajipan yang  sangat jelas di dalam Islam.

Oleh itu, lahirlah bermacam-macam justifikasi ‘licik’ untuk mengkompromikan pelaksanaan hudud yang telah diwajipkan oleh Allah dengan sebuah pemerintahan demokrasi yang tidak memungkinkan terlaksananya penerapan hukuman hudud secara sempurna. Antaranya :

1. Hudud tidak boleh dibuat kerana keadaan tidak kondusif.

Mereka berhujah bahawa, suasana atau keadaan yang kondusif perlu dipersiapkan sebelum hudud dapat dilaksanakan. Hujahnya adalah berdasarkan ketika tindakan Khalifah Umar Al-Khattab yang tidak menghudud pencuri ketika berlaku musim kemarau.

Ada banyak persoalan yang perlu dibahaskan daripada hujah tersebut, pertama, apakah ukuran yang digunakan untuk mengukur keadaan atau suasana yang kondusif ? Kedua, sebenarnya undang-undanglah yang mengubah suasana, sama ada menjadi suasana yang baik atau tidak bergantung kepada keberkesanan undang-undang yang diterapkan. Misalnya jika undang-undang di Malaysia memberi pengiktirafan kepada golongan LGBT seperti yang dituntut oleh COMANGO, maka, semakin berleluasalah aktiviti-aktiviti golongan tersebut di Malaysia. Untuk mencegah dan menghapuskan terus golongan tersebut perlu ada undang-undang yang berkesan. Oleh itu, sebenarnya hujah yang menyatakan perlu ada suasana yang kondusif sebelum diterapkan hudud adalah hujah yang berdasarkan khayalan semata, yang tidak ada asas langsung.

Berbalik kepada peristiwa zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Perlu difahami dengan jelas bahawa, pertama, pencuri tidak dihudud dalam peristiwa tersebut bermaksud pencuri tersebut  tidak dihukum dengan apa-apa hukum yang lain. Bukannya oleh kerana keadaan tidak kondusif maka pencuri tidak dihudud dan Khalifah Umar menghukum pencuri tersebut dengan hukuman lain. Pencuri tersebut tidak dihudud bermakna dia tidak dikenakan dengan apa-apa hukuman.

Berbeza dengan realiti pada hari ini, hudud tidak boleh dilaksanakan dengan alasan keadaan tidak kondusif tetapi pencuri dikenakan dengan hukuman yang lain,  iaitu hukuman berdasarkan Common Law. Sepatutnya, jika tokoh agama tersebut benar-benar ingin menggunakan alasan seperti peristiwa zaman Khalifah Umar, maka tokoh agama tersebut perlu menjelaskan kepada pemerintah pada hari ini, jangan dihukum para pencuri kerana keadaan dan suasana sekarang tidak kondusif, bebaskan mereka yakni para pencuri.

Apa yang menghairankan ialah bagaimana peristiwa yang terjadi pada Zaman Khalifah Umar AL-Khattab tersebut dengan mudah-mudah disimpulkan bahawa Khalifah Umar menangguhkan hudud kerana keadaan tidak kondusif? Walhal, hukuman hudud tidak dijatuhkan kepada pencuri pada masa tersebut kerana tidak memenuhi syarat-syaratnya, sama seperti kaum wanita datang haid, tidak wajib keatas mereka untuk menunaikan kewajipan solat. Bukan bererti kewajipan solat ke atas wanita ditangguhkan.

Kedua, bagaimana dengan kesalahan-kesalahan hudud yang lain seperti zina, minum arak, murtad dan yang lain-lain, apa pula ukuran kondusif nya ?

2. Hudud tidak dapat dijalankan di Malaysia kerana rakyat Malaysia tidak mengetahui tentang hudud.

Pihak yang perlu mengetahui dengan terperinci tentang segala perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang hudud ialah para pemerintah dan hakim serta para ulama/ilmuan Islam. Rakyat biasa cukup sekadar mengetahui  bahawa murtad, zina , mencuri, minum arak itu adalah haram. Apa yang dimaksudkan dengan mengetahui bukannya seseorang itu perlu tahu perkara-perkara yang berkaitan rukun dan syarat potong tangan atau sebat, tetapi cukup sekadar tahu keharaman perbuatan tersebut.

Dalam hal ini, sekali lagi kita lihat sikap hipokrasi dan penolakan secara ‘halus dan ilmiah’ oleh golongan yang mempertahankan pemerintah yang tidak menerapkan hudud dengan alasan ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui tentang hudud. Apakah mereka tidak menyedari bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia sendiri tidak mengetahui dengan terperinci tentang undang-undang berdasarkan Comman Law yang sedang dilaksanakan dalam kehidupan kita? Namun undang-undang berdasarkan Comman Law tersebut tetap juga dilaksanakan. Bahkan hakikatnya tokoh agama yang membawa hujah sedemikan, juga akan memerlukan khidmat peguam jika mereka terbabit dengan sebarang kes sama ada kes sivil ataupun jenayah, ini sesuatu yang normal dalam mana-mana tamadun manusia.

Dalam sejarah Islam sendiri jelas menunjukkan undang-undang Islam akan terus diterapkan di wilayah-wilayah yang baru dibuka sama ada melalui jihad atau pun tanpa melalui jihad. Tidak timbul soal rakyat dalam wilayah yang baru dibuka perlu mengetahui terlebih dahulu tentang hudud sebelum boleh diterapkan undang-undang hudud. Dapat diperhatikan bahawa tokoh-tokoh agama yang membawa hujah seperti di atas, berhujah dengan cara asal dapat membela pemerintah yang tidak menerapkan hudud tanpa memahami apa yang mereka sendiri perkatakan. Ini kerana mereka berhujah dalam kerangka ingin mempertahankan kemungkaran yang sedang dilakukan oleh pemerintah bukannya dalam kerangka bagaimana pemerintah harus untuk melaksanakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Maka sebab itulah keluar bermacam-macam hujah yang tidak konsisten dan tidak kena pada tempatnya. Sedangkan, Islam datang untuk membimbing atau memandu bagaimana untuk kita bertindak atau bertingkah laku. Dengan kata lain, sebelum melakukan sesuatu perkara perlu difahami terlebih dahulu hukum-hakamnya di dalam Islam dan bukannya menggunakan Islam untuk menjustifikasikan segala tindakan yang telah atau sedang dilakukan.

Bagi pihak yang tengelam timbul - tengelam timbul dalam memperjuangkan hudud, harus memuhasabah diri tentang bagaimana hudud dapat dilaksanakan secara sempurna seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini kerana, hudud adalah salah satu daripada undang-undang di dalam Islam, undang-undang lain seperti takzir dan qisas juga wajib diperjuangkan sama seperti hudud. Apa yang perlu difikirkan ialah jika diandaikan seperti sebuah tiang, sistem perundangan Islam (hudud, qisas, takzir) adalah salah satu tiang-tiang yang mesti ditegakkan bersama-sama dengan tiang-tiang yang lain seperti sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem pergaulan dan lain-lain lagi.

Uniknya sistem-sistem tersebut, ianya tiada yang lebih tinggi atau lebih rendah berbanding dengan yang lain tetapi ianya saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain. Mengabaikan salah satu daripadanya akan mencacatkan atau merosakkan keseluruhan sistem Islam. Maka, sistem Islam itu harus ditegakkan secara keseluruhan tanpa memilih-milihnya mengikut kehendak hawa nafsu dengan alasan sistem Islam harus ditegakkan secara bertahap-tahap (taddaruj) Baca : Tadarruj: Dalih untuk menuruti hawa nafsu

Akhir sekali, tiang-tiang tersebut hanya dapat ditegakkan pada tapak yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu Negara Islam. Tanpa Negara Islam, hudud dan sistem-sistem Islam yang lain tidak akan dapat ditegakkan secara sempurna. Oleh itu, laksanakanlah kewajipan menegakkan segala sistem yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dengan menegakkan semula Negara Islam yang telah diruntuhkan pada 3 Mac 1924.

sumber




 

Tiada ulasan: