Thursday, May 1, 2014
SEORANG BAPA TIDAK AKAN PERNAH KENAL ERTI MALU DEMI ANAKNYA (GAMBAR)
SEPETANG DI MATRIKULASI KUALA PILAH.
Pengorbanan & Kasih sayang seorang Ayah....
Dari jendela kereta, Sedang aku menikmati makanan, kelihatan di sebelah
keretaku seorang lelaki tua terbongkok-bongkok menyusun kertas dan buku
ke dalam kotak .
Lagaknya seperti pembeli barangan terpakai: Terlintas dalam fikiran
.”.Bagi sajalah kertas dan buku-buku terpakai kepunyaan anakku.. jadi
tak perlu beratkan kereta dengan bahan-bahan yang akan dibuang..” Belum
sempat aku bertindak, tiba2 terpancul remaja perempuan seusia anakku
sambil membawa lebih banyak barang dan dihulurkan kepada lelaki
tersebut.
Ooo.. rupa lelaki itu dan aku sama-sama datang mengambil barang anak
yang akan tamat matrikkulasi pada hari selasa ini. Nasib baik tak sempat
tunaikan niat tadi.. kalau tidak betapa malunya aku.
Lelaki itu sekejap duduk, sekejap berdiri sambil memikirkan susun atur
barangan di atas MOTOSIKALnya., tambahan pula setiap barang perlu
dibungkus dengan plastik kerana hujan mulai renyai2.
Persoalannya: Apakah anak itu akan menyayangi ibubapanya sebagaimana ibubapa menyayanginya.
Thursday, January 9, 2014
KETAHUILAH SEORANG AYAH SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA DEMI ANAKNYA (GAMBAR)
Pengorbanan seorang ayah demi anak. Ayah memang lakukan apa sahaja untuk
anak tetapi semuanya dibelakang pengetahuan si anak walaupun terpaksa
memalukan diri sendiri... Hargailah mereka selagi hayatnya.

Thursday, November 15, 2012
PENGORBANAN SEORANG BAPA (GAMBAR)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan