Jumaat, 2 Mei 2014

JANGAN BERI KENYATAAN BAGAI ORANG TAK BERILMU DAN TAK SEDAR SEJARAH DIRI...30 TAHUN DULU KITA MASIH DITAKUK MANA...AUTA TU AGAK2LAH...KITA DIPILIH OLEH RAKYAT KAWASAN KITA...BUKAN SELURUH MALAYSIA DAN BUKAN JAWATAN DIPOHON DARI SPA...KALAH PR AKAN DATANG....TURUNLAH...KALAU PADAM KITA SERAH PADA ALLAH....TA'SAUFLAH SIKIT BILA BERCAKAP

Suhakam puji penganjur, peserta Himpunan 501

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji pengendalian aman bagi himpunan anti-GST di sekitar jalan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada hari ini.

“Suruhanjaya melihat perkara ini sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan, peserta dan pihak berkuasa,” ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam ini.

Katanya, Suhakam turut memuji pihak polis dan penganjur atas hubungan kerjasama positif mereka menerusi satu siri dialog yang telah diadakan sebelum perhimpunan yang membawa kepada persetujuan kedua-dua pihak dalam beberapa aspek utama yang berkaitan dengan perhimpunan, terutamanya persetujuan polis untuk penganjur menggunakan jalan raya berhampiran Dataran Merdeka walaupun dataran tersebut ditutup untuk kerja naik taraf.

Beliau menambah, Suhakam berbesar hati memerhatikan bahawa tiada Unit Simpanan Persekutuan (FRU) digunakan semasa perhimpunan tersebut dan jalan-jalan utama dan stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup.

Pihak polis, dengan bantuan marshal penganjur, telah berjaya memudahcarakan kawalan lalu lintas dan pergerakan orang ramai sepajang perhimpunan tersebut bagi memastikan peserta perhimpunan boleh bergerak dari semua lokasi tanpa banyak kesulitan.

“Suruhanjaya juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti-kenaikan harga serta perhimpunan hari ini,” ujarnya lagi.

Demikian juga, ujar beliau Suhakam memuji penganjur dan peserta atas hubungan kerjasama positif mereka dengan pihak berkuasa.

“Suruhanjaya mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa hormat dalam perhimpunan aman masa depan ke arah memastikan hak asasi rakyat untuk kebebasan berhimpun dapat dipelihara sepenuhnya pada setiap masa,” kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 1/5/2014

 Tunjuk perasaan, rusuhan sambut Hari Pekerja
Posted on Friday, May 02 @ 09:09:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Puluhan ribu pekerja di seluruh dunia mengadakan tunjuk perasaan semalam ketika sambutan Hari Buruh Antarabangsa, dengan suasana tegang di Turki yang mencetus kekecohan ketika protes diadakan di seluruh negara.

Keadaan tegang berlaku di Istanbul, apabila beribu-ribu penunjuk perasaan yang ingkar perintah berhimpun di Dataran Taksim dengan sebilangan besar anggota polis bertugas di jalan raya selepas tunjuk perasaan mencetuskan keganasan yang membawa kepada gerakan anti kerajaan secara besar-besaran sebelum ini.

Tunjuk perasaan juga dilaporkan di beberapa negara Asia, termasuk Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Singapura, Taipei dan Seoul.


Sementara itu pekerja Russia akan berhimpun di Dataran Merah untuk pertama kali sejak 1991 tempat tradisi lama Soviet yang mahu dihidupkan semula ketika semangat patriotisme melanda negara itu.

Hari Pekerja adalah hari penting dalam kalendar Russia dengan sambutan besar-besaran membabitkan atlet, tentera dan pekerja yang berarak di dataran Moscow, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini demonstrasi tahunan itu diadakan di jalan-jalan raya.

Di Kemboja, pihak berkuasa tentera menggunakan belantan menyuraikan berpuluh-puluh orang yang mengadakan tunjuk perasaan Hari Pekerja berhampiran Taman Kebebasan Phnom Penh.

Taman itu yang dibuka oleh kerajaan pada 2010 sebagai tempat untuk orang ramai menyuarakan rasa tidak puas hati, ditutup oleh polis menggunakan kawat berduri tatkala pihak berkuasa berusaha menggagalkan protes terhadap perdana menteri Hun Sen.
“Kita kecewa kerana tidak dapat menyambut Hari Pekerja dengan cara yang sepatutnya. Hak pekerja telah dinafikan,” kata presiden Gabungan Kesatuan Demokratik Pekerja Pakaian Kemboja, Ath Thorn.

Polis Indonesia pula berkata kira-kira 33,000 pekerja mengadakan perhimpunan di Jakarta. Pihak kesatuan sekerja berkata seramai dua juta pekerja menuntut keadaan kerja yang lebih baik di negara paling penduduk di Asia Tenggara itu, walaupun pada tahun-tahun lalu bilangan yang keluar adalah lebih kecil daripada jumlah awal yang dijangkakan.

“Tunjuk perasaan akan diadakan di seluruh negara tetapi yang terbesar adalah di Jakarta dengan kira-kira 33,000 orang pekerja,” kata jurucakap polis Rikwanto kepada AFP, sambil menambah bahawa kira-kira 18,000 pegawai polis akan ditempatkan bertugas di jalan-jalan raya.

Katanya, pekerja merancang mengadakan perhimpunan seterusnya pada hari ini, membabitkan kira-kira 10,000 orang.

Di Hong Kong, penganjur berkata kira-kira 5,000 pekerja akan berarak dari Victoria Park di tengah bandar ke ibu pejabat kerajaan.

Di Taiwan pula, ribuan pekerja akan berarak ke kementerian buruh menuntut kenaikan gaji dan melarang syarikat mengambil pekerja dengan gaji rendah atau mengambil pekerja sambilan, manakala di Seoul kira-kira 5,000 pekerja berhimpun di luar stesen kereta api Seoul. - AFP



  Serangan bom di ibu negara Nigeria, 16 maut
Posted on Friday, May 02 @ 09:14:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






ABUJA: Sekurang-kurangnya 16 maut dalam satu serangan bom kereta di pinggir ibu negara Nigeria, kelmarin, hanya beberapa minggu selepas serangan berdarah di tempat sama.

Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbaharu itu tetapi ia disyaki kumpulan ekstrimis Islam Boko Haram.

Letupan bom berlaku di terminal bas Nyanya yan sesak hanya beberapa kilometer dari Abuja kira-kira jam 8 malam waktu tempatan.


Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Manzo Ezekiel, berkata kerja menyelamat agak sukar disebabkan terminal itu tidak mempunyai lampu yang terang.

Pada 14 April lalu, serangan bom juga mensasarkan terminal bas Nyanya yang mengorbankan 75 orang. - AFP



 Ahmad Maslan Bagi Amaran Kepada Yang Bantah GST
Posted on Friday, May 02 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Apahal lu ni Ahmad Maslan oiii... lu ingat Rakyat yang Tahu Brfikir dan Mahu Berfikir dengan Akal Fikiran akan Berdiam Diri jika sudah Kerajaan Umno/Bn Tak Peduli dengan BANTAHAN kepada GST dan tetap akan Melaksanakan GST, kecuali lah Rakyat yang disebelah SINUNN yang lebih kepada Menggunakan KEPALA LUTUT memang lah dia orang Tak Peduli.

Atas sebab disebelah Sinunnn tu MENU Utama nya adalah OTAK LEMBU NFC dan OTAK UDANG dari Kolam Udang Noh Omar menjadi SANTAPAN Kegemaran dia orang, tetapi Kami disebelah Rakyat yang Tahu Berfikir dan Mahu Menggunakan Akal Fikiran tetap akan Membantah terhadap CIKAI GST yang lebih kepada MEMBEBANKAN Rakyat... Ada Faham Ahmad Maslan.

Menurut kata Ahmad Maslan yang mengaku sebagai Bukanlah BODOH sangat kerana mendapat 3.85 pointer bahawa "Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP @ GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, ini kerana Pihak Kerajaan sudah hampir 30 tahun Membuat PERSIAPAN bagi tujuan itu".

"Perhimpunan MEMBANTAH GST sebagai TIDAK WAJAR, Penganjur Perhimpunan seharusnya menggunakan Pendekatan Lebih Baik untuk Menyuarakan Pendapat mereka. Mereka sepatutnya mengemukakan MOMORANDUM berhubung perkara itu, Bantahan hanya Bertujuan untuk Mempolitikkan segala Perkara Baik yang Kerajaan mahu Laksanakan".

"GST yang dikenakan pada kadar hanya Enam Peratus bagi Menggantikan CUKAI JULAN dan PERKHIMATAN serta Dikecualikann ke atas Barangan Makanan asas seperti Beras, Gula, Garam, Tepung dan Minyak Masak. Manakala Barangan dan Perkhidmatan lain yang turut Dikecualikan ialah Perkhidmatan Kerajaan seperti Pengeluaran Pasport, Lesen dan Perkhidmatan Kesihatan".

"GST bukan Perkara Baru, malahan 90 peratus Penduduk Dunia berada dalam Negara yang telah mengamalkannya, Kadar CBP yang bakal dikenakan juga adalah Antara yang TERENDAH dalam Dunia. Prinsip yang perlu Semua FAHAMI adalah Cukai itu DIPROSES daripada RAKYAT dan Dikembalikan semula kepada Rakyat untuk tujuan Pembangunan Sosial dan Ekonomi mereka".

TEMBERANG dengan bercakap didepan PENYOKONG yang dikatakan oleh Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis bahawa "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" boleh lah Ahmad Maslan... sebab pada dia orang apa sahaja yang dikatakan oleh Pemimpin Umno semua nya Betul, Hatta Harga Minyak Naik pun dikatakan Tidak Naik cuma Subsidi Dikurangkan... kah kah kah!. sumber kilik sini
hemmmmm..... 30 tahun konon nya kerajaan sudah merancang gst ni beb... kalau ya pun nak menipu agak-aga lah ahmad maslan oiiii... kah kah kah... A BU."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Friday, May 02 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Thursday, May 1, 2014


SEORANG BAPA TIDAK AKAN PERNAH KENAL ERTI MALU DEMI ANAKNYA (GAMBAR)


SEPETANG DI MATRIKULASI KUALA PILAH.

Pengorbanan & Kasih sayang seorang Ayah....

Dari jendela kereta, Sedang aku menikmati makanan, kelihatan di sebelah keretaku seorang lelaki tua terbongkok-bongkok menyusun kertas dan buku ke dalam kotak .

Lagaknya seperti pembeli barangan terpakai: Terlintas dalam fikiran .”.Bagi sajalah kertas dan buku-buku terpakai kepunyaan anakku.. jadi tak perlu beratkan kereta dengan bahan-bahan yang akan dibuang..” Belum sempat aku bertindak, tiba2 terpancul remaja perempuan seusia anakku sambil membawa lebih banyak barang dan dihulurkan kepada lelaki tersebut.


Ooo.. rupa lelaki itu dan aku sama-sama datang mengambil barang anak yang akan tamat matrikkulasi pada hari selasa ini. Nasib baik tak sempat tunaikan niat tadi.. kalau tidak betapa malunya aku.

Lelaki itu sekejap duduk, sekejap berdiri sambil memikirkan susun atur barangan di atas MOTOSIKALnya., tambahan pula setiap barang perlu dibungkus dengan plastik kerana hujan mulai renyai2.

Persoalannya: Apakah anak itu akan menyayangi ibubapanya sebagaimana ibubapa menyayanginya.

Thursday, January 9, 2014


KETAHUILAH SEORANG AYAH SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA DEMI ANAKNYA (GAMBAR)



Pengorbanan seorang ayah demi anak. Ayah memang lakukan apa sahaja untuk anak tetapi semuanya dibelakang pengetahuan si anak walaupun terpaksa memalukan diri sendiri... Hargailah mereka selagi hayatnya.
 Warga emas ditumbuk penyamun di Rembau
Posted on Friday, May 02 @ 08:35:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"
Rosidah menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Kota susulan insiden samun di pos pengawal di sebuah kilang, semalam.

REMBAU 1 Mei 2014 – Seorang tukang masak berhadapan dengan detik mencemaskan apabila diterkam dua penyamun bertopeng dan ditumbuk di bahagian mata kanannya di pos pengawal sebuah kilang di Kota, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Rosidah Ali, 56, cuba mempertahankan beg berisi wang syarikat sebanyak RM3,000 dan wangnya sebanyak RM2,000 yang disandang di bahagian depan badannya.

Menurutnya, pengalaman diserang penyamun berkenaan baru pertama kali dihadapinya sepanjang 21 tahun dia bekerja di kilang berkenaan dan menjalani rutin setiap minggu menunggu pemandu lori untuk ke pasar borong di Melaka."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Friday, May 02 @ 08:35:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
 Anak Didik Papagomo Terkantoi Menipu Dan Memfitnah Himpunan Aman Bantah GST!!!
Posted on Friday, May 02 @ 08:31:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Anak emas didik Papagomo A.K.A Wan Muhammad Azri B Wan Deris, Norafiq Bin Mohd Nor, terkantoi menipu dan memfitnah Himpunan Aman Bantah GST!!!


"Al Fatihah, seorang anggota unit amal PAS yang terlibat dalam pergaduhan dengan kumpulan Soliditari Anak Muda Malaysia SAMM telah ditikam dan disahkan mati di tempat kejadian. Suspek anggota SAMM berjaya ditahan oleh pihak Polis setelah cuba melarikan diri dari kepungan pendemo di Dataran Merdeka. Turut ditahan beberapa ahli SAMM yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Kerana inilah kami menolak sekeras kerasnya perhimpunan macam ni. Sampai berbunuh bunuh ni apa kejadahnya? Bodoh punya pembangkang"
Begitulah ayat fitnah anak emas didik Papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri b Wan Deris bernama Norafiq bin Mohd Nor a.k.a Afiq KLtown.





Gambar yang dipaparkan itu ialah gambar kejadian amuk di LRT Gombak suatu ketika dulu.

Jadi apabila papagomo a.k.a seorang bekas mata-mata Trafik Balai Polis Ampang dibuang kerja masuk penjara dan dendan RM10,000 kerana melakukan rasuah terhadap seorang penagih dadah sebanyak RM400 kalah jutaan ringgit dalam kes fitnah saman malu, maka kini tugas dan  tanggung jawab memfitnah sudah diambil alih oleh macai budak hingusannya.

Sebenarnya tiada kejadian tikam menikam pun dan tiada sebarang kematian serta tangkapan berlaku, sekadar ada sedikit kekecuhan kecil yang ditimbulkan oleh kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Antifa Malaysia.. Itu sahaja.

sumber

Siapa anak muda bertopeng yang mencetuskan provokasi? (bersama video)

Khamis, 1 Mei 2014
Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.

Pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku. Seorang daripada mereka mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Mereka memanggil  media dengan kata-kata kesat seperti “media anjing” dan “inikah namanya kebebasan media‎”.

Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka. Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika mereka menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan.

Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.

Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila Unit Amal dapat mengawal keadaan.

Pihak mana yang menghantar anak muda berkenaan untuk mencetuskan provokasi dan kenapa sebahagian mereka menutup muka mereka?

Manakala Pengerusi Solidariti Anak ‎Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui oleh The Malaysian Iinsider selepas kejadian menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.

Video kejadian menunjukkan bukti mereka ini.. Siapa mereka?



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tuesday, March 25, 2014


KADANG2 HAIWAN LEBIH KENAL ERTI UKHWAH (GAMBAR)

 

Tolak fitnah macai Umno kata tiada kaum Tionghua (gambar)

http://omakkau.blogspot.com/ | .
 10 GAMBAR SEBAGAI BUKTI BICARA MENOLAK FITNAH MACAI-MACAI UMNO KONONNYA KAUM TIONGHUA TIDAK TURUT SERTA DALAM HIMPUNAN AMAN BANTAH GST SEMALAM.
 
Semalam heboh macai-macai UMNO buat cerita propaganda adu domba kononnya kaum Tionghua tidak turut serta Himpunan Aman Bantah GST atas alasan GST menguntungkan perniagaan mereka.

Gambar-gambar di atas adalah bukti betapa kaum Tionghua bukan sedikit angkanya turut serta bersama-sama dengan rakyat membantah pelaksanaan GST oleh kerajaan sombong, bobrok, zalim UMNO mulai bulan April 2015 sebanyak 6%.

Pengikut UMNO memang sah jenis spesis ganjil .. semua rakyat dalam dunia maukan harga barang-barang keperluan dibeli dengan harga murah tetapi mereka adalah sebaliknya .. lagi mahal lagi suka dan bangga.

Tiada ulasan: