Cinta ditolak, wanita maut ditikam kenalan lelaki
Seorang tukang jahit wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman
di bahagian perut dipercayai dibunuh kenalan lelakinya di rumah wanita
itu di Sungei Way di Petaling Jaya semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari yang menjumpai mangsa, 43, berasal dari Sabah.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang janda anak satu itu dipercayai mati ditikam suspek dengan menggunakan sebilah gunting," katanya.
Susulan kejadian itu, polis yang memburu suspek hasil maklumat daripada temu bual dengan beberapa saksi kejadian dan juga rakan mangsa, telah membawa kepada penemuan mayat suspek di sebuah flet di Kelana Jaya jam 4 petang tadi.
Menurut polis, suspek, 44, juga berasal dari Sabah itu dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flet berkenaan.
"Sebaik polis tiba di lokasi kejadian (rumah suspek), mayatnya ditemui di bumbung stor flet itu.
"Suspek merupakan seorang ketua pengawal keselamatan,dipercayai hilang pertimbangan sehingga menikam wanita itu (mangsa) akibat cintanya ditolak," katanya.
Katanya kematian lelaki itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- Bernama

1:45PM - 29 Apr 2014
Najib diam, Zahid berani tegur Obama
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyanjung naib presiden Umno Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamid yang menurutnya berani menegur presiden AS
Barack Obama kerana mengeluarkan kenyataan didakwa mencampuri urusan
dalaman Malaysia.
A Kadir turut menyelar Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya berdiam diri apabila Obama membangkitkan perkara itu dalam satu sesi forum bersama kumpulan siswa dari Asia Tenggara di Universiti Malaya, Ahad lalu.
Obama ketika menjawab satu soalan di program tersebut antara lainnya berkata ada ketikanya golongan bukan Islam di Malaysia mendapati diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.
"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain," kata Obama.
Obama menjawab soalan dari wakil Myanmar yang meminta nasihat beliau mengenai bagaimana cara pemimpin muda menangani masalah kepelbagaian masyarakat dalam rantau Asean.
A Kadir berkata, kenyataan Obama itu adalah perbuatan “mengenakan sumpah” ke atas Malaysia melalui tindakan “masuk campur dan menimbulkan provokasi” ke atas hal dalaman Malaysia itu.
“Syabas Dr Ahmad Zahid. Tidak sia-sia perwakilan Umno memilih anda sebagai naib presiden paling popular dalam pemilihan Umno baru lalu.
“Alhamdulillah masih ada pemuka Umno yang tidak dijangkiti sindrom koro,” katanya dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com.
Wartawan veteran itu seterusnya berkata, kenyataan Obama itu lebih serius berbanding kenyataan bekas naib presiden AS Al Gore yang mengkritik pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
“Kalau Naib Presiden Al Gore, pada tahun 1998, sekadar memuji Anwar Ibrahim dan reformasi, Obama kali ini menuduh Malaysia menganaktirikan kaum minoriti dan orang bukan Islam.
“Kalaulah benar apa yang dilaporkan itu, tidakkah tindakan Obama itu berupa satu bentuk provokasi halus yang sangat mendalam dan meluas implikasi tersiratnya?...
Gembira dapat berkereta?
“Secara tidak langsung, Obama melantik diri beliau sebagai jurucakap rakyat Malaysia yang mengacum kepada beliau kononnya mereka dengan dahsyat sekali didiskriminasi oleh orang Melayu dan orang Islam,” katanya.
Tanpa menyebut nama Najib, beliau turut bertanya sekiranya isu tersebut akan dibiarkan begitu sahaja oleh golongan Melayu dan Islam kerana layanan Obama terhadap perdana menteri itu.
“Soalnya, adakah orang Melayu dan Islam hendak berdiam diri terhadap campur tangan Obama itu semata-mata kerana ada orang yang sangat gembira dapat berkereta dengan beliau atau beliau membisikkan puji-pujian ke telinga orang itu?,” soalnya.
Beliau mempersoalkan kewajaran Obama membangkitkan perkara itu kerana terdapat begitu banyak rumah ibadat bukan Islam di Malaysia.
“Apakah kaum minoriti dan orang bukan Islam di negara ini ditindas, tidak dibenarkan beribadat dan hidup papa kedana?
“Apa ceritanya dengan gereja yang berpuluh di Brickfields, Jalan Gasing dan Sentul? Apa halnya dengan kuil Hindu di merata simpang jalan, bawah pokok besar dan gua itu?
“Apa ceritanya kuil Buddha dan wat Siam, Gundwara Sikh dan tokong Cina di merata pelosok tanah air? Dan siapa yang menguasai ekonomi?,” katanya.
Merujuk kepada golongan Kristian, A Kadir seterunya membangkitkan mengenai isu penggunaan kalimah Allah dan kontroversi yang timbul daripada isu tersebut.
“Siapakah yang ditindas dan berasa tertekan? Siapa yang membuka kotak pandora dengan menuntut agar mereka juga dibenarkan mengguna kalimah Allah?," katanya.5:12PM - 28 Apr 2014

'Kami cakap apa yang PM tak beritahu Obama'
Anggota masyarakat sivil yang bertemu Barrack Obama semalam berkata,
mereka memberitahu perkara sebenar dalam pertemuan sejam dengan Presiden
Amerika Syarikat (AS) itu semalam.
Pemimpin kumpulan hak asasi manusia Hakam Datuk S Ambiga, antara yang hadir dalam pertemuan itu, berkongsi dengan Malaysiakini apa yang dibincangkan dalam sesi bersejarah itu.
“Antara isu (dibangkitkan) berhubung politik perpecahan, ekstremisme kaum dan agama, diskriminasi, autoritarianisme kerajaan melalui undang-undang yang menindas, pilihan raya bebas dan adil serta keluhuran perlembagaan...,” katanya.
Juga diketengahkan berhubung pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan terhadap pembangkang atas alasan hasutan dan Akta Perhimpunan Aman.
Obama, katanya, juga diberitahu bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia mengongkong media.
“Kami jelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah umat Islam yang moderat atau demokrasinya seperti dalam erti kata sebenar,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.6:46PM - 29 Apr 2014

MP: Obama sebenarnya sindir intelektual Najib
Selepas lawatan kilat Presiden Barack Obama ke Malaysia hujung minggu
lalu, pelbagai analisis dibuat berkaitan kesannya kepada keadaan sosial,
ekonomi dan politik.
Tetapi teguran paling kasar, terutamanya pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dibuat oleh anggota Parlimen DAP Ariff Sabri.
Memfokuskan bagaimana presiden Amerika Syarikat menggambarkan Najib sebagai seorang yang mempunyai naluri untuk perpaduan dan kesederhanaan, pemimpin pembangkang itu berkata:
“Ia cara paling diplomasi untuk mengatakan – Saya rasa kamu tak berguna.”
Menurut Ariff, kenyataan itu dibuat bagi mengesahkan bahawa Najib bukan pemimpin rasional yang percaya arah masa depan melalui kesederhanaan dan perpaduan.
“Naluri seperti yang kita tahu berkait dengan haiwan yang tidak berfikir tetapi bertindak menurut naluri dan gerak hati.
“Jadi apa yang Obama kata, kecerdasan fikiran Najib sama tahapnya dengan haiwan seperti cimpanzi dan orang utan,” tulisnya dalam blog.6:33PM - 28 Apr 2014

PERKASA: Obama hanya tambahkan ketegangan kaum
Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali menolak
kenyataan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa bukan Islam di
negara ini perlu diberi peluang yang sama demi kemajuan.
Ini kerana, katanya, sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai bukan Islam.
"Kenyataan ini seolah-olah selama ini bukan Islam tidak mendapat hak dan layanan adil. Kalau benar, kenapa bukan Islam menguasai hampir 60 peratus ekonomi negara.
"Siapa miliki bangunan pencakar langit, gedung-gedung besar dan rumah kedai dalam bandar.
"Kerajaan membiayai sekolah jenis kebangsaan yang walaupun ada yang mendakwa bertentangan dengan perlembagaan," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Ahli politik veteran kelahiran Kelantan itu juga berkata pihak yang mendakwa negara ini menafikan hak bukan Islam adalah "orang kurang waras dan kurang akal".
Sebaliknya, Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas berkata kenyataan Obama itu hanya menambahkan suasana keruh antara kaum.
"Saya nak tanya Obama, layanan apa pihak Israel beri pada penduduk asal rakyat Palestin. Bercakap tak serupa bikin.
"Kenapa Obama tidak nasihat penduduk bukan Islam wajib menghormati kaum majoriti Islam?
"Obama seperti lain-lain presiden Amerika juga tidak telus.
Kedatangannya ke Malaysia dengan membuat kenyataan berat sebelah hanya menambahkan lagi ketegangan kaum yang membantu kepada kesalahan fakta dan fahaman," katanya. 11:12AM - 29 Apr 2014

Jepun tarik diri dari pencarian MH370
Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera pada Isnin mengumumkan kepada
pasukan pencarian pesawat hilang MH370 negara itu bahawa misi mereka
tamat setakat ini.
Ia berlaku selepas pencarian hampir dua bulan gagal mencari sebarang serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu, lapor Kyodo.
Perdana Menteri Australian Tony Abbott pada Isnin berkata, pencarian akan segera memasuki fasa baru dengan “carian bawah laut dipergiat menggunakan teknologi berbeza” di kawasan lebih luas.
Pasukan Jepun dijadual pulang ke negara matahari terbit itu bersama pesawat P-3C mereka daripada pangkalan tentera udara Australia di Perth hari ini.
Pada pertengahan Mac, Onodera (kanan) mengeluarkan arahan itu sejajar dengan undang-undang pentadbiran bencana alam negeri itu.
Mereka terbang ke Perth dari Malaysia pada hujung Mac untuk menyertai usaha carian di Lautan Hindi.
Pesawat MH370 hilang daripada radar di Laut China Selatan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Usaha pencarian memasuki hari ke-53 hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan