Muslim tanpa mengira parti wajib sokong hudud – Ustaz Azhar
KOTA BHARU: Anda Muslim biar pun mendokong parti mana sekali pun adalah wajib menyokong pelaksanaan perundangan Islam yang merangkumi hudud, kata pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Beliau berkata, umat Islam wajib menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hudud.
“Di akhirat kelak Allah SWT akan tanya sama ada kamu telah berusaha atau tidak melaksanakan syariat-Nya. Kita hanya akan bernasib baik kalau telah berusaha tetapi masih ada halangannya.
“Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk melaksanakan dengan membawa usul hudud ke parlimen. Ketika itu kita akan tahu siapa dalam kalangan orang Islam yang bersifat munafik,” katanya pada program Haflah Ilmu anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di Padang Perdana, malam 1 Mei.
Turut bertindak sebagai panelis pendakwah muda, Syed Nor Hisyam Tuan Padang, manakala Amin Idris dari TVHijrah bertindak sebagai moderator.
Program bermula solat Maghrib diimamkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Murabi ITPG, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengarah IPTG, Dr Che Shamsuddin Mohd Noor.
Ruang padang begitu sendat dengan kehadiran orang ramai sejak petang lagi. Program Haflah Ilmu tersebut merupakan siri ketiga anjuran kerajaan negeri.
Pada 2 April lepas kerajaan negeri mengumumkan akan membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen bagi membolehkan ia dapat dilaksanakan di Kelantan.
Semalam kerajaan Brunei mulai melaksanakan perundangan syariah bagi fasa pertama.
Ustaz Azhar berkata, orang Islam jangan memencilkan diri daripada terbabit untuk menyokong perundangan syariah kerana ia adalah perintah Allah SWT bagi kesejahteraan umat manusia.
“Kita sangat suka kerajaan Brunei sebuah pemerintah yang kaya mampu melaksanakan tuntutan agama biar pun berdepan kritikan di peringkat antarabangsa.
“Janganlah pula apabila ada halangan dan kritikan menjadikan kita takut untuk melaksanakan syariat Allah,” ujarnya.
Dr Fadzli sebelum itu berkata, sejarah baru bakal tercipta lagi tahun hadapan apabila Kelantan diberi keizinan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang telah diluluskan sejak 1993. - HARAKAHDAILY, 3/5/2014
Kesatuan Eropah seru kerajaan hormati kebebasan akhbar
KUALA LUMPUR:
Kesatuan Eropah (EU) menyeru semua kerajaan supaya menghentikan
perbuatan mengugut, menekan, menapis dan menahan dengan
sewenang-wenangnya terhadap golongan wartawan.
Wakil Peringkat Tinggi EU Bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Catherine Ashton berkata kewujudan media yang bersifat terbuka, pelbagai dan bebas adalah antara asas penting bagi pembentukan masyarakat demokratik kerana ia menyumbang ke arah memudahkan pengaliran maklumat serta idea secara bebas dan menjamin ketelusan serta kebertanggungjawaban.
"Usaha melindungi wartawan perlu juga meliputi sokongan yang diberi kepada petugas dan pihak lain yang menggunakan media untuk menemui khalayak ramai," kata Ashton dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena sambutan ulang tahun ke-21 Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini.
Kenyataan itu menyebut di samping mewujudkan cara baharu untuk meningkatkan kebebasan bersuara, inovasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga membawa bersamanya cabaran baharu.
Sejajar dengan itu, katanya EU dengan tegas menentang sebarang sekatan tidak wajar yang dikenakan terhadap internet dan media baharu lain kerana hak asasi manusia yang wujud secara di luar talian juga perlu dilindungi seperti hak manusia yang terdapat secara dalam talian.
"Tidak lama lagi, EU akan mengguna pakai Garis Panduan EU mengenai Kebebasan Bersuara Secara Dalam Talian dan Luar Talian bagi menangani sekatan tidak wajar yang dikenakan terhadap kebebasan bersuara dan meningkatkan kebebasan media serta menyediakan garis panduan yang amat penting bagi para pegawai dan petugas EU di seluruh dunia," katanya. - Bernama
Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di sini hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.
Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.
"Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.
Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. -
BESUT: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melihat Perhimpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) kelmarin hanya satu provokasi kepada kerajaan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pihak penganjur bukan sahaja gagal untuk mencapai matlamat perhimpunan malah turut memberi banyak kesusahan kepada orang ramai yang mahu bercuti sempena Hari Pekerja.
"Apa yang berlaku disebaliknya apabila peserta perhimpunan pula yang bergaduh sesama sendiri dan sanggup memukul wartawan yang pada satu ketika dahulu mereka memperjuangkan hak kebebasan media," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jambori Orang Muda (JOM) peringkat daerah Besut di Stadium Mini Kampung Raja di sini semalam.
Katanya kali ini kerajaan sengaja tidak menggunakan tenaga polis untuk menyuraikan perhimpunan malah mereka hanya bertindak untuk mengawal lalu lintas dan memastikan tidak berlaku kerosakkan peralatan awam.
Beliau berkata mereka yang menyertai perhimpunan jelas tidak dapat mengawal emosi dan telah bertindak di luar batasan.
Khairy turut meminta supaya kerajaan bertindak tegas dengan mengenakan tindakan mengikut undang-undang kepada penganjur perhimpunan itu yang jelas telah menyebabkan pelbagai pihak menghadapi masalah.
Mengenai sambutan Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 22 Mei ini Khairy berkata ia akan dimeriahkan dengan Program Selawat Belia dengan mengundang ramai tokoh-tokoh agama dari dalam dan luar negara.
Katanya program yang akan dilangsung pada sebelah malam itu membuktikan bahawa sambutan hari belia tidak hanya akan dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan hiburan tetapi telah diseimbangkan dengan program ilmu, kerohanian dan modal insan.
"Idea mengadakan Program Selawat Belia itu adalah ekoran daripada sambutan menggalakkan yang ditunjukkan oleh para belia semasa Program Selawat Perdana di adakan di Putrajaya baru-baru ini," katanya.
Menurutnya diharap para belia akan datang beramai-ramai pada majlis itu yang juga akan menampil beberapa tokoh agama daripada negara Timur Tengah. - Bernama
Wakil Peringkat Tinggi EU Bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Catherine Ashton berkata kewujudan media yang bersifat terbuka, pelbagai dan bebas adalah antara asas penting bagi pembentukan masyarakat demokratik kerana ia menyumbang ke arah memudahkan pengaliran maklumat serta idea secara bebas dan menjamin ketelusan serta kebertanggungjawaban.
"Usaha melindungi wartawan perlu juga meliputi sokongan yang diberi kepada petugas dan pihak lain yang menggunakan media untuk menemui khalayak ramai," kata Ashton dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena sambutan ulang tahun ke-21 Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini.
Kenyataan itu menyebut di samping mewujudkan cara baharu untuk meningkatkan kebebasan bersuara, inovasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga membawa bersamanya cabaran baharu.
Sejajar dengan itu, katanya EU dengan tegas menentang sebarang sekatan tidak wajar yang dikenakan terhadap internet dan media baharu lain kerana hak asasi manusia yang wujud secara di luar talian juga perlu dilindungi seperti hak manusia yang terdapat secara dalam talian.
"Tidak lama lagi, EU akan mengguna pakai Garis Panduan EU mengenai Kebebasan Bersuara Secara Dalam Talian dan Luar Talian bagi menangani sekatan tidak wajar yang dikenakan terhadap kebebasan bersuara dan meningkatkan kebebasan media serta menyediakan garis panduan yang amat penting bagi para pegawai dan petugas EU di seluruh dunia," katanya. - Bernama
MH370: Pampasan duluan US$50,000 untuk keluarga mangsa
BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntuk sejumlah US$50,000 kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan.Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di sini hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.
Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.
"Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.
Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. -
Menteri anggap himpunan bantah GST satu provokasi
BESUT: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melihat Perhimpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) kelmarin hanya satu provokasi kepada kerajaan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pihak penganjur bukan sahaja gagal untuk mencapai matlamat perhimpunan malah turut memberi banyak kesusahan kepada orang ramai yang mahu bercuti sempena Hari Pekerja.
"Apa yang berlaku disebaliknya apabila peserta perhimpunan pula yang bergaduh sesama sendiri dan sanggup memukul wartawan yang pada satu ketika dahulu mereka memperjuangkan hak kebebasan media," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jambori Orang Muda (JOM) peringkat daerah Besut di Stadium Mini Kampung Raja di sini semalam.
Katanya kali ini kerajaan sengaja tidak menggunakan tenaga polis untuk menyuraikan perhimpunan malah mereka hanya bertindak untuk mengawal lalu lintas dan memastikan tidak berlaku kerosakkan peralatan awam.
Beliau berkata mereka yang menyertai perhimpunan jelas tidak dapat mengawal emosi dan telah bertindak di luar batasan.
Khairy turut meminta supaya kerajaan bertindak tegas dengan mengenakan tindakan mengikut undang-undang kepada penganjur perhimpunan itu yang jelas telah menyebabkan pelbagai pihak menghadapi masalah.
Mengenai sambutan Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 22 Mei ini Khairy berkata ia akan dimeriahkan dengan Program Selawat Belia dengan mengundang ramai tokoh-tokoh agama dari dalam dan luar negara.
Katanya program yang akan dilangsung pada sebelah malam itu membuktikan bahawa sambutan hari belia tidak hanya akan dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan hiburan tetapi telah diseimbangkan dengan program ilmu, kerohanian dan modal insan.
"Idea mengadakan Program Selawat Belia itu adalah ekoran daripada sambutan menggalakkan yang ditunjukkan oleh para belia semasa Program Selawat Perdana di adakan di Putrajaya baru-baru ini," katanya.
Menurutnya diharap para belia akan datang beramai-ramai pada majlis itu yang juga akan menampil beberapa tokoh agama daripada negara Timur Tengah. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan