Khamis, 22 Mei 2014

BILA RASA NEGERI NI SENDIRI PUNYA....BAGAIMANA NEGERI AKHIRAT...BAGAIMANA PEMILIKI HAKIKINYA ADALAH ALLAH...JADILAH ORANG YANG BERSEKOLAH/BERPENDIDIKAN.....FAHAMLAH DEMOKARASI ITU....TINDAKAN KITA MEN'CONFIRM' KITA KURANG CERDIK






Samseng pakai topi BN halau Dyana

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .


Seorang samseng yang memakai topi BN menghamburkan kata-kata kesat kepada rombongan kempen Dyana.

TELUK INTAN: Kekecohan berlaku apabila beberapa pemuda berpakaian berlogo BN membuat provokasi mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan calon DAP.

Insiden berlaku kira-kira jam 5.50 petang semalam di tapak pasar Malam Rumah Awam, Kampung Padang Tembak.

Samseng tersebut bersifat biadab apabila berteriak serta cuba menghalau calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud bersama pasukan kempennya.

Provokasi semakin melampau apabila samseng-samseng yang menaiki motosikal itu membuat bising dengan bingitan ekzos motor hingga menyebabkan pengunjung dan peniaga terganggu.

Samseng bertopi BN cuba mendekati Dyana (bertudung putih) tetapi dihalang para petugas kempen Pakatan Rakyat.
"Ini kampung Melayu, jangan bawa masuk orang kafir. Keluar daripada sini!" jerit pemuda samseng itu.

Tindakan biadab penyokong BN itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan orang ramai sehingga mendorong seorang penduduk menasihati mereka supaya menghentikan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun tindakan penduduk itu nyaris mencetuskan pergaduhan.

Hadir mengiringi Dyana pada waktu itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Baharin serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Mereka bagaimanapun menasihati para petugas kempen Pakatan Rakyat agar tidak menghiraukan provokasi tersebut.

Dyana bagaimanapun tenang menghadapi situasi tegang itu walaupun dihamburkan dengan pelbagai bentuk cacian.

Tindakan provokasi itu tidak diendahkan pasukan kempen sebaliknya mereka meneruskan agenda menyantuni masyarakat dan mengedar risalah.

Pasukan polis hadir ke tempat kejadian dan seorang daripada mereka ditahan namun dibebaskan tanpa sebarang tindakan. - HARAKAHDAILY 22/5/2014

Seorang pengunjung pasar malam cuba menasihati samseng BN  agar tidak membuat 

MALU......MALUNYAAA.........
Abu Hashim Jalal added a new photo.
3 mins ·
Like · ·
Abu Hashim Jalal added a new photo.
4 mins ·
Like · ·
Abu Hashim Jalal added a new photo.
6 mins ·
Like · ·
 





GST: Kita tak makan belacan 24 jam sehari, kata PKR

Read Less
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, kerajaan BN sering kali mengelirukan rakyat dengan memberi alasan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan dengan adanya pengecualian sesetengah barangan khususnya bahan makanan. Namun, katanya apabila GST dilaksanakan, kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai disebabkan barangan asas itu dijual di restoran makanan.


Abu Hashim Jalal added a new photo.
8 mins ·
Like · ·
Abu Hashim Jalal added a new photo.
9 mins ·
Like · ·


 


Tipu diculik, bekas penjawat awam ditahan

BERNAMA | .
KOTA KINABALU: Polis menahan seorang bekas penjawat awam kerana memeras ugut isterinya selepas mendakwa dia diculik sehingga meminta wang tebusan sebanyak RM8,000 dua minggu lepas.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata lelaki yang berumur awal 30-an itu ditahan semasa mengeluarkan wang dari mesin teller automatik (ATM) pada kira-kira jam 3.00 petang di sekitar bandaraya ini, pada 16 Mei lalu.

"Pada 15 Mei, isteri mangsa yang berumur 22 tahun menerima beberapa keping gambar mangsa dan meminta memasukkan wang ke dalam akaun untuk membebaskannya.

"Hasil siasatan lanjut, polis mendapati dia mengadakan-adakan cerita diculik oleh sekumpulan lelaki pada 7 Mei lalu," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Jauteh berkata polis turut merampas sembilan sim kad termasuk salah satu daripadanya digunakan untuk menghubungi isterinya dan melakukan pemerasan.

Dalam perkembangan lain, katanya, polis menahan seorang suspek tanpa pengenalan diri kerana melakukan rompakan bersenjata di Telipok pada pukul 9.45 malam, Isnin lepas.

Beliau berkata polis menemui sebilah pedang samurai bersama suspek lelaki yang berumur 29 tahun dipercayai digunakan untuk merompak serta sebuah motosikal curi.

"Polis sedang menjejaki seorang lagi rakan suspek kerana melakukan rompakan bersenjata ke atas seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang kerugian kira-kira RM4,000 pada kejadian 4.30 petang itu, Sabtu lepas," katanya. - BERNAMA

Nozula terharu dikunjungi Adun PAS, PKR

SALMAH MAT HUSAIN | .

GUA MUSANG: Biarpun ucapan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah agak lantang terhadap pemimpin kerajaan negeri dan PAS, namun ia tidak menghalang Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) menziarahinya.

Malah Ketua Pembangkang Dun Kelantan itu juga pernah cuba mencetus pergaduhan dengan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim ketika persidangan Dun pada 2007.

BBC tidak mengambil kira semuanya itu demi persahabatan mereka menziarahi Adun Paloh yang terbabit dalam kemalangan di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai 17 April lalu semasa dalam perjalanan ke Perak.

Kemalangan itu menyebabkan isterinya, Datin Maziah Din meninggal di tempat kejadian, manakala Nozula mengalami kecederaan serius pada dada, paru-paru dan tujuh tulang rusuknya patah.

Mohd Zaki bersama Adun Tawang, Datuk Hassan Mahmood; Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar; Adun Melor, Dr Yusnan Yusof; Adun Guchil, Mohd Roslan Puteh; Penyelia Paloh, Ustaz Abdulla Husain dan Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi menziarahi Nozula di Chiku 3 di sini, kelmarin.

Sebelum ini beliau dikunjungi anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi bersama pemimpin PAS dan PKR Gua Musang.

Ketika dirawat di hospital di Ipoh, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan pemimpin-pemimpin lain turut menziarahinya.

“Walaupun kita berlainan ideologi politik, namun kita hanya berhujah, berbahas dalam Dun, namun di luar kita bersahabat.

“Sebagai seorang sahabat kami melahirkan rasa simpati terhadap beliau kerana terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa isterinya,” kata Mohd Zaki.

Oleh itu beliau berdoa semoga Nozula cepat sihat bagi membolehkan hadir pada persidanga Dun pada akhir bulan hadapan.

Nozula yang kelihatan agak terharu mengucap terima kasih kepada pemimpin PAS dan PKR yang sentiasa mengunjunginya untuk bertanya khabar.

Katanya, walaupun berbeza ideologi politik dan sering bertelagah ketika persidangan Dun, namun ia tidak memutus persahabatan yang sudah lama terjalin.

Pada pilihan raya umum 1990 dan 1995 Nozula bertanding atas tiket Semangat 46 yang bergabung dengan PAS bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. - HARAKAHDAILY 22/5/2014

Terukir senyuman tatkala bertemu Dyana Sofya

http://tikaqbuloh.blogspot.com | .

 Orang kata senyuman yang terukir itu boleh menunjukkan penerimaan orang terhadap kita. Nilailah sendiri bagaimana mesranya calon DAP ini kepada pengundi Teluk Intan.

Rempuh masuk Dun: Khairy minta laporan, polis tahan 12 orang

BERNAMA | .

TELUK INTAN: Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Rahim telah diminta mengemukakan laporan mengenai insiden sekumpulan lelaki merempuh masuk pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
  
Beliau berkata insiden itu adalah susulan kecaman Anggota DUN Seri Delima R.S.N Rayer yang mengatakan "Umno Celaka" pada persidangan DUN itu.
  
Beliau berkata perbuatan Rayer adalah amat kurang ajar dan merupakan penghinaan kepada parti itu.
  
Namun, sekumpulan lelaki yang terdiri daripada anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepatutnya hanya membuat bantahan di luar pagar DUN dan tidak perlu memasuki dewan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Terdahulu, beliau membuat tinjauan mesra bersama-sama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong, di tapak penjaja di Dataran Menara Condong di sini, malam tadi.

Rayer mengeluarkan perkatan itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.
  
Kumpulan berkenaan yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Jasmin Noordin kemudian memasuki dewan persidangan tetapi gagal menemui Rayer yang tidak hadir pada sesi petang persidangan.
  
Mereka mahu Rayer meminta maaf berhubung kenyataannnya semalam.
  
Persidangan DUN terhenti lebih satu jam berikutan insiden itu dan Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid bersama sepasukan anggota polis menenangkan anggota kumpulan itu serta mengarahkan mereka beredar dari situ.
  
Setakat 5.45 petang semalam, polis menahan 12 orang yang dikenal pasti masuk ke dalam dewan persidangan untuk direkod keterangan dan disiasat. - Bernama

Norman tanya, Abby balas 'Ok! Saya ada Allah...

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?'

"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," kata pelakon Norman Hakim dipetik mStar Online.

Norman berkata, beliau terkejut apabila mengetahui mengenai situasi bekas isterinya, Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Katanya, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar menemui jalan penyelesaian.

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya," ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya  Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai 2013, sehari menjelangnya Ramadan.

Beliau pernah berkahwin dengan  Norman yang dikurniakan tiga orang anak.

Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.

 

Tiada ulasan: