Rabu, 28 Mei 2014

PANDAI AKADEMIK AJE...AGAMA CONFIRM JAHIL LAGI BODOH GEDEHAK(BELAJAR TAK NAK...NAK SURUH MENGAJAR TAK TAHU....MELAWAN LAGI DENGAN MELAKUKAN ZINA KOD)

Penuntut IPTA Dicekup Setelah Selesai Berasmara ?

Written By canang on Rabu, 28 Mei 2014 | 5/28/2014 10:03:00 PG

Penuntut IPTA Dicekup Setelah Selesai Berasmara ??
Seorang pelajar wanita di sebuah IPTA di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai baru selesai membersihkan diri selepas beraksi di ranjang bersama teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu, kelmarin.
Gadis tempatan yang juga penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan mengambil kesempatan untuk memadu asmara dengan kekasihnya.
Bagaimanapun, kegiatan jijik pasangan kekasih dapat dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bertindak menyerbu rumah tumpangan berkenaan.
Ketika serbuan, anggota penguatkuasa menemui teman lelaki gadis itu yang berusia 21 tahun sedang terbaring keletihan di atas katil.
Pemeriksaan itu juga turut menemui pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai rumah tumpangan terbabit.
Setelah disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu
Islam itu mudah....
Like · ·
Kesiannya
Like · ·

2 pelajar diperkosa bergilir-gilir lebih 30 lelaki

Rogol-1PETALING JAYA - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang keluar untuk bertemu rakan perempuannya dipercayai menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lebih 30 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan pada malam Selasa lalu.
Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.
Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.
Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.
Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.
Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.
Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.
Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.

 JAKIM: Produk tempatan dengan Kod E boleh guna
Posted on Wednesday, May 28 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Produk tempatan dengan sijil pengesahan Halal Malaysia yang mempunyai 'kod E' boleh digunakan tanpa waswas, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata tidak semua produk makanan yang mempunyai kod atau nombor 'E' mengandungi bahan dari sumber yang haram.

Kod E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan selalu diguna pada label makanan di negara Kesatuan Eropah yang merujuk kepada bahan aditif yang dibenarkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kod E lazimnya dikaitkan mengandungi bahan bersumberkan khinzir.

Menurut Othman, nombor E diguna pada label produk makanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara terutama Kanada, dan Israel.

Skim penomboran itu adalah mengikut sistem penomboran antarabangsa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius, katanya.

Beliau berkata penomboran itu adalah koleksi pelbagai standard, kod amalan, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.

Bahan Aditif mengikut nombor E:

  • E100 - E199- Warna
  • E200 - E299- Pengawet
  • E300 - E399- Oksidan, Fosfat, Antioksida dan Pengawal Asid
  • E400 - E499- Pemekat, Pelembap, Penstabil dan Emulsifier
  • E500 - E599- Garam, Regulator Asid dan agen penghalang kerak
  • E600 - E699- Penambah perisa
  • E900 - E999- Pemanis dan bahan-bahan lain
  • E1000- E1999- Bahan Kimia Tambahan
"Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan daripada sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semula jadi, kimia dan haiwan," katanya.

Othman berkata contoh kod E yang paling kerap menjadi persoalan ialah E471, yang merupakan sejenis pengemulsi iaitu mono dan digliserida.

Sumbernya ialah lemak sintetik yang terhasil daripada gliserol dan asid lemak semula jadi terutamanya dalam tumbuhan contohnya minyak kelapa sawit atau lemak haiwan, kata Othman.

Ramuan itu secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semula jadi yang boleh dihadam.

Bagaimanapun Othman menasihati pengguna Islam agar berhati-hati dengan produk mempunyai kod E  tanpa sijil Halal Malaysia yang tidak dibuat di negara ini.

"Orang ramai harus peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan," katanya yang turut menggesa pihak industri agar lebih bertanggungjawab dan mengenal pasti sumber aditif yang diguna agar tidak menimbulkan keraguan pengguna Islam.

Dalam pada itu, Jakim menerusi Bahagian Hab Halal akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengisytihar kesemua ramuan termasuk menyertakan dokumen kukuh mengenai status halal aditif yang digunakan dalam produk makanan mereka.-Bernama

sumber

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR
Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :
1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)
SubhanAllah..
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin
Sekarang anda mempunyai Dua pilihan
1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.
Like · ·
 
 

Tiada ulasan: