Khamis, 1 Mei 2014

UNDILAH ....NI KERJA ALLAH...TAK MUSTAHIL UMNO LAKSANAKAN HUDUD...BAGI ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL...MAKHLUK BUAT CARA MAKHLUK...YER TAK YER GAK...KALAU MEREKA FAHAM TENTU MEREKA PILIH ISLAM

HUDUD : Berjayakah PAS ???
Posted on Thursday, May 01 @ 09:58:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Sekiranya Hudud Berjaya dilaksanakan. PAS berjaya dalam agenda Perjuangannya. Manakala UMNO mungkin sudah dapat formula untuk pecahkan PR sokong Pas alsanakan hudud. Dicongak bila UMNO sokong hudud beerti talian hayat BN untuk terus berkuasa lebih panjang. Kerana tanpa PAS, PR tak akan sukar dapat undi orang islam.

Tindakan Pas Kelantan cuba mengusulkan isu ini di Parlimen adalah yang terbaik dikala UMNO terkapai mencari talian hayat. Manakala PAS mungkin sedar sekiranya PR menang sekalipun Hudud pasti tak dapat dilaksanakan.

Saya rasa mengetengahkan hudud waktu ini seolah PAS meletakkan umpan ketika main dam aji. Kalau Umno makan pun kena tak makan pun PAS untung. Saya yakin rata2 pemimpin PAS terutama presiden lebih mengutamakan cita-cita perjuangan dari cita-cita politik.

Kesimpulannnya melaksanakan hudud beerti matlamat tercapai tapi mungkin hilang undi non muslim bahkan mungkin PAS ditunjuk jalan keluar oleh PR. Tapi yang pasti sesiapa yang berusaha menegakkan agama Allah pasti dibantu pemiliknya. Sesiapa yang memberi alasan penangguhan beerti menempah bala berpanjangan."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
bukitkeplu
Posted on Thursday, May 01 @ 09:58:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Jawapan Kepada Amaran Persatuan Buddha Dan Kristian Berkenaan Hudud
Posted on Thursday, May 01 @ 09:53:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Kumpulan Lapan Persatuan Penganut Buddha Memberi AMARAN yang Pakatan Rakyat (PR) akan HILANG UNDI di masa depan jika PAS masih mahu MEMBENTANGKAN Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian, bagi Membuka Laluan kepada PERLAKSANAAN Hukum HUDUD dan QISAS di Negeri Kelantan.

Ini Jawapan gua kepada Amaran tersebut :-

Kemana UNDI kamu akan kamu beri jika Parti PAS DITAKDIRKAN Melaksanakan Hukum HUDUD dan QISAS di Negeri Kelantan wahai Persatuan Buddha dan Persatuan Pemuda Kristian ???. Apakah UNDI kamu akan kamu berikan kepada Umno/Bn jika PAS tetap dengan Pendirian iaitu Melaksanakan Hudud.

Silakan JAWAP Wahai Persatuan Buddha dan Persatuan Pemuda Kristian, Kemana Undi Kamu Akan Kamu Berikan... Kami sebagai Ahli PAS langsung Tidak Berkecil Hati jika itu yang akan Kamu lakukan Kerana Undi adalah HAK MUTLAK kamu didalam Sistem Demokrasi, untuk itu ianya boleh kamu buat Sesuka Hati kamu Tanpa Paksaan.

Bagi Kami di Pihak PAS jika Kamu boleh Menggunakan Hak Kamu Sesuka Hati Kamu... kenapa Kami sebagai Orang Islam tidak boleh menggunakan Hak kami dan Kepercayaan Kami Sesuka Hati Kami... Kami tidak Mengganggu Gugat Hak Kamu untuk MENGAMALKAN Ajaran Agama Kamu selagi Tidak Mengganggu Gugat Hak Kami.

Kami RELA Pihak Kamu memberi Undi Kamu kepada Pihak Umno/Bn jika itu yang Kamu mahukan, kerana Kami bukan lah Pihak yang TIADA BERMARUAH seperti Kebanyakkan yang berada disebelah Parti Umno. Kerana itu jugalah Undi kamu telah Kamu berikan kepada Kami setelah Berpuluh Tahun Kamu memberi nya kepada Umno/Bn.

Bagi Kami segala AMARAN dari Pihak mana pun ianya adalah RINTANGAN, DUGAAN dan HALANGAN untuk melakukan KEBAIKAN, jangan ingat Kami GUNDAH GELANA dengan segala UGUTAN dan AMARAN dari Kamu kerana ianya adalah KEBIASAAN bagi Kami. Cuma Kami TAK PASTI apakah ini juga Isi Hati Pemimpin Kami.

Adalah sesuatu yang ANGKUH dan SOMBONG bila Kamu mengatakan yang Kamu tidak mahu kepada PENJELASAN, apakah Kamu TAKUT dengan PENJELASAN Hudud . Dimana segala KEBAIKAN yang ada di dalam Hudud tersebut akan dapat Dilihat oleh Rakyat Malaysia yang Tahu Berfikir dan Mahu Berfikir dengan AKAL dan FIKIRAN.

Akhir KALAM... Untuk Kamu Agama Kamu Untuk Kami Agama Kami... Hak Kamu Jika Kamu Tidak Mengikuti Ajaran Agama Kamu dan Hak Kami Untuk Kami Mengikuti Ajaran Agama Kami, Cuma di ingatkan Agar tidak Mengkritik Hudud yang DITUNTUT oleh Agama Kami seperti ianya membuat satu PENGHINAAN MELAMPAU ok. sumber klik sini
hemmmmm..... dengan itu maka dapatlah umno/bn merasai kembali kemenangan sebelum pru12 dan pru13 iaitu kemenangan 2/3 kerusi parlimen... itu yang lu orang hendak bukan... maka jawap nya... boleh pergi mampos dengan rakyat... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Thursday, May 01 @ 09:53:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Menteri enggan jawab isu landasan RM100j sepanjang 2.2km
Posted on Thursday, May 01 @ 09:50:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.

Hishammuddin ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos tinggi untuk sambungan rel tersebut.

“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.

PAC kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sambungan rel tersebut perlu menjadi sebahagian dari kos pembinaan KLIA2 dan jawatankuasa itu menuntut penjelasan kerajaan.

Hishammuddin berkata sambungan berkenaan adalah sepanjang 2.2km dan bukannya 1km seperti dilaporkan oleh PAC.

sumber


  Berita Malang Buat Pengusaha Cuci Kereta, Nissan Perkenal Kenderaan Anti-Kotor!
Posted on Thursday, May 01 @ 09:42:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Bagi pemilik kereta terutama yang bercat putih antara yang dikhuatiri adalah melalui jalan berlumpur kerana kotoran akan jelas kelihatan pada kenderaan.

Masalah itu nampaknya akan selesai dengan cat jenis baru yang diperkenalkan Nissan di mana air, minyak dan kotoran tidak dapat melekat pada permukaan.

Sudah tentu, inovasi ini bukan sahaja membuatkan kenderaan sentiasa nampak bersinar seperti baru malah dapat menjimatkan kos dan masa yang perlu diambil untuk mencuci kereta.

Berdasarkan siaran media dikeluarkan baru-baru ini, cat Ultra-Ever Dry yang dihasilkan oleh Nissan bersama UltraTech International ini dijangka akan membawa nafas baru pada rekaan kenderaan.

Pastinya, ini adalah berita baik buat pemandu kereta yang selalu malas mencuci kenderaan namun berita yang tidak sedap didengar oleh pengusaha car wash.

- REM RAMZI / MYNEWSHUB



sumber

Tiada ulasan: