Khutbah: Kemuliaan Islam Dalam Isra’ Dan Mikraj
Posted on Thursday, May 29 @ 23:00:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Sinopsis:
Nabi Muhammad SAW makhluk paling mulia di langit dan dibumi. Allah
memuliakan lagi Baginda dengan membawanya dalam peristiwa Isra’ dan
Mikraj.
Pelbagai pengalaman yang dilalui tanpa pernah ditempuhi oleh manusia selain Baginda.
Pelbagai pengalaman yang dilalui tanpa pernah ditempuhi oleh manusia selain Baginda.
DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai kemuliaan Islam dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj seperti di bawah pada 23 Rejab 1435H (23 Mei 2014) :Kemuliaan Islam Dalam Isra' Dan Mikraj (0)"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ustaznik
Posted on Thursday, May 29 @ 23:00:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Adun UMNO Terengganu mana yang perempuan simpanan buat aduan??
Posted on Thursday, May 29 @ 16:26:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Dulu Adun UMNO Terengganu Zakaria (Paka) tidak di calonkan semula apabila isteri keduanya membuat pendedahan peribadi di facebook setelag dia ada "kes" dan kahwin yang ketiga. Malah kereta dan rumahnya juga turut dijual secara senyap.
Sekarang ada satu lagi kes melibatkan tingkah laku buruk adun UMNO Terengganu. Ini kes perempuan simpanan.
Menurut maklumat yang kami terima, perempuan simpinannya tak puas hati kerana janji untuk kahwin tidak ditunaikan malah banyak alasan dan dalih. Tunda demi tunda!
Dimaklum perempuan berkenaan telah membuat aduan kepada pihak Istana untuk masuk campur menyelesaikan masalah berkenaan.
Disebabkan masalah ini, demi menjaga maruah (tapi maruah dah tak ada pun!!!) adun berkenaan ingin meletak jawatan.
Mengikut sumber tersebut lagi, pihak UMNO sedang berusaha 'membujuk' adun berkenaan supaya menyelesaikan masalahnya dan jangan meletak jawatan bagi menyelamatkan kedudukan UMNO Terengganu yang agak goyah. Lagi pun MB beru masih belum stabil.
Apa pun kita tunggu apakah episod letak jawatan ini berlaku. PERANG KELUARGA adun berkenaan membantu Perang UMNO Terengganu... (antara dua team) dan memberikan ruang kepada Pakatan Rakyat mengimbanngi kedudukan kerusi adun negeri.
Tunggu dan lihat!!!
Panda: Perjanjian ‘tidak masuk akal’ oleh ‘kerajaan bodoh’, kata ahli Parlimen PAS
Posted on Thursday, May 29 @ 20:56:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ahli Parlimen PAS mengkritik program panda gergasi Malaysia dan menyifatkan tindakan membelanjakan RM60 juta untuk menjaga sepasang haiwan itu di negara ini sebagai "perjanjian tolol" yang dibuat oleh "kerajaan bahlul".
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mafuz Omar juga mempersoalkan manfaat diperolehi oleh Malaysia daripada hasil kajian yang dibuat ke atas tingkah laku Panda kerana ia bukannya haiwan yang biasa hidup di negara ini.
"Untuk meraikan 40 tahun hubungan kita dengan China, kita membayar antara RM60 hingga RM70 juta selama 10 tahun hanya untuk panda ini. Tetapi Cina tidak memberikan wang untuk meraikan 40 tahun hubungan diplomatik ini. Ini adalah perjanjian tidak masuk akal oleh kerajaan yang bodoh.
"Mereka kata kita akan mendapat manfaat daripada kajian tingkah laku panda. Sila nyatakan apa manfaat yang kita boleh belajar daripada panda ini," kata Mahfuz pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri G Palanivel, berkata Malaysia membelanjakan RM60 juta sehingga kini untuk membawa sepasang panda gergasi ke Malaysia.
Sebanyak RM25 juta dibelanjakan untuk bangunan haiwan ini yang berhampiran dengan Zoo Negara, manakala RM15 juta untuk pengendalian dan RM20 juta untuk sewaan empat tahun pertama.
Panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi, berada di sini kerana dipinjamkan oleh kerajaan China selama 10 tahun sempena 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang bermula pada 31 Mei.
Ia kini tinggal di sebuah kandang khas yang dibina di Zoo Negara. Sebelum ini dilaporkan pelawat zoo perlu membayar tambahan sebanyak RM20 tambahan untuk melihat panda berkenaan.
Satu laporan dalam The Star juga berkata, Malaysia mempunyai peluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi, selain dapat membangunkan dan melatih pakar-pakar tempatan dalam bidang tersebut.
Dengan nada sini, Mahfuz menegur kerajaan kerana lebih berminat terhadap kebajikan panda daripada ibu tunggal dan janda, kumpulan yang bergantung kepada kerajaan untuk bantuan.
"Kerajaan sedang taksub dengan panda, bukan ‘janda’. Terdapat kira-kira 880,000 ibu tunggal di Malaysia tetapi kerajaan lebih berminat terhadap dua ekor panda itu.” – 29 Mei, 2014.
sumber
Polis Letak Kaki Pada Dinding Kaabah
Posted on Thursday, May 29 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Seorang anggota polis bertindak dengan penuh kebiadaban apabila bersandar sambil meletakkan kasutnya pada tembok Kaabah telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Sikap biadab anggota polis itu sangat tidak boleh diterima dan dianggap tidak menghargai penghormatan yang diberi untuk bertugas di tempat suci itu.
Ini kerana dalam budaya Arab, menunjukkan kaki atau meletakkkan kaki pada seseorang atau tempat suci dianggap kebiadaban yang sangat melampau.
Babi Kisar (Pork Mince) ada tanda HALAL!
Posted on Thursday, May 29 @ 22:21:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Mungkin sudah budaya di Malaysia, kalau hangat diperbincangkan tentang sesuatu yang mencetus kontroversi, maka isu-isu seumpamanya pasti timbul selepas itu..
Misalnya ialah seperti produk dalam gambar di atas.
Menghairankan, bagaimana mana produk daging babi kisar yang sah-sah haram untuk orang Islam boleh diletakkan logo halal?
Biarpun ia bukan logo halal JAKIM yang rasmi, ia tetap perbuatan yang salah dan mungkin boleh akan mengelirukan.
Seperkara lagi, ia jelas mempermainkan senstiviti Islam di Malaysia, bukan?
Bayangkan kalau ada orang yang kurang cerdik dan tidak memahami
perkataan ‘pork’ itu, tak pasal-pasal dibelinya juga sebab nampak logo
halal.
Apapun, diharap agar pihak berwajib terutamanya JAKIM membuat
pemantauan lebih menyeluruh bagi mengelakkan lebih banyak kes seumpama
berlaku.
KedahNews.com tertanya-tanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
tak mahu saman syarikat pengeluar "babi halal" ini, kah? - kedahnews
..x0x..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan