Ahmad Mazlan shared Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
2 mins ·
Tahniah Alang Shukrimun atas penerangan yg mudah difahami.
(Bagus share pencerahan yg bagus ini)
Dua soalan yang sering ditanya kebelakangan ini.
(Bagus share pencerahan yg bagus ini)
Dua soalan yang sering ditanya kebelakangan ini.
1. Saya pengundi Teluk Intan. Nak undi yang mana ni? Calon DAP yang tak nak sokong hudud atau Gerakan?
2. Saya ahli PAS. Boleh ke berkempen untuk DAP yang menolak hudud?
Jawapan:
Bagi pengundi, anda ada tiga pilihan.
1.UNDI DAP
2.UNDI GERAKAN
3.TAK MENGUNDI
Kalau anda undi DAP, calon dia tolak hudud
Kalau anda undi Gerakan, calon dia tolak hudud
Kalau anda tak mengundi, pemenang akan tolak hudud juga.
Ok. Jadi kesannya sama. Seri. Bermakna dalam hal calon tolak hudud, tidak boleh dijadikan penilaian untuk memilih. Kita perlukan penilaian lain.
Kalau undi DAP, dasar parti itu tiada menghalang hudud dilaksana. Yang keluarkan kenyataan hanya peribadi ahlinya. Kalau undi Gerakan, terang-terang lantang menolak hudud, sehingga tidak mahu benarkan MP PAS masuk parlimen untuk membentang bil persendirian. Kalau tak mengundi, anda memberi peluang kepada Gerakan untuk menang mudah.
Jadi, pilih DAP bukan sebab sokong pendirian mereka, tetapi pilih sebab tolak Gerakan. Adakah kita lebih sanggup lihat Gerakan menang? Lalu apa tindakan kita untuk tidak benarkan Gerakan menang?
Kalau undi DAP, kita boleh melihat bagaimana adilnya mereka menerajui Pulau Pinang. Agama islam tidak ditindas bahkan mendapat keistimewaan yang tidak dapat di zaman pemerintahan BN. Pulau Pinang dinobat kerajaan paling bersih mengikut laporan audit. Kalau undi Gerakan, semua ini tidak akan berlaku.
Lagi, jika undi DAP, mereka sebahagian PR, dan di sana terdapat PAS yang memperjuang hudud. Sedangkan Gerakan yang berada dalam komponen BN, tiada langsung pejuang hudud. PR berpakat dalam resolusi konvensyen 2011 mahu sama-sama mentadbir dengan saling menghormati dasar parti, sedangkan dalam BN, MCA awal lagi mengugut untuk keluar BN andai UMNO menerima hudud. Mana lebih baik?
Al-Quran ada membawa kisah pertembungan antara Rom dan Parsi. Dalam surah Ar-Rum ayat 1-4:
Alif Lam Mim. Rom telah dikalahkan (oleh Parsi). Di sebuah kota yang rendah. Kemudian selepas dari itu mereka pula bakal mengalahkan (Parsi). Ia akan berlaku dalam masa beberapa tahun. Segala urusan adalah milik Allah, sebelum dan sesudahnya. Dan pada kemenangannya itu membuatkan orang beriman bergembira.
Umat islam mengharapkan kemenangan Rom. Bukan menyokong kekufuran mereka, dan bukan menyokong siri penentangan mereka terhadap islam, tetapi kerana mereka agak baik jika dibandingkan dengan Parsi.
Jika perjuangan Islam lebih ringan dengan menghadapi Rom dibandingkan dengan Parsi, Perjuangan PAS pula lebih ringan menghadapi DAP daripada BN.
Bagi pengempen pula, jawapannya tidak jauh berbeza. Kita membantu bukan bermaksud menerima mereka, tetapi bantu mereka untuk menumpaskan musuh yang lebih bahaya. Rasulullah memeterai Sulhul Hudaibiah bagi membolehkan beliau berdakwah ke luar tanah arab dengan lebih mudah, bukan kerana redha terhadap kekufuran musyrikin Quraisy.
Selesaikan satu persatu dahulu. Lepas selesai hadap Gerakan/BN, baru kita fikir macamana nak hadap DAP pula.
Cuma kita perlu jaga batas dalam berkempen. Bagi lelaki, tak perlu bersalaman dengan calon. Tak perlu tampal poster yang mendedahkan auratnya. Tampal logo partinya sahaja. Jaga keselamatan mereka. Kempen rumah ke rumah untuk mereka. Itu tak mengapa.
Terpenting adalah niat. Tanamkan dalam diri, tujuan kita adalah tumbangkan Gerakan. Ini suatu peperangan yang menentukan kelangsungan mereka. Yang bertanding melawan Dyana adalah Presiden Gerakan. Kalau mereka kalah, besar kesannya terhadap BN sekaligus membri keuntungan besar buat perjuangan Islam.
Jangan ada niat lain dari itu jika mahukan pahala. Demi islam.
(Alang Ibn Shukrimun)
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

Like · · Share
HUDUD HANYA MAINAN POLITIK UMNO.
Mereka ingat rakyat semuanya bodoh macam lembu2 dalam UMNO ker?
DAP keluar dewan Parlimen bukan kerana tak bersetuju dengan HUDUD tetapi mereka membantah kepura-puraan UMNO dalam Isu Hudud.
Ahmad Mazlan shared Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
2 mins ·
Mereka ingat rakyat semuanya bodoh macam lembu2 dalam UMNO ker?
DAP keluar dewan Parlimen bukan kerana tak bersetuju dengan HUDUD tetapi mereka membantah kepura-puraan UMNO dalam Isu Hudud.
Bagi DAP Jamil Khir hanya balaci UMNO yang bukannya pakar di dalam
hukum Syari'e ditugaskan oleh UMNO hanya sebagai budak suruhan..
DAP juga sudah faham bahawa UMNO lah yg sebenarnya mempolitikkan isu Hudud kerana bila UMNO kuat mereka memperlekehkan Hudud dan apabila UMNO lemah mereka mengunakan isu agama ( Hudud ) sebagai Talian Hayat bagi menyambung ikatan kasih sesama umat islam.
Lim Kit Sing pernah bertanya ' Apakah UMNO akan bersetuju dengan Hudud jika mereka kuat? dan pernah kah sebelum2 ini UMNO tergerak utk membicarakan tentang Hudud ketika mereka mempunyai kuasa penuh dalam Parliment?
Justeru itu ahli DAP keluar dewan Parliment kerana sudah masak dgn perangai UMNO bila mereka tersepit mereka akan cuba menjuarai isu Raja, Bangsa dan Agama bagi menipu orang melayu.
Strategi Lapok ini masih diteruskan oleh UMNO sejak zaman berzaman.

Pemuda Umno Tidak Wajar Rempuh Sidang Dun kata Khairy
Posted on Thursday, May 22 @ 09:49:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ketua
Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyokong tindakan pemuda
Melayu mengadakan bantahan bagi menuntut permohonan maaf Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang melabelkan UMNO
sebagai celaka dalam persidangan DUN, semalam.
Bagaiamanapun,
beliau kesal dengan tindakan ahli sayap UMNO itu merempuh masuk ke dalam
bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, semalam.
"Saya
dah beritahu mereka supaya tidak merempuh masuk dewan... cubaan
memasuki dewan adalah salah. Mereka sepatutnya melakukan bantahan di
luar.
"Saya dah bercakap dengan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang,
Jasmin Noordin tadi dan saya sudah minta laporan daripada beliau
berhubung perkara itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan
Program Turun Padang di Pasar Malam Menara Jam Condong, di sini, malam
tadi lapor Berita Harian
Ini adalah ucapan RSN Rayer yang menjadi kontroversi itu...
Versi Facebook sila lihat disini.. http://on.fb.me/1jsNyTW
Sementara itu Bernama melaporkan..
GEORGETOWN
- Adun Seri Delima, RSN Rayer berkata, beliau tidak akan memohon maaf
atau menarik balik kenyataannya yang dikeluarkan terhadap pemimpin Umno
sebelum ini.
Rayer berkata, kenyataan itu dikeluarkan ketika
sidang Dun dan hanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin parti itu, oleh
itu ia harus diselesaikan dalam Dun.
"Setiap orang Adun mempunyai
kebebasan untuk berucap dalam persidangan Dun, jadi dalam hal ini saya
tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau
menarik balik kenyataan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari
ini.
Semalam, wakil rakyat BN Dun Pulau Pinang mengecam tindakan
Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemimpin Umno ketika
membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun
Abdul Rahman Abbas.
Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk
Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN
akan minta ketetapan melalui Dun supaya Rayer menarik balik kata-katanya
dan memohon maaf kepada semua anggota Umno. - Bernama
sumber
Thursday, 22 May 2014
TRAGEDI REMPUH DAN RUSUH DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG ... MCA HINA UMNO LEBIH TERUK DARI DAP MENGATAKAN UMNO... UMNO PARTI BARBARIK!!!!
MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.
Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.
"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.
"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.
"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.
BN hilang majoriti dalam dua kali pilihan raya berturut-turut dan yang paling teruk kalah adalah MCA dan Gerakan sedangkan sokongan kepada Umno terus meningkat daripada sokongan pengundi luar bandar.
Tan berkata, Malaysia adalah negara demokratik dan masyarakatnya bertamadun, menyebabkan serbuan ke dewan undangan negeri tidak patut dilakukan.
Katanya, jika ahli Umno tidak berpuas hati dengan kenyataan ahli dewan, masih banyak ruang demokratik dan bertamadun boleh dibuat berbanding dengan perbuatan menyerbu dewan negeri.
Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, kira-kira 60 berjaya memecah masuk pintu pagar automatik dan menyerbu masuk ke dewan undangan negeri di Lebuh Light.
Di dalam dewan mereka menjerit menuntut Adun Seri Delima, R S N Rayer, yang tidak ada dalam dewan pada sesi petang, untuk memohon maaf berikutan kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya sehari sebelum itu.
Dewan sedang berehat ketika mereka memasukinya dan mereka meninggalkan dewan itu kira-kira 10 minit kemudian dengan diiringi keluar oleh unit protokol.
Susulan kejadian itu, polis menahan 12 orang berumur antara 32 hingga 55 tahun.
WOIT!!!! PEMUDA UMNO .. APA TUNGGU LAGI .. PANGGIL DAN GERAKKAN SEMUA ANGGOTA DAN PENYOKONG KAMU REMPUH DAN RUSUH DI BANGUNAN MCA PULAU PINANG ... MCA SUDAH HINA DAN PERLEKEH UMNO CUKUP AMAT TERUK SEKALI ..
INI SUDAH HINA GRED A TERTINGGI..
UMNO dimaki setiap hari, kenapa hairan?
Posted on Thursday, May 22 @ 11:51:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Kecoh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini, segerombolan manusia menggegar-gegar pagar besi bangunan itu, meraung-raung mahu masuk ke dalam. Sebelum itu, gerombolan ini sudah bikin demonstrasi di luar Dewan, di jalanraya – aktiviti yang mereka sendiri selalunya tidak suka kalau dibuat penyokong Pakatan.
Mereka susun beberapa biji telur di tepi pagar Dewan. Pada telur-telur itu tertulis kata-kata yang tidak elok untuk dituliskan di sini, ditujukan kepada ADUN DAP Sri Delima saudara R. S. N. Rayer.
Gerombolan ini kononnya marah dengan Rayer kerana kononnya si Rayer sudah berkata ‘UMNO celaka’.
Walaupun dihalang, gerombolan ini tidak menyerah kalah. Mereka gegar pagar besi itu sehingga hampir tertanggal, dan menyelitlah beberapa orang dari kalangan gerombolan itu masuk ke perkarangan DUN Pulau Pinang. Melanggar beberapa pegawai polis dan anggota keselamatan yang terus cuba menghalang mereka.
Nak masuk Dewan ini bukan senang. Mesti pakai kemas, tinggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal, dan hanya boleh berada di tempat-tempat tertentu sahaja. Tak boleh masuk ke kawasan yang dikhaskan untuk ADUN, petugas media.
Kalau masuk juga, pastilah dihalau pegawai keselamatan.
Namun gerombolan ini nampaknya ada ilmu kebal. Kalau bukan kebal, barangkali orang melihat gerombolan ini seperti orang gila. Ya lah, orang gila boleh buat apa sahaja, pergi ke mana sahaja. Tidak ada yang menghalang.
Maka gerombolan ini seperti buat lawatan sambil belajar, masuk menonong sampai ke ruang pejabat dan menerjah ke dalam Dewan yang mulia itu sendiri, terpekik-pekik mencari Rayer. Terguris kononnya hati mereka kerana Rayer menyebut ‘UMNO celaka’. Tidak tertahan-tahan lagi rasa marah mereka itu.
Barangkali mereka lupa, rakyat menghamburkan kata makian terhadap UMNO saban hari, hampir sahaja setiap masa; dan tidak terhad kepada “UMNO celaka.” Setiap kali mengisi minyak, membayar cukai, membayar bil elektrik, membeli keperluan harian, rakyat seluruh Malaysia semuanya maki UMNO.
Dalam keadaan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor semakin hampir ke hujungnya, semakin galaklah puak-puak ini cuba menimbulkan kekecohan; menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak mahu keluar mengundi. Taktik ini sudah dibuat di Kajang. Kita tahu taktik ini, jangan buat berulang kali.
Tidak cukup semalam calon bebas yang disokong gerombolan berguling-guling bawah kereta Ketua Menteri macam filem Hindustan, hari ini pula buat stunt baru untuk tarik perhatian.
Kalau tak mahu dimaki ‘celaka’, bubar sajalah UMNO. – Roketkini.com
Anak Mami Di Perantauan
Laksana GST, Kerajaan Kanada tumbang ditolak rakyat
Posted on Thursday, May 22 @ 12:55:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM, 22 MEI: Kerajaan Pusat digesa supaya mengambil iktibar kejatuhan Kerajaan Kanada akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga mengakibatkan rakyat bangkit menolak mereka.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA, Muhammad Sha’ani Abdullah ,berkata Kerajaan Pusat perlu lebih terbuka dalam memberi kefahaman kepada rakyat, sekali gus mengubah persepsi bahawa sistem ini bertujuan membebankan mereka.
Jangan guna isu subsidi untuk kaburi rakyat. Kerajaan Pusat kena telus, sebab rakyat sudah pandai dan GST harus difahami secara mendalam oleh mereka.
“Kalau dilihat kembali kepada lembaran sejarah, selepas GST diperkenalkan di Kanada, kerajaan itu tumbang akibat penolakan rakyat selepas ia diperkenalkan.
“Oleh itu, Kerajaan Pusat perlu terbuka, kita tidak menidakkan GST, namun bila kita faham baru akan sokong,” katanya dalam Wacana “GST: Siapa Untung Siapa Rugi’ anjuran Kumpulan Media Karangkraf, di sini.
Pandangan ini turut disokong Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Faridah Hassan yang menyarankan supaya proses pendidikan dipertingkatkan lagi dan kerap diulangi.
Katanya, rakyat inginkan penjelasan bagaimana ia akan dilakukan selain dilaksanakan secara telus.
sumber
Bahana Cuba Ponteng Sekolah
Posted on Thursday, May 22 @ 13:28:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Semalam seorang pelajar berusia 17 di sebuah sekolah di Rantau Panjang telah tersusuk jeriji pagar semasa cuba melompat pagar untuk pulang lebih awal.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam dan pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Zaimi Samad berkata, pihaknya menggunakan ‘Hydraulic Cutter’ untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.
“Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan.
“Difahamkan pelajar ini sedang melompat keluar tetapi lengan kirinya tersangkut dan tercucuk pada pagar itu,” katanya.
..x0x.. DAP: Kami sanggup bayar RM1,000 untuk kempen di sekolah seperti BN
Posted on Thursday, May 22 @ 12:08:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
DAP hari ini menggesa Kementerian Pendidikan agar mempertimbangkan hasrat parti itu untuk berkempen menggunakan sekolah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan seperti yang dilakukan Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata walaupun sekolah tidak dibenarkan menjadi lokasi berkempen namun Umno dan BN tetap melanggar peraturan itu.
"Walaupun ini satu peraturan tetapi bagi Umno dan BN, mereka boleh buat sesuka hati. Saya bagi pihak DAP meminta fasiliti yang sama diberikan kepada DAP untuk berkempen di kawasan sekolah.
"Kita rela bayar lebih mahal daripada BN. RM1,000 pun kita bayar. Kita pun tiada tempat untuk berkempen di Kampung Selabak. Kami ada alasan yang sama," katanya pada satu sidang media di Teluk Intan, hari ini.
Semalam, Umno Teluk Intan mendakwa mendapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan kempen di Sekolah Kebangsaan Selabak kerana tiada tempat lain yang sesuai.
Mereka mendakwa guru sekolah berkenaan memberi kebenaran dan Umno membayar RM500 bagi tujuan itu.
Semalam, Datuk Ahmad Maslan berkata tiada salahnya sekolah digunakan sebagai lokasi berkempen jentera pilihan raya BN kerana ia juga merupakan aset kerajaan.
Ketua penerangan Umno itu berkata, meskipun banyak pihak mengecam penggunaan sekolah sebagai tempat berkempen dalam pilihan raya, namun mereka mendapat kebenaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan untuk mengadakan majlis itu.
“Saya timbalan menteri BN. Jadi saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh mengadakan ceramah di sini," katanya. – 21 Mei, 2014.
sumber
Ceroboh Dewan Undangan Negeri P. Pinang. Polis Tahan 12 Orang Untuk Bantu Siasatan
Posted on Thursday, May 22 @ 11:41:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Insiden menceroboh dan merempuh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh macai-macai Pro Imno ... polis setakat ini telah menahan 12 orang untuk membantu siasatan dan akan direman mulai esok sehingga selesai siasatan.
Polis telah menahan 12 lelaki untuk membantu siasatan rempuh dan kecoh petang tadi di Dewan Undangan Pulau Pinang yang menyaksikan sekumpulan lelaki yang pro UMNO yang memaksa cara mereka ke dalam dewan..
Ketua Polis Daerah George Town Asst Comm Mior Faridalatrash Wahid pada sidang media ringkas memberitahu bahawa orang-orang, yang berumur antara 22 dan 35 tahun, adalah ahli dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan Melayu.
"Mereka akan ditahan mulai esok sehingga kita melengkapkan siasatan," katanya.
Polis sedang menyiasat kejadian itu di bawah seksyen 448 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan melakukan kerosakan pada harta benda awam.
"Kami akan menyiasat pencerobohan ke dalam Dewan Undangan Negeri dan tindakan mereka dalam merosakkan pintu depan untuk memasuki premis itu," kata ACP Mior.
Beliau mengesahkan bahawa pengawal keselamatan DUN membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada kira-kira 4:35ptg.
sumber
DAP Akan Kalah Di PRK Teluk Intan
Posted on Thursday, May 22 @ 10:04:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Setelah muak melihat politik di Malaysia, namun pada hari ini, tiba-tiba mood untuk bergejuis berkenaan politik di Malaysia kembali bernafsu. Ini semua kerana satu angkara Harakahdaily, yang mengeluarkan artikel;
PRK Teluk Intan: SPR tidak iktiraf borang 14?
Apabila saya terbaca sahaja berkenaan berita ini, maka hati saya menjadi kelam lagi gulana. Kerana saya anggap, Pakatan Rakyat akan kalah pada PRU14 nanti.
Saya tidak mengendahkan PRK yang berlangsung di Teluk Intan sekarang ini. Apalagi di Bukit Gelugor, lagilah saya tak ambil kisah. Namun, apabila berita yang amat malang berkenaan Borang 14 yang tidak akan di 'endorse' oleh SPR kepada Counting Agent, maka, jangan haraplah PR akan menang pada PRU14 nanti.
Peristiwa dimana petisyen PAS berkenaan Borang 14 pada PRU13 dahulu, yang tidak diendahkan oleh mahkamah pilihanraya, kerana menganggap KTM yang tidak bertanggungjawab terhadap Borang 14 tiada kena mengena dengan petisyen pilihanraya, hanya ada kena mengena dengan kes polis, menunjukkan, bahawa SPR sedang bermain tahi dengan proses pilihanraya.
Mahkamah dan SPR ingin menunjukkan bahawa, Borang 14 adalah perkara yang tidak valid untuk dicabar oleh parti politik, walaupun ianya sudah di'endorse' oleh Ketua Tempat Mengundi SPR, apalagi, jika Borang 14 sekarang, disebut oleh SPR dalam berita di HarakahDaily itu, tidak akan diendorse oleh SPR borang yang dipegang oleh parti yang bertanding. Mereka cuma mengiktiraf helaian yang dipegang SPR. Maka untuk apa gunanya Borang 14 itu?
Jika tiada tindakan drastik oleh parti mendukung PR, seperti tiadanya tindakan susulan petisyen oleh PAS berkenaan Borang 14 itu, maka, saya berani menyatakan disini, sayonara kepada Pakatan Rakyat. Anda semua akan dikuburkan dengan kalah kiraan undi di pusat penjumlahan undi. Kerana disana, mereka hanya mengira digit yang ditulis di Borang 14, bukannya kertas undi itu sendiri.
sumber
Pecah masuk Dun cemar kemuliaan dewan - Speaker
Posted on Thursday, May 22 @ 10:03:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang menggesa pihak polis menyiasat segera insiden pecah masuk oleh sekumpulan perusuh ke dalam sidang dewan hari ini.
Ini kerana katanya, bagi memastikan keselamatan perjalanan sidang DUN akan terus terpelihara.
"Saya minta agar pihak polis dapat mengadakan kawalan keselamatan di hadapan pintu masuk DUN dari sekarang hingga sidang DUN tamat," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, masih ada ruang yang lebih beradab untuk menyatakan ketidapuasan hati terhadap sesuatu isu.
"Dari melakukan tindakan yang kasar dengan merempuh pagar utama DUN dan mencemarkan kemuliaan dewan ini, yang jelas melanggar undang-undang negara," tegas beliau.
Beliau melahirkan kekecewaan dengan insiden yang berlaku malah ianya tidak pernah berlaku sepanjang sejarah sidang DUN di negeri itu.
Keadaan itu, katanya sekaligus mencemarkan sejarah politik negara.
Sidang DUN Pulau Pinang kecoh apabila kira-kira 10 orang telah memecah masuk ke dewan untuk menyatakan bantahan ekoran kenyataan wakil rakyat Seri Delima daripada DAP menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng di laman rasmi Facebooknya turut memuatnaik status "Umno Pulau Pinang bertindak biadap di DUN Pulau Pinang". - HARAKAHDAILY 21/5/2014
sumber
Operasi 'merompak' besi buruk daripada bangkai kapal
Posted on Thursday, May 22 @ 09:59:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
GEORGE TOWN: Operasi 'merompak' besi buruk daripada sekurang-kurangnya lima bangkai kapal, termasuk dua kapal Perang Dunia II Jepun, di perairan Pulau Pinang sejak awal tahun ini berjaya dilakukan secara haram dan aktiviti mereka tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini dipercayai telah 'menyapu bersih' sekurang-kurangnya dua bangkai dari kapal-meriam Jepun, Chosa Maru, dipanggil Kapal Jepun oleh penduduk tempatan yang tenggelam pada Ogos 1943, dan 'cruise' ringan Jepun, Kuma yang karam pada Januari 1944 serta mendapat pulangan bernilai jutaan ringgit.
Tiga kapal karam lain yang turut 'diambil' adalah kapal perang Jepun Haguro, Kapal Taiwan dan Kapal Simen yang semuanya terletak di luar Pulau Kendi.
Lembaga Tourism Malaysia Pulau Pinang pada Disember tahun lepas telah melancarkan promosi memancing di kapal karam berhampiran perairan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada aktiviti Tahun Melawat Malaysia.
Penganjur acara, Wan Hayazy Nayan berkata promosi memancing itu hanya akan menjadi satu pembaziran wang rakyat kerana tiada lagi kapal karam di perairan Pulau Pinang.
Beliau berkata adalah satu tindakan sia-sia apabila Lembaga Pelancongan Malaysia menggalakkan aktiviti memancing di kapal karam di Pulau Pinang yang menjadi syurga bagi pemancing dan dalam masa yang sama membenarkan tapak itu dirompak.
Wan Hayazy berkata beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Laut apabila beliau dan kawan-kawannya secara tidak sengaja terserempak dengan aktiviti itu tetapi terkejut dengan 'mentaliti' pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara Abdul Aziz Mahmud memberitahu The Star bahawa agensi itu tidak mengetahui sebarang operasi haram seperti itu di Pulau Pinang.
"Jabatan ini tidak mengeluarkan apa-apa kebenaran kepada mana-mana syarikat untuk menjalankan operasi pemuliharaan atau penyelamatan kapal karam di perairan Pulau Pinang. Pihak-pihak yang berkaitan hendaklah melaporkan semua aktiviti seperti itu kepada kami," katanya.
Beliau menganggap operasi itu sebagai menyalahi undang-undang dan berkata jabatan itu telah melancarkan siasatan.
Menurut sumber, operator menjalankan operasi menggunakan tongkang dan kren untuk menarik keluar bangkai.
"Oleh kerana kapal-kapal ini berada di dalam air untuk sekian lama, kren akan berlegar sekitar bangkai kapal dan merentap ketulan logam dari kapal yang berkarat. Tugas menarik kepingan logam dari kapal berkarat agak mudah kerana bangkai adalah rapuh dan telah reput."
Tambahnya, pemancing terlihat operasi haram ini sebanyak tiga kali di Kuma dan sekurang-kurangnya dua kali di Chosa Maru.
Kali terakhir pemancing ternampak aktiviti haram ini di Kuma adalah pada 9 Mei.
Sumber itu berkata, mereka menganggarkan operasi 'pembersihan' itu berjaya membawa pulang di antara 80 dan 100 tan besi buruk dari bangkai kapal dalam sekali kunjungan. Ia kemudiannya akan dijual.
"Logam lama dari bangkai kapal dijual dengan harga RM600 setiap tan. Harga boleh menjadi lebih tinggi, bergantung kepada keadaan logam," kata sumber.
Sumber itu berkata bangkai kapal lama tetap mempunyai nilai kerana logam itu tidak sepenuhnya berkarat.
Kumo adalah sebuah kapal 5,182 tan, Chosa Maru 2,538 tan, dan Haguro 13,500 tan. Kapal-kapal juga membawa meriam, sauh dan senjata lain di atas kapal.

UMNO Celaka, PAS Sesat, DAP Komunis - Apakah Bezanya?
Posted on Thursday, May 22 @ 09:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Dua insiden bercirikan samseng berlaku semalam dan menjadi perhatian rakyat seluruh negara. Di Pulau Pinang, sekumpulan orang yang sebahagiannya melibatkan pemimpin Pemuda UMNO telah merempuh pagar dan pintu serta menceroboh Dewan Undangan Negeri Pinang sebagai tanda protes terhadap ucapan ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer yang mengatakan UMNO celaka.
Mereka ini cuba mencari Rayer yang kebetulan tidak hadir sidang DUN bagi menyataksn rasa protes dan mahunya menarik balik ungkapan yang dianggap menghina itu. Perlakuan ala samseng itu bukan saja terlihat melalui tindakan merempuh dan menceroboh tempat persidangan DUN yang seharusnya dihormati dan dimuliakan tetapi juga sehingga memanjat meja yang dikhaskan untuk Speaker.
Di Teluk Intan pula, kempen calon DAP, Dyana Sofya di sebuah kawasan perumahan cuba diganggu oleh perlakuan samseng yang menghalangnya memasuki kawasan itu sambil menjerit-jerit dan membunyikan enjin motorsikal dengan kuat. Ekzos yang dibunyikan dengan bingit juga cuba dihalakan kepada rombongan calon DAP itu sambil menjerit perkataan "keluar, keluar" dan "ini kawasan Melayu".
Dalam kedua-dua kejadian bercirikan samseng ini, ia nyata melibatkan Pemuda UMNO. Walaupun Khairy Jamaluddin sudah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan menceroboh tempat sidang DUN itu adalah salah dan demo bantahan seharusnya dibuat di luar bangunan saja serta siasatan perlu dilakukan untuk memastikan ganggguan kempen di Teluk Intan itu betul-betul dilakukan oleh ahli Pemuda UMNO dan bukan mereka yang menyamar, imej Pemuda UMNO dan anak-anak muda yang bersama BN jelas telah tercemar.
Di ketika pihak DAP meletakkan seorang calon muda sebagai simbol mengangkat martabat golongan muda, perlakuan golongan muda yang dikaitkan Pemuda UMNO, sama ada di Pulau Pinang mahupun di Teluk Intan, adalah bertentangan sama-sekali serta memalukan.
Perlakuan itu hanya memungkinkan calon BN menerima kekalahan lebih buruk berikutan perlakuan samseng dan tidak beradab yang ditonjolkan tidak mungkin melekat positif di hati pengundi. Sebagaimana KJ selalu menyebut, pertarungan politik haruslah dibentangkan dengan kekuatan hujah dan akal fikiran, nampaknya masih ramai di peringkat bawah dalam Pemuda UMNO yang gagal memahami serta keliru bagaimana untuk menawan hati pengundi.
Perlakuan kasar, biadap dan samseng tidak akan diterima oleh tamadun mana sekali pun. Kalau pun ada gelaran UMNO celaka yang dilemparkan, serangan balas dalam bentuk yang sama harus dilakukan. Selain protes di luar bangunan, ADUN UMNO di DUN Pulau Pinang juga sepatutnya memainkan peranan lebih aktif dan berkesan berhujah atau mendesak Rayer menarik balik perkataan yang diucapkannya itu.
Soalnya kenapa pula ADUN UMNO di Pulau Pinang bagaikan membisu?
Merempuh pagar, menceroboh bangunan dan memanjat meja Speakar, walau betapa tinggi sekali pun tahap kemarahan,ia tetap perbuatan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.
Seharusnya ada tindakan lain yang lebih praktikal, munasabah dan bertamadun dilakukan.
Lagi pula, pemimpin muda UMNO tidak harus sensitif dengan ungkapan UMNO celaka atau seumpama dengannya. Terimalah dengan lapang dada atau balas balik dengan panggilan yang serupa juga. Kita juga jangan lupa, pemimpin UMNO sendiri pernah menggelar Pas sesat dan DAP komunis. Malah kadangkala lebih menghina seperti DAPig, PAS parti syaitan dan sebagainya. Pemimpin kedua-dua parti itu juga pernah digelar dengan berbagai-bagai gelaran yang lebih mengaibkan dan menghina.
Malah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam ucapan terbuka pernah menyebut Pas sebagai parti sesat. Jadi kalau sekadar UMNO dipanggil celaka, relaks bro...
Antara Pas sesat, DAP komunis dan UMNO celaka tidak jauh beza daripada segi maksud mahu mengaib, memberi malu dan memberi gangguan kepada mereka ditujukan ungkapan itu. Ia sama saja antara dua kali lima dengan lima kali dua.
Begitu juga gangguan kempen, menghalang calon berjumpa pengundi dan berbangga "ini kawasan Melayu" sama-sekali tidak menggambarkan keterbukaan dan amalan demokrasi yang diamalkan. Setelah UMNO berusia 68 tahun dan memerintah negara lebih 50 tahun, masih ada perlakuan seumpama ini tidak lebih menggambarkan kegagalan UMNO menterjemah kematangan dan ketinggian akal budi kepada ahli-ahlinya.
Pilihanraya adalah sebahagian proses demokrasi dan ia seharusnya diraikan dengan semangat keterbukaan dan persaingan yang sihat. Mencemarkan proses demokrasi dengan amalan bercirikan samseng dan seolah-olah masih dibelenggu dengan pemikiran zaman batu bahawa kekuatan tenaga dan tubuh yang besar boleh menakluki dunia, hanya menggambarkan kemunduran yang mengaibkan.
Dalam hal ini, oleh kerana yang paling terkesan adalah Pemuda UMNO kerana anak-anak muda yang melakukannya, tidak harus pergerakan itu sekadar mengeluarkan kenyataan tidak setuju, membantah atau akan menyiasat saja, sebaliknya haruslah memastikan insiden yang memalukan dan tidak bertamadun ini tidak berulang lagi.
Perlakuan ala samseng ini tidak mungkin menambah undi dan kalau pun calon dihalang memasuki sesuatu kawasan, bukankah langit sudah lama terbuka? (SH 22/05/2014)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan