Selangor kesal isu bekalan air dipolitikkan
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Negeri Selangor kesal dengan tindakan beberapa pihak termasuk
media konvensional yang memberikan maklumat salah berhubung bekalan air
negeri itu sehingga menimbulkan keresahan awam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia Dan Sukan, Inftrastruktur Dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri mengecam laporan akhbar New Strait Times semalam yang mendakwa kononnya air bekas lombong yang dipamkan ke Sungai Selangor tidak selamat.
Dakwaan akhbar berkenaan, ujar beliau amat berbeza dengan laporan penuh yang diterima oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) yang mendapati air bekas lombong itu selamat untuk pengguna.
Menurut beliau, laporan yang diperoleh Luas melalui sampel yang dihantar kepada Jabatan Kimia 2 Mei lalu menunjukkan kandungan besi, magnesium, nickel, dan plumbum dari bekas lombong terbabit adalah di bawah paras dibenarkan Kementerian Kesihatan.
"Sebagai contoh kandungan plumbum yang mana laporan NST mendakwa terdapat 460% lebih dari had yang dibenarkan sedangkan Jabatan Kimia mengesahkan kesemua kolam bekas lombong mengandungi plumbum di bawah paras dibenarkan Kementerian Kesihatan," ujarnya.
Air lombong dipamkan ke Sungai Selangor dan disalurkan ke Loji Pembersihan Air (LPA) Empangan Sungai Selangor.
Air mentah itu perlu melalui beberapa proses rawatan untuk pembersihan dan diwajibkan melepasi pemeriksaan kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan sebelum disalurkan kepada pengguna.
Tegas Dr Hairi, kerajaan negeri memberi jaminan air lombong yang disalurkan kepada LPA adalah selamat untuk digunakan berdasarkan jaminan yang diberikan Luas.
"Perlu dingatkan kepada pengguna bahawa air yang disalurkan ke paip-paip mereka bukan air mentah tetapi air terawat yang telah melepasi beberapa proses rawatan," ujarnya.
Kerajaan negeri, jelasnya sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat dan tidak akan sesekali berkompromi dengan isu-isu yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Lembah Klang.
Dalam perkembangan yang sama, Luas menjelaskan bahawa kolam-kolam sumber air alternatif telah pun dikenalpasti sejak 2009.
Menurut Pengarahnya, Md Khairi Selamat (gambar, kanan) Luas dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah menjalankan pensampelan air kolam alternatif sejak 2011.
Analisis sampel-sampel air kolam alternatif, ujarnya dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM).
"Keputusan analisis pensampelan yang dikeluarkan oleh JKM bagi tahun 2011 hingga 2013 adalah mematuhi Kualiti Air Mentah Yang Disyorkan di dalam Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.
Menurut Md Khairi, pensampelan telah dijalankan pada 2 Mei lalu di lima buah kolam iaitu Kolam Kambing Susu, Kolam KL-Larut, Kolam Hang Tuah 1, Kolam Hang Tuah 2, Kolam Rasa dan satu sampel di Sungai Selangor.
"Sampel-sampel ini telah dihantar ke JKM dan makmal pihak ketiga yang mendapat akreditasi, iaitu ALS Tehnicam (M) Sdn Bhd.
"Sebanyak 27 parameter telah diuji yang mana merangkumi kategori fizikal, logam dan logam berat," ujarnya.
Hasil analisa menunjukkan parameter logam berat di dalam kolam tersebut mematuhi had piawaian yang ditetapkan oleh KKM.
Terdapat beberapa parameter di dalam kumpulan logam yang melebihi piawaian namun dengan kuantiti yang sedikit dan boleh dirawat oleh loji pembersihan air (LPA).
Beliau menambah, kajian yang telah dijalankan oleh perunding yang dilantik pada 2012 juga menunjukkan secara keseluruhan parameter logam berat adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan.
Md Khairi menambah, berdasarkan laporan kuaiti air mentah yang direkodkan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) pada bulan Mac ketika terdapat kerja-kerja pengepaman air dari kolam ke dalam Sungai Selangor, tiada sebarang perlanggaran direkodkan bagi parameter logam berat.
"Ini dibuktikan melalui laporan kualiti air terawat yang menunjukkan semua parameter adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan.
"Dalam masa yang sama, pihak LUAS sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan kualiti air mentah adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan untuk dirawat oleh LPA dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai," jelasnya.
Menurut Md Khairi, Luas tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang secara sengaja atau tidak sengaja memberi gambaran yang salah terhadap kualiti air mentah dan air terawat di Lembah Klang. - HARAKAHDAILY, 8/5/2014
Jika dia tidak mati, pun Pilihan Raya Kecil itu mungkin diadakan juga, tetapi tidaklah sesegera apabila dia mati. Jika dia tidak mati, kemungkinan PRK itu bergantung kepada keputusan rayuan perbicaraannya terhadap hukuman ke atas atas kes menyinggung Sultan Perak.
Jika rayuan berjaya, tiada PRK itu jika Peguam Negara tidak memfailkan pula rayuan lagi. Rayuan balas itu mungkin kerana kemenangan rayuan Nizar Jamaluddin atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak telah rayu balas oleh pejabat Peguam Negara.
Apa pun keputusan hakim atas kes Karpal mendedahkan Bukit Gelugur kepada Pilihan Raya Kecil.
Jika PRK itu diadakan atas keputusan hakim, maka akan ada yang mengira hakim-hakim yang terlibat telah menyembelih Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Najib.
Perbelanjaan satu PRK ada besar. Orang yang amat menjaga kewangan kerajaan boleh merasa kesal dengan PRK itu kerana banyak duit kerajaan habis dalam PRK itu ia boleh dielakkan kiranya hakim hari itu tidak membuat keputusan sedemikian terhadap Karpal
Sebagaimana orang mentakwil kewajaran mengadakan PRK Kajang, maka orang buat takwil yang serupa memaksa PRK Bukit Gelugur diadakan.
Takwil itu dibuat justeru BN tidak mungkin menang. Seorang MCA atau seorang Gerakan akan dikorban lagi. Duit parti habis sedang ia tidak boleh menang. Kita akan melihat calon DAP akan mengisi semula kerusi Parlimen itu.
Jika perbicaraan itu dibuat mengikt hudud, jika kes itu termasuk dalam bidang itu, semangat mahkamah ialah mencari jalan bagaimana yang dituduh boleh dibebaskan, bukan seperti undang-undang yang ada bagaimana yang didakwa mesti dihukum.
Peluang Karpal tidak dihukum dulu lebih cerah. Hakim mensabitkannya dan mungkin juga kes itu menyebabkan PRK.
BN tiada pilihan melainkan menyertai PRK yang ia tidak boleh menang. Ia bukanlah dasar BN dan Umno. Pembangkang menyertai pilihan raya yang ia tidak boleh menang kerana politik menghendaki ada pertandingan. BN wajar disekat daripada menang tanpa bertandng.
Tetapi BN dan Umno tiada polisi itu. Ia mahu menang saja. Cuma sekarang BN dipaksa menyertai PRK yang ia tidak boleh menang.
Maka Pakatan Rakyat/DAP di Bukit Gelugur mengasah parang untuk menyembelih BN dan BN tidak dapat mengelak daripada menyerahkan lehernya untuk untuk disembelih. Masa itu orang BN akan menyumpah keputusan hakim menyebabkan lehernya disembelih.
Apabila Karpal mati PRK diadakan, maka selamatlah hakim dari takwil BN. Mujur juga Karpal mati, maka PRK diadakan bukan justeru keputusan mahkamah.
Orang yang sangat menjaga duit kerajaan tidak dapat berkata-kata kerana PRK itu diadakan atas sebab kematian. Mati tidak boleh ditakwil kerana ajal boleh berlaku bila-bila masa.
Jika PRK itu satu kesempatan yang terbaik untuk menelanjang segala keburukan kerajaan, maka tidak boleh berdalih ia gara-gara kerja hakim. PRK itu akan jadi medan untuk menyampaikan hujuh keburukan GST dan TPP. PRU13 dulu tiada GST dan TPP. Itupun undi popular Karpal melangit.
Dengan semua barang naik kecuali kangkung dan Getah Segerap saja turun, majoriti DAP mungkin bertambah. PRK Teluk Intan satu lagi korban BN.
Jika ada pula PRK di Permatang Pauh dan mungkin diikut oleh Batu, kita akan menyaksi PR sibuk mengasah pisau sembelihnya.
Pertama, peralihan manusia daripada Tauhid kepada Syirik, adalah akibat agama berpindah daripada satu generasi ke satu generasi, bukan lagi dengan ILMU. Kisah lima berhala kaum Nabi Nuh ‘alayhi al-salam, sudah pernah dikupas sebelum ini. Justeru, demi mengeluarkan manusia daripada kegelapan Jahiliah kepada cahaya Islam, daripada Syirik, kepada Tauhid, berilmu menjadi keutamaan, melalui perintah BACA.
“Bacalah!” tiga kali Jibril ‘alayhi al-salam memerintah baginda.
Baca tidak semestinya baca daripada apa yang ditulis. Baca juga, adalah daripada apa yang dibacakan kepada kita. Baca itu kenderaannya, ilmu itu penumpangnya. Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam yang ‘ummi’ itu diperintahkan oleh Allah untuk membaca.
Itu, perspektif pertama.
Perspektif yang ditekankan oleh Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Dhilal al-Quran, betapa kita mungkin agak sambil lewa dalam memerhatikan impak perintah BACA kepada tamadun manusia.
Keduanya, beragama dengan ilmu, bererti beragama dengan berfikir.
Kita memerlukan perkataan untuk berfikir.
Shakespeare menggunakan 80 ribu perkataan di dalam karya klasiknya. Demikian juga Goethe, beliau menggunakan 50 ribu perkataan di dalam novelnya. Dan karya mereka masih difahami oleh pelajar Inggeris serta Jerman hari ini. Ertinya perbendaharaan kata mereka berada di sekitar perbendaharaan kata Shakespeare dan Goethe.
Ini berbeza menurut Omar A Ergi di dalam karyanya, Can A Bridge Build Itself? (gambar kanan), pelajar universiti di negaranya Turki, hanya mempunyai sekitar 3000 ke 4000 kata dalam perbendaharaan mereka. Sedikitnya perkataan bererti sedikitnya pemikiran dan ia datang daripada lemahnya sumber perkataan iaitu BACA.
Justeru, BACA menjadi perintah pertama Allah kepada hamba-Nya bernama manusia.
Allah membezakan manusia dalam penciptaannya berbanding dengan makhluk yang lain, adalah pada akal dan upaya fikir manusia. Tanpa membaca, manusia hilang upaya fikir. Tanpa upaya fikir, apa lagi yang tersisa pada kemanusiaan manusia?
BUKAN SEBARANG BACA
Sepatutnya membaca itu adalah amalan yang sangat asas.
Membaca bukan tabiat orang kaya. Mencari ilmu bukan tabiat orang kelas atasan. Beragama dengan hujah bukan tabiat golongan elit. Semua itu tabiat MUSLIM.
Apabila membaca menjadi asing, pembaca jadi ‘makhluk asing’. Lain benar kelakuannya sebelum membaca dengan selepas membaca. Sebelum membaca, dia biasa-biasa. Selepas membaca, dia jadi luar biasa.
Sebab itu perintah BACA bukan sebarang BACA.
“Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang mencipta” [Al-'Alaq 96: 1]
Baca itu ibadah. Baca itu kehambaan. Maka bacalah dengan nama Dia.
Tuhan yang memerintahkan BACA itu juga tidak memperkenalkan nama-Nya. Belum lagi. Baca dulu, dengan nama Dia, Tuhan kamu yang Mencipta.
Jika kamu enggan menerima AL-HAQ secara dogmatik, secara paksa, tidak mengapa. Mungkin itu yang sebaiknya. Tetapi kamu mesti baca. Kamu perlu baca, namun dengan nama Dia. Allah namanya? Tidak mengapa, yang penting, Tuhan yang menyuruh kamu BACA itu adalah Tuhan Maha Pencipta.
Baca itu mesti dengan rasa sedar bahawa si pembaca adalah makhluk. Manakala yang memerintahkan baca adalah Khaliq.
Asas mengimani Tuhan, adalah pada kesedaran bahawa kita dan alam ini adalah ciptaan, dan yang menciptanya adalah Maha Pencipta. Andai ciptaan lain masih banyak berselubung keraguan, maka fokus pada ciptaan yang kamu tidak mampu ragu, iaitu diri kamu sendiri.
“Yang mencipta manusia daripada segumpal darah” [Al-'Alaq 96: 2]
Manusia memerlukan premis yang kukuh untuk yakin, menolak ragu.
Cogito ergo sum - “Think, therefore am”
Ungkapan terkenal ini dilafazkan oleh René Descartes (gambar kiri). Makna yang mudah untuk ungkapan Latin ini ialah berfikir tentang kewujudan seseorang membuktikan di dalam diri yang berfikir serta mengenai diri yang berfikir bahawa ‘saya’ wujud untuk melakukan FIKIR itu tadi.
“Tidak mungkin kita meragui kewujudan diri, semasa kita ragu, kerana kita memerlukan diri, untuk melakukan perbuatan ragu itu” rumus Descartes.
Justeru, bacalah dengan nama Tuhanmu yang Mencipta itu, yang Mencipta manusia daripada segumpal darah. Baca dan dapatkan ilmu, untuk memahami bagaimana daripada segumpal darah, ia kemudiannya menjadi seorang pemikir, yang boleh membaca tentang biografi gumpalan darah berkenaan.
Membaca membawa manusia kepada kebenaran.
Membaca menjadikan manusia bermodal untuk berfikir tentang kebenaran.
Membaca mengangkat manusia ke martabat sempurna, mencapai potensi yang Penciptanya letakkan terhadap prospek seorang manusia.
Justeru manusia yang membaca, ketahuilah bahawa semakin banyak kamu membaca, semakin banyak kamu berfikir, semakin tinggi kamu berilmu, akhirnya yang kekal Paling Mulia, bukan kamu yang membaca, tetapi Tuhan kamu yang memerintahkan BACA.
“Bacalah, dan sesungguhnya Tuhan kamu adalah yang paling Mulia” [Al-'Alaq 96: 3]
Masakan tidak.
Masakan boleh seorang pembaca jadi angkuh.
Kalau dia sedar bahawa dia boleh membaca, hakikatnya adalah kerana kebergantungan dia kepada modal-modal baca dan fikir yang diberikan oleh Tuhannya.
“Dialah Tuhan yang mengajar dengan pena. Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya” [Al-'Alaq 96: 4-5]
Pena diungkap dengan waw al-qasam (sumpahan) di dalam surah Pena (al-Qalam), pada menggambarkan tingginya nilai pena sebagai wasilah ilmu dan baca. Pena yang menjadi titik munasabah dan interaksi antara Tuhan Pengurnia Ilmu dan manusia yang mempelajarinya.
Mempelajari sesuatu yang dia tidak tahu.
Dengan ilmu, manusia yang tidak tahu menjadi tahu.
Dan semakin dia tahu, dia sepatutnya semakin menjadi manusia.
Bukan tuhan yang lupa diri, kembali bodoh dengan keilmuan dan kesarjanaannya.
Justeru, membaca adalah ibadah.
Membaca ilmu Syariatullah, atau membaca ilmu Sunnatullah, kedua-duanya adalah ibadah. Matlamat tertinggi membaca adalah mencari kebenaran, dan setia dengan kebenaran itu.
Mengapa dalam kebangkitan budaya baca, lahir kecenderungan untuk mencarut, menyebut segala aurat di kelangkang, berbahasa dengan bahasa longkang, dengan alasan ia simbol kebebasan, kemerdekaan dan jauh daripada kepura-puraan?
Memerhatikan kebodohan ini, bukan kita tidak ingin mencarut.
Tetapi kita tidak mencarut, yang mengawal kita bukan JAKIM, bukan Kementerian Dalam Negeri, bukan Editor, bukan juga kehendak pasaran. Mencarut dan kurang ajar dalam baca, tulis dan fikir, walaupun dalam diri membuak-buak rasa untuk mengungkapkan kepada penulis sampah yang digilai remaja semasa, tidak terkeluar bukan kerana JAKIM, KDN atau Editor.
Tetapi kita tidak mencarut kerana alasan yang sama dengan pencarut.
Kita tidak mahu hipokrit.
Bukan hipokrit pada mengawal nafsu untuk mencarut.
Tetapi kita tidak mahu hipokrit, manusia bodoh yang tidak tahu apa-apa, menyamar sebagai tuhan atas nama sebuah KEBEBASAN!
Sujudlah kepada-Nya.
Dekatilah Dia.
http://saifulislam.com/
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia Dan Sukan, Inftrastruktur Dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri mengecam laporan akhbar New Strait Times semalam yang mendakwa kononnya air bekas lombong yang dipamkan ke Sungai Selangor tidak selamat.
Dakwaan akhbar berkenaan, ujar beliau amat berbeza dengan laporan penuh yang diterima oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) yang mendapati air bekas lombong itu selamat untuk pengguna.
Menurut beliau, laporan yang diperoleh Luas melalui sampel yang dihantar kepada Jabatan Kimia 2 Mei lalu menunjukkan kandungan besi, magnesium, nickel, dan plumbum dari bekas lombong terbabit adalah di bawah paras dibenarkan Kementerian Kesihatan.
"Sebagai contoh kandungan plumbum yang mana laporan NST mendakwa terdapat 460% lebih dari had yang dibenarkan sedangkan Jabatan Kimia mengesahkan kesemua kolam bekas lombong mengandungi plumbum di bawah paras dibenarkan Kementerian Kesihatan," ujarnya.
Air lombong dipamkan ke Sungai Selangor dan disalurkan ke Loji Pembersihan Air (LPA) Empangan Sungai Selangor.
Air mentah itu perlu melalui beberapa proses rawatan untuk pembersihan dan diwajibkan melepasi pemeriksaan kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan sebelum disalurkan kepada pengguna.
Tegas Dr Hairi, kerajaan negeri memberi jaminan air lombong yang disalurkan kepada LPA adalah selamat untuk digunakan berdasarkan jaminan yang diberikan Luas.
"Perlu dingatkan kepada pengguna bahawa air yang disalurkan ke paip-paip mereka bukan air mentah tetapi air terawat yang telah melepasi beberapa proses rawatan," ujarnya.
Kerajaan negeri, jelasnya sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat dan tidak akan sesekali berkompromi dengan isu-isu yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Lembah Klang.
Dalam perkembangan yang sama, Luas menjelaskan bahawa kolam-kolam sumber air alternatif telah pun dikenalpasti sejak 2009.
Menurut Pengarahnya, Md Khairi Selamat (gambar, kanan) Luas dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah menjalankan pensampelan air kolam alternatif sejak 2011.
Analisis sampel-sampel air kolam alternatif, ujarnya dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM).
"Keputusan analisis pensampelan yang dikeluarkan oleh JKM bagi tahun 2011 hingga 2013 adalah mematuhi Kualiti Air Mentah Yang Disyorkan di dalam Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.
Menurut Md Khairi, pensampelan telah dijalankan pada 2 Mei lalu di lima buah kolam iaitu Kolam Kambing Susu, Kolam KL-Larut, Kolam Hang Tuah 1, Kolam Hang Tuah 2, Kolam Rasa dan satu sampel di Sungai Selangor.
"Sampel-sampel ini telah dihantar ke JKM dan makmal pihak ketiga yang mendapat akreditasi, iaitu ALS Tehnicam (M) Sdn Bhd.
"Sebanyak 27 parameter telah diuji yang mana merangkumi kategori fizikal, logam dan logam berat," ujarnya.
Hasil analisa menunjukkan parameter logam berat di dalam kolam tersebut mematuhi had piawaian yang ditetapkan oleh KKM.
Terdapat beberapa parameter di dalam kumpulan logam yang melebihi piawaian namun dengan kuantiti yang sedikit dan boleh dirawat oleh loji pembersihan air (LPA).
Beliau menambah, kajian yang telah dijalankan oleh perunding yang dilantik pada 2012 juga menunjukkan secara keseluruhan parameter logam berat adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan.
Md Khairi menambah, berdasarkan laporan kuaiti air mentah yang direkodkan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) pada bulan Mac ketika terdapat kerja-kerja pengepaman air dari kolam ke dalam Sungai Selangor, tiada sebarang perlanggaran direkodkan bagi parameter logam berat.
"Ini dibuktikan melalui laporan kualiti air terawat yang menunjukkan semua parameter adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan.
"Dalam masa yang sama, pihak LUAS sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan kualiti air mentah adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan untuk dirawat oleh LPA dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai," jelasnya.
Menurut Md Khairi, Luas tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang secara sengaja atau tidak sengaja memberi gambaran yang salah terhadap kualiti air mentah dan air terawat di Lembah Klang. - HARAKAHDAILY, 8/5/2014
Mujur Karpal mati
KITA tidak mahu Karpal Singh mati dan tidak juga mendoakan supaya dia mati. Dengan mendiang itu mati Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugur pun diadakan.Jika dia tidak mati, pun Pilihan Raya Kecil itu mungkin diadakan juga, tetapi tidaklah sesegera apabila dia mati. Jika dia tidak mati, kemungkinan PRK itu bergantung kepada keputusan rayuan perbicaraannya terhadap hukuman ke atas atas kes menyinggung Sultan Perak.
Jika rayuan berjaya, tiada PRK itu jika Peguam Negara tidak memfailkan pula rayuan lagi. Rayuan balas itu mungkin kerana kemenangan rayuan Nizar Jamaluddin atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak telah rayu balas oleh pejabat Peguam Negara.
Apa pun keputusan hakim atas kes Karpal mendedahkan Bukit Gelugur kepada Pilihan Raya Kecil.
Jika PRK itu diadakan atas keputusan hakim, maka akan ada yang mengira hakim-hakim yang terlibat telah menyembelih Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Najib.
Perbelanjaan satu PRK ada besar. Orang yang amat menjaga kewangan kerajaan boleh merasa kesal dengan PRK itu kerana banyak duit kerajaan habis dalam PRK itu ia boleh dielakkan kiranya hakim hari itu tidak membuat keputusan sedemikian terhadap Karpal
Sebagaimana orang mentakwil kewajaran mengadakan PRK Kajang, maka orang buat takwil yang serupa memaksa PRK Bukit Gelugur diadakan.
Takwil itu dibuat justeru BN tidak mungkin menang. Seorang MCA atau seorang Gerakan akan dikorban lagi. Duit parti habis sedang ia tidak boleh menang. Kita akan melihat calon DAP akan mengisi semula kerusi Parlimen itu.
Jika perbicaraan itu dibuat mengikt hudud, jika kes itu termasuk dalam bidang itu, semangat mahkamah ialah mencari jalan bagaimana yang dituduh boleh dibebaskan, bukan seperti undang-undang yang ada bagaimana yang didakwa mesti dihukum.
Peluang Karpal tidak dihukum dulu lebih cerah. Hakim mensabitkannya dan mungkin juga kes itu menyebabkan PRK.
BN tiada pilihan melainkan menyertai PRK yang ia tidak boleh menang. Ia bukanlah dasar BN dan Umno. Pembangkang menyertai pilihan raya yang ia tidak boleh menang kerana politik menghendaki ada pertandingan. BN wajar disekat daripada menang tanpa bertandng.
Tetapi BN dan Umno tiada polisi itu. Ia mahu menang saja. Cuma sekarang BN dipaksa menyertai PRK yang ia tidak boleh menang.
Maka Pakatan Rakyat/DAP di Bukit Gelugur mengasah parang untuk menyembelih BN dan BN tidak dapat mengelak daripada menyerahkan lehernya untuk untuk disembelih. Masa itu orang BN akan menyumpah keputusan hakim menyebabkan lehernya disembelih.
Apabila Karpal mati PRK diadakan, maka selamatlah hakim dari takwil BN. Mujur juga Karpal mati, maka PRK diadakan bukan justeru keputusan mahkamah.
Orang yang sangat menjaga duit kerajaan tidak dapat berkata-kata kerana PRK itu diadakan atas sebab kematian. Mati tidak boleh ditakwil kerana ajal boleh berlaku bila-bila masa.
Jika PRK itu satu kesempatan yang terbaik untuk menelanjang segala keburukan kerajaan, maka tidak boleh berdalih ia gara-gara kerja hakim. PRK itu akan jadi medan untuk menyampaikan hujuh keburukan GST dan TPP. PRU13 dulu tiada GST dan TPP. Itupun undi popular Karpal melangit.
Dengan semua barang naik kecuali kangkung dan Getah Segerap saja turun, majoriti DAP mungkin bertambah. PRK Teluk Intan satu lagi korban BN.
Jika ada pula PRK di Permatang Pauh dan mungkin diikut oleh Batu, kita akan menyaksi PR sibuk mengasah pisau sembelihnya.
Bacalah: Supaya jadi hamba, bukan jadi tuhan
SEKURANG-kurangnya, ada dua jawapan yang boleh saya kongsikan, mengapa perintah Allah yang pertama kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam dan umat ini adalah “BACA!”Pertama, peralihan manusia daripada Tauhid kepada Syirik, adalah akibat agama berpindah daripada satu generasi ke satu generasi, bukan lagi dengan ILMU. Kisah lima berhala kaum Nabi Nuh ‘alayhi al-salam, sudah pernah dikupas sebelum ini. Justeru, demi mengeluarkan manusia daripada kegelapan Jahiliah kepada cahaya Islam, daripada Syirik, kepada Tauhid, berilmu menjadi keutamaan, melalui perintah BACA.
“Bacalah!” tiga kali Jibril ‘alayhi al-salam memerintah baginda.
Baca tidak semestinya baca daripada apa yang ditulis. Baca juga, adalah daripada apa yang dibacakan kepada kita. Baca itu kenderaannya, ilmu itu penumpangnya. Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam yang ‘ummi’ itu diperintahkan oleh Allah untuk membaca.
Itu, perspektif pertama.
Perspektif yang ditekankan oleh Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Dhilal al-Quran, betapa kita mungkin agak sambil lewa dalam memerhatikan impak perintah BACA kepada tamadun manusia.
Keduanya, beragama dengan ilmu, bererti beragama dengan berfikir.
Kita memerlukan perkataan untuk berfikir.
Shakespeare menggunakan 80 ribu perkataan di dalam karya klasiknya. Demikian juga Goethe, beliau menggunakan 50 ribu perkataan di dalam novelnya. Dan karya mereka masih difahami oleh pelajar Inggeris serta Jerman hari ini. Ertinya perbendaharaan kata mereka berada di sekitar perbendaharaan kata Shakespeare dan Goethe.
Ini berbeza menurut Omar A Ergi di dalam karyanya, Can A Bridge Build Itself? (gambar kanan), pelajar universiti di negaranya Turki, hanya mempunyai sekitar 3000 ke 4000 kata dalam perbendaharaan mereka. Sedikitnya perkataan bererti sedikitnya pemikiran dan ia datang daripada lemahnya sumber perkataan iaitu BACA.
Justeru, BACA menjadi perintah pertama Allah kepada hamba-Nya bernama manusia.
Allah membezakan manusia dalam penciptaannya berbanding dengan makhluk yang lain, adalah pada akal dan upaya fikir manusia. Tanpa membaca, manusia hilang upaya fikir. Tanpa upaya fikir, apa lagi yang tersisa pada kemanusiaan manusia?
BUKAN SEBARANG BACA
Sepatutnya membaca itu adalah amalan yang sangat asas.
Membaca bukan tabiat orang kaya. Mencari ilmu bukan tabiat orang kelas atasan. Beragama dengan hujah bukan tabiat golongan elit. Semua itu tabiat MUSLIM.
Apabila membaca menjadi asing, pembaca jadi ‘makhluk asing’. Lain benar kelakuannya sebelum membaca dengan selepas membaca. Sebelum membaca, dia biasa-biasa. Selepas membaca, dia jadi luar biasa.
Sebab itu perintah BACA bukan sebarang BACA.
“Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang mencipta” [Al-'Alaq 96: 1]
Baca itu ibadah. Baca itu kehambaan. Maka bacalah dengan nama Dia.
Tuhan yang memerintahkan BACA itu juga tidak memperkenalkan nama-Nya. Belum lagi. Baca dulu, dengan nama Dia, Tuhan kamu yang Mencipta.
Jika kamu enggan menerima AL-HAQ secara dogmatik, secara paksa, tidak mengapa. Mungkin itu yang sebaiknya. Tetapi kamu mesti baca. Kamu perlu baca, namun dengan nama Dia. Allah namanya? Tidak mengapa, yang penting, Tuhan yang menyuruh kamu BACA itu adalah Tuhan Maha Pencipta.
Baca itu mesti dengan rasa sedar bahawa si pembaca adalah makhluk. Manakala yang memerintahkan baca adalah Khaliq.
Asas mengimani Tuhan, adalah pada kesedaran bahawa kita dan alam ini adalah ciptaan, dan yang menciptanya adalah Maha Pencipta. Andai ciptaan lain masih banyak berselubung keraguan, maka fokus pada ciptaan yang kamu tidak mampu ragu, iaitu diri kamu sendiri.
“Yang mencipta manusia daripada segumpal darah” [Al-'Alaq 96: 2]
Manusia memerlukan premis yang kukuh untuk yakin, menolak ragu.
Cogito ergo sum - “Think, therefore am”
Ungkapan terkenal ini dilafazkan oleh René Descartes (gambar kiri). Makna yang mudah untuk ungkapan Latin ini ialah berfikir tentang kewujudan seseorang membuktikan di dalam diri yang berfikir serta mengenai diri yang berfikir bahawa ‘saya’ wujud untuk melakukan FIKIR itu tadi.
“Tidak mungkin kita meragui kewujudan diri, semasa kita ragu, kerana kita memerlukan diri, untuk melakukan perbuatan ragu itu” rumus Descartes.
Justeru, bacalah dengan nama Tuhanmu yang Mencipta itu, yang Mencipta manusia daripada segumpal darah. Baca dan dapatkan ilmu, untuk memahami bagaimana daripada segumpal darah, ia kemudiannya menjadi seorang pemikir, yang boleh membaca tentang biografi gumpalan darah berkenaan.
Membaca membawa manusia kepada kebenaran.
Membaca menjadikan manusia bermodal untuk berfikir tentang kebenaran.
Membaca mengangkat manusia ke martabat sempurna, mencapai potensi yang Penciptanya letakkan terhadap prospek seorang manusia.
Justeru manusia yang membaca, ketahuilah bahawa semakin banyak kamu membaca, semakin banyak kamu berfikir, semakin tinggi kamu berilmu, akhirnya yang kekal Paling Mulia, bukan kamu yang membaca, tetapi Tuhan kamu yang memerintahkan BACA.
“Bacalah, dan sesungguhnya Tuhan kamu adalah yang paling Mulia” [Al-'Alaq 96: 3]
Masakan tidak.
Masakan boleh seorang pembaca jadi angkuh.
Kalau dia sedar bahawa dia boleh membaca, hakikatnya adalah kerana kebergantungan dia kepada modal-modal baca dan fikir yang diberikan oleh Tuhannya.
“Dialah Tuhan yang mengajar dengan pena. Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya” [Al-'Alaq 96: 4-5]
Pena diungkap dengan waw al-qasam (sumpahan) di dalam surah Pena (al-Qalam), pada menggambarkan tingginya nilai pena sebagai wasilah ilmu dan baca. Pena yang menjadi titik munasabah dan interaksi antara Tuhan Pengurnia Ilmu dan manusia yang mempelajarinya.
Mempelajari sesuatu yang dia tidak tahu.
Dengan ilmu, manusia yang tidak tahu menjadi tahu.
Dan semakin dia tahu, dia sepatutnya semakin menjadi manusia.
Bukan tuhan yang lupa diri, kembali bodoh dengan keilmuan dan kesarjanaannya.
Justeru, membaca adalah ibadah.
Membaca ilmu Syariatullah, atau membaca ilmu Sunnatullah, kedua-duanya adalah ibadah. Matlamat tertinggi membaca adalah mencari kebenaran, dan setia dengan kebenaran itu.
Mengapa dalam kebangkitan budaya baca, lahir kecenderungan untuk mencarut, menyebut segala aurat di kelangkang, berbahasa dengan bahasa longkang, dengan alasan ia simbol kebebasan, kemerdekaan dan jauh daripada kepura-puraan?
Memerhatikan kebodohan ini, bukan kita tidak ingin mencarut.
Tetapi kita tidak mencarut, yang mengawal kita bukan JAKIM, bukan Kementerian Dalam Negeri, bukan Editor, bukan juga kehendak pasaran. Mencarut dan kurang ajar dalam baca, tulis dan fikir, walaupun dalam diri membuak-buak rasa untuk mengungkapkan kepada penulis sampah yang digilai remaja semasa, tidak terkeluar bukan kerana JAKIM, KDN atau Editor.
Tetapi kita tidak mencarut kerana alasan yang sama dengan pencarut.
Kita tidak mahu hipokrit.
Bukan hipokrit pada mengawal nafsu untuk mencarut.
Tetapi kita tidak mahu hipokrit, manusia bodoh yang tidak tahu apa-apa, menyamar sebagai tuhan atas nama sebuah KEBEBASAN!
Sujudlah kepada-Nya.
Dekatilah Dia.
http://saifulislam.com/
Najib mungkir janji mansuh Akta Hasutan
SHAH ALAM:
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan Akta
Hasutan untuk melumpuh dan menjatuhkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat
walaupun pernah berjanji menghapuskan undang-undang itu pada 2012
dikecam para pemimpin Pakatan Rakyat.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata tindakan Najib yang sengaja ‘melupakan’ janjinya itu bertujuan memberi amaran kepada semua pihak sama ada pemimpin Pakatan Rakyat atau masyarakat umum bahawa mereka boleh didakwa di bawah akta berkenaan jika berani mengkritik kerajaan.
“Permulaan ulang tahun kedua pemerintahan Najib dimulakan dengan gambaran ancaman bahawa Malaysia menuju zaman gelap apabila slogan besar seperti 1Malaysia dan Transformasi akan diganti dengan undang-undang tidak demokratik, menindas dan tidak adil.
“Rakyat Malaysia pastinya kecewa dengan polisi Perdana Menteri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan ringkas di Facebook menganggap Najib adalah ‘penipu besar’ kerana pernah berjanji kepada rakyat untuk memansuhkan akta zalim itu.
Katanya, lebih ironi janji itu turut dihebahkan ke seluruh dunia melalui satu temubual bersama media antarabangsa di London, pada Julai 2013.
“Selepas membuat janji itu, setakat ini sekurang-kurangnya setengah dozen ahli politik Pakatan Rakyat dan aktivis awam didakwa atas kesalahan menghasut. Betapa besarnya penipuan bertaraf ‘antarabangsa’ oleh Najib,” katanya.
Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan selepas mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara.
Najib kemudiannya mengulangi janji sama, pada Julai 2013 ketika temubual dengan media antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) dengan mengatakan akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.
Tahun lalu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; aktivis PAS, Tamrin Ghafar bersama aktivis sivil, Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang didakwa mengikut akta terbabit.
Terbaru, mendiang Karpal Singh juga tidak terlepas daripada didakwa mengikut akta sama dan didenda RM4,000 serta berdepan dengan hukuman penjara.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menjadi mangsa terbaru didakwa mengikut Akta Hasutan susulan pembabitannya dalam klip video berjudul ‘Onederful Malaysia’ pada Februari lalu. - Selangor Kini
Peristiwa serangan bergajah telah dikisahkan oleh para ulama di dalam kitab-kitab Tafsir, Hadis dan Sirah. Di antaranya ialah Imam al Qurtubi yang menyebut di dalam kitab tafsirnya. Rentetan peristiwa ini bermula dengan seorang gabenor Habsyah di Yaman bernama Abrahah al Ashram. Yaman menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Habsyah pada zaman dahulu dan orang yang menjadi wakil Raja Habsyah di situ adalah Abrahah al Ashram.
Kisah serangan tentera Abrahah keatas Kaabah lalu dimusnahkan oleh burung Ababil ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Fill.
Abrahah membina sebuah gereja yang dinamakan "al Qulais" yang didirikan di Sana'a. Gereja itu cantik hingga tidak ada tandingannya pada zaman itu.
Masyarakat Arab pada waktu itu merasakan kehebatan tentera-tentera bergajah milik Abrahah kerana mereka boleh melakukan apa sahaja dengan kekuatan tentera seperti itu, sedangkan orang Arab pada masa itu tidak ada gajah. Namun, tipu daya yang dilakukan Abrahah dan pengikutnya membina al Qulais dan merancang untuk meruntuhkan Kaabah, menjadi satu kesesatan yang kemudiannya dihapuskan oleh Allah Taala. Allah mengutuskan kepada mereka rombongan burung, yang datang berkawan, rombongan demi rombongan.
Hubungan surah ini dengan surah al-Humazah ialah dalam surah al-Humazah, Allah SWT menjelaskan bahawa harta tidak dapat menjauhkan daripada seksaan Allah SWT. Dalam surah ini Allah SWT menyatakan bukti tentang perkara di atas menerusi kisah tentera bergajah.
Seorang panglima tentera Habsyah yang menguasai Yaman bercita-cita menyerbu dan meruntuhkan Kaabah yang dimuliakan supaya orang Arab tidak melakukan ibadah haji di sana.
Dia menuju Mekah diiringi tentera yang ramai dan gajah yang banyak bagi menambahkan rasa takut pada orang ramai. Dia terus mara sambil mengalahkan sesiapa saja yang dijumpainya, sampai ke al-Mughammas iaitu suatu tempat yang berdekatan kota Mekah.
Dia kemudian mengirim utusan kepada penduduk Mekah memberitahu bahawa tujuan kedatangannya bukan untuk berperang dengan mereka, tetapi meruntuhkan Baitullah.
Mereka ketakutan, lalu mencari perlindungan di puncak-puncak gunung sambil melihat apa yang akan dia lakukan. Pada hari kedua penyakit cacar dan campak mula menular di kalangan tentera Habsyah.
Ikrimah mengatakan, itu adalah permulaan penyakit cacar yang menular di negara Arab. Wabak itu menimpa mereka dengan kesan yang tidak ada tandingannya. Di mana daging mereka berguguran sehingga mereka dan panglima lari ketakutan.
Panglima mereka juga terkena wabak tersebut dan dagingnya terus tanggal sedikit demi sedikit, seketul demi seketul, akhirnya dada mereka terbelah dan mati di San’a.
Bagaimanapun pada ulama berkhilaf pendapat mengenai bilada itu berlaku. Ada tiga pandangan mengenai, iaitu:
i. Pada tahun kelahiran Rasulullah SAW. Ini pendapat yang asah yang dikemukakan oleh kebanyakan ulama seperti pendapat Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah.
ii. Ia berlaku selepas 40 tahun peristiwa serangan gajah. Ini pendapat Muqatil.
iii. Kelahiran berlaku 23 tahun selepas serangan tersebut. Ini pendapat al-Kalbi, Ubaid bin Umair dan Abu Soleh.
Firman Allah SWT: Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?
Perkataan tidakkah kamu memperhatikan ditafsirkan dengan dua pendapat:
i. Tidakkah kamu diberitahu dan dikhabarkan seperti pendapat al-Farra’.
ii. Tidakkah kamu mempelajari sebagaimana kata al-Zajjaj.
Sayid Qutub berkata: “Tidakkah rancangan jahat mereka gagal dan tidak mencapai sasarannya sama seperti orang yang sesat jalan dan tidak sampai kepada tempat yang dituju.”
Mungkin dengan pertanyaan ini Allah mahu mengingatkan kaum Quraisy terhadap nikmat-Nya kepada mereka iaitu nikmat menjaga dan memelihara rumah Kaabah semasa mereka tidak berdaya menghadapi serangan tentera bergajah yang kuat.
Tentera Allah dalam bentuk burung
Firman Allah SWT: Dan dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong.
Perkataan ababil ditafsirkan dengan lima pendapat:
i. Dalam bentuk berselerakan datangnya burung tersebut dari sana ke sini dengan segenap penjuru. Inilah pendapat Ibn Mas’ud dan al-Akhfash.
ii. Burung tersebut datang selepas satu kumpulan dan datang kumpulan yang lain. Inilah pendapat Ibn Abbas, Mujahid dan Muqatil.
iii. Burung tersebut datang dengan jumlah yang banyak. Inilah pendapat al-Hasan dan Thawus.
iv. Burung tersebut datang dalam bentuk berkumpulan diikuti dengan kumpulan yang lain. Inilah pendapat Ata’ dan Abu Soleh.
v. Ia mempunyai pelbagai jenis warna sebagaimana pendapat Zaid bin Aslam.
Para ulama khilaf berkenaan sifat burung tersebut iaitu:
i. Burung tersebut mempunyai belalai dan kuku seperti kuku anjing. Inilah pendapat Ibn Abbas.
ii. Ikrimah berkata: Kepala mereka seperti binatang buas.
iii. Ibn Ishak berpendapat: Mereka seumpama binatang helang yang menyambar.
Begitu juga mereka khilaf berkenaan warna burung tersebut:
i. Warnanya hijau sebagaimana pendapat Ikrimah dan Said bin Jubair.
ii. Warnanya hitam sebagaimana pendapat Ubaid bin Umair.
iii. Warnanya putih sebagaimana pendapat Qatadah.
Firman Allah SWT: Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar.
Berkenaan dengan burung yang membawa batu seperti kata Qatadah: Setiap seekor burung membawa tiga biji batu, dua biji batu di kakinya, manakala sebiji lagi di muncungnya.
Al-Maraghi berkata: “Allah SWT mengirimkan sekawan burung yang membawa batu kering yang dijatuhkan kepada anggota-anggota tentera itu menyebabkan mereka menderita penyakit cacar atau campak dan membawa maut.”
Kemungkinan juga binatang yang terbang itu terdiri daripada jenis nyamuk atau lalat membawa kuman penyakit. Atau batu itu daripada tanah liat yang kering dan beracun yang diterbangkan angin lalu melekat pada kaki-kaki burung itu.
Jika tanah liat itu menyentuh tubuh maka racun itu akan meresap dan melukakan apa yang mengenainya dan berakhir dengan kerosakan tubuh serta keguguran dagingnya.
Jelas bahawa lalat membawa kuman penyakit. Seekor lalat yang membawa kuman boleh menyebabkan manusia dijangkiti penyakit dan menular kepada semua orang.
Oleh yang demikian, jika Allah SWT menghendaki membinasakan sejumlah besar tentera dengan seekor nyamuk sahaja, ia bukanlah suatu perkara yang mustahil bagi-Nya.
Ini mengandungi petunjuk yang lebih kuat terhadap kekuasaan Allah SWT dan kebesaran kekuasaan-Nya berbanding kebinasaan mereka yang disebabkan oleh burung-burung besar dan kejadian aneh yang boleh memusnahkan manusia.
Selain itu, ia juga menunjukkan kelemahan manusia dan kehinaannya di hadapan Allah SWT Yang Maha Kuasa. Sebabnya, mereka adalah makhluk yang dapat dibinasakan oleh seekor lalat, digigit nyamuk di tempat tidurnya dan ditimpa sakit oleh hembusan angin.
“Bagi orang yang kejam ini yang hendak merobohkan Baitu al-Haram, Allah SWT mengirimkan sesuatu yang dapat membawa kuman penyakit cacar atau campak yang kemudiannya akan membinasakannya dan kaumnya sebelum sempat masuk kota Mekah.”
Perkara ini merupakan nikmat Allah SWT yang dilimpahkan kepada penduduk Tanah Haram-Nya meskipun mereka penyembah berhala kerana melindunginya dengan kekuatan agama-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW meskipun Allah SWT menimpakan bencana kepada musuh-musuhnya iaitu tentera bergajah yang ingin menghancurkan Baitu al-Haram yang tidak berdosa itu.
Firman Allah SWT: Lalu dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
Selepas terkena batu, tubuh badan mereka jatuh berguguran sedikit demi sedikit sebesar hujung jari dan akhirnya terbelah dadanya hingga binasa.
Abdul Muttalib berkata: “Burung tersebut amat pelik.” Lalu beliau pernah menghantar anaknya Abdullah untuk melihat apa yang terjadi kepada puak Abrahah dan pulang seraya melaporkan semuanya binasa.
Kemudian Abdul Muttalib keluar bersama dengan rakannya untuk mengambil harta yang ditinggalkan. Ada pendapat mengatakan bahawa tidak seorang pun yang selamat kecuali Abu Yaksum, di mana burung sentiasa mengekorinya dari atas kepalanya, sedangkan dia tidak perasan sehingga sempat masuk bertemu al-Najashi dan mengkhabarkan dengan peristiwa yang berlaku.
Setelah selesai kata-katanya, burung tersebut melepaskan batu dan akhirnya dia mati. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT memperlihatkan kepada al-Najashi tentang bagaimana Allah SWT membinasakan kaum tersebut.
Hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi hidayah dari kesesatan. Semoga Allah selamatkan kita dari sebarang bala dan bencana.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata tindakan Najib yang sengaja ‘melupakan’ janjinya itu bertujuan memberi amaran kepada semua pihak sama ada pemimpin Pakatan Rakyat atau masyarakat umum bahawa mereka boleh didakwa di bawah akta berkenaan jika berani mengkritik kerajaan.
“Permulaan ulang tahun kedua pemerintahan Najib dimulakan dengan gambaran ancaman bahawa Malaysia menuju zaman gelap apabila slogan besar seperti 1Malaysia dan Transformasi akan diganti dengan undang-undang tidak demokratik, menindas dan tidak adil.
“Rakyat Malaysia pastinya kecewa dengan polisi Perdana Menteri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan ringkas di Facebook menganggap Najib adalah ‘penipu besar’ kerana pernah berjanji kepada rakyat untuk memansuhkan akta zalim itu.
Katanya, lebih ironi janji itu turut dihebahkan ke seluruh dunia melalui satu temubual bersama media antarabangsa di London, pada Julai 2013.
“Selepas membuat janji itu, setakat ini sekurang-kurangnya setengah dozen ahli politik Pakatan Rakyat dan aktivis awam didakwa atas kesalahan menghasut. Betapa besarnya penipuan bertaraf ‘antarabangsa’ oleh Najib,” katanya.
Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan selepas mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara.
Najib kemudiannya mengulangi janji sama, pada Julai 2013 ketika temubual dengan media antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) dengan mengatakan akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.
Tahun lalu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; aktivis PAS, Tamrin Ghafar bersama aktivis sivil, Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang didakwa mengikut akta terbabit.
Terbaru, mendiang Karpal Singh juga tidak terlepas daripada didakwa mengikut akta sama dan didenda RM4,000 serta berdepan dengan hukuman penjara.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menjadi mangsa terbaru didakwa mengikut Akta Hasutan susulan pembabitannya dalam klip video berjudul ‘Onederful Malaysia’ pada Februari lalu. - Selangor Kini
Burung Ababil Musnahkan Tentera Bergajah Abrahah
Peristiwa serangan bergajah telah dikisahkan oleh para ulama di dalam kitab-kitab Tafsir, Hadis dan Sirah. Di antaranya ialah Imam al Qurtubi yang menyebut di dalam kitab tafsirnya. Rentetan peristiwa ini bermula dengan seorang gabenor Habsyah di Yaman bernama Abrahah al Ashram. Yaman menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Habsyah pada zaman dahulu dan orang yang menjadi wakil Raja Habsyah di situ adalah Abrahah al Ashram.
Kisah serangan tentera Abrahah keatas Kaabah lalu dimusnahkan oleh burung Ababil ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Fill.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Dia (Allah) telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, Lalu Dia (Allah) menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (Surah Al-Fill, ayat 1 - 5)
Abrahah membina sebuah gereja yang dinamakan "al Qulais" yang didirikan di Sana'a. Gereja itu cantik hingga tidak ada tandingannya pada zaman itu.
Abrahah menulis kepada Najasyi, Raja Habsyah dengan memberitahu bahawa
dia telah membina sebuah gereja yang cantik, belum pernah dibina oleh
orang lain. Tujuannya adalah mahu memalingkan orang-orang Arab daripada
pergi menunaikan haji di Makkah kepada melawat ke gereja yang
dinamakannya al-Qulais.
Kaabah telah menjadi tempat kunjungan orang-orang Arab sebelum
kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Setelah Kaabah didirikan oleh Nabi
Ibrahim, Kaabah menjadi tempat ibadat. Kemudian dalam beberapa tempoh
yang panjang, orang Arab mula menyembah berhala. Walaupun mereka
menyembah berhala, tetapi mereka tetap memuji dan memuja Kaabah. Mereka
menunaikan haji pada tiap-tiap tahun, di mana ibadat haji merupukan
ibadat yang telah dilakukan sebelum kedatangan Islam, kemudian
dinyatakan oleh Islam dan diperbetulkan mengikut syariat Allah.
Orang-orang Arab masih tetap mengunjungi Kaabah. Abrahah membuat
pengisytiharan bahawa dia tidak mahu orang-orang Arab mengunjungi Kaabah
tetapi mengunjungi al Qulais. Apabila mendengar berita demikian,
orang-orang Arab yang terlalu memuja Kaabah menjadi marah. Tiba-tiba
seorang Arab dari kabilah "an Nasah" pergi ke Yaman, datang ke gereja al
Qulais, lalu membuang najis di situ. Selepas itu, dia melarikan diri.
Setelah Abrahah mengetahui orang yang membuat perkara ini adalah seorang
Arab, dia telah mengambil satu tindakan berani mengikut hawa nafsu
dengan menyediakan satu kelengkapan untuk bermusafir ke Makkah bertujuan
hendak meruntuhkan Kaabah, BaitilLah Haram yang telah didirikan oleh
Nabi Ibrahim A.S. Dia bersumpah bahawa dia wajib pergi Baitillah dan
meruntuhkannya.
Dalam angkatan tenteranya ada seekor gajah yang digunakan sebagai
kenderaan. Mengikut sesetengah ulama seekor gajah, sebahagian ulama lain
pula berpendapat bukan seekor, tetapi lapan ekor gajah menyertai
pasukan Abrahah. Namun begitu mengikut kebanyakan ulama, jumlah gajah
tersebut hanya seekor sahaja. Inilah keterangan yang lebih tepat pada
pandangan mereka bahawa Abrahah bersama seekor gajah dan turut diiringi
anggota tenteranya menuju ke Makkah.
Apabila berita ini sampai ke pengetahuan orang-orang Arab bahawa Abrahah
hendak meruntuhkan Kaabah, maka beberapa kabilah bertindak membentuk
beberapa pasukan untuk menyerang Abrahah bertujuan untuk menghalangnya
daripada sampai ke Makkah. Di utara sebuah kabilah Zu Nahar, merupakan
satu kabilah Arab di Yaman. Mereka mengerahkan kaumnya membentuk satu
pasukan, untuk menyerang Abrahah. Namun, hanya dengan kekuatan 1% sahaja
tentera-tentera Abrahah dapat mengalahkan mereka. Beberapa kabilah lain
turut menyerang pasukan Abrahah, tetapi masih tidak mampu mengalahkan
mereka, bahkan ketua-ketua kabilah ini telah ditawan oleh tentera
Abrahah.
Terdapat juga di kalangan orang Arab yang sanggup menjadi pemandu jalan
kepada Abrahah. Apabila Abrahah menang, sudah tentu dia juga ikut
menang. Biarpun apa yang dimenangi itu salah. Penunjuk jalan ini
dikenali sebagai "Abu Ghiral". Abu Ghiral menjadi penunjuk jalan kepada
Abrahah menuju ke Makkah. Setelah Abu Ghiral meninggal dunia, kuburnya
direjam oleh orang Arab. Orang Arab yang pergi ke Makkah menunaikan haji
bukan sahaja melontar jamrah, bahkan juga melontar kubur Abu Ghiral.
Abrahah meneruskan perjalanan sehingga sampai ke pinggir Makkah dan
merampas beberapa ekor unta. Mengikut riwayat 200 ekor unta milik Abdul
Mutalib, datuk Rasulullah S.A.W. Pada masa itu, Abdul Mutalib menjadi
pemimpin Makkah. Abrahah telah menghantar utusannya menemui
pemimpin-pemimpin Makkah memberitahu tujuan kedatangan mereka bukan
untuk membunuh orang, tetapi untuk meruntuhkan Kaabah, kerana dendam
gereja mereka yang bernama "al Qulais" telah dikotorkan oleh orang Arab.
Abdul Mutalib datang bersama-sama rombongan yang dianggotai
pemimpin-pemimpin Arab menemui Abrahah. Setelah berjumpa, Abrahah
bertanya apa yang dikehendaki. Abdul Mutalib menjawab, "Aku hanya minta
kamu membebaskan 200 ekor unta yang kamu rampas."
Abrahah tercengang lalu bertanya, "Kenapa kamu sayangkan unta tetapi
tidak sayang kepada Kaabah yang kamu puja. Kamu hanya minta unta,
terlalu senang untuk kami berikan. Kamu hanya minta dikembalikan unta
kamu. Kenapa kamu tidak menahan kami yang mahu meruntuhkan Kaabah."
Abdul Mutalib menjawab tegas, "Unta yang kamu rampas itu kepunyaanku
sedangkan Kaabah itu ada pemiliknya (Tuhan). Allah adalah pemiliknya dan
Allah akan menjaganya. Aku hanya orang yang beribadat kepada Kaabah.
Urusan menjaga Kaabah terserah kepada pemiliknya dan bukan urusanku."
Unta Abdul Mutalib dipulangkan. Setelah dipulangkan, Abdul Mutalib dan
pengikut-pengikutnya penduduk Makkah pulang dan mereka menyembunyikan
diri di atas bukit kerana takut kepada tentera Abrahah. Sudah tentu ada
di antara mereka yang ganas. Mereka menyembunyikan diri di sana sambil
memerhatikan tindakan tentera Abrahah ke atas Kaabah. Mengikut setengah
riwayat, apabila Abrahah sampai di Kaabah, seorang penduduk Makkah
membisikkan ke telinga gajah dengan berkata, "Jangan kamu robohkan
Kaabah. Lebih baik kamu balik kerana Kaabah adalah rumah Allah. Yang
menjaganya juga Allah."
Allah Taala yang memeliharanya dan Allah Taala juga yang menjaganya.
Salah satu perkara yang menakjubkan adalah bala tentera Allah itu ada
yang taat dan ada yang tidak taat. Kadang-kadang bala tentera binatang
menjadi bala tentera Allah Taala yang lebih taat kepada Allah berbanding
manusia yang mempunyai akal fikiran. Apabila gajah itu dihalakan ke
Kaabah, ia pusing ke belakang, duduk dan tidak mahu berjalan, biarpun
dipukul teruk. Apabila berpusing ke belakang (arah lain), ia berjalan
dan berlari. Apabila dihala ke Syam ia berjalan, dihala ke Yaman ia
berjalan, tetapi apabila di hala ke Kaabah semula ia tidak mahu
berjalan.
Saat yang cemas ini mengikut riwayatnya, Abdul Mutalib telah bermunajat
dan berdoa kepada Allah Taala. Di antara doa yang dibacakan oleh Abdul
Mutalib yang bermaksu, "Wahai Tuhan! Sesungguhnya hambamu (Abrahah)
telah mencegah dari kalangan hambaMu yang lain dari menunaikan ibadat di
Baitullah tanah sucimu. Maka tegahkanlah mereka. Jangan jadikan mereka
itu menang dan jadikanlah perancangan mereka suatu yang mustahil. Jika
mereka masuk ke tanah haram, maka urusannya terserah padaMu, wahai
Tuhan-ku."
Mengikut setengah riwayat lain, Abdul Mutalib memegang halqah pintu
Kaabah dan terus berkata, "Wahai Tuhanku, aku tidak berharap kepada
mereka melainkan kepadaMu. Wahai Tuhanku, halanglah mereka dengan
peliharaanMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya musuh BaitiLlah datang
menceroboh kepadaMu. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengalahkan
kekuasaanMu."
Masyarakat Arab pada waktu itu merasakan kehebatan tentera-tentera bergajah milik Abrahah kerana mereka boleh melakukan apa sahaja dengan kekuatan tentera seperti itu, sedangkan orang Arab pada masa itu tidak ada gajah. Namun, tipu daya yang dilakukan Abrahah dan pengikutnya membina al Qulais dan merancang untuk meruntuhkan Kaabah, menjadi satu kesesatan yang kemudiannya dihapuskan oleh Allah Taala. Allah mengutuskan kepada mereka rombongan burung, yang datang berkawan, rombongan demi rombongan.
Mengikut Said bin Jubair, penghulu para tabi'en, burung ini adalah
sejenis burung yang tidak dikenali. Tidak pernah dilihat di bumi.
Sesetengah ulama berkata ia seperti kelawar dan pelbagai gambaran.
Perbincangan mengenai jenis burung ini menjadi khilaf di kalangan ulama.
Pendapat yang paling baik adalah burung ini adalah burung khas yang
dihantar oleh Allah. Allah mengutus mereka burung yang berombongan.
Burung-burung ini melontarkan kepada mereka dengan batu yang dibakar
hangus. Setiap seekor burung membawa tiga biji batu, satu di paruh dan
dua di kaki. Sebahagian ulama berkata, batu ini telah dimasak di dalam
api neraka jahannam dan pada setiap batu telah ditentukan nama siapakah
sasarannya. Allah sudah menentukan nama-nama pada batu-batu yang dibawa
oleh burung untuk mempertahankan Kaabah. Mereka dilontar dengan
batu-batu yang dibakar hangus. Hal ini sebagaimana yang dinaqalkan di
dalam "As Sihah", batu-batu tersebut dibakar di dalam neraka jahanam,
yang ditentukan namanya oleh Allah dan yang ditentukan sasarannya oleh
Allah.
Maka jadilah mereka seperti pohon-pohon kayu yang dimakan ulat. Apabila
jasad mereka terkena batu, tiba-tiba daging, kulit dan tulang mereka
menjadi menggelupas, reput, gugur dan luruh seperti pohon-pohon yang
gugur. Inilah dahsyatnya hukuman Allah Taala kepada "ashabul fil", dan
mengikut riwayat gajah selamat kerana dia tidak mahu menyerang Kaabah.
Yang tidak selamatnya adalah manusia yang mempunyai perancangan jahat
untuk menyerang BaitiLlah Haram.
Peristiwa ini berlaku menurut kadar tempoh 50 tahun sebelum kelahiran
Baginda Nabi Muhammad S.A.W, dan tahun 570 M iaitu selepas zaman Nabi
Isa A.S diangkat ke langit. Selepas itu, dibangkitkan pula Nabi Muhammad
S.A.W, maka disebut bahawa Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada bulan
Rabiul Awal tahun gajah. Maksud tahun gajah ialah kurun peristiwa
bersejarah apabila tentera bergajah menyerang Kaabah dimusnahkan Allah.
WaAllahu'alam.
Sumber: Tafsir Surah Al-Fill
Tentera Bergajah Abrahah dihancurkan penuh dahsyat
Posted by epondok di Jun 2, 2011
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
SURAH al-Fil mengandungi lima ayat. Ia termasuk dalam kategori surah Makiyyah dan diturunkan selepas surah al-Kafirun.Hubungan surah ini dengan surah al-Humazah ialah dalam surah al-Humazah, Allah SWT menjelaskan bahawa harta tidak dapat menjauhkan daripada seksaan Allah SWT. Dalam surah ini Allah SWT menyatakan bukti tentang perkara di atas menerusi kisah tentera bergajah.
Seorang panglima tentera Habsyah yang menguasai Yaman bercita-cita menyerbu dan meruntuhkan Kaabah yang dimuliakan supaya orang Arab tidak melakukan ibadah haji di sana.
Dia menuju Mekah diiringi tentera yang ramai dan gajah yang banyak bagi menambahkan rasa takut pada orang ramai. Dia terus mara sambil mengalahkan sesiapa saja yang dijumpainya, sampai ke al-Mughammas iaitu suatu tempat yang berdekatan kota Mekah.
Dia kemudian mengirim utusan kepada penduduk Mekah memberitahu bahawa tujuan kedatangannya bukan untuk berperang dengan mereka, tetapi meruntuhkan Baitullah.
Mereka ketakutan, lalu mencari perlindungan di puncak-puncak gunung sambil melihat apa yang akan dia lakukan. Pada hari kedua penyakit cacar dan campak mula menular di kalangan tentera Habsyah.
Ikrimah mengatakan, itu adalah permulaan penyakit cacar yang menular di negara Arab. Wabak itu menimpa mereka dengan kesan yang tidak ada tandingannya. Di mana daging mereka berguguran sehingga mereka dan panglima lari ketakutan.
Panglima mereka juga terkena wabak tersebut dan dagingnya terus tanggal sedikit demi sedikit, seketul demi seketul, akhirnya dada mereka terbelah dan mati di San’a.
Bagaimanapun pada ulama berkhilaf pendapat mengenai bilada itu berlaku. Ada tiga pandangan mengenai, iaitu:
i. Pada tahun kelahiran Rasulullah SAW. Ini pendapat yang asah yang dikemukakan oleh kebanyakan ulama seperti pendapat Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah.
ii. Ia berlaku selepas 40 tahun peristiwa serangan gajah. Ini pendapat Muqatil.
iii. Kelahiran berlaku 23 tahun selepas serangan tersebut. Ini pendapat al-Kalbi, Ubaid bin Umair dan Abu Soleh.
Firman Allah SWT: Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?
Perkataan tidakkah kamu memperhatikan ditafsirkan dengan dua pendapat:
i. Tidakkah kamu diberitahu dan dikhabarkan seperti pendapat al-Farra’.
ii. Tidakkah kamu mempelajari sebagaimana kata al-Zajjaj.
Sayid Qutub berkata: “Tidakkah rancangan jahat mereka gagal dan tidak mencapai sasarannya sama seperti orang yang sesat jalan dan tidak sampai kepada tempat yang dituju.”
Mungkin dengan pertanyaan ini Allah mahu mengingatkan kaum Quraisy terhadap nikmat-Nya kepada mereka iaitu nikmat menjaga dan memelihara rumah Kaabah semasa mereka tidak berdaya menghadapi serangan tentera bergajah yang kuat.
Tentera Allah dalam bentuk burung
Firman Allah SWT: Dan dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong.
Perkataan ababil ditafsirkan dengan lima pendapat:
i. Dalam bentuk berselerakan datangnya burung tersebut dari sana ke sini dengan segenap penjuru. Inilah pendapat Ibn Mas’ud dan al-Akhfash.
ii. Burung tersebut datang selepas satu kumpulan dan datang kumpulan yang lain. Inilah pendapat Ibn Abbas, Mujahid dan Muqatil.
iii. Burung tersebut datang dengan jumlah yang banyak. Inilah pendapat al-Hasan dan Thawus.
iv. Burung tersebut datang dalam bentuk berkumpulan diikuti dengan kumpulan yang lain. Inilah pendapat Ata’ dan Abu Soleh.
v. Ia mempunyai pelbagai jenis warna sebagaimana pendapat Zaid bin Aslam.
Para ulama khilaf berkenaan sifat burung tersebut iaitu:
i. Burung tersebut mempunyai belalai dan kuku seperti kuku anjing. Inilah pendapat Ibn Abbas.
ii. Ikrimah berkata: Kepala mereka seperti binatang buas.
iii. Ibn Ishak berpendapat: Mereka seumpama binatang helang yang menyambar.
Begitu juga mereka khilaf berkenaan warna burung tersebut:
i. Warnanya hijau sebagaimana pendapat Ikrimah dan Said bin Jubair.
ii. Warnanya hitam sebagaimana pendapat Ubaid bin Umair.
iii. Warnanya putih sebagaimana pendapat Qatadah.
Firman Allah SWT: Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar.
Berkenaan dengan burung yang membawa batu seperti kata Qatadah: Setiap seekor burung membawa tiga biji batu, dua biji batu di kakinya, manakala sebiji lagi di muncungnya.
Al-Maraghi berkata: “Allah SWT mengirimkan sekawan burung yang membawa batu kering yang dijatuhkan kepada anggota-anggota tentera itu menyebabkan mereka menderita penyakit cacar atau campak dan membawa maut.”
Kemungkinan juga binatang yang terbang itu terdiri daripada jenis nyamuk atau lalat membawa kuman penyakit. Atau batu itu daripada tanah liat yang kering dan beracun yang diterbangkan angin lalu melekat pada kaki-kaki burung itu.
Jika tanah liat itu menyentuh tubuh maka racun itu akan meresap dan melukakan apa yang mengenainya dan berakhir dengan kerosakan tubuh serta keguguran dagingnya.
Jelas bahawa lalat membawa kuman penyakit. Seekor lalat yang membawa kuman boleh menyebabkan manusia dijangkiti penyakit dan menular kepada semua orang.
Oleh yang demikian, jika Allah SWT menghendaki membinasakan sejumlah besar tentera dengan seekor nyamuk sahaja, ia bukanlah suatu perkara yang mustahil bagi-Nya.
Ini mengandungi petunjuk yang lebih kuat terhadap kekuasaan Allah SWT dan kebesaran kekuasaan-Nya berbanding kebinasaan mereka yang disebabkan oleh burung-burung besar dan kejadian aneh yang boleh memusnahkan manusia.
Selain itu, ia juga menunjukkan kelemahan manusia dan kehinaannya di hadapan Allah SWT Yang Maha Kuasa. Sebabnya, mereka adalah makhluk yang dapat dibinasakan oleh seekor lalat, digigit nyamuk di tempat tidurnya dan ditimpa sakit oleh hembusan angin.
“Bagi orang yang kejam ini yang hendak merobohkan Baitu al-Haram, Allah SWT mengirimkan sesuatu yang dapat membawa kuman penyakit cacar atau campak yang kemudiannya akan membinasakannya dan kaumnya sebelum sempat masuk kota Mekah.”
Perkara ini merupakan nikmat Allah SWT yang dilimpahkan kepada penduduk Tanah Haram-Nya meskipun mereka penyembah berhala kerana melindunginya dengan kekuatan agama-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW meskipun Allah SWT menimpakan bencana kepada musuh-musuhnya iaitu tentera bergajah yang ingin menghancurkan Baitu al-Haram yang tidak berdosa itu.
Firman Allah SWT: Lalu dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
Selepas terkena batu, tubuh badan mereka jatuh berguguran sedikit demi sedikit sebesar hujung jari dan akhirnya terbelah dadanya hingga binasa.
Abdul Muttalib berkata: “Burung tersebut amat pelik.” Lalu beliau pernah menghantar anaknya Abdullah untuk melihat apa yang terjadi kepada puak Abrahah dan pulang seraya melaporkan semuanya binasa.
Kemudian Abdul Muttalib keluar bersama dengan rakannya untuk mengambil harta yang ditinggalkan. Ada pendapat mengatakan bahawa tidak seorang pun yang selamat kecuali Abu Yaksum, di mana burung sentiasa mengekorinya dari atas kepalanya, sedangkan dia tidak perasan sehingga sempat masuk bertemu al-Najashi dan mengkhabarkan dengan peristiwa yang berlaku.
Setelah selesai kata-katanya, burung tersebut melepaskan batu dan akhirnya dia mati. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT memperlihatkan kepada al-Najashi tentang bagaimana Allah SWT membinasakan kaum tersebut.
Hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi hidayah dari kesesatan. Semoga Allah selamatkan kita dari sebarang bala dan bencana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan