Sabtu, 31 Mei 2014

BILA KERJA2 TAK SABITKAN AKHIRAT....HUKUM ALLAH....DOSA PAHALA...KHUATIR DIAKHIRAT KESAL TAK SUDAH....DUNIA SAD JER...AKHIRAT KEKAL ABADI

Teluk Intan: Nombor pimpinan PAS digodam

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Nombor telefon yang digunakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Teluk Intan, Mohd Akram Ayub telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nombornya telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang berunsur fitnah dan saraf untuk meragukan pengundi-pengundi Teluk Intan.

Pelbagai SMS telah disebarkan menggunakan nombor tersebut dan ramai pengundi memaklumkan bahawa mereka menerima pelbagai SMS yang meragukan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Teluk Intan, Muhammad Basyir ketika ditemui memaklumkan bahawasanya Akram menafikan sekeras-kerasnya SMS yang disebarkan itu dihantar oleh dirinya.

Kata beliau, pihaknya mendapat maklumat dan aduan ramai tentang sebaran SMS palsu itu yang telah menyebabkan pengundi-pengundi keliru serta terpengaruh.

Tegas Basyir, beliau tidak menolak kemungkinan ia boleh mempengaruhi pengundi hingga menyebabkan keputusan pengundian juga terkesan.

"Kami yakin perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sangat terdesak sehingga sanggup membuat tindakan demikian.

"Kami akan berbincang dan kemungkinan akan membuat laporan polis berhubung tindakan khianat itu," jelasnya.

Presiden PAS dirawat di Turki, Anwar hubungi Erdogan

HARAKAHDAILY | .
KUALA KUMPUR: Seluruh saf kepimpinan dan keluarga PKR mendoakan agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang menerima rawatan di Istanbul akan cepat sembuh dan pulih.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata PKR menerima berita itu malam tadi bahawa Abdul Hadi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi akibat masalah kesihatan serius yang beliau alami.

Katanya, sejurus menerima berita itu, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Menurutnya, Pejabat Perdana Menteri Turki telah memberi jaminan untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada Abdul Hadi. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

Macai Umno BN kantoi lagi

http://mimpi-senja.blogspot.com | .




Macai UMNO/BN kantoi lagi ... hahaha

Kononnya Dyana la yang minum [arak tu] ....
Tapi sebenarnya amoi yang kat bawah tu [gambar asal]

Pemimpin Umno berbaju dacing masuk tempat mengundi

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kelihatan memasuki tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dengan berpakaian berlambangkan BN.

Lebih memeranjatkan lagi apabila Tajuddin yang juga Ketua Bahagian Umno Pasir Salak masuk dengan tidak memakai tag kebenaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gambar tersebut dikirim kepada Harakahdaily oleh Adun Pasir Pinji, Howard Lee yang merupakan wakil calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Mengikut etika pilihan raya, mana-mana individu tidak dibenarkan membawa masuk lambang kepartian ke dalam kawasan pusat pembuangan undi.

Howard Lee ketika ditemui berkata, beliau telah berjumpa dengan Pegawai Pilihanraya PRK Teluk Intan dan telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung tindakan Tajuddin yang jelas melanggari etika pilihan raya.

"Beliau bukan hanya masuk dengan tidak menggunakan tag SPR malah beliau memakai baju berpakaian BN, bukan satu lambang tetapi banyak," jelasnya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

1.07 juta undi rosak bukti rakyat Mesir tolak Sisi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) memandang sinis kemenangan Abdul Fattah al-Sisi dalam Pilihan Raya Presiden Mesir semalam.

“LA PPM menganggap kemenangan beliau sebagai tidak mutlak kerana melakukan pelbagai penipuan selain kezaliman terhadap rakyat Mesir,” ujar Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.

Apa yang dikesali, katanya dalam keadaan penolakan rakyat yang memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir, rejim al-Sisi telah melakukan pembohongan dengan melanjutkan tempoh pengundian selama sehari selepas jumlah pengundi didapati kurang daripada 40 peratus.

Kata beliau, 92 peratus undian yang diperolehinya semalam bukanlah sesuatu yang membanggakan kerana ia hasil daripada penipuan, pemaksaan dan juga ugutan terhadap rakyat negara itu.

Menurutnya, undi rosak yang berjumlah 1.07 juta menggambarkan bahawa rakyat Mesir tidak mahu mengangkat Al-Sisi sebagai pemimpin sebenar.

“Sikap sebenar rakyat Mesir terhadap beliau adalah mesej jelas bahawa rakyat Mesir menolak pemerintahan beliau sebagai Presiden dan beliau perlu meletak jawatan sekiranya benar beliau seorang yang berwibawa dan mempunyai prinsip,“ ujarnya lagi.

Bahkan, katanya Al Sisi sebenarnya tidak layak bertanding kerana pelbagai jenayah yang dilakukannya terhadap Presiden sah yang digulingkan, Mohammad Morsi, menjatuhkan hukuman mati terhadaqp pemimpin Ikhwan Muslimin serta membunuh ribuan rakyat pada tahun lepas.

“Sepatutnya beliau diadili, dihukum akibat kejahatannya itu serta tidak dibenarkan bertanding jawatan Presiden Mesir.

“Lebih memalukan lagi apabila beliau enggan membenarkan Presiden Morsi dibebaskan serta bertanding dengan beliau bagi jawatan Presiden,” katanya.

Kata beliau, kemenangan Al Sisi melengkapkan sikap kediktatorannya yang mewarisi kezaliman Hosni Mubarak.

Tambahnya laghi, Sisi sekarang adalah jelmaan Mubarak di era baharu dengan sikap dan tindakan yang sama terhaap rakyat Mesir.

Sisi juga, ujarnya adalah Firaun zaman moden yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan memaksan rakyat tunduk kepada pemerintahannya.

“LA PPM berharap negara-negara Arab serta Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan Al Sisi sebagai Presiden yang sah sehingga beliau membebaskan Mohammad Morsi dan mengembalikan pemerintahan yang digulingkan kepada Morsi.

“Hanya Morsi pemerintah yang diterima oleh rakyat Mesir sehinggalah Pilihan Raya Presiden Mesir baharu yang dijalankan dengan benar-benar bersih, telus dan diterima rakyat sebagai mandat mengangkat Presiden negara tersebut,” katanya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

PRK Teluk Intan: Kecoh kerana ghairah raih undi

BERNAMA | .
TELUK INTAN: Sejumlah 40.13 peratus atau 24,050 daripada 59,927 pengundi telah menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sehingga 12 tengah hari ini.
  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau berpuas hati dengan proses PRK itu yang berjalan lancar.

Sekurang-kurangnya 70 peratus pengundi dijangka keluar mengundi hari ini, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, lebih ramai golongan tua yang keluar mengundi berbanding pengundi muda.
  
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zamby Abdul Kadir yang ditemui pemberita ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak, di sini berkata proses pengundian berjalan lancar walaupun berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.
  
"Difahamkan berlaku kekecohan di beberapa kawasan seperti di Kampung Bahagia kerana keadaan yang sesak dengan jumlah pengundi yang ramai dan penyokong kedua-dua parti berdiri terlalu dekat antara satu sama lain," katanya.
  
Beliau berharap tidak ada provokasi melampau daripada kedua-dua parti penyokong sepanjang proses mengundi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan di pusat pengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dan Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam pagi tadi berlaku disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti politik melakukan provokasi dan meraih undi di saat-saat akhir.
  
"Polis sentiasa memantau keadaan namun kekecohan yang berlaku berjaya dikawal anggota yang bertugas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Seramai 60,349 pengundi, terdiri daripada 25,310 pengundi Cina, 23,301 (Melayu) dan 11,468 (India) dan selebihnya bangsa lain, layak mengundi pada PRK kali ini.
      
Sementara itu, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal PRK itu, telah menjalankan tanggungjawab pada 27 Mei lepas.

PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Pada PRU Mei 2013, Seah menang dengan majoriti undi 7,313 dalam pertandingan tiga penjuru. - Bernama

Bukit Gelugor PRK Paling Aman - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 12:58 PM
(Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor antara yang aman dalam sejarah PRK di negara ini.
Ini berikutan tiada kes jenayah serius dilaporkan sejak hari penamaan calon pada 12 Mei lalu sehingga hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hanya 15 laporan diterima setakat ini.
"Daripada 15 laporan itu, hanya empat kertas siasatan dibuka dan ianya membabitkan kesalahan kecil di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Tiada apa yang perlu dirisaukan. Nampaknya, ini tempoh berkempan paling aman... tak ada banyak masalah," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat persiapan PRK Bukit Gelugor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Jumaat.
Ketika ditanya mengenai persiapan menghadapi PRK pada 25 Mei ini, Khalid berkata, segalanya berada dalam keadaan  baik dan terancang.
"Persiapan rapi dibuat dan kekuatan anggota bertugas mencukupi bagi memastikan kelancaran PRK ini," katanya.
Malah, beliau berkata, pihaknya turut bersedia menghadapi sebarang insiden yang mungkin timbul semasa hari pengundian, Ahad ini.
"Kita sedia hadapi apa jua kemungkinan. Saya juga amat yakin PRK ini akan berjalan lancar tanpa dicemari insiden tidak diingini," katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan calon yang bertanding supaya tidak mengeluarkan ucapan dan kenyataan yang dikhuatiri boleh mengganggu ketenteraman awam.
"Sebelum berucap tu fikir dulu apa yang ingin dicakap... kerana takut ia akan menggugat keselamatan awam," katanya.
Tags / Kata Kunci: Polis Diraja Malaysia , PRK Bukit Gelugor , Tan Sri Khalid Abu Bakar

Isnin, 19 Mei 2014

Gempar..!!! : PRK Bukit Gelugor dikatakan aman Terbongkar di PRK Teluk Intan [ Video dan Gambar Pendedahan ]

PRK Bukit Gelugor berjalan aman dan PRK Teluk Intan bermula dengan kekecohan...
Ini mereka..Penyokong Umno BN bersama ketua macai tertinggi mereka..
Tunjuk penumbuk: Ini gaya mereka samseng mereka bersama sorang lagi ketua macai tertinggi mereka
Ini persembahan samseng mereka yang mereka tunjukan pada umum...
Gaya samseng pemuda Umno BN..Jantan dan Betina
Dan dibawah ini klip video sepanjang 2:38 yang dirakam semasa proses penamaan calon bagi P076 Teluk Intan hari ini 19 mei.

Ketika proses penamaan calon berjalan,segelintir penyokong BN bertindak menyerang pasukan polis yang sedang bertugas serta memaki hamun polis pada durasi  2:00 Polis.

Saksi dan teliti pada durasi 2:00:

mp pasir salak
Ahli Parlimen Pasir Salak tiba dilokasi pergaduhan dan penyokong samseng yang aku yain pemuda Umno munafiun mmengadu kepada Ahli Parlimen Pasir Salak bahawa konon-nya Polis tolak mereka di-ikuti perkataan "POLIS PU*i mak..."oleh penyokong samseng Umno munafikun kepada anggota Polis yang bertugas disitu.



Benarlah PRK Bukit Gelugor dikatakan aman kerana tiada puak jahiliah dari Umno BN bertanding dan PRK Teluk Intan menjadi kecoh dengan ada calon mereka bertanding.

*Persoalan...adakah pihak Polis akan berdiam diri tanpa sebarang tindakan terhadap pemaki-pemaki samseng Umno ini...kalau tiada bukti...lens kamera Orangni rasa banyak yang dok ambil gambar sepanjang pergaduhan tersebut....siap ada klip video lagi...hahaha....


Tiada ulasan: