Mahathir rasa perkara buruk akan timpa Umno?
Posted on Wednesday, May 21 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Agak pelik apabila Tun Mahathir Mohamad ‘tumpang semangkuk’ memperkatakan berkenaan kemunculan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Dyana Sofya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Bagi blogger Abu Hassan Adam, kebiasaanya tokoh dan negarawan seperti Mahathir tidak begitu mempedulikan tentang PRK, apatah lagi apabila calonnya adalah calon muda.
“Dan tentu tidak ‘layak’ agaknya Tun Mahathir mencampuri urusan sedemikian,” tulis Abu Hassan di dalam blognya.
Katanya yang dipetik daripada Harakah Daily, kebanyakan rakyat mula mempersoalkan mengapa Mahathir ‘berkelakuan’ begitu dengan memberikan komen yang agak pedas kepada ‘ibu bapa Umno’ yang seakan ‘salah asuh’ anak mereka hingga sanggup ‘menderhaka’ kepada parti itu seperti yang dilakukan Dyana.
“Seakan Tun Mahathir amat bimbang dengan kehadiran Dyana dalam PRK Teluk Intan dan beliau sudah dapat merasai sesuatu keadaan buruk akan menimpa parti Umno tidak lama lagi,” katanya.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah, pada 1 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)lalu,Leong Peng yang memperoleh 27,399 undi menang dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.
sumber
Tiong ancam 'perang' jika BN terima TERAS
Posted on Wednesday, May 21 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Presiden sementara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing mengisytiharkan, akan berlaku “perang terbuka” jika Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) diterima ke dalam BN negeri.
“Akan terdapat perang terbuka jika TERAS bertanding mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Anggota Parlimen Bintulu itu menambah:
“Bagaimana akan ada perpaduan jika tiga komponen parti akan hilang peruntukkan kerusi tradisional BN kepada TERAS jika ia diterima ke dalam gabungan?
“Musuh sedang menunggu untuk meraikan apabila kamu bertengkar dan berbalah.”
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Peter Minos menyelar Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kerana menentang kemasukan TERAS dalam BN.
Monos berkata, penentang langkah itu patut mengambil kita perpaduan dalam BN dan mengkaji semula pendirian mereka.
Sebelum ini, empat pemimpin SUPP, tiga daripadanya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), keluar parti dan memberi nafas baru kepada TERAS.
TERAS juga menerima penyertaan Menteri pembangunan sosial Tan Sri William Mawan Ikom dan anggota Parlimen Baram Anyie Ngau yang meletakkan jawatan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Menyertai mereka, ADUN Pelagus dan timbalan presiden Parti Pekerja Sarawak George Lagong dan empat wakil rakyat yang dipecat – dikenali G4 – iaitu Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Entri (Marudi), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Rosy Yunus (Bekenu).
sumber
OKU, usahakan perubahan tanpa henti!
Posted on Wednesday, May 21 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Setinggi syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi dengan pertemuan santai Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan “MPPOK” bersama YB DR Ramli B Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO, merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berlangsung di Kota Darul Naim pada pagi ini.
Pertemuan
santai ini bermula dengan usaha janji temu yang dilakukan oleh
Setiausaha Kerja MPPOK, Mohd Kufri Omar (gambar, berdiri di tengah)
sejak beberapa minggu yang lalu
Dalam
suasana cukup santai, selain memberi taklimat tentang MPPOK, YB Dr
Ramli turut mendengar tentang persoalan isu yang didepani oleh OKU sama
ada secara setempat mahpun secara menyeluruh.
Dengan OKU yang berdaftar seramai 477,549 pada bulan Mac lalu, Kelantan dianggarkan mempunyai 39,000 OKU yang berdaftar.
Objektif
utama MPPOK di Kelantan adalah berusaha meletakkan perencanaan
pembangunan OKU itu selari dengan amalan-amalan berkebajikan berteraskan
penyediaan hak atas dasar keperluan dan kebajikan.
Dengan
sokongan dan doa semua pihak, kami yakin perubahan dapat diikhtiarkan
bagi meletakkan Kelantan khususnya dan Malaysia umumnya sebagai bumi
yang mesra OKU.
(Mohammad Faizal Che Yusof)
(Yang Dipertua)
(Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan)
(Yang Dipertua)
(Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan)
Cubaan jatuh maruah Ustaz Azhar kerja dikutuk – Dr Asri
Posted on Wednesday, May 21 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KUALA LUMPUR: Cubaan sesetengah pihak untuk menjatuhkan maruah Ustaz Azhar Idrus adalah kerja jahat yang dikutuk oleh agama dan akal yang sihat.
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sesiapa yang turut mempromosi perbuatan jahat itu akan berkongsi dosa dan Allah akan memberikan keaiban atas sesiapa yang berusaha mengaibkan orang lain.
“Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dengan beliau ataupun tokoh lain, namun mengada-adakan keaiban ke atas orang lain adalah dosa yang besar,” tulisnya menerusi facebook berhubung fitnah ke atas pendakwah ikon anak muda itu.
Ekoran dakwaan terhadap Ustaz Azhar menerusi facebook seorang wanita, sebuah NGO telah membuat laporan polis kelmarin. - HARAKAHDAILY 21/5/2014

Laporan polis yang dibuat oleh NGO
Kedudukan Mohamad Hassan sebagai MB N.Sembilan tercabar
Posted on Wednesday, May 21 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"Lilah Yassin kesal dah setahun kerajaan N. Sembilan belum bertindak
21 Mei 2014 -Tidak ada pusat bandar sebenarnya di Gugusan Felda Palong walaupun Felda Palong 4, 5 & 6 dikenali sebagai Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6. Tidak ada bank di Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6. Terdapat beberapa deretan kedai, pasar basah yang kecil, bengkel kenderaan, serta sebuah Pejabat POS Mini, Pondok Polis dan Klinik Kesihatan Felda Palong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Lilah Yassin berkata pembangunan di Felda Palong 4, 5 & 6 tidak teratur, tidak tersusun dan tidak ada sistem pemantauan yang baik.
“Saya mohon agar Kerajaan Negeri meletakkan pekan kecil atau pusat perniagaan di Felda Palong 4, 5 & 6, ini diletakkan di bawah Majlis Daerah Jempol (MDJ).
“Tetapi saya kesal dah setahun pun, masih tak boleh selesai masalah ini. Kerajaan Negeri masih tak boleh buat keputusan.
“Bukan susah sangat. Minggu ini Setiausaha Kerajaan Negeri minta fail dari Pegawai Daerah (MDJ), hari Rabu mesyuarat Exco, buat keputusan sama ada lulus, tolak atau tangguh.
- FMT "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: amkns

Umno “Munafik Politik” - Bebas Gunakan Premis Kerajaan Untuk Kempen Politik
Posted on Wednesday, May 21 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia mengecam tindakan pihak UMNO Negeri Perak kerana menyalahgunakan premis Sekolah Kebangsaan Selabak, Teluk Intan untuk tujuan ceramah kempen politik sempena Pilihanraya Kecil Teluk Intan.

Program
Ceramah Perdana anjuran Penerangan UMNO Perak itu akan diadakan pada 20
Mei 2014, hari Selasa pada jam 9.00 malam dengan membariskan Y.B. Datuk
Hj. Alwi Bin Che Ahmad, ADUN Kok Lanas, Kelantan dan Ketua Sekretariat
ILMUAN, Ustaz Fathul Bari yang juga merupakan EXCO Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia sebagai penceramah utama.
Jabatan
Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia menyifatkan tindakan pihak UMNO dan
Barisan Nasional ini adalah hasil daripada sifat semulajadi mereka yang
sememangnya penakut dan pengecut untuk bertanding secara anak jantan
dengan Pakatan Rakyat sehingga terpaksa menggunakan premis kerajaan dan
segala jentera kerajaan semahunya.
Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS
Malaysia turut menganggap tindakan pihak UMNO menggunakan premis
kerajaan untuk tujuan kempen politik adalah menunjukkan bahawa pihak
UMNO sememangnya “munafik politik” yang boleh
menggunakan sebarang alatan dan jentera kerajaan tetapi tidak boleh kepada pihak lain.
Oleh
itu, Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia akan membuat laporan polis
terhadap penyalahgunaan premis kerajaan untuk tujuan kempen politik
oleh pihak UMNO pada 20 Mei 2014, hari Selasa pada jam 3.00 petang.
Laporan polis akan dibuat oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS
Negeri Perak, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar. Jabatan Pilihanraya Pemuda
PAS Malaysia turut meminta supaya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
supaya lebih tegas di dalam menguatkuasakan undang-undang kesalahan
pilihanraya dan tidak hanya melakukan penguatkuasaan terpilih sahaja.
MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA PEMUDA PAS MALAYSIA
PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA PEMUDA PAS MALAYSIA
Menjinakkan hati ikhlas bersedekah
Posted on Wednesday, May 21 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Percaya kepada janji Tuhan melapangkan rezeki kepada golongan pemurah
Allah SWT berjanji kepada hamba-Nya yang bersedekah bahawa amalan itu tidak akan menyebabkan rezeki mereka menjadi kurang, bahkan akan bertambah mengikut apa yang tertulis di Luh Mahfuz.
Pertambahan rezeki itu datang atau turun kepada manusia dalam pelbagai bentuk dan cara, sama ada disedari atau tidak mengikut ketetapan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’, ayat 39)
Allah SWT berjanji menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’, ayat 39)
Harta tidak kurang kerana sedekah
Secara logik, mungkin kita akan berfikir bagaimana harta yang dikeluarkan untuk sedekah tidak akan menyebabkan harta berkurang tetapi Rasulullah SAW bersabda harta seseorang tidak akan berkurang kerana orang itu bersedekah.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”
Selain itu, amalan bersedekah sebenarnya akan berfungsi sebagai penolong kepada manusia selepas mereka meninggal dunia seperti dinyatakan Rasulullah SAW.
Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang tidak putus berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Hakikatnya, dalam persoalan bersedekah, umat Islam lazimnya memiliki sifat pemurah dalam hidup mereka dan mudah bersedekah atau memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti dilihat dalam kehidupan hari ini.
Ikhlas bersedekah
Hanya yang menjadi isu soal sedekah ini ialah aspek keikhlasan dalam memberikan sedekah sama ada sedikit atau banyak selain bersikap memilih hendak melaksanakan amalan sunat yang amat digalakkan ini.
Hal ini sebenarnya memang tidak dapat dielakkan memandangkan al-Quran turut menjelaskan manusia mempunyai perasan cintakan harta seperti terkandung dalam ayat ke-20, surah Fajr yang bermaksud: “Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.”
Justeru, bagaimanakah hendak menjinakkan hati supaya mudah bersedekah dengan ikhlas terutama ketika diri sendiri juga merasakan kurang berkemampuan untuk bersedekah ke jalan Allah SWT.
Pegawai Perunding Korporat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Abdul Hadi Kamil Mohamed Sariff, berkata perkara ini sering terjadi disebabkan manusia tidak dapat menyaksikan ganjaran pahala bakal diperoleh daripada amalan bersedekah yang menjadikan mereka tidak memiliki semangat untuk berlumba-lumba bersedekah.
“Jika manusia dapat melihat ganjaran bersedekah, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Cuba bayangkan jika hari ini kita melabur sebanyak RM1,000 dan tiba-tiba memperoleh keuntungan sehingga RM700,000, sudah tentu ramai orang mahu bersedekah,” katanya.
Jelasnya, manusia tidak terlepas daripada bisikan syaitan yang berusaha menghalang seseorang daripada bersedekah. Bisikan syaitan boleh datang dalam pelbagai cara, akhirnya mendorong manusia menangguhkan hasrat untuk bersedekah atau berkira-kira dalam bersedekah.
“Bisikan syaitan ini juga boleh menyebabkan seseorang manusia tiba-tiba menjadi kedekut untuk bersedekah atau bersedekah dengan jumlah kecil. Inilah antara dugaan yang akan dialami seseorang manusia apabila hatinya terdetik hendak melakukan amal kebajikan seperti bersedekah,” katanya.
Kelebihan bersedekah
Katanya lagi, seperkara yang kurang diketahui manusia hari ini mengenai kelebihan bersedekah, ia antara cara dianjurkan Islam untuk menyembuhkan penyakit yang menimpa seseorang berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.”
“Amalan sedekah ini nampak remeh tetapi ia mempunyai ganjaran berganda. Sebagai manusia beriman, kita harus sedar segala yang kita miliki adalah pinjaman dan hendaklah menafkahkan sebahagian daripada harta pinjaman ini kepada orang lain yang memerlukan,” katanya.
Allah SWT memberi peringatan kepada manusia supaya bersikap pemurah dengan bersedekah agar tidak menyesal pada kemudian hari.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, Ya Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang soleh.” (Surah al-Munafikun, ayat 10)
BERITA HARIAN
Alumni gesa Dyana Sofya henti guna UiTM sebagai bahan kempen
Posted on Wednesday, May 21 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ketidakwarasan MP Umno Punca UiTM Dikaitkan
Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik masing-masing.
"Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.
"Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno.
Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.
Shukri berkata: "Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno."
Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil “JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme” yang membantu pelajar yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.
Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.
"Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara," katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.
Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.
"Saya yakin UiTM melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR).
Tanya Utar dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka," tegas Shukri.
PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. – Bernama, 20 Mei, 2014.

Peraturan Cermin Gelap Dipinda
Posted on Wednesday, May 21 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pindaan diputuskan dalam bengkel khas babit semua agensi
Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan untuk meminda peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan di negara ini.
Bagaimanapun, perincian mengenai pindaan itu akan diputuskan dalam bengkel khas membabitkan semua pihak berkepentingan, termasuk pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO), minggu depan.
Antara agensi yang akan menyertai bengkel itu ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), penasihat undang-undang kementerian dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan